Kesempatan Pasar Ramadhan digunakan untuk menemui orang dalam Parlimen Rembau. Maka kebanyakan petang kami akan turun ke pasar - pasar Ramadhan dengan bubur lambuk percuma. Ini 'bengkel' tempat bubur lambuk dikerjakan di Ulu Yoh (sempadan Tampin-Rembau-Kuala Pilah). Terima kasih kepada Ija sekeluarga !
Sambil edar bubur sambil 'lepak-lepak' sempat temui seorang teman bekas pesilat negeri...kami pernah rapat masa cheGuBard aktif dalam PESAKA NS sedikit masa lalu. Rupanya dia juga orang Ghombau
Terima Kasih, penasihat undang - undang KEADILAN NS juga sertai kami dalam salah satu program edar bubur lambuk
selain dari mengedarkan bubur lambuk malam selepas tarawikh turut menjelajah rumah ke rumah menyampaikan bantuan yang berjaya dikumpulkan kepada asnaf yang layak. Sebenarnya terlalu ramai yang kurang bernasib baik terciucir di Rembau..... tercicir dan ada sengaja dicicirkan atas alasan politik dan sebagainya. Namun bantuan kami tak mengira latar belakang asal mereka memerlukan kami cuba sedaya upaya.
Seorang ibu tunggal tidak dapat menahan titisan air mata dengan ziarah yang dilakukan tengah malam itu.
Salah satu surau sempat kami berbuka puasa bersama. Terima kasih dengan AJK Surau Kg. Sentosa yang sudi menyambut kami
No comments:
Post a Comment