Wednesday, October 06, 2010

Bekas kakitangan Pejabat Anwar lancar kempen PRK Galas bagi pihak Umno

Umno panik dengan pertembungan di kawasan majoriti Melayu di DUN Galas. Dalam keadaan mereka sedang melakukan perang saraf memaksa semua percaya bahawa Melayu sudah benci Pakatan Rakyat dan mencintai Umno melalui Perkasa yang mendapat hak francais peembakar suhu perkauman sudah tentu pilihanraya kecil di kawasan Melayu ini mencemaskan mereka.

Galas sukar buat Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tetapi akan cuba yang terbaik. Bn cemas dan mengarut bermula dengan nak lantik pemimpin yang mereka pinggirkan selama ini 'KuLi' sebagai pengarah, Umno panik kerana kalau tewas Galas maka retorik konon mereka dipuja Melayu akan hancur.

Mereka tahu sesuatu perlu dilakukan segera. Pakatan Rakyat jika turun dengan jentera yang padu pasti Bn tumbang. Faktor pengikat Pakatan Rakyat, Anwar kini berada di Itali. Tanpa perlu menanti Anwar berada di luar negara serangan dituju kepada Anwar.

Kempen Bn sempena Galas bermula hari ini dengan 'kick off' nya dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

Rahimi ini kononya hari ini hadir di Ibu Pejabat Balai Polis Kelang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu.

Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.

Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu. *banyak blog pro Umno termasuk twitter Lokman Adam semua telah umum mangsa liwat Anwar akan buat laporan sebelum pun Rahimi buat laporan polis ternyata semua mereka di update hanya dengan perancangan asal dan bukan plan B sila klik

Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.

Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu.

Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar.

Namun cheGuBard secara peribadi lansung tak percaya Rahimi ini, saya pernah sendiri ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu dengan mengatakan sebaliknya. Rahimi ini cheGuBard tak suka sebab terlalu elit gayanya,sombong sangat pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan cheGuBard menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah 'meneman bukan mendidik' maka teman dan dengar je lah.

Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.

Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam.

Lama dia hilang tak tahulah buat apa bagi che'GuBard tak nak campur itu urusan pejabat Anwar, che'GuBard tumpu perkasa parti, tak mahu campur urusan pejabat Anwar Ibrahim sebab nanti tak sesuai pula kerana kita tak secerdik mana.

Tiba - tiba beberapa bulan lepas ketika menghantar sepupu Isteri bernikah di Sg. Buloh kami sekeluarga singgah di Denai Alam. Sebab dengar tempat ini boleh tengok kuda maka cheGuBard bawa anak-anak untuk ambil gambar dengan kuda. che'GuBard jumpa Rahimi ini baru lepas naik kuda, biasalah dengan pakaian hebat, boot naik kuda dan cakap besarnya dia menyapa, salam siap nak cium tangan lagi. Kalau dia kena paksa kenapa sekarang ? Kenapa dekat dengan Galas ?

13 comments:

  1. orang kajang6:12 PM

    saya salahkan juga PKR kerana senang betul recruit org kerja di pejabat.

    sehingga hari ini saya masih terkejut tengok salah seorang bodyguard dsai yg gempal nama rozi sentiasa ikuti dsai di mana jua.padahal sewaktu pr12 dulu masa berkempen dia kelihatan memayung khir toyo di masjid kajang.dia timbul 2 hari selepas pr12 sewaktu banjir di salah sebuah kampung di kajang,tanyala cikgu lee.

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:57 PM

    yelah, dulu masa kawan, tak kluar pun crita buruk rahimi ni ya bad. skrg bila dah benci macam2 la crita buruk dia kau tulis. bab ni aku respect dgn penyokong umno. mana2 pemimpin atau org mereka yg silap, mereka balun semacam je. takde nak cover2. bukan lepas jadi musuh baru nak kluar crita buruk smua. elok hang belajar bab ni dari umno. baru org mcm kami ni boleh respect dgn pakatan.

    -atas pagar

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:15 PM

    Macam mana nak belajaq kat UMNO... Kebanyakannya HAPRAKKKK.....Haaa..haaa...haaa.. Lima det tak leh pakai..

    ReplyDelete
  4. Anak Lawin Papulut10:45 PM

    anony...dari tulisan ko memang jelas ko pun umno..respect kat umno?kahakahaakk...haktuikk!
    mana ade respect bro..hina Islam,hapuskan tanah rizab melayu,dera bangsa sendiri, dll...sudah la tu...baik terus bersama umno aje..

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:13 AM

    atas pagar .. aku rasa ko kena belajar gak la. kalau kawan dia tak der aa tikam dari belakang. kalau kawan tikam dari belakang ni baik kita tikam dia balik.
    aku rasa kawan22 ko pun sama kot macam ni atas pagar tak der pendirian . kalau ko yg kena ko pun buat benda yg sama.

    - Bawah Pagar

    ReplyDelete
  6. Anonymous2:03 AM

    atas pagar.... bab rahimi ni aku kenal CB dia dah mengeluh dah kenapa dibela... tapi Anwar tak dengar.... now timbul lagi mangkak elitis yang berkubang di pejabat Anwar yang gaji besar.... berapa gaji Rafizi ? berapa gaji Nik Nazmi ?

