KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Dua puluh orang yang ditahan ketika demonstrasi membantah kenaikan harga minyak di KLCC, 28 Mei lalu, diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPP) Daerah Dang Wangi, 9 Ogos depan.
Mereka diminta hadir pada tarikh tersebut oleh Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, ASP Yahya Abdul Rahman untuk proses lapor diri, sebelum ditentukan sama ada akan didakwa di mahkamah atau sebaliknya.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, ketika mengetuai 12 orang yang hadir melaporkan diri di IPP Dang Wangi di sini pagi ini, berkata pihaknya telah dijanjikan oleh Yahya untuk menentukan pada tarikh itu sama ada mereka akan didakwa atau ditarik semula jaminan serta dibebaskan.
Pada 28 Mei lalu, mereka yang ketika itu menyertai perhimpunan aman bagi menentang kenaikan harga minyak telah ditahan polis di bawah Akta Polis dengan dakwaan berhimpun tanpa kebenaran.
Antara ditahan Exco Angkatan Muda KeADILan, cheGuBard; Ketua Biro NGO DAP, Ronnie Liu; dan peguam Zulkifli Nordin.
badrul hisham, ure a great source of inspiration to me...i have great admiration for u...so that's y i see u as my mahaguru.........
ReplyDeleteadeeba