Monday, September 07, 2009

eMail terbuka buat YB Zulkifli Nordin

Saya mendapat email yang ditajukkan dengan 'email terbuka'...email ini ialah respon berikutan kenyataan YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim yang menyokong kenyataan ADUN Lunas. che'GuBard perturunkan semula email ini untuk dibincangkan.

Kagum juga membaca tulisan Sdr kita Zulkifli Nordin membuat pembelaan kepada YB Lunas yang memilih keluar parti dan menyokong Najib.maklumlah Peguambela & Peguamcara, kerjanya mencari sudut yang sesuai untuk membuat pembelaan. Saya tak salahkan Sdr Zul kerana itulah sudut yang dia nampak, atau sudut yang dibentangkan kepadanya oleh YB Lunas, dan diadun dengan pengalamannya sendiri menjadi MP Kulim.

Saya nampak mereka mempunyai persamaan iaitu kedua-duanya mendapat
komplen dan rungutan yang banyak kerana tidak menjengok kawasan. YB Lunas tinggal di Jitra, Sdr Zul tinggal di Kuala Lumpur. Sejak akhir-akhir ini, memang YB Lunas kerap melawat kawasan, iaitu sejak dihebohkan dia membuat tuntutan perjalanan yang banyak, mencecah RM18 ribu sebulan, tetapi hanya lima kali membuat perjalanan ke kawasannya di Lunas. Mungkin juga dia ke sana tapi tak claim apa-apa. Adun-adun di sebelah kawasannya kerap komplen terpaksa cover Lunas kalau terjadi apa-apa bencana dan program masyarakat.

Sdr Zul pernah membuka pusat khidmat di Kulim, tetapi dilaporkan tutup sejak beberapa bulan dulu, signboard pun dah turun. Beliau lebih banyak di Kuala Lumpur, maklumlah Ahli Parlimen! Seingat saya, belum ada function negeri, majlis-majlis MB, Tuanku Sultan dan acara-acara besar yang disertai saudara Zul. Maaflah kalau saya silap dan tak nampak beliau hadir. Program terakhir kepimpinan PKR dan Wakil Rakyat PKR negeri bertemu MB pun beliau tak hadir.

Sdr Zul membangkitkan tiada peruntukan untuk berkhidmat kepada masyarakat, hanya mengharapkan elaun Adun dan MP. MP lain pun sama juga, tapi mereka menjaga kawasan dengan baik. Ala kadar! Bukan semua kerja MP meninjau kawasan kena duit! Ziarah, berjumpa, berdialog, membuat surat itu ini tak makan kos banyak, elaun MP 7-10 ribu sebulan tak habis untuk buat itu semua. Ada Wakil rakyat yang berkhidmat sebagai pembangkang zaman sebelum 2008, lagi dhaif, tapi khidmat mereka cemerlang. Tanyalah Adun dan MP PAS, bagaimana mereka survive.

Nak kata tak ada peruntukan langsung, itu mustahil! Adun ada peruntukan kecil tahunan RM100 ribu untuk bagi khemah, pinggan mangkuk, dan apa saja yang dalam kategori projek kecil (bukan insfrastruktur). Adun yang jadi Exco pula peruntukannya RM150 ribu setahun. YB Lunas dapat RM250 ribu kerana dia juga jadi Adun angkat Bukit Kayu Hitam. Peruntukan Kecil DUN Lunas tahun 2008 setelah dilanyak BN untuk pilihanraya berbaki RM30 ribu , dilonggokkan di pejabatnya sahaja, begitu juga di Bkt Kayu Hitam. Dah kira baik tu.... Musim raya, ada peruntukan khas, bulan puasa ada peruntukan untuk buat moreh di surau dan masjid. YB Lunas baru ambil peruntukan khas moreh RM10 ribu pada hari khamis lepas. YB Zul pun dapat RM7 ribu.

Saya bukan nak londehkan kawan-kawan, tapi kawan-kawan menulis kena tengok juga 'derita' yang dicipta YB Lunas sebelum dan selepas dia 'pergi' menyokong Najib. Bila sudah menyatakan sokongan terbuka kepada Najib dalam majlis membubarkan diri dari parti, apa lagi tanggapan yang boleh kita buat selain daripada dia sudah memusuhi kita? Apa yang direncana sepanjang menjadi Adun PKR, kenapa sering bertemu bekas MB (MK) di sini dan di KL. Kenapa tak dilapor kepada partinya, kerana pertemuan itu sangat besar ertinya bagi organisasi parti?

