Ini kerana segala pembohongan dan penipuan yang telah dijawab di
dalam dewan yang mulia sebelum ini, diulang kembali oleh beliau.
Misal yang paling jelas adalah isu pengurusan pasir yang
melibatkan Kumpulan Semesta. Dua kali Ketua Pembangkang menjadikan itu
sebagai contoh korupsi dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Namun, sewaktu sidang SELCAT berkaitan pasir tempohari, Ketua
Pembangkang serta Pengerusi BN tidak langsung berani untuk hadzir jauh
sekali untuk menjadi saksi. Ertinya tanpa disedari Ketua Pembangkang
telah memalukan diri beliau sendiri.
Ketua Pembangkang juga mempersoalkan kenaikan perbelanjaan kerjaan
negeri menurut Belanjawan yang baru dibentangkan oleh MB. Malangnya,
Ketua Pembangkang tidak menyebut bahawa belanjawan yang baru ini adalah
belanjawan seimbang. Juga, beliau tidak sebut jumlah simpanan kerjaan
negeri bertambah dari setahun ke setahun sekaligus menunjukkan kerajaan
negeri mampu mentadbir kewangan dengan baik. Ertinya Ketua Pembangkang
tidak mampu mencari apa-apa kelemahan dalam ucapan Belanjawan Negeri
Selangor yang baru dibentangkan itu.
Tampaknya juga seperti tiada perkara membina dalam ucapan Ketua
Pembangkang Selangor. Sedari mula lagi nampak seolah-olah
Ketua Pembangkang Selangor iri hati dengan Tan Sri Menteri Besar. Ini
kerana Tan Sri Menteri Besar adalah seorang graduan lepasan universiti
serta seorang tokoh korporat yang berjaya. Tan Sri Khalid adalah lulusan
UM serta University of Queensland.
Manakala Ketua Pembangkang Selangor mengaku mempunyai ijazah PhD. Namun, sumber ijazah kedoktoran beliau sehingga hari ini masih dipersoalkan.
Ucapan Ketua Pembangkang yang serba pendek itu sepatutnya dipenuhi
dengan fakta yang jelas. Sepatutnya Ketua Pembangkang berhenti
mengulangi propaganda2 yang ditaja oleh Biro Penerangan UMNO. Kerja
propaganda adalah kerja media2 picisan seperti TV3 dan Utusan Malaysia.
Bukan tugas Ketua Pembangkang kerana Ketua Pembangkang dibayar gaji oleh
rakyat, bukan UMNO.
Hairan juga kenapa ucapan Ketua Pembangkang begitu pendek. Sewaktu
arwah Ustaz Fadzil menjadi Ketua Pembaangkang di Parlimen, pernah
ucapan arwahnya selama dua hari berturut-turut lantaran ucapan Ketua
Pembangkang tiada had masa.
Kasihan rakyat Selangor mempunyai Ketua Pembangkang yang akalnya
cetek. Hanya menjadi seperti burung kakak tua kepada UMNO Pusat dan
bukannya berucap bagi pihak rakyat Selangor.
No comments:
Post a Comment