Tindakan regim penguasa menahan pegawai Imegresin di bawah ISA merupakan usaha melindungi rangkaian jenayah korupsi dalam Imegresen yang melibatkan 'jerung besar'.
Regim terpaksa bertindak kerana orang ramai sudah terlalu bising, malah sudah jadi rahsia umum mengenai kegiatan korupsi dikalangan pegawai Imegresen dalam hal membawa masuk tenaga kerja asing. Tindakan ini juga kerana takut dengan tekanan negara asing khususnya Amerika Syarikat kerana negara ini sudah tersenarai sebagai penyeludup utama perdagangan manusia. Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia berpendapat bahawa kegitan yang berlansung sekian lama sehingga negara tersenarai sebagai 'negara penyeleudup manusia' , pasti didalangi oleh orang - orang besar.
Menurut Menteri Keselamatan dalam Negeri, Tujuh pegawai Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kerana bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara.
Ini adalah masalah yang serius kerana itulah ia perlu siasatan terbuka dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan meletakkan mereka di bawah ISA dilihat lebih kepada melindungi 'jerung besar' apabila pegawai biasa ditahan. Jika disiasat terbuka dan didakwa sudah pasti banyak lagi akan' terlambak dan terdedah' di depan rakyat.
Ini bukan satu yang tidak mungkin, ketika sesi lawatan ke Sabah beberapa bulan lalu che'GuBard sendiri ada berjumpa seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Sabah yang pernah ditahan ISA kerana terlibat dalam kegiatan memberi Kad Pengenalan kepada pendatang Filipina dan Indonesia. Mangsa yang ditemui mendedahkan bahawa apa yang dilakukan ialah atas arahan sulit dari atas yang dia terlibat dalam memberi Kad Pengenalan yang membolehkan penerima mengundi dengan segera dalam pilihanraya pada ketika itu.
Namun apabila perkara ini terdedah beberapa pegawai terutama pegawai Jabatan Pendaftaran ditahan dibawah ISA kerana untuk elakan penyiasatan dan pendakwaan akan mendedahkan apa sebenar yang berlaku.
Mansuhkan ISA yang menjadi alat pelindung kepada kekuasaan regim.

Bukan tak percaya...dan cuba nak percaya cuma sebelum ini dah banyak sangat "kambing hitam" kena sembelih buat gulai kari!!!!!
ReplyDeleteSelagi Barisan Taik ini berkuasa, selagi itulah penyalahgunaan kuasa berterusan. Mereka ini ibarat duri dalam daging, gunting dalam lipatan. Ikan bilis menjadi mangsa, jerung tetap terlepas bebas....
ReplyDeleteBetul tuu cheguBard .. ada dua Isa yang digunakan, pertama untuk musuh politik dan kedua untuk melindungi terbongkarnya penglibatan pihat atasan atas arahan lisan @ telefon ... saya harap cheguBard dan rakan-rakan yang lain baca peringatan Hadis Nabi s.a.w., 15 perkara mengundang bala Allah ... pertama sekali disebut (1)Apabila harta negara beredar di kalangan orang-orang tertentu (orang atasan/pimpinan negara dan disekelilingnya)kedua (2)Amanah dijadkan suatu sumber keuntungan ... lihat terjemahan Hadis sepenuhnya:
ReplyDeleteLIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
H.R Termizi
http://www.urusetialandas.blogspot.com
Sama sama mari kita hapuskan umno di PRU13.
ReplyDelete50 tahun lebih kita diperintah, dan sikit2 doa rakyat yg ikhlas akan dimakbulkan Allah jua, lama sangat sudah rakyat didolakdalihkan dengan drama dan irama yg mengkaburi mata. Semoga setiap yg tak betul itu walau sebesar zarah sekalipun akan ada perhitungan Allah utk makluknya, yg benar tetap benar dan salah tetap salah walaupun manusia itu cuba MENGADAKAN yg tak ada dan MENTIADAKAN yg ada... Amiiiin.
ReplyDeleteHarap setiap insan yang takut pada Tuhan, menegakkan keadilan untuk rakyat jelata. Jangan oleh sebab telah menerima rasuah RM500 sebagai bonus, kita taat setia kepada yang suka tadbir negara dengan segala jenis maksiat dan jenayah serta korupsi yang tak dapat bendung.
ReplyDeleteCB terus perjuang isu rakyat !!
ReplyDeleteitulah akibat gejala rasuah. nak cover kambing hitamkan orang lain.Siapa yang membawa orang asing dengan cara berasuah mereka lah pengkhianat negara. Ini lah undang2 secular asal duit semua boleh, selagi pemerintahan yang ada rasuah akan menghancurkan Malaysia.WAlaupun Jepun negara maju tetapi pendatang amat sikit, kita belum maju pendatang pun tak boleh control.Renungkan tuan tuan apa nak jadi generasi kita
ReplyDelete