Kenapa melobi sehingga saat akhir untuk menarik 4 lagi menyeberang jambatan. Apa susah payah kawan-kawan lain mengepung dan menahan 'onar' yang dibawanya. Kenapa berkawan baik, berbincang hingga tengah malam dengan 'musuh-musuh' yang saban hari mencipta berita memburukkan kerajaan negeri? Bagi saya, sudah lama dia menari raggae dalam irama zapin, cuma Sdr Zul tidak sedar atau tidak ambil tahu. Maklumlah, Ahli Parlimen!

Jika Zul katakan dia berjiwa besar untuk melihat penyatuan melayu, duduk berbincang untuk kepentingan ummat, kena dia sahaja seorang diri membuat pertemuan tertutup di Kelab Cinta Sayang, dan di Kuala Lumpur? Kenapa diajak pula adun-adun PKR untuk berjumpa MK secara senyap-senyap? Kenapa tidak aturkan sahaja pertemuan atas nama parti, atau sekurang-kurangnya dua tida orang yang ada kuasa membuat perubahan atas nama perpaduan?

Nak dikatakan pejuang melayu tulen, jauh sekali. Sewaktu kes babi tempoh hari, orang cina marahkan kerajaan, terutama DAP, hingga ditimbulkan isu perkauman... dia diam sahaja, tiba-tiba dia pula memilih untuk melobi Adun PKR menyertai BN atas 'power blog' yang cuba dikepalainya... menyokong siapa yang mereka suka, hijau atau biru...

Teruk juga PKR hingga DSAI memanggil pertemuan khas di Yayasan Aman, Pananti. Hinggakan YB Sidam yang mempertahankan tindakan kerajaan PR dipanggil Mohamad Tan Chau Kang bin Abdullah.! Bersungguh-sungguh benar dia bekerja untuk menjayakan rencana ini. Zul mana tahu...dia di Kuala Lumpur makan nasi Lamb Mandy di Rausha, Ampang. Zul tak payah mintak dia menoleh sejenak kepada PAS, kerana PAS baginya lebih teruk dari Yahudi...ini ungkapannya dalam 'kekalutan' kes Arumugam melepaskan jawatan tempoh hari ... YB MP Kuala Kedah boleh sahkan. saya tak akan lupakan kalimah itu! Dalam kes Arumugam, dia katakan kepada saya petualang yang merosakkan melayu di Kedah sudah berambus ... sekarang siapa petualang? Aru masih berkerja kuat untuk PKR dengan macam-macam program. Melepaskan jawatan Adun dan Exco dengan segala kemudahannya, bukan perkara kecil..kini dia menganggur! YB Lunas pulak pelik, keluar parti tapi nak jadi Exco lagi... takkan nak kata dia lebih baik daripada Aru?

Bagi kawan-kawan yang diamanahkan menjaga kestabilan kerajaan, derita yang dihadapi untuk menghadapi karenah YB Lunas terlalu pedih untuk diubati dengan hal-hal yang ditimbulkan oleh Sdr Zul dalam 'afidavit' pembelaan kes YB Lunas keluar PKR sokong Najib! Irrelevent!!!...... kata hakim coklat hacks..

Muhammad Sanusi Md Nor
setpol MB Kedah.

2 comments:

  1. Anonymous4:24 PM

    CHEGU BARD BILA NAK HENTAM BLOG PARPUKARI NI?

    DIA DAH MELAMPAU.

    DIA NI INDIA, TP MENGAKU MELAYU.LEBIH KUAH DR SUDU.

    HABIS DSAI, NIK AZIZ DAN NIZAR DI HINA DLM BLOG TU.

    BARISAN BLOGGER PR BILA NK HEMTAM DIA?

    LG SATU NAPA MARHAENDAILY DAH TK LEH MASUK?

    SABATOJ OLEH UMNO KER? PSL BLOG TU MCM 1 STOP CENTRE UTK SEMUA BLOG PRO PR.

    ReplyDelete
  2. takpe aku dah hentam parpu kari giler - giler punya dah.....

    http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com

    ReplyDelete