Tuesday, October 05, 2010

Peringatan dari akar umbi : kita harus hormati ahli baru

PETALING JAYA: Seorang pemimpin peringkat cabang PKR di Sabah melahirkan rasa kecewa dengan sikap beberapa pemimpin tertinggi parti kerana memperkecil-kecilkan anggota-anggota baru.

"Saya kecewa dengan beberapa pemimpin PKR berulang kali memperkecilkan anggota-anggota baru dalam parti, sama ada melabel mereka sebagai tidak boleh dipercayai atau masih mentah dalam politik," kata Ketua Cabang Kota Belud, Saidil Simoi.

Beliau berkata, "hari ini, saya terbaca kenyataan akhbar Naib Presiden Azmin Ali, yang akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden, meremehkan pesaingnya Datuk Zaid Ibrahim, hanya kerana beliau adalah anggota baru dalam PKR.


Ujar beliau, "nada suara para pemimpin ini bercanggah dengan aspirasi parti apabila inisiatif diambil untuk meminda perlembagaan. Pucuk pimpinan mengalu-alukan anggota-anggota baru dengan tangan terbuka selepas pilihan raya umum 2008.

"Parti sanggup memendekkan tempuh masa menjadi ahli kepada hanya setahun untuk membolehkan mereka menawarkan diri sebagai calon dalam pemilihan parti," katanya dalam kenyataan media hari ini.

"Namun kini, anggota-anggota baru dipandang dengan perasaan curiga dan seolah-olah tidak diperlukan. Adakah kita menyatakan mana-mana anggota baru yang ingin menawarkan diri untuk komited dengan perjuangan parti secara otomatik digantung kerana disyaki sebagai pengacau?

"Adakah mereka tidak diperlukan kerana mereka tidak condong kepada mana-mana kumpulan yang dipilih oleh beberapa pemimpin parti," soal beliau.

Beliau berkata, peristiwa ini mengingatkan kita kepada kes seorang yang dilantik sebagai Bendahari Agung selepas pemilihan parti tahun 2007 merupakan anggota baru dan hampir tidak dikenali dalam parti. Namun demikian, pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bantahan.

"Jika inilah halnya, maka demokrasi tidak akan berkembang dalam parti, seperti mana yang dikehendaki oleh sistem mengundi secara terus. Demokrasi hendaklah berasaskan kepada kuasa anggota dan bukan ditentukan oleh segelintir," katanya.

6 comments:

  1. Anonymous11:59 PM

    saya setuju dengan apa yang diutara kan oleh beliau..
    mane letaknya demokrasi dalam PKR jikalau perkara sebegini berlaku???

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:29 PM

    BANZORA's DREAM TEAM

    KETUA UMUM : ANWAR IBRAHIM
    PRESIDEN : WAN AZIZAH WAN ISMAIL
    TIMBALAN PRESIDEN : MUSTAFA KAMIL AYUB

    NAIB PRESIDEN : CHUA TIAN CHANG
    NAIB PRESIDEN : FUZIAH SALLEH
    NAIB PRESIDEN : N GOBALAKRISNAN (tahanan ISA bersama Dr Badrol amin)
    NAIB PRESIDEN : DR BADROL AMIN (pembaca doa ketika pelancaran KEADILAN/Ketua Pemuda SABAH)

    NAIB PRESIDEN DILANTIK : KHALID IBRAHIM
    NAIB PRESIDEN DILANTIK : ZAID IBRAHIM
    NAIB PRESIDEN DILANTIK : AZMIN ALI

    KETUA AMIK : CHEGU BARD (penggerak reformasi sejak awal)
    TIMBALAN KETUA AMK : NURUL IZZAH ANWAR (Puteri Reformasi 1999)

    http://pahangdaily.blogspot.com/2010/10/kontroversi-ramai-pimpinan-lama-dalam.html

    Imbas kembali :

    MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI PARTI KEADILAN NASIONAL (bermula 4 april 1999)
    (keADILan) – (KUMPULAN PENGASAS PERTAMA KEADILAN)….

