Wednesday, September 01, 2010

angin pemilihan makin terasa 3

Tulisan che'GuBard dalam blog ini mengenai pemilihan telah dianggap oleh sesetengah orang sebagai surat terbuka kepada perwakilan atau ahli angkatan muda. Malah ada media yang memetik tulisan 'angin pemilihan hakin terasa bahagian 1 dan 2' sebelum ini dan menyiarkan semula.

Malah media pro Umno turut memutar pusing perbagai maklumat tersiar.

Merancang untuk menulis dalam 5 siri namun ini mungkin siri tulisan bawah tajuk tersebut yang terakhir. Untuk elak sebarang manipulasi.

Siapa 'chai' cheGuBard ?

Kenapa ada budaya 'chai mengecai' ? Tidakkah parti belajar dari sejarah pemilihan Kemaman ? Parti ini tertubuh dengan besar dan gagah, namun akibat politik chai mengechai maka parti ini tergugat. Secara peribadi che'GuBard menolak politik chai mengechai ini kerana pemimpin yang kualiti kalau masuk chai salah akan tertinggal dan pemimpin 'landing' akan menang jika ikut chai yang betul. Jika che'GuBard tawar diri sebagai Ketua Aangkatan Muda sudah tentu ada teman yang dilihat secara peribadi sesuai sebagai timbalan dan naib-naib. Malah ada yang sesuai itu juga sudah terlebel sebagai chai tertentu. Namun jika mereka ini kualiti kenapa harus ditolak dan ditinggalkan hanya kerana tidak bersama chai...... Ingat kita bersaing dalam adik beradik....

Tuduhan che'GuBard tidak punya idealisma

Ini tuduhan yang tidak perlu dijawab. Kenapa perlu bersungguh menyatakan kita punya idealisma ? tanya kepada sesiapa yang mendabik dada keta punya idealisma dan menuduh yang lain tak punya iadealisma itu dengan soalan idealisma itu apa ?

Bagi che'GuBard cuma satu Perjuangan adalah pelaksanaan kata - kata. Cakap dan buat. Kepercayaan terhadap perjuangan harus diterjemahkan. Susah dan senang kita bersama. Paling penting menterjemah idealisma dengan gerak kerja.

Setakat itu sahaja rasanya tulisan 'Angin pemilihan makin terasa.....' selanjutnya kita ikuti dalam Debat AMK 18 September di Taiping.

4 comments:

  1. che gu Bard pemimpin masa depan untuk generasi muda di Tanah Malaya ini....aku doakan kemenangan engkau bagi meneruskan perjuangan yang suci ini iaitu menegakkan kebenaran...amin.

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:36 AM

    semoga berjaya

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:05 PM

    adakah PKR ini akan mengikut rentak umno setiap kali ada pemilihan dan adakah dengan cara bermuzakarah kita dapat menyelesaikan segala masaalah kecil yang melanda PKR sekarang? dari KAMK Sungai Siput

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:17 PM

    lawan tetap lawan..

    - parti jahat -

    ReplyDelete