Sunday, October 10, 2010

cheGuBard dapat RM400,000, Alhamdulillah !!!

Esok, 10 Oktober adalah hari penentuan untuk semua calon-calon menyatakan pendirian tentang jawatan mana yang hendak ditandingi. Semua jawatan dah penuh sesak untuk mereka yang hendak bertanding.

Setakat ni, jawatan Presiden masih lagi belum ditentukan siapa yang hendak bertanding. Tapi, kalau ikut pencalonan, ada tiga orang yang layak. Anwar, Wan Azizah dan Zaid. Kalau ikut nujum Pak Belalang aku, Wan Azizah akan berundur dan Anwar kan bertanding jawatan Presiden. Zaid macam mana? Yang ini masih suspense.

Nurul Izzah juga akan membuat keputusan esok sama ada hendak bertanding Timbalan Presiden atau Naib Presiden. Instinct aku mengatakan dia akan bertanding Naib Presiden. Dan dengan ini, ada beberapa orang lagi akan bertanding Timbalan Presiden. Tian Chua tidak akan bertanding Timbalan.

Kalau ikutkan hu-ha-hu-ha kempen, hanya tiga orang yang bertanding. Zaid, Azmin dan Mustafa Kamil. Instinct aku masih mengatakan Mus akan tarik diri. Tapi kalau dia meneruskan hajatnya, dia tak akan kemana. Dan real fight akan berlaku diantara Zaid dan Azmin. Tapi itu pun masih belum tentu juga.

Instinct aku mengatakan Khalid Ibrahim akan bertanding Timbalan Presiden juga. Dalam diam, Khalid sudah mengumpul bala tenteranya. Dan yang leboh menarik, ramai diantara jeneral-jeneral Khalid adalah orang yang menyokong Azmin pada mulanya.

Kedudukan Azmin makin rapuh, sekiranya Khalid masuk gelanggang. Kalau Zaid bagi laluan kepada Khalid, Azmin can say goodbye.

Dalam pemilihan Naib Presiden, keadaan sekarang macam Summerslam. Ramai sangat yang nak ajdi Naib Presiden, tapi dalam pandangan aku…hanya beberapa orang saja yang mempunyai kaliber untuk jadi Naib Presiden. Yang lainnya…saja nak menyemak. dan yang lebih leceh lagi, ada diantara Calon Naib Presiden ini syok sendiri.

Semalam, Dolah Sani buat perjumpaan dengan ahli PKR Kuala Kangsar dan Sg. Siput untuk berkempen supaya menyokongnya sebagai Calon Naib Presiden.

Cara dia berkempen pun sudah memualkan. Kalau macam inilah orang yang akan menjadi Naib Presiden PKR…buat malu saja.

Dolah Sani berkempen macam nak lawan Umno. Dan dia pun buat macam Umno. Kempennya bukan hendak menerangkan visi dan misinya, tapi memfitnah orang lain.

Dollah Sani kata, Cabang Ipoh Timor dan Ipoh Barat dapat lima ribu sorang dari Zaid. Betul atau tidak, aku tak tau…tapi kedua-dua Cabang ini mencalonkan Mustaffa Kamil.

Dalam perjumpaan itu juga, aku diberitau, Chegu Bard mendapat RM400,000 dari Zaid. Fuiyoo!! Kalau macam tu, pemilihan lagi sekali aku gerenti nak bertanding. Boleh buat duit ooo!!

Cerita orang tu bagi duit, orang ni bagi duit…semakin memualkan. Hari tu, Ketua Wanita Perak marah kat aku pasai aku bocorkan cerita dia dalam mesyuarat. Dia kata semua Cabang dapat lima ribu dari Zaid. Bila aku tulis dalam blog, dia kata dia cuma menyampaikan apa yang diceritakan oleh Zuraidah. Zuraidah pun dua kali lima macam Dolah Sani. Cerita la macam mana nak memberdayakan Wanita PKR. Ni dok cerita pasai orang tu bgai duit, orang ni bagi duit. Tapi nak kata apa…itulah standard Ketua Wanita PKR.

Semasa aku bercuti lima hari dari menulis, aku jenguk juga pejabat PKR kat Tropicana. Kat situ aku jumpa seorang Wanita PKR Pusat. Dia marah kat aku sebab aku promote Animah Ferrar untuk melawan Zuraidah sebagai Ketua Wanita. Astaghfirullahilazim!!! bila masa aku sebut Animah Ferrar??

Boleh check balik dalam semua posting yang aku buat…aku tak pernah sebut nama Animah Ferrar. Yang pernah aku sebut mungkin Team Ferrari.

Walaubagaimanapun, sapa nak lawan pun mampuih pi la. Tunggu malam esok atau hari Isnin. Lepas tu baru aku sambung Dream Team aku.

