Monday, June 26, 2006

MAHATHIR YANG KELEMASAN, PEMBANGKANG YANG DIPERGUNAKAN

Beberapa kenyataan di keluarkan oleh Mahathir Mohammad untuk membantah bertujuan untuk memburukkan pemerintahan Abdullah Badawi, yang merupakan Perdana Menteri di atas PERLANTIKAN BELIAU SENDIRI. Kenapa membantah? Adakah kerana janji tidak dipatuhi, tempoh tidak diikuti, arahan tidak ditaati atau pembongkaran semakin menjadi-jadi?

Namun usaha Bekas PM nampaknya tidak berkesudahan, dendam makin membara, akibat tiada jawapan dan tiada layanan oleh Abdullah Badawi. Mudah untuk bersengketa jika dilawan bertindak melawan, tetapi alangkah kecewanya bila tuduhan dianggap sepi, seperti menjerit seorang diri.

Apabila tidak berjaya menembusi media kerajaan, beliau bermula dengan ucapan di Institut Kajian Politik dan Ekonomi, seterusnya mengeluarkan VCD dan baru-baru ini beliau mengadakan Majlis Dialog pada 24/6 di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Hulu Kelang. Majlis itu dihadiri oleh mereka yang dari pelbagai lapisan masyarakat dan juga dihadiri oleh Pemimpin Pembangkang dari PAS, DAP, KEADILAN dan NGO. Dedah salah orang, tutup salah sendiri?

AMBIL KESEMPATAN?
Rakyat menjadi keliru, melihatkan kepimpinan pembangkang yang kini seperti cuba untuk bersama KLON BUSH Malaysia itu. Sedangkan sebelum ini beliau jugalah mengkritik dan menghina pihak pembangkang, ditikam dan ditikam tanpa diberikan peluang untuk menjawab soalan. Malahan ketika beliau menjadi PM, mahu duduk semeja bagaikan mimpi di siang hari. Meleleh air liur, membasahkan bantal dan mengotorkan gigi. mimpi yang tidak pernah jadi.

Politik di Malaysia mudah, satu peristiwa mungkin berulang-ulang jadinya, perkara yang sama pernah berlaku pada sebilangan pemimpin yang tersingkir dan disingkir dari UMNO. Sikap yang sama, tindak balas yang serupa, seperti yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Ghafar Baba, Dato' Ibrahim Ali dan kini Tun Dr. Mahathir Mohammad. DiTENDANG baru mahu menyerang.

Malangnya Pembangkang seperti tidak pernah belajar dari kesilapan, bersama bersetuju dengan apa yang mereka katakan dengan alasan mereka, "SUDAH TAUBAT" dan "SUDAH SEDAR" yang berpunca dari "SUDAH TERSINGKIR".

MAAF YANG BERULANG
Rakyat tidak dapat membezakan sama Ada, pembangkang sudah bersedia untuk memberikan kemaafan kepada kesalahan yang beliau pernah lakukan, Namun untuk duduk bersama, sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa mereka kini sudah bersetuju di antara satu sama lain lalu bersama menentang kerajaan yang ada sekarang. Soalnya di sini, sedarkah pemimpin ini bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah sama seperti ketika beliau bersama UMNO dahulu. Keras kepala, diktator, tidak mendengar nasihat dan tidak pernah cuba untuk berkompromi bersama lain parti.

PEMBANGKANG YANG AKALNYA HILANG?
Apabila pertemuan beliau dan pembangkang yang tidak pernah diadakan sebelum ini dibuat, maka rakyat akan berkata. "Adakah Mahathir sudah berubah?" atau "Adakah pembangkang hilang ingatan?". Mungkin sangkaan ini adalah keterlaluan, tetapi Mahathir yang merupakan pakar politik yang jelas hebatnya, beliau masih mampu untuk mengubah sikap manusia dari MUSUH kepada MEMIHAK. Jenis begini, tidak melompat jika tidak dikejutkan. Apabila kepentingan terganggu, kuasa terbelenggu, beliau segera mengatur langkah untuk tenangkan keadaan.

Ramai yang lupa akan dosanya, kerana musuh TIBA-TIBA sudah bertukar menjadi DEWA. MAAF belum cuba dipinta, kini buat lembaran dan perjuangan baru. Masihkah kau ingat?

1. Membantu Mirzan dalam isu penyelesaian hutang Konsortium Perkapalan Berhad. Konsortium Perkapalan Berhad sekarang Konsortium Logistik Berhad( Bail Out ) Wang Petronas digunakan untuk membeli 51 % saham Konsortium Perkapalan Berhad yang ketika itu mempunyai hutang sebanyak RM 1.6 Billion?

2. Mendiamkan kerugian PERWAJA dan hutang berjumlah RM1.6 bilion pada 1989, hutang Mac 1998 berjumlah RM5.08 bilion. 1997 berjumlah RM7 bilion?

3. Membantu Mokhzani dalam Penswastaan Perkhidmatan Hospital (Sistem Pengkomputeran diberikan kepada Diligent Network merupakan milikan Tongkah-dianggar bernilai RM 1.2 B, Penswastaan ubat-ubatan diberikan kepada Tongkah Medivest dan banyak lagi)?

