Thursday, November 29, 2012

Demo desak Hishamuddin letak jawatan dan Laporan Polis

Kenyataan Media
29 November 2012

SAMM desak Hishamuddin Hussien letak jawatan atau digantung tugas dan harus ada siasatan terbuka ke atasnya.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan. Dalam satu sidang media semalam di Kuala Lumpur menyatakan dengan jelas  tuduhan bahawa menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Tindakan Hishamuddin itu menurut Musa bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Ini satu yang serius, rakyat dan warga asing yang mahu berurusan dalam negara ini sudah tentu tergugat kepercayaannya terhadap institusi polis negara ini. Sesuatu harus dilakukan segera.

SAMM akan melakukan himpunan ringkas, sidang media serta akan menfailkan satu laporan polis berkenaan perkara ini. Semua pihak dijemput bersama :

 Tarikh :            30 November 2012 (Jumaat)
Masa    :            11.50 pagi
Tempat :            IPD Kuala Terengganu, Terengganu
Pertanyaan :      0179645763 / 0199809974 (Rafzi, Penyelaras SAMM Terengganu)

Laporan polis dan himpunan akan diketuai oleh cheGuBard, Penyelaras SAMM Kebangsaan sendiri.

Ayuh ramai ramai !


Sekian

Norazizi A.Aziz
Pengarah Seketeriat
SAMM Kebangsaan
0123696474

1 comment:

  1. Kenyataan Terbuka

    SAMM berdiri pertahan PDRM berintegriti,desak Hisham 'dicutikan',siasatan terbuka harus dijalankan.

    SAMM pandang serius kenyataan Musa yg dedah Hishamuddin dan bbrp pimpinan Bn campur tangan dlm urusan/siasatan Polis termasuk arahan bebaskan penjenayah yg jelas langgar seky.4(1) akta polis(67). Ini letak M'sia dlm krisis keyakinan dlm & luar negara
    SAMM desak :
    1.Hishamuddin (jika ada maruah) harus bercuti sendiri sehingga siasatan terbuka selesai. Kabinet wajib arahkan dia brcuti atau digantung tugas.
    2.Siasatan terbuka harus segera dilakukan dan bukan setakat Hishamuddin ttp semua pimpinan Bn yg terlibat ganggu tugas polis harus dihadapkan ke pengadilan.
    3.Musa harus jgn bersuruk dan harus tampil dgn membuat pendedahan penuh. Jika dia tidak bersalah dan dgn niat baik perlu mendedahkan tanpa ragu2, yakinlah rakyat akan mempertahankannya.
    4.Gangguan spt ini bukan kes terpencil sudah menjadi rahsia terbuka selama ini.SAMM dgn ini jg mendesak Ketua Polis Negara sekarang utk berani tampil utk brdiri bersama rakyat pertahankan integriti polis malaysia dgn menolak semua campur tangan serta tekanan politik oleh pemimpin Bn.
    5.Kes pembunuhan Altantuya harus dijadikan contoh b/mana 2org polis kini merengkok penjara tunggu hukuman gantung.sedangkn bos politik yg mengarahkn mereka terus bebas rakus nikmati kekuasaan.
    6.PDRM harus bertindak menjaga rakyat ikut undang2 bukan jaga parti politik regim ikut arahan semata2. IPMC harus ditubuhkan segera.
    SAMM bersama dgn pihak polis yg berintegriti.

    Sekian

    che'GuBard
    SAMM Kebangsaan
    Selepas buat laporan polis di IPD K.Trg 30Nov No.report Gong Badak/004806/12 jam 12tghari
    Laporan polis di buat oleh Rafzi Ramli,Penyelaras SAMM Trg
    Dgn satu demo ringkas dihadiri 30 anggota SAMM Trg

    ReplyDelete