Wednesday, May 21, 2008

Laporan Polis komplot Isu dakwat kekal

Pilihanraya yang lepas (PRU12) SPR telah mengumumkan akan menggunakan dakwat penanda kekal untuk mengelakkan pengundi berulang a.k.a pengundi hantu. Lebih RM 2.9 juta wang negara digunakan untuk membeli dakwat dari India untuk tujuan menanda kuku pengundi. Namun beberapa hari sebelum pembuangan undi SPR mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat itu. Berdasarkan bukti yang ada, sidang media pengumuman pembatalan yang menampilkan Tan Sri Rashid Rahman, Ghani Pathail (Peguam Negara) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara) adalah demi menyelamatkan BN setelah maklumat risikan menyatakan BN akan tumbang jika dakwat digunakan dan menyukarkan proses penipuan dalam pilihanraya.
Ini satu pengkhianatan terbesar mengkhianati kuasa dan hak demokrasi rakyat. Semua rakyat Malaysia yang prihatin dijemput untuk bersama membuat laporan Polis ke atas Abdullah Badawi, Rashid Rahman, Ghani Phatail dan Musa Hassan.
Tarikh : 22 May 2008 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Balai Polis Dang Wangi (IPD Dang Wangi), K.Lumpur (dekat stadium)

8 comments:

  1. Anonymous10:09 PM

    Tahniah buat anda semua kerana telah membuat laporan polis terhadap isu ini. Isu telah melarat dengan kenyataan Pak Syed tentang isu dakwat dan aku ada terbaca di Suara Keadilan mengenai Pak Rashid ini menyatakan isu tidak mengguna dakwat atas arahan kabinet.

    apa cerita SPR ini, patut ia sebuah badan bebas yang tidak dipengaruhi mana-mana pihak, kalau dah penipu macam ini, baik panggil badan bebas luar menjaga pilihanraya kita.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:12 AM

    cabaran kita sebagai ahli pkr dan pas ialah menjawab tohmahan di blog http://paneh.blogspot.com mengenai agenda asing part 1 & 2. Ini maruah kita

    ReplyDelete
  3. PERDANA MENTERI

    Datuk Hj Hadi Awang menyatakan dalam Utusan Malaysia 21.05.08 bahawa PAS bersedia mengambil alih jawatan Perdana Menteri apabila kerajan BN tumbang.

    Ini adalah sebagai memenuhi kontrak sosial yang termaklum supaya jawatan PM hanya dipegang oleh orang Melayu Islam. Ia juga untuk mempastikan negara kekal sebagai sebuah kerajaan Islam.

    Kenyataan ini mengenepikan peranan DS Anwar Ibrahim yang selama ini bertekad untuk menjadi PM.

    Sekiranya Hj Hadi hanya berlandaskan bahawa ada 23 Ahli Parlimen PAS berbanding 19 AP PKR orang Melayu Islam, kelebihan berpihak kepada PAS.

    Bagaimana jika AP daripada UMNO melompat menyertai PKR? Atau Datuk Hj Hadi pasti mereka menyertai PAS ?

    Kemungkinan Pakatan Rakyat ini terlalu rapuh dan PAS mencerugai DSAI sejak awal lagi.

    Mungkin PAS kurang senang dengan tindak laku DSAI sejak beliau masih dalam kerajaan BN atau bimbang kesan hubungan persahabatan DSAI dengan Wolfowitz, seorang Yahudi yang masih berpengaruh di Amerika Syarikat. ?

    Atau semestinya setiap ahli politik mengilai kuasa sebagai asas berpolitik ?

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:11 PM

    salam chegu bard...

    blog yang menarik

    tapi saya harap cikgu boleh tolong balas dan jelaskan kepada mereka yang menghina dan memfitnah pemimpin2 kita di paneh.blogspot.com....mereka ni dah melampau...menyerang pakatan rakyat terutama PKR dan PAS tanpa asas...fitnah mereka boleh menggugat kita...mari kita pakat ramai2 serang babi2 bodoh kat paneh tu...

    dasar orang negeri 9 yang sesat!!!

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:34 PM

    bad... ko bajet nak beli laptop brape RM???

    ReplyDelete
  6. Anonymous6:46 PM

    Hari ini laporan polis telah selamat dilaporkan ... esok akan menyusul di semua negeri di Malaysia, ada gambar dalam blog saya ...

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  7. Anonymous9:39 AM

    August 14, 2007 - The black ink from India, which would cost less than one million ringgit, would be applied on a voter’s left forefinger, the paper said.
    deccanherald.com/Content/Aug142007/foreign2007081419086.asp?section=scrollingnews

    February 23rd, 2008 - The indelible ink, costing over RM 2million, will make its first appearance in a general election here.
    topnews.in/malaysian-poll-body-requisitions-47-000-bottles-indian-indelible-ink-221864

    Between August `07 and Feb `08 someone has made the difference of more than RM1 million.
    The reason for the conflicting statements is `cos the thieves are fighting over the spoils.

    -hutchrun

    ReplyDelete
  8. minggu lepas gosip kata ezam nak masuk umno. minggu ni pulak timbul cerita chegu bard pulak nak join umno. permainan apakah yang "mereka" mainkan ini?

    ReplyDelete