Aku bercuti selama lima hari sebab ada orang gila nak buat projek the Third Force. Dia minta aku tulis project paper dan menghuraikan apa yang dalam kepala aku. Secara dasarnya, aku bagi posting-posting yang pernah aku buat. Kerajaan Maya Rakyat, Kampung Direct Investment, Universiti Maya Rakyat. Semuanya idea gila…tapi siapa sangka…rupanya ada orang gila yang minat dengan idea gila.

petikan dari http://ureka.asia/2010/10/makin-lama-makin-lalok/

2 comments:

  1. Anonymous11:45 AM

    tentang azmin, aku tak pasti… aku tak kenal luar dalamnya…antara azmin dan zaid.. aku lebih percayakan MUS… Ramai yang komen MUS tak perform, tapi aku dah banyak kali basuh dia.. Insya Allah, MUS dah banyak muhasabah diri. Cuma “pengkritik” beliau wajar tahu,

    BELIAU NAIK ATAS KARISMA, WIBAWA dan ILMU yang dimiliki.
    Beliau tidak bergantung kepada KEWANGAN dan BAYANGAN TOKOH TERTENTU.

    Insya Allah beliau bebas daripada sebarang skandal sama ada secara fitnah mahupun sebaliknya, sekiranya beliau menang, UMNO akan mati akal untuk dijadikan ISU ketika pilihanraya nanti. Berbanding Azmin dan Zaid. UMNO dengan mudah mengeluarkan pelbagai ISU dan akhirnya akan menjadi liabiliti kepada parti. Sekiranya AZMIN dan ZAID menang, UMNO akan membuka segala isu dan latarbelakang mereka berdua (sama ada secara fitnah ataupun secara benar) dan akhirnya KEADILAN akan terperangkap.

    KITA tak mahu parti kita jadi seperti UMNO yang hidup disebabkan WANG.
    KITA mahukan PARTI KITA BERJUANG atas nilai KEIKHLASAN dan MORAL YANG TINGGI

    ZAID dan AZMIN tetap terbaik, tapi buat masa ini, PARTI keadilan memerERLUKAN MUS untuk membasmi BERUDU-BERUDU dalam parti. Beberapa tindakan dan kenyataan ZAID dan AZMIN dikuatiri menyemai sperma-sperma KATAK dalam KEADILAN. MUS diperlukan sesegera mungkin bagi mewujudkan menyucikan sperma-sperma sebelum sperma menjadi berudu dan seterusnya menjadi katak-katak.

    AKU HARAP KALIAN DAPAT MEMBERIKAN SOKONGAN SECARA PAKEJ. MUS tak mampu mentarbiyah parti secara bersendiri atas KAPASITI TIMBALAN PRESIDEN, BELIAU PERLUKAN BANTUAN kumpulan naib presiden yang berwibawa dan diyakini.

    sebab itu aku cadangkan Dr. Badrolamin, Fuziah Salleh … Dr. Badrolamin ada ilmu tarbiyyah (pendekatan ABIM) manakala Fuziah Salleh (ada ilmu tarbiyyah pendekatan JIM- beliau merupakan mantan Ketua Wanita JIM). N Gobalakrihnan pulak, merupakan anak didik Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selain mendapat tarbiyyah daripada Dr. Badrol Amin ketika dalam ISA bersama Tian Chua.

    Gandingan Timbalan Presiden dan Naib Presiden ini, insya Allah, akan dapat membasmi dan mereformasikan semula KEADILAN. Aku harap kelima-lima mereka menang dalam Pemilihan KEADILAN 2010. Kemenangan mereka dijangkakan dapat memadamkan status parti sebagai parti berudu.

    Seterusnya WAN AZIZAH dan ANWAR wajar dikekalkan sebagai Presiden. Pada mulanya aku mahukan ANWAR sebagai PRESIDEN. Tetapi aku jangka Anwar akan disumbat dalam penjara berikutan KES LIWAT TERBARU. Oleh itu, aku terpaksa tukar plan B. Wan Azizah wajar kekal Presiden, manakala Anwar kekal sebagai Ketua UMUM. KEADILAN perlu bersedia, kerana bila-bila masa dari sekarang ANWAR akan disumbat dalam penjara semula.

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:14 AM

    Salam. Betul Chegu Bard, Dato Khalid dah umum nak tanding timbalan. Dan pandangan peribadi saya, mungkin Dato Khalid paling layak untuk jawatan itu kot melihatkan prestasi dan track recordnya yg bersih dan kurang kontroversi.

    Then, saya ucapkan, ikhlaskan niat sama2 untuk bertanding dan memilih. Sekiranya syaitan dapat mengganggu keikhlasan, maka itu menjadikan jalan untuk dia menipu dalam perkara yg lebih besar.

    Saya bukan ahli parti politik mana2, tapi yg mana yg lebih memberikan maslahat berbanding yg mudhorat atau yg kurang mudhorat antara 2 mudhorat besar itulah yg menjadi pilihan kita.

    Ikhlaskan Niat, Menuju Perjuangan Dalam Redho Allah.

    Yours,
    Amaat

    ReplyDelete