Selepas ceramah terus ke Besut dan sampai subuh. Sempat lelap sebentar selepas Subuh. Sarapan pagi sambil bersembang perbagai isu dengan penduduk setempat bersama Dr. Sazali, Ketua KEADILAN Cabang Besut. Kemudian terus menuju Machang.
10.45 pg tiba di Rumah YB Saifuddin Nasution di Machang. Rumah YB Saifuddin penuh dengan kenderaan, serambi rumah penuh hadir sama ialah YB Datuk Dr Mansor Othman selaku Timbalan Pengarah Pilihanraya keADILan Pusat. Sebaik sahaja mesyuarat biro politik Kelantan selesai maka pertemuan di isi dengan taklimat dan persedian PRK Galas. keADILan begitu serius dalam memastikan kemenangan rakyat kekal di Galas.
Solat Jumaat di Masjid Faris Petra, Kuala Krai bersama teman-teman AMK Kelantan, terus bergegas ke rumah sdr. Tarmizi, bekas Ketua AMK Kuala Krai untuk solat hajat dan doa selamat sebelum beliau bertolak mengerjakan ibadat haji 3 hari lagi.
Pulang semula ke Besut. Selepas Isya hadiri Majlis Hari Raya KEADILAN Besut dan Ceramah Umum. Selepas ceramah ada sesi taklimat tertutup libatkan 5 pimpinan Cabang sekitar.
9 Oktober 2010, sebelum meninggalkan Besut sempat makan tengahari bersama teman-teman anak muda di sana. Banyak perkara disembangkan. Bertolak ke Gua Musang.
3.00 ptg sampai ke Galas untuk menyertai Pelancaran Jentera Dun Galas selaku ahli Majlis Pimpinan Pusat. Seramai lebih 500 orang anak muda setempat hadir.
Terus bertolak pulang sebelum berhenti sebentar di Kuala Lumpur jam 11.00 mlm untuk berbincang mengenai program sempena pilihanraya dan konvoi anak muda.
Jam 2.45 pg sampai rumah. Tengahari ini perlu bertolak ke Utara, singgah Ipoh ambil YB Lih Kang. 5ptg dijadualkan bersama dalam prog Penutup Kejohanan Bolasepak AMK di Tasek Glugor. Kemudian bergegas untuk majlis tertutup bersama untuk bincang strategi AMK negeri bagi berdepan dengan serangan mutaakhir pemuda Umno di Pulau Pinang.
9.00 malam pula akan hadiri Ceramah Umum bersama Ust. Idris Ahmad di Nibong Tebal.
gambar-gambar dari Pelancaran Jentera di Galas
No comments:
Post a Comment