When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Wednesday, September 08, 2010
Hutan simpan di Negeri Sembilan gondol
Jika ini berlaku di Selangor atau mana - mana negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sudah tentu ia akan menjadi bahan muka depan media selama berbulan, namun ia berlaku di Negeri Sembilan maka ia disenyapkan.
Hutan Simpan Kekal Johol telah mula digondolkan sejak pertengahan 2009. Dikesan dan dibuat secara terang - terang. Sekitar September 2009 hingga awal 2010 bukan menjadi rahsia lori balak keluar dan masuk. Laporan telah dibuat namun semuanya senyap dan sunyi. Malapembalak haram secara berani meletakkan papan tanda 'Awas Lori Balak keluar dan masuk' dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Johol berdekatan Kawasan rekreasi Air Terjun Johol. Iaitu terletak antara jalan yang menghubungkan Kg Batu, Rembau dan Inas, Kuala Pilah.
Setelah mendapat desakan akhbar Sinar membuat juga liputan mengenai penebangan hutan simpan kekal ini malangnya jawapan cukup 'sengal' dari Menteri Besar Negeri Sembilan yang menasihatkan orang asal di Negeri Sembilan akan mengawal pembukaan tanah dan seumpamanya.
Gila !! Menteri Besar nak tuduh orang asal buka tanah untuk pertanian dengan tebang balak , pikul dan jual ???? Tak masuk akal..... selepas itu tidak ada tindakan lanjut.
Dari cara pencuri balak terang - terangan ini dan tidak ada langsung tindakan kerajaan maka tidak boleh dielakkan tuduhan pembalak haram ini dilindungi.
Di atas ialah gambar semasa lawatan ke kawsan tersbeut baru - baru ini, papan tanda hutan simpan kekal dan gambar gondol itu hanya beberapa puluh meter dari papan tanda amaran itu. Kawasan gondol itu sebelum ini ialah rimba yang penuh pohon berharga.
Mohon hebahan media dan desak penjelasan terbuka dari pemerintah. Yang bertanggungjawab harus dihukum.
Untuk pengetahuan semua pencurian balak bukan sahaja di Hutan Simpan Johol yang sebahagianya masuk kawasan Parlimen Rembau tetapi turut terjadi di beberapa kawasan lain dalam negeri ini tanpa ada tindakan yang dilihat tegas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kes yang sama juga berlaku di hutan simpan pondok tanjung, taiping perak. di tepi jalan nampak elok tapi di bahagian dalam sudah dirogol
ReplyDeleteapa yg saya paham dlm isu ni pihak kontraktor yg mengeluarkan balak ni ada perkongsian dgn kerajaan negeri...dan syarat2 dari kerajan selepas selesai balak di tebang pokok sawit ataupun pokok getah akan ditanam oleh pihak kontraktor...syarat baru yg dikeluarkan oleh kerajaan negeri sekarang ni mana2 pihak yg nak megeluarkan balak,pasir dan tak kiralah hasil bumi yg lain haruslah ada perkongsiann dengan kerajaan negeri dan tak ada individu yg boleh memiliki sepenuhnya.....klu Mat Hassan menuduh org asal yg mencuri adalah satu pembohongan besar.kita tgk gambar yg di atas betul2 trak untuk tanam sawit atau pun getah sudah pun di buat...klu kes curi balak, ini semua takan berlaku....
ReplyDeletene bukan curi balak..? ambik je, sebab harta mak/bapak dia..? org luar tengok je le... cukup 5 thn nnti dapt kain batik/pelikat sudah le.. org bawah makan ubi pun x pe, org atas kena makan yg baik2 x kira le halal haram... rasa sama je...???? lu sendri pikir..!!! lain kali kalau nk pilih pemimpin, pilih org yg betul2 amalkan rukun islam/iman ..... baru ada umphhhhh kan begitu chegu bard.?
ReplyDeleteTuan,terimakasih saya ucapkan kerana membangkitkan isu ini.Akhirnya tanda tanya saya sekeluarga terjawab.Setiap kali kami melalui kawasan ini anak2 saya akan merungut dan malah menangis kerana melihat kawasan hutan ini yg telah gondol.Saya bertanyakan penduduk sekeliling di situ dan mereka berkata ia adalah usaha undang johol utk membuat tanaman pertanian..maknanya mereka pun ditipu hidup2.Saya amat berharap tuan dapat mengungkit agar terbongkar segala2nya.Takbir
ReplyDelete