Thursday, October 28, 2010

Projek langgar raya - Aduka Teruna

Oleh : AdukaTaruna

Masa raya hari tu, gua dah deal dengan Chegu Bard yang gua nak wawancara dia. Merangkap makan kuih raya sekali la. Merangkap juga nak duit raya. Walau gua tahu kemungkinan dapat tu tahap mustahil, tapi gua tak la jahat macam Edyes. Dia bawak anak dia sebagai lulit dapatkan duit raya Chegu Bard. Niamakahai.

Memula, Chegu Bard mengatakan video cam dia ada. So, gua pun tak adjust la. Sekali, video cam Chegu Bard buat kelakar. Ah... sudah.. mampos nak wawancara stail tulis nih. Gua mana tau short hand ke, short skirt ke. Nak rakam guna handphone, lu tau la handphone lampu suluh gua tuh. Mana bleh. Last2, Edyes rakan audio gua handphone canggih dia.

Pagi2, lagi Ali Abu dah sampai rumah gua. Gua rasuah dengan kuih raya, dan air gas (bikarbonat.)

"Er.. Aduka... air kosong takda ke?"

"Apsal pulak."

"Gua tak minum air manis."

Macam celako jer gua dengar ayat mamat nih. Sah orang UMNO totok boikot gula. Pastu tunggu Edyes. Mana plak mangkuk nih.

"Sori Aduka.. gua baru bangun. Apsal lu tak kejut gua?"

Ak'alaaaa... gua plak yang kena kejut dia. Ni ada yang gua bakar stadium Paroi ni kang. Pendek cerita, gua dan Ali Abu bertolak ke rumah Chegu Bard. Edyes akan tunggu di sana. Gua dah sent alamat dia.

Pendek cerita, alhamdulillah, tanpa sesat, sekali teka jer, gua sampai rumah Chegu Bard. Tengah terkial2 nak parking, Chegu dah kuar jengok muka. Sah! Sah! Bukan rumah Anuar Zain. Tapi rumah Chegu Bard.

"Assalamualaikum Chegu... selamat hari raya.."

Perghh.. punya lah sopan gua. Ala2 Mat Belia nih. Seb baik bebudak fesbuk takda. Kalau tak.... mampos. Kena bahan. Masuk jer dalam, baru gua nak cari port duduk, Ali Abu terus terkam kuih raya. Nate nih.... Belum sempat gua sepak ginjal kiri dia, Edyes sampai. Siap bawak anak ni. Tionaseng.

Otak gua tafsir antara 2. Pertama bini dia tak caya kat Ali Abu dan Edyes sendiri, so, syarat wajib ialah bawak anak. Atau kaedah tersembunyi pow duit Chegu Bard untuk duit minyak. Edyes masuk, duduk bawah bawah dengan Chegu Bard. Gua dengan Ali Abu tetap duduk atas sambil mentedarah kuih raya. Pergi mampos la.. gua suka pemimpin yang level sama dengan rakyat bawahan.

Tak sempat gua nak tanya soalan, Chegu Bard dah buka kutbah Jumaat dia. Asal-usul dia terlibat dengan gerakan reformasi, perjalanan dia yang dari bawah, pembelajaran yang dia dapat dari pimpinan Ezam, dari Sam, pimpinan2 terdahulu dan sebagainya. Audio ada pada Edyes. Nantilah suruh dia upload.

"Saya bermula dari orang yang bukan berani. Memang saya penakut. Masa kena kejar polis, saya sembunyi dalam tandas masjid. Selagi ada bunyi orang, selagi tu saya tak keluar."

Itu antara ayat yang gua ingat.

"Tetapi apabila ditangkap kali pertama, dengan polis yang datang ke sekolah dan sebagainya, di sinilah saya berubah. Laaa... ini sahaja ke kena tangkap?"

"Keadaan yang paling hebat dalam hidup saya ialah ketika membuat keputusan berhenti dari menjadi cikgu. Saya bukan orang senang. Bagaimana mahu menjelaskan ini semua kepada ibu? Akhirnya selepas solat Subuh, saya menyatakan semuanya. Keadaan memang sukar. Alhamdulillah, ibu restu dan meminta jangan toleh ke belakang dengan keputusan itu."

Ayat lebih kurang la bai.. nanti boleh dengar sendiri. Insyaallah.

"Bagaimana Chegu mahu menjelaskan kepada rakyat amnya, dan kepada anak muda khususnya, tentang perjuangan PKR yang pelangi dan rojak. Maksud saya, pelbagai idealogi yang berada dalam PKR. Tiada pegangan khusus."

Itu soalan gua. Chegu Brad telah menjawab asas perjuangan yang boleh menyatukan kepelbagaian idealogi dalam PKR. Memang baik jawapannya pada gua, walau masih boleh dibahaskan. Nak taip, gua takut lari makna. Sebab ianya berkaitan dengan idealogi. Insyaallah, lepas ni, upload audio pula.

Chegu Bard juga ada menyentuh mengenai kewangan Anak Muda PKR. Bagaimana plannya untuk tajuk tersebut. Kewangan adalah satu perkara penting dalam perjuangan. So, cabaran itu juga wajib dipikul. Keseluruhannya gua berpuas hati dengan jawapan2 Chegu Bard, walau itu bukan tujuan utama gua melanggar-raya rumah Chegu Bard pada hari itu.

Tujuan utamanya ialah seperti mana pembentangan gua mengenai keperluan memilih Chegu Bard sebagKapala AMK atas sebab akses dia kepada rakyat yang mudah, maka, gua test dan buktikan kepada lu orang. Jawapan, dan hujah pada gua ialah perkara no 2. kalau hujah hebat, tapi sukar kita langgar-masuk, ianya tidak ada makna untuk kita sebagai rakyat terbawah. Gua kol Chegu Bard tanpa melalui pengurus atau SU atau cibai2, walau gua faham juga laluan organisasi secara professionalnya. Gua kol, sms dan email sendiri, cakap nak jumpa.

Adakah gua dibayar? Pundek.

Adakah gua mempunyai kepentingan? Ya.. kerja Pak Guard ni atas kabel Chegu Bard la nih.


So, untuk pada hari ini, gua menunjukkan kepada lu kelebihan yang lu dapat jika kepala AMK adalah cikgu Bard. Seandainya ada perkara yang kita tak puas hati kepada Ketua AMK, mari kita semua berjumpa dengan beliau sendiri. Tidak lari dan tidak perlu birokrasi mengarut. Itu yang pertama. Kemudian, baru cerita bab jawapan dan hujah.

Wallahualam.(petikan blog aduka teruna)

No comments:

Post a Comment