Friday, November 16, 2012

Berkempen dan Berdangdut Dalam Kem Tentera Bukti Umno Terdesak


Kenyataan Umum
12 November 2012
Berkempen dan Berdangdut Dalam Kem Tentera Bukti Umno Terdesak
Merujuk kepada sepucuk surat yang didedahkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) N.Sembilan berasa curiga dengan taktik yang digunakan oleh Umno untuk meraih sokongan apabila tergamak menggunakan kem tentera sebagai tempat untuk berkempen meraih sokongan.
Surat rasmi yang mempunyai ‘Letterhead’ Umno Seremban itu dituju dan dihantar kepada seluruh warga penduduk Sikamat untuk hadir masuk ke perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat). Turut tertera sebagai aktiviti ialah ucapan pemimpin Umno Seremban dan seorang artis dangdut juga dijemput membuat persembahan.
SAMM N.Sembilan melihat Kem tentera adalah kawasan terlarang dan khas untuk aktiviti ketenteraan, ini termasuklah Kem Sikamat yang menempatkan pelbagai senjata berat artileri dan juga rahsia ketenteraan. Adalah tidak wajar apabila seluruh warga Sikamat dijemput ke perkarangan kem tentera hanya untuk sebuah majlis jamuan. Apakah jaminan kem tersebut tidak ditembus oleh perisik asing apabila ramai yang berpusu-pusu masuk ke kem tentera?
Kerakusan Umno meraih sokongan hingga membelakangkan keselamatan negara harus dipandang serius dan perlu diteliti kelaziman seperti ini agar ianya tidak berulang. SAMM N.Sembilan juga menggesa kem tentera wajib dikawal dengan ketat, tidak sepatutnya longgar dan peristiwa kehilangan enjin jet Sukhoi harus dijadikan iktibar.
Sekiranya sedikit masa lagi ada enjin kapal selam pula yang dicuri, maka Umno harus dipersalah kerana tergamak mengajak orang ramai ‘berdangdut’ di perkarangan kem tentera.

No comments:

Post a Comment