Friday, November 23, 2012

SAMM desak Bn batalkan jemputan penjenayah perang

Kenyataan Umum

24 November 2012

SAMM DESAK Bn BATALKAN JEMPUTAN PENJENAYAH PERANG (RAJAPAKSA) KE MALAYSIA

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) cukup  rasa terhina dan malu sebagai warga Malaysia apabila mendapat tahu regim Bn telah menjemput seorang penjenayah perang yang telah terlibat dalam penghapusan etnik ke Malaysia. Penjenayah Perang yang dimaksudkan adalah, Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa yang akan hadir sebagai Tetamu Kehormat Kerajaan Malaysia untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia yang akan diadakan di Johor Bahru dari 4hb Disember sehingga 6hb Disember 2012.



Rajapaksa, Presiden Sri Lanka ini merupakan watak terpenting dalam perang yang mengorbankan lebih daripada 30,000 orang awam berketurunan Tamil di Utara-Timur Sri Lanka pada pertengahan tahun 2009. Dokumentari “Sri Lanka Killing Fields” yang diterbit oleh Channel 4, UK telah membongkarkan jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Sri Lanka terhadap orang awam berketurunan Tamil yang terperangkap di dalam zon perang di Utara-Timur Sri Lanka. Tentera Sri Lanka sengaja menyerang sasaran awam seperti kawasan Hospital dan kawasan perumahan dengan tujuan untuk membunuh seberapa banyak orang Tamil yang boleh. Tentera Sri Lanka telah menjalankan satu operasi penghapusan kaum – ethnic cleansing semasa penghujung perang di antara Pasukan Tentera dan LTTE pada tahun 2009 itu. Tentera Sri Lanka melakukan segala perbuatan yang kejam itu oleh kerana arahan yang diberikan oleh pemimpin tertinggi mereka. Sebagai Komander Utama Tentera Sri Lanka, Mahinda Rajapaksalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kezaliman yang telah dilakukan ke atas orang-orang Tamil di Sri Lanka.

PULUHAN RIBU ORANG AWAM TELAH DIBUNUH DENGAN KEJAM

Kerajaan Sri Lanka pimpinan Mahinda Rajapaksa telah melanggar segala konvensyen berkaitan dengan hak asasi manusia sejagat dan telah menggunakan segala cara untuk menghapuskan orang-orang Tamil di Sri Lanka. Semasa penghujung perang di antara Tentera Sri Lanka dan LTTE, tentera Sri Lanka telah memerangkap sejumlah orang berketurunan Tamil di dalam “zon keselamatan tertinggi” yang sepatutnya menjadi zon tiada tembakan, dan telah membunuh mereka beramai-ramai dengan mengugurkan bom cluster yang telah diharamkan. Manakala, kerajaan Sri Lanka juga telah memberi tekanan kepada segala pihak ketiga seperti badan-badan bukan kerajaan termasuk ICRC – Persatuan Bulan Sabit Merah Sedunia untuk meninggalkan zon perang, tanpa memberikan apa-apa bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang. Malah, Agensi-agensi UN sendiri telah dipaksa meninggalkan zon perang. Para wartawan telah dihalau keluar, supaya tiada ada saksi untuk segala jenis jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan terhadap orang Tamil di zon perang itu. Maklumat ini disahkan oleh satu laporan dalaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang telah bocor baru-baru ini.  http://www.guardian.co.uk/world/2012/nov/14/report-damns-un-sri-lanka

Pada bulan Jun lepas, Presiden Sri Lanka ini disambut dengan tunjuk perasaan dan dia terpaksa membatalkan program ucapanya di London. Manakala beberapa kes telahpun difailkan ke atas Penjenayah Perang ini di mahkamah-mahkamah Amerika Syarikat dan United Kingdom. Mana-mana Negara yang mencintakan keamanan dan hormati hak asasi manusia tidak akan mengalu-alukan kedatangan Penjenayah Perang ini. Harus diingat kedatangan Penjenayah Perang ini ke Malaysia akan berlaku selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menandatangani Perjanjian Hak Asasi Asean di Cambodia dua hari yang lepas.

