Friday, September 03, 2010

Cadangan Cuti Hari Jumaat kepada kerajaan Selangor

Hari ini mungkin Jumaat terakhir dalam Ramadhan tahun ini. Bersempena Hari Jumaat ini ingin dipanjangkan cadangan untuk mengubah cuti mingguan dari hari Ahad ke hari Jumaat.

Dengan ini dibawa cadangan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengubah cuti mingguan dari Ahad kepada Jumaat.

Alasan :

  1. http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=955 link tersebut mengandungi fatwa Mufti Perlis yang secara jelas menyebut cuti hari Jumaat digalakkan dalam Islam

  2. Islam tak menetapkan cuti harus pada mana – mana hari tetapi seeloknya cuti pada Hari Jumaat kerana keistimewaan hari tersebut kerana dalam hari Jumaatlah diperintahkan ibadat khusus dan Jumaat digelar penghulu segala hari dengan perbagai keistimewaan.

    Bersumber dari Abu Hurairah radliallahu `anhu bahawa Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam mengatakan:
    “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam alaihis salam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula.”(HR. Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan disahihkannya. Lihat Fiqhus Sunnah oleh Sayyid Sabiq bab Jumaat)

  3. Dengan memberikan cuti pada hari Jumaat maka memberikan ruang yang lebih untuk umat Islam melaksanakan ibadat khusus 'solat sunat Jumaat' dengan penuh rohnya.

    Roh semangat sembahyang Jumaat seharusnya :Jemaah sesebuah kariah berkumpul membincangkan masalah setempat dan khatib menggulungkanya dalam bentuk nasihat dan panduan Malangnya kini masyarakat melaksanakan hanya cukup syarat terkejar – kejar keluar pejabat berebut waktu makan bekejar untuk bersolat malah ada yang keletihan dan tidur. Sudah tentu yang bekerja tidak pulang ke kariahnya untuk mengerjakan ibadah Jumaat. Ini sudah meninggalkan roh solat Jumaat memberikan ruang bertemu sesama anak kariah.

  1. Solat Jumaat juga seharusnya diberikan ruang untuk ayah menjalinkan hubungan rapat dengan anaknya. Jika dijadikan tradisi dari awal sebelum Jumaat makan tengahari bersama keluarga dan kemudian anak serta ayah bersiap untuk ke masjid. Ini suasana yang hampir tidak ada dalam keluarga kita semua. Mana mungkin ini semua dilakukan jika kita semua terkejar – kejar hari Jumaat.

  1. Dari aspek produktiviti cuti hari Jumaat lebih menjamin produktiviti. Bayangkan jika Hari Jumaat waktu rehat akan bermula 12.30 tengahari – 2.30 petang. Bukan satu yang rahsia juga ramai yang keluar awal sikit dan balik lewat sikit dengan perbagai alasan. Bayangkan jika hari Jumaat terus diberi cuti dan hari Ahad boleh bekerja sepanjang hari tanpa gangguan.

  1. Cuti hari Jumaat juga menggalakan perbagai ibadah sunat malam Jumaat.

7. Cuti Ahad di negeri berjiran dengan Selangor akan sedikit memberikan sumbangan kepada Selangor yang bekerja pada Hari Ahad. Mereka yang duduk di negeri berjiran dengan Selangor akan membanjiri Selangor untuk perbagai urusan kerana Selangor hari bekerja pada hari Ahad. Ini sedikit sebanyak akan memberikan suntikan ekonomi dari perbagai segi.

Cadangan Pelaksanaan

  1. Dengan perubahan cuti Hari Jumaat maka dicadangkan Jumaat dan Sabtu diumumkan cuti sepenuhnya. Jumaat untuk ibadat dan Sabtu hari keluarga.

  2. Kerja 5 hari seminggu akan secara tidak langsung meningkatkan kualiti mutu hasil kerja kakitangan kerana lebih bebas tekanan kerja. Mengenai waktu kerja sedikit perubahan waktu masuk dan keluar kerja mungkin boleh dilakukan.

4. Cuti ini boleh dilakukan dengan pelaksanaan ke atas agensi di bawah Kerajaan Negeri dahulu.

Hasilnya

  1. Sokongan Melayu dan Islam akan meningkat dan menempelak Barisan Nasional mengenai perbagai tuduhan sonsang mereka terhadap kerajaan Negeri. Ini akan menjelaskan tindakan penukaran cuti mingguan Jumaat ke Ahad yang dilakukan oleh Kerajaan Bn Johor dibawah Timbalan Perdana Menteri sekarang ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor adalah salah.

  1. Dari sudut bukan Islam pula cuti hari Jumaat dan bekerja 5 hari seminggu ini harus diperlihatkan dari sudut penggalak hubungan keluarga dan mewujudkan lebih masa bersama keluarga. Aspek produktiviti dan tumpuan kerja juga harus diperlihatkan.

