Saturday, September 05, 2009

Takziah buat keluarga bekas ADUN Bagan Pinang

Salam takziah buat keluarga dan teman - teman Arwahyarham Azman Mohd Noor, ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang kembali ke rahmatullah semalam. Semoga roh arwah ditempatkan di sisi orang yang solleh sesuai dengan amalan beliau. cheGuBard dan teman - teman sempat menziarahi dan menghadiri upacara pengkebumian jam 8.00 malam semalam.

Nampaknya 'nasihat' Pengerusi SPR agar wakil rakyat tidak mati gagal dituruti. SPR dengan jelas mutakahir ini bersungguh cuba mengelakan Bn dari berdepan dengan kuasa rakyat melalui pilihanraya dan yang terbaru di Kedah. SPR jelas mencabul kuasa Speaker DUN Kedah yang mengistiharkan DUN tersebut kosong kerana wakil rakyat Bn yang ponteng sidang dewan.

Namun kali ini di DUN Bagan Pinang pilihanraya kecil sudah tidak boleh di elakan.

Pilihanraya kali ini bukan mudah juga bagi Pakatan Rakyat. Kerusi ini milik Bn sebelum ini. Kekuatan mereka bukan kepada undi rakyat sebaliknya kepada lebih 5000 undi pos.

Di sinilah peranan SPR dituntut untuk memastikan pilihanraya yang adil, bersih dan telus. Mengikut maklumat dari anggota tentera yang menjadi pengundi di Bagan Pinang menyatakan mereka tidak mengundi sendiri sebaliknya seorang pegawai akan mengundi bagi pihak mereka.

Pilihanraya kecil kali ini merupakan pilihanraya penentu penting. 2 aras penentu tersebut ialah pertama jika Pakatan rakyat mampu mengalahkan Bn di kawasan majoriti Melayu yang di menangi Bn sebelum ini maknanya Bn tidak akan pulih dan PRU ke 13 kerajaan akan bertukar begitu juga sebaliknya.

Penanda yang kedua ialah jika SPR gagal pada kali ini menjamin Pilihanraya yang adil, bersih dan telus seperti memastikan proses undi pos yang terbuka maka harapan pada SPR seharusnya dibuang terus ke longkang dan SPR lah elemen penting yang harus dihumbankan jika mahu melihat kemerdekaan rakyat benar terialisasi.

Apa pun Selamat Datang semua ke Negeri Sembilan !

Bagi peringkat negeri pula keputusan amat penting kerana perbezaan kerusi yang amat sedikit menggambarkan mood sokongan dan penilaian prestasi wakil rakyat.

6 comments:

  1. Anonymous2:39 PM

    Insya Allah, PR akan buat kejutan kali ini, walaupun kawasan ini totok UMNO ramai, PR akan dapat memenagi kawasan ini. Kami akan membantu seratus peratus tenaga dan semangat yang ada semasa kempen nanti. Insya Allah

    -kerol-
    anak jati N9

    ReplyDelete
  2. PKR Pahang akan turun beramai-ramai ke NS dan jika strategi yang diatur oleh PR NS berharmoni dgn selera rakyat, Insya Allah PR boleh menang.

    ReplyDelete
  3. chegubard taknak jadi calon ke...mat ezam dan lokman adam diberitakan tengah melobi tu..tibailah depa...prestasi anda menggiurkan.

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:18 PM

    ala sudah la suhaimi said kaki lompat!..cakap macam bagus je!..

    ReplyDelete
  5. mintak-mintak semua posman mogok kerana tidak mahu hantar undi pos.......biar pihak pengundi mengundi sendiri dengan kemahuan mereka....

    ini negara bukan UMNO yang punya..


    REFORMASI!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Anonymous2:44 PM

    kalau PAS calonnya ialah Dr. Rosli Yaakop dan kalau PKR calonya ialah Badrul Hisham sendiri....

    ini cadangan saya kerana dua - dua ini boleh dilihat sebagai bakal MB dan exci kanan Negeri Sembilan

    ReplyDelete