Thursday, November 29, 2012

Janji dicapati ; tidak naik kos haji


Klik di sini untuk melihat keseluruhan manifesto BN 2008
Sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor, Ketua Pembangkang Selangor mengecam kerajaan negeri kerana tidak menunaikan banyak janji pilihanraya 2008 yang lepas.

Rupanya2 parti Ketua Pembangkang Selangor sendiri pun suka menyebar janji2 palsu.

Pada tahun 2008, kos haji adalah RM8,973 (bagi Semenanjung). Namun, setahun selepas janji BN ini dibuat, kos Haji telah dinaikkan sebanyak RM1,007 menjadikannya RM9,980 seorang.

Ini baru SATU janji yang Tulang Besi jumpa. Belum lagi janji Barisan Nasional/UMNO untuk memastikan harga barang tidak naik.

Kepada Ketua Pembangkang UMNO di DUN Selangor dan keseluruhan UMNO, cerminlah diri sendiri sebelum menuduh orang lain.

Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mampu menunaikan hanya beberapa janji kerana:

a. Sumber kerajaan negeri terhad. Maka, sebelum boleh melaksanakan satu-satu janji, Kerajaan Negeri terpaksa mencari sumber dahulu.

b. Juga, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak diizinkan membuat pinjaman dari Kerajaan Pusat mahupun dari sumber2 lain seperti menjual bon dsbnya. Maka, itu menjadikan sumber kewangan kerajaan negeri lebih terhad.

c. Itupun Kerajaan Negeri mampu melaksanakan MAJORITI dari janji2 tersebut.

Akhir kata, Tulang Besi teringat pepatah orang tua2 : 

"Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia yang Lebih"
klik juga untuk baca 

No comments:

Post a Comment