Nota kaki di bawah artikel tersebut yang berbunyi
Nota : semalam tergelak lepas solat Isya terdengar perbualan orang Umno luar Masjid. Mereka kata "bagus Najib lantik lagi Menteri Melayu Islam nak imbang kuasa cina (Koh Tsu Koon)......." Inilah Umno terperangkap dengan hujah ciptaan 'Melayu' mereka sendiri.... Idris Jala Melayu kah dia...Islam kah dia...?
telah mengundang perbagai komen , email dan sms. Ingin che'GuBard perjelaskan di sini ia bukan nota peribadi che'GuBard yang bersifat perkauman sebaliknya merakamkan peristiwa benar yang dilihat/didengar sendiri mengenai perbualan dua orang yang dikenali penyokong tegar Umno.
Inilah sebenar mentaliti pemikiran orang Umno. Di bawah ini dirakamkan pertelingkahan melalui sms dua orang tokoh Umno.
sms 1 dari 012xxx5055 (seorang bekas Exco Pemuda Umno Malaysia)
Sejarah baru dalam Malaysia ialah apabila seorang dilantik sebagai menteri penuh terpaksa membuat laporan kepada seorang menteri lain yang kedudukan sama taraf sebagai menteri kabionet juga.PELIK TAPI BENAR.PM kata hari ini tak ada seorang pun dlm kabinet setanding Idris Jala, Kristian dari Sarawak. Menteri2 dan Timb.2 Menteri patut letak jawatan jika ada maruah...sms dari ahli Umno bertaraf Tan Sri.
sms ini telah che'GuBard panjangkan kepada beberapa teman pimpinan Umno tetapi satu pun tak berbalas kecuali seorang Ketua Bahagian Umno di NS membalas.
sms 2 dari 012xxxx304 (Ketua Bahagian Umno)
Ahli Umno yang bergelar Tan Sri itu tidak bercampur. SAebenarnya Idris Jala
dibuat begitu untuk menghilangkan kuasanya kerana beliau seorang KRISTIAN YANG TELAH MENEKAN PEKERJA-PEKERJA ISLAM DI MAS....Dato xxxxx xxxxx, Ketua Bahagian xxxxxxxx
sms tersebut saya fwdkan kembali kepada penghantar sms 1 dan beberapa teman pemimpin Umno yang dikenali tidak bersetuju dengan lantikan Idris Jala, che'GuBard kemudian mendapat dua jawapan
sms 3 (012397xxxx)
apa punya dangkal jawapan seorang pengampu dan pembodek. Masakan PM tak punya kuasa pecat mana - mana ceo di GLC hingga terpaksa diberi jawatan ganti ?
sms 4 (01xxx7xx55)
antara ciri orang munafik ialah takut dan dibelenggu kebaculan untuk bercakap
benar serta lebih mementingkan dan menjaga harta pangkat kuasa. Mereka semua telah dibutakan mata juga mata serta pandangandisamping jadi jumud lantaran baghalnya fikiran, menafikan harta pangkat kuasa adalah fitrah ilahi.
No comments:
Post a Comment