Monday, May 26, 2008

Tshirt 'che' dari UK

Semenjak 'berhenti' dari GERAK lama sudah tidak ke pejabat GERAK di Kelana Jaya. Dua minggu lepas Fadhil a.k.a kambing (kawan yang sekarang menjadi pemadu tak bergaji cheGuBard) telah ditugaskan menghantar semula laptop ke Pejabat GERAK telah membawa pulang satu bungkusan yang di pos dari UK untuk cheGuBard di alamat GERAK. Tanpa tahu siapa yang hantar...dalam bungkusan itu ialah tshirt gambar 'che' warna hijau..... terima kasih kepada yang menghantar !! Amat terharu dan hargai !!
Semenjak semalam ratusan email, sms dan panggilan telefon.... tanya apa pandangan cheGuBard pasal Ezam masuk UMNO..? dan ada yang tanya lebih lagi benarkah cheGuBard akan ikut Ezam masuk UMNO...?
Ezam kini berada di Jakarta..... tunggulah dia balik ke Malaysia....Selasa ini cheGubard akan komen selepas bertemu beliau.....
Apa pun kita (pejuang - pejuang) anak muda ada banyak lagi perkara dan masalah rakyat yang menjadi tanggungjawab untuk diangkat dalam negara yang banyak krisis ini..... jangan bazirkan masa tumpu perkara remeh tetapi ayuh kita langkah ke depan demi kepentingan rakyat...

3 comments:

  1. Anonymous12:33 PM

    Semoga Chegubard dapat memujuk ezam supaya tidak masuk UMNO, kalau marah kepada PKR, masuk PAS pun tak pa dah ...

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:57 AM

    assakum..ai jgn msk umno la

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:02 AM

    dulu cogankata "Perjuangan adalah Perlaksanaan Kata-kata".. hari ni dah jadi "Mencari KEADILAN!!".. hai 'kata-kata dah tak terlaksana ke? harap faham maksud soalan tu..

    ReplyDelete