Monday, September 10, 2007

Rusuhan Polis di Terengganu


Adalah dengan ini che'GuBard mengecam tindakan ganas polis yang merusuh di Batu Buruk 8 September 2007 yang lalu. Polis yang bertindak ganas menghalang perhimpunan rakyat anjuran BERSIH yang dijamin dibawah perlembagaan negara.

Alasan polis perhimpunan tersebut tidak mempunyai mempunyai permit adalah bohong. Menurut satu sumber dari penganjur menyatakan kebenaran polis telah dipohon 30 Ogos tetapi hanya pada selepas 6 September baru polis menyatakan tidak dibenarkan dengan perbagai alasan yang tidak munasabah. Malah Ketua Polis Terengganu BERBOHONG kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa ceramah BERSIH tidak diberi permit kerana faktor keselamatan memandangkan tempat ceramah berada di kawasan kediaman orang. Sebenarnya tempat ceramah tersebut amat popular dan sudah diguna berkali kali oleh penceramah termasuk ceremah menyambut Saudara Dato' Anwar Ibrahim sebaik saja di bebaskan dari penjara dan sepanjang rekod itu tidak ada sebarang masalah timbul, sehinggalah peristiwa rusuhan polis 8 September lalu.

Tuduhan yang mengaitkan penyokong 'pembangkang' bertindak ganas termasuk menggunakan molotov cocktail juga satu pembohongan yang terancang. Masih diingat sekitar Febuari 2002, Bagaimana Superintendan Hasan Ismail, Ketua Polis Daerah Baling (di siarkan Berita TV3) satu ketika dahulu menyatakan bahawa penyokong 'pembangkang' melontarkan cuka getah yang dibungkus didalam plastik kepada polis yang cuba secara aman menyuraikan ceramah Tn. Guru Datuk Nik Abd. Aziz, dan anggota polis yang cedera terkena cuka getah dikejarkan ke hospital dan mengalami gatal - gatal....Ia jelas satu penipuan!

Tuduhan molotov cocktail juga penipuan kerana sehingga kini itulah modal polis (yang diperkuda UMNO-BN) kerana sehingga kini tuduhan Ezam dan beberapa teman ditahan ISA kerana cuba menggulingkan kerajaan dengan mengumpul senjata seperti molotov cocktail sehingga dibebaskan dari pemenjaraan tanpa bicara, polis gagal membuktikan tuduhan mereka.

Kehilangan harta benda sehingga RM 1 juta berdasarkan kenyataan media ternyata kerana rusuhan terancang pihak polis. Menurut satu sumber hampir semua kamera milik wartawan dirampas kerana itu media menggunakan gambar sama berulang kerana ia hasil dari kamera polis. Ini berlaku kerana beberapa kamera yang dirampas itu telah berjaya merakamkan siapa yang bertindak ganas.

Ternyata kejadian tersebut ialah rusuhan polis yang terancang dibawah arahan atau tekanan UMNO - BN yang amat gusar dengan tahap kesedaran rakyat mutakahir ini. UMNO - BN yang berjaya memperkudakan polis untuk merusuh sudah pasti akan melanjutkan usaha jahat mereka dengan memperkudakan media untuk memburukkan imej 'pembangkang' dengan harapan mengalihkan isu sebenar.

Amat diyakini dan dipercayai rakyat kini sudah matang dan mampu bertenang serta berfikir waras. Ini usaha terdesak UMNO-BN apabila mereka tertekan.

Jentera parti, organisasi bukan kerajaan yang progresif serta rakyat harus terus menumpukan usaha menyedarkan rakyat. Tumpuan seperti mengumpulkan 100,000 rakyat menuntut pilihanraya yang adil dan bersih November ini perlu dipergiatkan.

Ketika terdesak UMNO - BN sanggup menggunakan apa saja mempertahankan kuasa, kita jangan terperanjat rusuhan kaum rekaan juga sanggup dilakukan.

Tetapi rakyat jangan bimbang...... majoriti kini sudah cerdik dan sebagai sebuah bangsa Malaysia yang bermaruah kita akan terus bangkit secara aman dan tenang melawan penindasan, rasuah dan menumbangkan kerajaan yang sudah tidak berwibawa memacu negara.

cheGuBard percaya dan yakin berkongsi rasa dengan semua ahli MPT keADILan dan teman - teman anak muda progresif di Malaysia untuk meneruskan semua perhimpunan, ceramah, pengedaran risalah dan apa jua usaha mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai kegagalan dan penindasan pemerintah.

Perhimpunan 'perpaduan' Rakyat Malaysia dari perbagai latar belakang, perbagai kaum dan perbagai agama menuntut Demokrasi dikembalikan di Malaysia harus direalisasikan pada November ini. che'GuBard dengan ini memberikan jaminan akan membantu sedaya mungkin menggunakan jaringan teman pro demokrasi dan hak asasi serantau dalam merialisasikanya untuk memastikan sejarah perhimpunan November ini akan dipantau dari dari dekat dan jauh.
Merujuk kepada peristiwa rusuhan polis di Terengganu che'GuBard dengan ini mendesak satu suruhanjaya diraja diwujudkan untuk menyiasat apa yang terjadi dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Koleksi gambar Ogos 2007