    PRESIDEN YB DATIN SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL———————————————– (1)
    TIMBALAN PRESIDEN YBHG PROF. DR CHANDRA MUZAFFAR
    NAIB PRESIDEN 1. YBHG DATO’ SHEIKH AZMI AHMAD
    2. PUAN MARINA MOHD YUSOF
    3. ENCIK CHUA TIAN CHANG ——————————————————————— (2)
    SETIAUSAHA AGUNG ENCIK MOHD ANUAR TAHIR
    BENDAHARI USTAZ RAMLI IBRAHIM
    KETUA PENERANGAN ENCIK RUSLAN KASSIM
    KETUA PEMUDA ENCIK MOHAMAD EZAM M. NOR
    NAIB KETUA PEMUDA ENCIK MUSTAFFA KAMIL AYUB ————————————- (3)
    KETUA WANITA HAJJAH NELL ONN
    NAIB KETUA WANITA PUAN FAUZIAH SALLEH——————————————— (4)

    SUMBER : http://pknks.tripod.com/objektif.htm

    ~ 4 pemimpin UTAMA KEADILAN yang kekal sehingga ke hari ini ~

    …satu kelebihan yang menyebabkan MUS wajar dipilih sebagai TIMBALAN PRESIDEN….
    … CHUA dan FAUZIAH SALLEH wajar dipilih untuk jawatan NAIB PRESIDEN…..

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:07 AM

    geli aku dgr hujah bebudak shamsul iskandar yang konon suruh kekalkan yang berjaya dan komited hahaha.... woi kata parti perubahan bawa dan terima ler perubahan....

    sedar tak amk tu dah mati di bawah shamsul... aku tak paham apa yang depa kata berjaya... dari 222 cabang amk cuma ada di 163 cabang dari 163 cabang hanya tak sampai 50 yang dapat buat pencalonan lengkap hahaha maknanya mampos dah amk tu.... aku sokong bard tanding kalau lebih baik bard kena ganding dengan rafizi

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:01 PM

    Chegu Bard..

    aku harap... ada pencalonan saat-saat akhir..
    agar wujud gandingan CheguBard-NurulIzzah utk memimpin KEADILAN,

    Kemudian CheguBard dan NurulIzzah berpakat untuk mengasingkan semula AMK kepada dua, iaitu Pemuda dan Puteri.

    Chegu Bard terus menjadi Ketua Pemuda KEADILAN manakala Nurul Izzah Anwar menjadi Ketua Puteri KEADILAN. Ini penting. Aku yakin KALAU CHEGU BARD berani membuat perubahan ini, sokongan KEADILAN akan bertambah.

    Nurul Izzah mampu menarik sokongan anak muda wanita dalam satu barisan kepemimpinan wanita muda, manakala Chegu bard mampu menyusun semula satu barisan mantap dikalangan anak muda lelaki.

    Chegu Bard, penggabungan AMK (wanita dan lelaki) dalam satu team, sebenarnya satu pendekatan yang sangat tidak bijak. Saya harap chegu bard dapat memisahkan semula.

    Chegu Bard, keadilan perlu wujudkan PUTERI KEADILAN, bagi mewujudkan persaingan UNTUK BERHADAPAN DENGAN PUTERI UMNO.

    KAMI ANAK MUDA..

    BERHARAP CHEGU BARD mampu menjadi pengutara isu ini di peringkat PUSAT..

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:07 PM

    Bagus bergabung dari bersendirian, jangan perkecilkan kekuatan wanita, apa yang perlu dilakukan AMK ialah meningkatkan gerak usaha sesama mereka untuk meningkatkan lagi kekuatan anak muda

    ReplyDelete
  6. Anonymous6:45 PM

    salam,

    ketua AMK kita dh jangka siapa akan menang iaitu Chegu Bard. Chegu Bard dapat sokongan solid,
    aku bukan over confident tapi insya Allah beliau akan menang.