TIADA PERBEZAAN ANTARA MAHINDA RAJAPAKSA, BENJAMIN NETANYAHU & EHUD BARACK

Kerajaan Sri Lanka tiada bezanya dengan rejim Zionis di Israel. Kedua-dua rejim ini dengan angkuh membunuh puluhan ribu rakyat yang tidak berdosa untuk mencapai matlamat mereka. Tatkala, pengkhianatan kerajaan Malaysia terhadap suara orang-orang Tamil (yang menjadi susur galur keturunan kebanyakan masyarakat India di Malaysia),pada Sidang Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada awal tahun ini masih lagi segar di ingatan orang-orang Tamil Malaysia, Kerajaan Barisan Nasional sudah bersedia untuk mengkhianati dan melukakan perasaan orang-orang Tamil di Malaysia dengan menjemput Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa ke Malaysia. Menjemput Mahinda Rajapaksa adalah sama seperti menjemput Benjamin Netanyahu ataupun Ehud Barack ke Malaysia. Kesemua mereka adalah pembunuh yang tidak berhati perut yang sanggup membunuh orang-orang yang tidak berdosa demi mencapai matlamat mereka.

Sehubungan dengan itu SAMM mendesak Bn agar tidak memalukan negara dengan membenarkan penjenayah perang sekejam Rajapaksa memasuki negara ini.Kerajaan Bn selaku penguasa di Malaysia (buat sementara ini) yang menjadi Tuan Rumah bagi Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-8 yang akan diadakan di Johor Bahru,membatalkan hasratnya untuk menjemput Penjenayah Perang Mahinda Rajapaksa sebagai Tetamu Kehormat. 

Jika Bn masih berdegil untuk meneruskan jemputan Rajapaksa ia satu penghinaan terhadap kedaulatan rakyat dan negara ini dan tindakan pekak tidak langsung menghormati suara dan sensitiviti rakyat. SAMM mengajak semua anak muda bangkit menyatakan pendirian dengan berani dan jelas. Batalkan jemputan atau menerima protes jalanraya besar dan hukuman di peti undi dalam PRU yang bakal menjelang.

Tidak membatalkan jemputan akan membuktikan regim Bn ini tidak langsung menghormati atau memahami jalinan sejarah susur galur saudara kita yang sama membentuk Malaysia dan menguatkan hujah regim ini hanya pewaris regim penjajah British meneruskan penindasan dan ketidak pedulian penguasa kepada rakyat yang diperintah, hanya memihak pada jaringan penguasa dan pemodal besar diperbagai negara.

SAMM kini sedang menyusun dan merangkaiankan jaringan anak muda termasuk dibawah gabungan “Tamil Youth Action Force” akan menggerakan anak-anak muda di seluruh Malaysia, untuk berhimpun dan membantah kedatangan “Living Hitler” Mahinda Rajapaksa ke Malaysia. Orang ramai perlu faham isu ini bukan isu orang India (baca; Tamil) semata,ia isu kemanusiaan dan kezaliman yang harus ditentang habis habisan.

Sedia untuk aksi besar bantah kehadiran penjenayah perang dalam masa terdekat !

Sekian

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

2 comments:

  1. Anonymous10:48 PM

    Insaflah penderhaka, kipas org tamil benci sama najib,engkau tu yg benja,in netanyahu dam ehud barak malah lagi teruk, mengkhianati bangsa sendiri dengan menjatuhkan martabat pemimpin bangsa, ko kutuk2 bn mcm2, tp main fitnah die bunuh altantuya, org pun dah muak dgn org pakatan yg takda modal serang rosmah berterusan smpai malu nama malaysia apabila gangster2 DAP pi serang portal facebok curtin uni dan stevens institute yg beri kedoktoran tehormat padrosmah.

    Pemimpin pakatam terus menjadi pencacai, imoian terlalu dekat tp tidak tecapai kerana pakatan rakyat hati lain lain dan korup dgn nepotisme,

    Ko tu hebat sgt kchegubard, konek besar smpai banner nak letak kepala puki kau atas gambar anwar, lim guan eng dan azizah...sedey dan pathetic....kami yg pro establishment pn baca senyap2 blog blog bangang mcm ko ni, sekali sekala lkami gigit utk tunjuk ajar bahawa bukan semua sokong ko dan ingat kau tu dewa yg ptt dipuja spt tokong lim guan eng dan bapa china doll anwar...saya rasa sedih dengan penderhaka dan munafik mcm kamu.....moga tuhan hukum oamu.

    Btw, saya rasa mahindran rajapaksa ptt dikagumi, diberjaya mematahkan tamil tigers yg mengganas sehinga membunuh seorang presidem india, kamu bodohkah apa nak samakan die dengan benjamin netanyahu dan ehud barak...malaysia tidak campuri urusan perang kerajaan sri oanka ke ata pengganas tamil tigers, madi rajapaksa berhak diberi layanan sama rata seperti presiden thailandan filipina yg walaupun tindas org melayu islam tetap diberi layan terbaik kerajaan malaysia,.

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:54 PM

    salute chegu bard.

    ReplyDelete