Monday, September 14, 2009

Hantar surat terbuka buat MB NS

Kini giliran Negeri Sembilan pula mendapat anugerah ilihanraya kecil. Ini dilihat sebagai peluang dan ruang terbaik untuk permasalahan yang selama ini dipendamkan akan diberi perhatian dan menuntut penyelesaian.

Esok, cheGuBard akan menghantar surat terbuka kepada YAB Menteri Besar N.Sembilan. Surat terbuka ini akan menyenaraikan persoalan yang perlu dijawab oleh Menteri Besar N.Sembilan khususnya menjelang PRK Bagan Pinang yang akan bermula 3 Oktober ini.

Berkaitan dengan itu satu sidang media akan diadakan seperti berikut ;

Sidang Media Khas " Penghantaran Surat Terbuka Kepada MB NS "soalan yang perlu dijawab menjelang PRK N31"

Tarikh : 16 September 2009 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat: Depan Pintu Masuk Wisma Negeri, Seremban

Pertanyaan 0123696474 Norazizi Aziz

5 comments:

  1. Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin
    buat cheGuBard dan rakan-rakan serta pembaca blog ini

    Yang Ikhlas
    Mat Amin

    ReplyDelete
  2. Kami warga ERA PASCA ingin mengucapkan Salam Lebaran kepada semua pembaca blog ini... DAN....

    Walauapepun....

    Ampun maaf daripada kami andai...

    TERkasar bahasa
    TERsilap pukul
    TERambil barang
    TER'pau' duit
    semua TER2 yang lain

    Ikhlas dari kami warga Era Pasca:
    Naruto Sensei & baginda®

    ReplyDelete
  3. Salam Lembaran Eidul Fitri & Salam Reformasi

    Pejabat Pakatan Rakyat Juasseh/Jemapoh mengucapkan selamat meraikan sambutan ‘Eidul Fitri kapada seluruh kaum Muslimin di Malaysia. Marilah kita bersama menyambut hari lebaran ini dengan penuh keceriaan dan kesederhanaan.
    Kami juga mengambil kesempatan memohon kemaafan sekiranya bahan tulisan kami selama ini pernah menyinggung peribadi seseorang samada lansung atau tidak lansung.

    Kejayaan amalan berpuasa dan beribadat sebaiknya di sepanjang Ramadan yang lalu, adalah merupakan satu ujian ALLAH untuk membersihkan apa jua yg bersarang kotor di di benak jiwa yg selalu berprangsangka.

    Kemenangan yang amat bermakna kepada setiap seorang Muslim apabila dapat memakrifat diri kebesaran Allah.

    Semoga Allah (SWT) melimpahkan rahmah dan barakahNya kepada seluruh umat Islam. ‘Eid mubarak dan maaf, zahir dan batin dari kami.

    @Pejabat Pakatan Rakyat Juasseh/Jemapoh@

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:49 PM

    Bagan Pinang: Ceramah Anwar kurang sambutan, kata Khairy
    Sep 18, 09 5:52pm

    Ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dua, tiga hari lalu di Bagan Pinang yang kurang sambutan, memberikan gambaran bahawa sokongan kepada BN masih lagi di tahap yang kuat, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

    Namun, katanya, BN tidak akan mengambil mudah persiapan menghadapi pilihan raya kecil DUN tersebut pada 11 Oktober ini, meskipun sudah ada petanda awal bahawa usaha parti pembangkang untuk menawannya, tidak akan berhasil.

    Katanya, BN yakin akan terus mendapat sokongan padu pengundi di kawasan tersebut selepas kempen awal parti pembangkang di situ baru-baru ini tidak mendapat sambutan.

    "Tetapi kita tidak akan ambil mudah, kempen kita akan bergerak 100 peratus dari sekarang dan Pemuda akan menghantar jentera agak besar, dari peringkat tempatan, Negeri Sembilan dan negeri lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada petugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibunegara hari ini.

    Menurutnya, hasil laporan daripada mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan hari ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas menunjukkan jentera pilihan raya BN kini telah benar-benar sedia di setiap peringkat.

    Khairy berkata, mesyuarat penyelarasan itu telah mengenal pasti beberapa strategi yang akan diguna pakai bagi kempen kali ini termasuk daripada segi penerangan, mengenal pasti pengundi dan lain-lain.

    Bagaimanapun baginya, apa yang paling penting keyakinan untuk BN mengekalkan tradisi kemenangan kerusi itu adalah berdasarkan kesungguhan, komitmen, perpaduan di peringkat Umno Bahagian Teluk Kemang dan di peringkat Umno Negeri Sembilan itu amat baik bagi memiliki jentera yang kuat.

    Pilihan raya kecil kawasan itu akan diadakan pada 11 Okt dan penamaan calon pada 3 Oktober. Ia diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lepas akibat jangkitan dalam darah.

    Sementara itu, mengulas mengenai program sumbangan hari raya Pemuda Umno hari ini, beliau berkata itu adalah sebahagian daripada pendekatan turun padang yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Selain menyampaikan sumbangan kuih raya kepada petugas di IPD Dang Wangi, Balai Bomba Hang Tuah dan Unit Kecemasan Hospital Besar Kuala Lumpur, mereka turut meninjau orang ramai yang pulang ke kampung di Hentian Bas Jalan Duta.

    "Bagi saya setiap sayap Umno di setiap peringkat mesti ikut jejak langkah Perdana Menteri yang sendiri telah turun ke Puduraya sampai dua kali dan tinjauan mesra di Ibu Kota ni dah banyak kali, kalau kita Pemuda Umno tidak mencontohi pendekatan Perdana Menteri maka saya rasa rakyat akan fikir Perdana Menteri seorang saja yang buat," jelasnya.

    - Bernama

    (sila rujuk Malaysiakini)

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:03 PM

    Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    ADUN JOHOL LETAK JAWATAN
    CIKGU BAT ni dari dulu (PR 12) sampai sekarang hanya pandai cakap dan tulis surat je! Macam budak PMR je ! Ketokohan beliau sampai sekarang KPI Cikgu Bat boleh di ranking kan terlalu rendah. Tiada yang boleh dibanggakan . Cikgu Bat ni sebagai ADUN macam sial je!
    So Cikgu Bat tolong buktikan yang ADUN JOHOL meletak jawatan . Jangan hanya buat andaian tanpa bukti , buat lah homework sikit sebelum buat kenyataan rasmi menuduh SPR macam macam . Tolong buktikan kesahihan yang ADUN JOHOL LETAK JAWATAN . Sekurang kurang nya suruh Blogger ADUKA TARUNA atau Blogger APABILA Harimau Pandai Meniap risik kat keluarga ADUN JOHOL betul ke sudah hantar surat jawatan. So Cik GU Bat Hentikan Kerja munafik mu tu , Cikgu BAt kamu ni dah jadi ADUN bukan budak sekolah lagi atau Cikgu Bat mu ni masih berfikiran macam cikgu sekolah lagi ke. atau "HARI HARI CIKGU MAIN BOLA " atau " HARI HARI CIKGU GARU BOLA" CERPEN hj jamaludin

    ReplyDelete