    So aku rasa lebih baik saudara buat artikel tentang siapa yang layak, siapa calon yang cukup pencalonan, dan siapa yang bakal menang jawatan Timbalan Ketua AMK.

    Jawatan timbalan ketua AMK lebih panas berbanding Ketua AMK. Persaingan Ketua AMK amat tidak sengit manakala jawatan Timbalan Ketua AMK dilihat lebih sengit kerana peluang calon adalah agak sama rata.

    antara calon yang dijangka

    1. Jonah (ketua AMK Selangor - yang kononnya dipinggirkan MB Selangor - aku tak pasti)
    2. Amir Saari
    3. ...........
    4. ..........
    5. Nurul Izzah (tapi aku rasa masih tak cukup pencalonan)..

    aku harap artikel tentang kewajaran dan ketidakwajaran Nurul Izzah bertanding Timbalan Ketua AMK diperhebah, diperkarangkan dan diperhalusi oleh saudara penulis.

    Isu ini lebih diminati berbanding kisah-kisah yang tertera di atas. Artikel di atas terlalu ilmiah dan berat sehingga tidak menemui klimaks dalam pembacaan. Karya-karya politik memerlukan "isu" panas utk dihurai. Karya politik juga memerlukan "bahan panas yang benar-benar diminati pembaca" utk dihidangkan. Artikel saudara telah sampai ke siri 11.

    Mungkin telah sampai masanya Siri ke 12 utk saudara menyentuh "isu panas", berkenaan Nurul Izzah yang dilihat sangat LAYAK untuk bertanding Timbalan Ketua AMK dalam usaha menarik semaksimum mungkin sokongan anak muda wanita TERHADAP KEADILAN.

    Penulisan saudara kearah mengilhamkan idea kepada bakal pemenang kerusi KETUA AMK utk direalisasikan setelah menang dan seterusnya meng"klimaks"kan siri artikel saudara dgn paparan berkenaan peri pentingnya diwujudkan "PUTERI KEADILAN" dalam usaha mewujudkan daya saing kepada PUTERI UMNO adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan.

    Suara WANITA MUDA dalam keadilan telah tenggelam dek kerana suara "LELAKI MUDA" KEADILAN yang agak lantang. WANITA MUDA perlukan platform baru agar suara mereka dapat didengari dengan lebih jelas dan sampai ke akar umbi.

    Dengan kewujudan WANITA MUDA KEADILAN (Puteri KEADILAN), dijangka akan mampu menarik lebih ramai WANITA MUDA menyertai KEADILAN dan ianya mampu menjadi alternatif terbaik kepada WANITA MUDA yang kini kelihatan sangat "RANCAK" menyertai PUTERI UMNO yang dilihat lebih "feminin, berdaya, versatile dan sensasi".

    SUARA WANITA MUDA tenggelam dalam AMK, kali terakhir suara wanita MUDA bergema ialah ketika SHARIFAH SHAHIDA menjadi Naib Ketua AMK, selepas era SHARIFAH SHAHIDAH, suara wanita muda keadilan dilihat lesu dan tiada lagi bergema lantang sepertimana SHARIFAH SHAHIDAH.

    Kini SHARIFAH SHAHIDA telah dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN. Pengganti beliau masih belum menyerlah, mungkin dgn kewujudan PUTERI KEADILAN. Proses menjelmakan SHARIFAH SHAHIDA versi 2 akan lebih cepat menjadi nyata.

    NURUL IZZAH dilihat paling layak menjadi Timbalan Ketua AMK, dan seterusnya berpakat dengan CHEGU BARD sebagai KETUA AMK utk mengasingkan entiti AMK kepada dua iaitu PEMUDA dan PUTERI. Chegu Bard akan terus kekal sebagai KETUA PEMUDA, manakala Nurul Izzah wajar dilantik KETUA PUTERI, ianya amat sesuai dengan gelaran beliau sebagai Puteri Reformasi.

    -Chegu Bard for Ketua AMK, nurul izzah for Timbalan ketua AMK-

    ReplyDelete