Tuesday, May 13, 2008

Perang rasuah 'retorik'

Menjelang pilihanraya manifesto BN ialah perang anti rasuah Abdullah Badawi. Pakar - pakar kempen BN mengatakan bahawa masa sepenggal tidak cukup untuk Abdullah perangi rasuah yang sudah parah sejak zaman Mahathir.
Selepas pilihanraya dia timbulkan pula kisah "Suruhanjaya Anti Rasuah" kononya ini kemuncak usaha kerajaan berintegriti. Membebaskan badan pencegahan rasuah negara. Tapi semalam kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah membuktikan sekali lagi ia hanya retorik kosong.
Abdullah dan pemimpin korup BN masih takut membebaskan BPR duduk dibawah kuasa parlimen. Kenyataan ini mengecewakan rakyat. Tak payah buatlah suruhanjaya jika tidak punya kuasa bertindak....suruhanjaya ini hanya satu modal politik membohongi rakyat dan lebih lagi hanya membazirkan wang rakyat membayar elaun mereka yang terlibat.
Kerajaan mewujudkan SUHAKAM kononya untuk mempertingkatkan pembelaan hak asasi manusia tetapi apabila bukan sedikit wang rakyat terbazir mewujudkan SUHAKAM makin banyak penindasan berlaku....Suruhanjaya Anti Rasuah akan jadi tak ubah seperti itu..... siapa yang punya kuasa melantik pesuruhjayanya...??
cheGuBard secara peribadi mengesa hentikan rerotik mewujudkan Suruhanjaya Anti Rasuah ini...ia hanya membazirkan wang rakyat....
Kenapa perlu takut sangat dengan membebaskan terus BPR di bawah kuasa rakyat (parlimen).... hanya orang yang amal korupsi takut lihat BPR bebas..

5 comments:

  1. Saya anti rasuah.

    Retorik!!!

    Bila negara nak maju bila dibelenggu tabiat menyogok? Kes yang selesai tak seberapa, denda yang dikenakan pun seciput je.

    Penat cakap.

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:10 AM

    Sudah saya agak perkara ini akan berlaku, pihak pemerintah hanya tahu bercakap tapi perlaksanaanya belum tentu lagi. Mereka bercakap untuk menyedap hari rakyat padahal mereka belum pasti apa mereka cakap itu akan dibuat atau tidak. Banyak perkara yang PR hendak lakukan kalau menang PRU lepas telah dicedok oleh pemerintah seperti badan kehakiman dan rasuah ini..... mereka hanya takut akan bayang-bayang sendiri kerana mereka pun terlibat akan masalah ini ....

    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:41 PM

    Tahniah Shamsul ...

    Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memperkemaskan jentera organisasinya dengan melakukan beberapa rombakan di dalam kepimpinan AMK di peringkat Pusat dan Negeri. Dalam pengumuman yang dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini,rombakan tersebut melibatkan beberapa jawatan lantikan bertujuan untuk melicinkan operasi gerak kerja AMK di peringkat Pusat dan Negeri.

    Jelas Shamsul, AMK akan memperkemaskan dan memantau gerak kerja AMK Negeri dan Bahagian di mana 'grading system' mengikut skala akan mula diperkenalkan untuk meneliti keberkesanan jentera AMK di peringkat akar umbi.

    Jawatan Setiausaha AMK kini disandang oleh bekas Pengarah Pilihanraya AMK, Zulfikar Ali Ariffin dibantu oleh dua Penolong Setiausaha, YB Chang Lih Kang (ADUN Teja, Perak) dan Maharul Ismail. Manakala Ketua Penerangan pula disandang oleh ADUN Hutan Melintang, Perak iaitu YB S. Kesavan dibantu oleh Timbalan Ketua Penerangan yang baru, Fadhiah Nadwa Fitri.

    Setiausaha AMK Perak, Eric Khor; bekas Setiausaha AMK, Ahmad Zaki Yamani; dan peguam muda, Ahmad Nazif Johari dilantik menjadi Exco AMK Pusat.

    Untuk memperkukuhkan gerak kerja AMK di peringkat Parlimen dan DUN, Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Ahli Parlimen dan ADUN AMK bertujuan untuk menyelaraskan semua urusan pentadbiran Parlimen dan DUN yang melibatkan Ahli Yang Berhormat di kalangan pimpinan AMK.

    Selain itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi Yusoff diamanahkan sebagai Pengarah Strategi AMK, dan Fariz dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Pilihanraya AMK.

    Berikut adalah merupakan senarai lantikan baru Ketua-Ketua AMK Negeri:

    Ketua AMK Perlis: Zamri Sapar (kekal)
    Ketua AMK Kedah: Cikgu Azman
    Ketua AMK Pulau Pinang: YB Yusmadi Yusoff
    Ketua AMK Perak: Anuar Zakaria (kekal)
    Ketua AMK Wilayah Persekutuan: Md. Zaman Md. Tasi (kekal)
    Ketua AMK Selangor: Khairul Annuar Ahmad Zainudin
    Ketua AMK Negeri Sembilan: Halim Abd Aziz (kekal)
    Ketua AMK Melaka: Tan Seng Toh
    Ketua AMK Johor: YB Amirudin Shari
    Ketua AMK Terengganu: Fariz Musa
    Ketua AMK Kelantan: Wan Khairul Ihsan
    Ketua AMK Pahang: Zulfikar Ali Ariffin (memangku)
    Ketua AMK Sabah: Abd Razak Jamil
    Ketua AMK Sarawak: Rahamat Idil Latif

    ReplyDelete
  4. Anonymous8:44 PM

    isu ketelusan konon...sudahlah Badrul kau dibayar oleh Md Hassan kerana melawan Khairy...itu ketelusan ke..?

    ReplyDelete
  5. anon 8:44:
    bila masa plak chegu bard ni sekapal dengan md hassan?

    buat penat je dia mohon bank in duit dalam bank islam dulu... kalo kata md hassan bayar dia...

    btw, happy teacher's day, chegu bard...

    ReplyDelete