Pada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengumumkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada hari Selasa, 26 Oktober ini dan tarikh pengundian pada 4 November 2010.
Pilihanraya kecil ini diadakan oleh kerana kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus, 27 September lalu.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.
Walaupun keputusan Pilihanraya Kecil DUN Galas ini mungkin boleh dilihat tidak penting kerana siapa pun memang tidak akan memberi banyak kesan, Kerajaan Negeri masih dikuasai PAS-Pakatan Rakyat dan Kerajaan Pusat masih dikuasai Bn. Hujah mengatakan DUN Galas bukan kubu kuat sesiapa kerana siapa pun menang atau kalah majoriti pasti rendah maka ia dihujahkan sebagai siapa pun menang dari aspek maruah politik tidak banyak terjejas.
Namun jauh dari persoalan itu rakyat perlu melihat cabaran Pilihanraya DUN Galas ini sebagai peluang untuk membuktikan penolakan rakyat terhadap beberapa tindakan kerajaan pusat yang jelas menjejaskan hidup rakyat. Kenaikan harga hasil penarikan subsidi contohnya perlu diadili di Dun ini.
Bn pasti akan datang dengan seribu satu janji manis tetapi pengundi Galas harus disedarkan dengan janji kosong yang masih tak tertunai dalam siri pilihanraya kecil sebelum ini. Tidak perlu melihat sejauh janji bandar tentera darat di Dun Bagan Pinang cukup dengan melihat siri - siri janji manis tak tertunai di Manek Urai yang lama sehingga banyak dilupa.
Kempen perkauman dan fitnah sudah tentu menjadi menu utama bahan kempen Bn kali ini.
Maka seluruh rakyat harus melihat Galas ialah lapang tempur seluruh rakyat. Kita telah bersetuju calon PAS akan mewakili Dun Galas dan kepercayaan yang tinggi terhadap PAS Pusat dan PAS Kelantan sudah tentu punya barisan calon yang berwibawa dan bagi che'GuBard selaku ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) keADILan janji saya ialah akan turun membantu di Galas seperti calon keADILan sendiri yang bertanding.
Satu pasukan kempen sudah dibentuk dengan meneliti latar Galas itu sendiri. Satu makenisma kempen mendekati pengundi dengan memberikan penerangan mesra akan digunakan. Anak muda dari perbagai peringkat akan digerakkan bersama membentuk jentera rakyat di sana. che'GuBard insyaAllah akan berada di Galas pada 8 dan 9 Oktober ini.
Umno - Bn sudah memulakan kempen penuh ketidak keyakinan. Timbalan Presiden Umno sendiri gentar untuk menjadi pengarah pilihanraya sehingga menyerahkan tampuk tersebut kepada YBm Ku Li malangnya sehingga kini lantikan tersebut masih belum sah diterima.
Meletakkan tarikh pengundian hari Khamis juga menunjukkan Bn tidak yakin dan cuba menyukarkan pengundi pulang melaksanakan tanggungjawab. Tarikh 4 November sebagai tarikh mengundi pula merupakan sehari sebelum Hari Perayaan Deepavali juga dilihat sebagai regim ini tidak sensitif dengan perayaan besar sahabat-sahabat berketurunan India dan agama Hindu sudah tentu menyusahkan mereka yang bukan sahaja pengundi tetapi mungkin mereka yang terdiri dari petugas parti atau agensi Kerajaan.
layak jadi ketua amk
ReplyDelete