Lihat sahaja penyerahan dua telaga minyak, Blok L dan Blok M pada kerajaan Brunei Darussalam; serta isu penyerahan tanah KTM di Tanjong Pagar pada kerajaan Singapura yang nyata lebih merugikan kepentingan dan kedaulatan negara.
Mesti ada yang tidak kena, seolah-olah ada agen asing tak kiralah agen Singapura atau (agen) Brunei dalam kabinet Najib, yang mendapat manfaat kewangan dalam kedua-dua rundingan ini.
Yang pasti selepas Najib mengesahkan penyerahan Blok L dan M beliau dijemput ke Brunei untuk mendapat anugerah tertinggi.
Kalau Najib atau delegasi Malaysia bukan agen asing seperti yang diandaikan, sepatutnya natijah dari rundingan negara dengan Brunei dan Singapura itu sudah tentu dilihat lebih menguntungkan kepentingan negara.
Kalau tidak, mengapa Najib sanggup setuju 40 nisbah 60 dalam membangunkan tanah bernilai tinggi di Tanjong Pagar sedangkan kita boleh bangunkan sendiri sebab itu milik mutlak kita sebelum Singapura Malaysia berpisah.
Kita pun tak tahu betulkah Limbang diserahkan pada kita kerana perkata itu tidak pernah dibentang di Parlimen tapi penyerahan kedua-dua telaga minyak ini jelas menguntungkan Brunei. Malah kenyataan Kerajaan Brunei yang menyatakan run dingan Limbang tidak selesai cukup memeranjatkan.
Andaian peribadi ini adalah tidak keterlaluan memandangkan Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri sebelum ini pun seakan mengaku bahawa agen Singapura benar-benar wujud dalam negara.
Ingat atau tidak kita, Dr. Mahathir pernah membuat andaian demikian apabila Datuk Kalimullah Maseerul Hassan yang diwar-warkan pro Singapura tiba-tiba dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Kumpulan Akhbar dalam New Strait Times Press (NSTP), empat tahun yang lalu.
Menyambut andaian Dr. Mahathir beberapa media alternatif pada ketika itu pun turut dilihat bersama-sama Dr. Mahathir dengan mengaitkan NSTP yang baru disertai oleh Kalimullah bertanggungjawab dalam membocorkan maklumat keselamatan negara pada Strait Times Singapore apabila akhbar perdana Singapura itu lebih awal memasyhurkan Najib sebagai Perdana Menteri, sebelum Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
Ekoran itu, beliau mencabar Najib menyangkal andaiannya dengan mendedahkan di Dewan Rakyat berhubung inti sebenar di sebalik kedua-dua rundingan yang merugikan negara dalam masa terdekat.
Najib boleh sangkal dakwaan ini bahawa kebinet Najib mungkin disertai agen asing ini, tetapi dia mesti sangkal dakwaan ini depan rakyat dengan mendedahkan inti rundingan sebenar, siapa yang terlibat dan apakah kewajaran kebinet menggadaikan kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei dalam kedua-dua isu ini.
Rakyat melihat negara kini dalam bahaya, satu persatu kedaulatan negara telah tergadai. Najib harus segera membentangkan dalam parlimen semua inti rundingan jika benar tidak ada agen atau kepentingan peribadi dalam rundingan – rundingan berikut.
Jika benar Najib dalam keadaan ketakutan kerana diugut dengan kemungkinan gambar beliau wujud maka berterus teranglah rakyat bersedia pertahankan negara dari ugutan.
kenyataan mengenai ugutan ini pernah dikeluarkan sebelum ini. Sila klik sini
Juga perlu dipersoalkan mengapa Najib bersetuju bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya.Amat malang sekali bagi rakyat negara ini apabila kerajaan pimpinan Najib bersetuju dengan syarat tersebut yang jelas mengugut
Ia dengan sendirinya bermakna tanah-tanah tersebut boleh hilang begitu sahaja dari tangan Malaysia jika Singapura berpendapat Malaysia melengah-lengahkan tindakan untuk memuktamadkan persetujuan.
Amat dikesal kerana apa yang sepatutnya menjadi kekuatan Malaysia telah ditukarkan oleh Najib menjadi menjadi senjata makan tuan
Apa yang sepatutnya menjadi kuasa tawar-menawar negara kita tiba-tiba menjadi kuasa tawar-menawar Singapura apabila syarat tersebut dipersetujui.
Tidak hairanlah jika Najib terpaksa bersetuju isu caj pembangunan tanah-tanah tersebut dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa walaupun Malaysia terpaksa berhadapan dengan risiko membayar caj pembangunan yang tinggi.
Malaysia kini dilihat menanggung kerugian dalam semua keadaan.
Najib menerima ketetapan yang merugikan negara apabila dinyatakan bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya.
Masalahnya, caj pembangunan yang tinggi juga akan merugikan Malaysia. Rugi dalam semua keadaan.
Najib harus menjelaskan kepada rakyat berapakah caj pembangunan yang dituntut oleh Singapura itu.
Lebih penting lagi, Najib perlu menyatakan adakah Malaysia sebenarnya telah tertipu? Kalau tak tertipu, mengapa sehingga ke peringkat perlu merujuk Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa?
Rakyat perlu mengimbau kembali laporan-laporan yang mengaitkan kehilangan Pulau Batu Putih dengan persediaan Malaysia yang amat lemah dalam menghadapi kes itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini.
tahniah chegu.... ketika semua sibuk nak bertanding chegu terus membelasah najib.... salam hormat pada chegu
ReplyDelete