4. Mengekal dan pengekalan ISA, lalu masih ada 9 orang tahanan ISA, yakni sebahagian daripada 18 orang tahanan ISA yang dituduh sebagai Kumpulan Mujahidin Malaysia ‘KMM’ yang ditahan di Kem Kemunting sejak tahun 2001. Ianya termasuk anak lelaki Tuan Guru Nik Abdul Aziz, yakni Nik Adli yang tanpa bicara sudah di hukum sehingga kini?

5. Menghina dan mempersendakan Nabi Muhammad s.a.w. Yang pastinya satu penghinaan kepada umat Islam dan memalukan kita di hadapan rakyat berbilang kaum di Malaysia?

Semuanya masih didiamkan kecuali bercerita dengan cerita yang lain tajuknya? Selewengnya fikiran, mengikut arah yang sudah diaturkan. Lalu kini beliau KONONNYA bangun untuk bercerita tentang aib kepemimpinan UMNO baru yang rata-ratanya adalah produknya juga dan ternyata sebahagian dari sejarah yang disebut telah pun ROSAK ketika beliau masih bergelar Memanda Menteri. Lalu apa tugas beliau ketika itu?

APA RAKYAT KATA?
Rakyat bertambah keliru dengan drama makhluk-makhluk politik. Ada ketika kita MAKI dan ada ketika kita PUJI. UMNO bersatu? Hanya ketika mereka berjawatan dan berkepentingan. Apabila tersingkir dan terkecuali, maka semua buruk dikeluarkan, seperti lagak LANUN yang tiba-tiba jadi ALIM. ALIM beliau untuk tutup kesilapan LANUN yang lalu.

MAHATHIR HAMPIR LEMAS
Sesiapa pun, jika sudah jatuh ke laut akan cuba mencari benda untuk dipaut. Tidak kira ranting, dahan, rakan atau lawan. Yang penting untuk terus hidup. Semua orang kenal Mahathir sebagai diktator dan pakar dalam politik. Beliau boleh melakukan apa sahaja dengan kebijaksanaan beliau, tapi nyata segala yang didedah hanya untuk kepentingan dirinya, cuma KONONNYA demi negara dan bangsa tetapi semata-mata untuk mengajak rakyat untuk bersama. Pancing kepercayaan, pancing sokongan.

Untuk menjadi pembangkang yang bakal berhadapan dengan Pilihan raya 2007/2008 ini, Pembangkang perlu menunjukkan pendirian yang tegas di dalam isu yang berbangkit. Tidak terbawa-bawa dan tidak sekali-kali memihak pada yang pernah menghina mereka dahulu. Berbaik ada tempatnya, tapi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan atau kejahatan?

Bersama bernyanyi dengan irama yang dilagukan Mahathir bukanlah cara PARTI PEMBANGKANG. Ia juga akan menambah kekusutan dan kekeliruan pada rakyat lantas menghilangkan kepercayaan penyokong kepada pembangkang. Rakyat akan berkata bahawa Pembangkang mudah digula-gulakan dan mudah di tipu. Biarpun berulang kali walaupun berkali-kali. Tapi masih tidak sedar diri.

SALING MENGINGATI
Parti Pembangkang bimbang sekiranya rakyat ditipu kerajaan dengan 'kain batik' dan 'anak ayam' tetapi pemimpin pembangkang tidak bimbang diri mereka ditipu dengan hanya dijemput datang untuk berdialog, walaupun hanya mendengar, tapi kelihatan seperti bersekongkol. Kini siapa tipu siapa dan siapa guna siapa?

BONGKAR YANG DISETUJUI
Biarpun kita bersetuju dengan segala pembongkaran yang Mahathir nyatakan, tetapi itu tidak memaksa kita untuk berkumpul bersama. Cukup untuk kita bersetuju untuk 'DIBONGKARKAN' penyelewengan yang berlaku, lalu kita mahu kerajaan BUKTI KAN jika ianya palsu. Jika dilihat pada gambar yang disiarkan ketika dialog di Taman Melawati tempoh hari, kelihatan akrabnya, kusyuknya dan setianya mendengar ceritanya.

Gambar boleh diterjemahkan dalam pelbagai keadaan, tetapi ia adalah peluang bagi kerajaan untuk menghentam pembangkang lantas dituduh MENGAMBIL KESEMPATAN. Apa yang membimbangkan adalah, kalau-kalau rakyat juga salah mengerti.

Apa pun cerita Mahathir, beliau tidak mahu menyentuh isu ISA yang masih dipersetujui beliau dan masih dibantah oleh pembangkang. Maka akhirnya, TG Nik Aziz masih menunggu anaknya untuk dibebaskan, rakyat masih mengharap untuk dilindungkan, kemungkaran masih perlu dihentikan, penyelewengan masih mahu dibongkarkan, tapi pembangkang masih setia diperalatkan. Pemimpin asyik ingatkan rakyat dan rakyat seperti TIDAK LAYAK menasihati pemimpin, kerana pemimpin asyik dengan alasan, kononnya PELUANG untuk hentam kerajaan.

FIKIRKAN
Politik itu kotor, tetapi kotor lagi ahli politik. Jangan salahkan rakyat kalau KAMI beranggapan PEMBANGKANG dan KERAJAAN sama sahaja, semua untuk cari makan dan semua untuk mencari peluang. Bimbang dikatakan PAS gunakan agama untuk politik dan bukan berpolitik untuk agama. Wassalam.

No comments:

Post a Comment