  1. Percaya dan amat yakin pengumuman cuti dari Ahad ke Jumaat akan memperlihatkan lonjakan sokongan kepada Kerajaan Selangor.

Tambahan

Untuk melihat keberkesanan , cara pelaksanaan dan kesanya terhadap pentadbiran tidak perlu berbelanja banyak cukup dengan pergi ke Kelantan ambil contoh dan perbagai perbagai kekurangan jika wujud.

14 comments:

  1. Anonymous11:35 PM

    Cikgu, bila nak umum pencalonan Cikgu nieh?

    Yang duk ulas panjang lebor pasal cuti raya nak buat apa?

    Kami kat bawah nieh ternanti-nanti pengumuman Cikgu nieh.

    Adoi, penat lah mcm nieh. Raya boleh tunggu

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:40 PM

    Cikgu , yang duk pi ulas pasal cuti nak buat apa lah cikgu.

    Kami kat bawak nak tau bila cikgu nak umum bertanding.

    ReplyDelete
  3. stevedore4:33 AM

    kalau boleh dikembalikan hari cuti pelabuhan selama 5 setahun seperti sebelum zaman LIM liong Sik iaitu cuti pada hari raya aidil fitri, tahun baru cina,deepavali,kebangsaan dan krismas.

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:40 AM

    saya saaaaaangat setuju. Moga cadangan ini akan termakbul.

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:48 PM

    saya setuju dah lame saya setuju

    ReplyDelete
  6. Anak Muda mahukan pimpinan yg betol2 REFORMIS..yg boleh membawa perubahan kepada negara ini secara TOTAL....kepada kak SD..letakkan matlamat perjuangan dihadapan...perjuangan memerlukan pengorbanan yg besar..kepada AMKGP ayuh kita raikan demokrasi kite bukan bergaduh atau berbalah..tapi semnagat DEMOKRASI yg kita mahukan!!!KAMI MAHUKAN CHEGUBARD SEBAGAI KETUA KAMI

    ReplyDelete
  7. Raymond8:54 PM

    Tetapi chegu, di kelantan, lebih 90% terdiri daripada orang Islam. Manakala di Selangor, terdapat banyak orang yang menganuti agama Kristian. Saya rasa keadaan sekarang ini dah cukup baik.
    P.S:- SAYA SOKONG CHEGUBARD JADI CALON KETUA AMK. DAN PASTIKAN JIKA CHEGU DAPAT MENANG, ADAKAN LEBIH BANYAK AKTIVITI KEREMAJAAN YANG MELIBATKAN BERLAINAN BANGSA

    ReplyDelete
  8. Anonymous12:28 PM

    setuju sangat..sama mcm negeri ambo

    ReplyDelete
  9. Raimi2:34 PM

    Boleh bawa anak-anak pergi sembahyang Jumaat.

    ReplyDelete
  10. kami sokong apa2 cadangan yang menentang kebodohan dan kesesatan kerajaan ubn laknatullah...

    ReplyDelete
  11. Anonymous7:55 AM

    Cadangan yg baik tp x praktikal
    sbbnya Selangor...
    Sini pusat ekonomi negara
    banyak impact direct n indirect

    lg...jgn hanya beretorik semata2
    kekadang cAdangan2 org PR ni
    x berpijak di bumi nyata
    kamu hanya lihat dr kerangka kamu shj
    tolong la bukak mata luas2

    -qqq-

    ReplyDelete
  12. Anon yg post pukul 7:55 tu pentingkan ekonomi dr agama ke agaknya? Cadang bukak mata luas2 sampai akhirat sana, jgn hanya bukak mata untuk dunia. Dunia sudah cukup tua.

    ReplyDelete
  13. Sangat setuju dengan Faizal Rahman. Anon 7:55, baik ambil iktibar. Namun begitu, sistem yang dijalankan sekarang sebenarnya tidak mengganggu sedikit pun perjalanan ibadah solat jumaat kecuali bagi mereka yang sengaja memberatkan..Pernah suatu ketika saya melihat seorang lelaki yang sengaja tidak mahu ke masjid untuk menunaikan solat sedangkan dia tiada sebarang urusan penting yang hendak dilakukan. Dia berusaha untuk tidak ke masjid. Duduk diam2 seorang diri di dalam ofis dengan ditutup lampu agar tiada siapa yang perasan kehadirannya di situ. Jelas, bukan sistem cuti @ rehat yang menjadi permasalahan tetapi sikap umat kita sendiri yang mengambil lewa tentang solat dan amal ibadat...

    ReplyDelete
  14. http://www.masjidnegara.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=227&Itemid=124

    ReplyDelete