    ReplyDelete
  7. Anonymous1:34 PM

    merujuk kepada berita
    http://ureka.asia/2010/10/zaid-akan-beri-laluan-kepada-nurul-izzah/#comment-3418

    zaid, oo zaid..

    cakap akan tarik diri kalau khalid ibrahim bertanding??? skrg nurul izzah pulak?
    adoi.. aku tak setuju Nurul Izzah bertanding Timbalan Presiden..

    Nurul Izzah wajar bertanding Timbalan Ketua AMK, ataupun Ketua AMK ataupun paling tinggi Naib Presiden..
    aku harap Nurul Izzah cukup pencalonan untuk Timbalan Ketua AMK…

    kepada Zaid.. “Dato lebih layak untuk bertanding Timbalan Presiden” tetapi “Dato sebenarnya paling layak untuk menduduki kerusi Presiden ataupun Naib Presiden”… “Dato layak untuk kerusi presiden sekiranya anwar berkeras utk tidak bertanding presiden”…. Dan sekiranya anwar bertanding presiden, Dato lebih layak untuk bertanding Naib Presiden”…. “Nurul Izzah tidak tersenarai langsung … kalau beliau dicalonkan aku harap dia tewas”…

    Nurul Izzah masih terlalu muda, beri peluang beliau untuk menimba seberapa banyak ilmu politik.. KEADILAN juga tidak wajar dilihat sebagai parti SUAMI ISTERI dan anak….

    Agak tak sesuai, Ketua Umum : ANWAR, Presiden : WAN AZIZAH : Naib : Nurul Izzah..
    Aku sangat tak setuju….. Nurul Izzah.. diharapkan bertanding jawatan Timbalan Ketua AMK bagi membantu Chegu Bard memperkemaskan jentera Angkatan Muda KEADILAN yang dilihat sangat lesu….

    nurul izzah… AMK lebih memerlukan anda!!
    gandingan Nurul Izzah – Chegu Bard.. pasti akan memacu AMK ke arah Gelombang ReformasI AMK Generasi Kedua…

    ________________

    Dream Team Banzora untuk KEADILAN,

    Presiden : Anwar Ibrahim (zaid presiden sekiranya anwar tidak mahu bertanding)
    Timbalan Presiden ; Mustafa Kamil Ayub
    Naib Presiden : Dr. Badrol Amin (Pengarah Penerangan Negeri Selangor)
    Naib Presiden : N Gobalakrishnan
    Naib Presiden : Tian Chua
    Naib Presiden : Fuziah

    Naib Presiden Dilantik :
    Azmin Ali
    Khalid Ibrahim
    Zaid Ibrahim (Zaid utk Presiden sekiranya Anwar tidak mahu bertanding)

    Ketua AMK :
    Chegu Bard
    Naib Ketua AMK :
    Nurul Izzah Anwar (aku tak pasti Nurul Izzah cukup pencalonan atau tidak- Usaha kearah itu perlu dijalankan)

    MPP :
    Mat Saman Kati
    Raja Petra Kamarudin
    Dr. Muhd Nur Manuty
    Nazrey (mantan pengerusi Gerak)

    ReplyDelete
  8. Anonymous1:46 PM

    PKR lemah memilih kakitangan dan kadang-kadang ahli. Semua yang terlibat dalam kes Anwar merupakan kakitangan PKR. Takkan Anwar & sape2 terdekat dengan Anwar tak buat tapisan sebelum pilih pekerja?
    Pelik, dulu Azizan, lepas tu Saiful & ada lagi plak satu kes babitkan orang yang rapat dengan Anwar. Jika benar mereka menipu untuk kenakan Anwar bermaksud PKR tidak pandai memilih kakitangan.
    Kes sama dengan ahli PKR. Beberapa insiden dalam pemilihan PKR baru2 ini jelas tunjukan ahli PKR tidak bersatu.

    ReplyDelete
  9. Anonymous9:00 PM

    MANUSIA BOLEH DI BELI DENGAN DUIT . BLASAN TUHAN KENA INGAT!

    ReplyDelete
  10. Anonymous10:00 PM

    aku pernah sembang ngan hamdan abang yang susun tahun lepas, dia kata asal perancangan adalah rashid lah yang akan buat pengakuan dia diliwat.. tup tup nama saiful keluar... dan sekrang rahimi... asalnya nak buat pengakuan diliwat tapi tak jadi.. lepas ni budak rashid tu pulak kot

    ReplyDelete
  11. Anonymous2:18 AM

    Si penyamun lahabau tak kira saring ke tak saring..tapis ke tak tapis..
    kalau dekat aje ngan saudara Anwar mereka akan "ote" ngan habuan2..duit,pangkat,betina dan ratusan lagi perangkap2 dajal wa syaitan laknatullah...kalau tak leh jugak depa ugut dsb..
    ade org komen kat aku knp anuar ambik org muda belia lelaki..aku jawap kalau anuar ambik org belia perempuan lagi si fitnah dajal pasang perangkap hebat2...alangkan lelaki tua[kes liwat 1..dr munawir tak silap aku]pun depa fitnah tadah bontot kat anuar...mereka akan buat ape saje...

    ReplyDelete
  12. Anonymous8:03 PM

    PKT telah melahirkan Ramai jutawan segera. Taniah !
    Rahim bakal bergelar jutawan. Kalau nak jadi jutawan masuk lah PKR bila keluar boleh jadi jutawan. Dunia akhir zaman.

    ReplyDelete
  13. Anonymous3:38 AM

    chegubard ni sembang je lebih....otak kosong....tengok muka pun boleh tau kaki tonggeng...

    ReplyDelete