Pagi ini selepas berkemas rumah yang berterabur setalah sebulan ditinggalkan, che'GuBard terus bersiap ke makmal komputer di kampus untuk membuka internet yang sudah dua hari tak dijengok. Terkejut dengan perbagai berita ...namun sebelum memberikan apa - apa komen ingin berkongsi dahulu gambar-gambar dari kamera sepanjang cuti Ogos lepas.
Sepanjang Ogos lepas sebulan cuti telah dimanafaatkan dengan turun bertemu jentera, teman sahabat bertanya khabar berkongsi semangat untuk terus berjuang. Semangat berkhobar untuk berkongsi pengalaman berada 6 bulan di bumi asing dan melihat serta terlibat sendiri dalam gerakaan massa di Timur Asia ini sedikit terjejas apabila melihat kawan2 - kawan dibawah terperangkap dengan konflik atau masalah yang sepatutnya tidak wujud. Ingin saya tegaskan tiada masalah antara GERAK dan keADILan. Jangan buang masa menyerang sesama sendiri.
Sebulan di Malaysia amat tidak cukup rasanya tetapi demi janji terhadap diri seluruh masa dan tenaga dicurahkan sepenuhnya. Alhamdunillah kerana punya keluarga yang amat memahami dan menyokong. Hampir semua negeri di jelajahi kecuali Perak di mana sepatutnya dijadualkan turun di Teluk Intan tetapi program dibatalkan saat akhir kerana penganjur dihubungi dan didesak membatalkan program. Sedihnya bukan dari pihak lawan tapi pihak 'pimpinan' parti yang desak saya tidak turun bertemu kerana katanya saya agen GERAK. Namun semua ini saya anggap perkara kecil yang ditimbulkan oleh orang bodoh yang cuba jadi hero tak tentu pasal.
Namun itu cuma segelintir yang keliru majoritinya bersemangat tinggi dan ingin terus berjuang. Terlalu banyak yang perlu dicatatkan di sini kalau mahu dirakam semua namun sudah pasti tidak mampu dirakam semua.
Makanya saya ingin berkongsi sedikit gambar yang terakan dalam kamera digital milik che'GuBard yang sempat merakam sebahagian kecil sangat dari sebulan itu.
Bergambar dengan sebahagian peserta Konvoi Merdeka Rasuah - Belia Benci Rasuah selepas selesai menghantar memorandum ke JPM
Tn Hj Ahmad, yang mengaku sebagai setiausaha sulit kanan Perdana Menteri Malaysia (jawatan dan nama beliau tidak dapat dipastikan kerana ketika diminta kad nama beliau mengatakan beliau tidak ada kad nama...kesian...). Masih ingat lagi Hj. Ahmad ni kata jangan risau PM akan baca memorandum ini atau apa sahaja yang dihantar kepada PM khususnya dalam bab rasuah rasuah nie sebab PM memang benci rasuah.... :)

Gambar di Perkarangan Masjid Negeri, Seremban sebelum bertolak ke Putrajaya. Tengah bagi arahan minta susun motor sebelum berlepas (hehe..memang susah nak handle berpuluh - puluh anak muda bermotorsikal ni)..Malangnya sebaik sahaja nak kibar bendera untuk lepas hujan turun lebat tiba-tiba .....tetapi berdasarkan permintaan peserta konvoi mereka nak bertolak juga maka ...ikut kan sahaja lah...
Sebahagian peserta konvoi selepas hantar memo ke Pejabat MB N.Sembilan. Ada yang dah balik sebab lama sangat tunggu...dan ada yang tak nak ambil gambar..entahlah kena atakut kut....?

di tepi Plaza Tol Seremban sebelum 'round town'

Ust. Suhaimi , Pengerusi GERAK N.Sembilan begitu ghairah nak melepaskan konvoi (walaupun belum semua sedia) mungkin kerana semangat pakai uniform baru GERAK.

Gambar dari dalam kereta, hujan lebat sangat peserta tetap nak teruskan perjalanan ...ini sebelum berhenti di R&R Seremban.
Depan Pejabat MB N.Sembilan wartawan dan SB sama berebut nak ambil gambar
Ariffin sedang 'berposing' dengan wartawan dan dua Polis Cawangan Khas. Kira - kira 10 Polis Cawangan Khas dikenal pasti berada di depan Pejabat MB untuk 'memantau' ..buang masa betul Ketua Polis Negara kata anggota tak cukup utnuk tangani jenayah tetapi ramai - ramai Polis hantar pantau program GERAK ..apa bikin ?

Din (yang pusing satu Malaysia, XPDC solo merdeka rasuah) duduk tanda protes.
Satu Seremban gempar tengok Konvoi Bermotorsikal GERAK hari itu, beribu risalah berjaya diedarkan. Orang ramai bunyi hon dan lambai tangan tanda sokong. Ada lebih kurang 40 motorsikal dan 9 kereta sertai. Selepas 'round town' Konvoi berhenti depan pejabat MB N.Sembilan seperti dijadualkan. Ariffin dan Azizi dengan cekap menyususn semua kenderaan untuk 'parking' jalan raya yang mulanya sesak mula reda. Cuma masih sesak sebab orang ramai slow dan ada yang berhenti beri sokongan.....
Sampai depan Pejabat MB Negeri Sembilan, Azizi terus ke pondok pengawal bagitahu mengenai niat kami dan temujanji yang dah dibuat dengan En. Ghafar (S/u sulit MB). Kami diminta tunggu tetapi tiba tiba turun seorang kerani entah nama apa entah Zaiton Sameon rasanya..nak terima bagi pihak MB.
Din dengan nada kesal tak nak serah sebab dia kata, dah pusing satu Malaysia semua sekurang - kurang Setiausaha Sulit Kanan terima tapi tak kan di Seremban kerani nak terima... Perempuan itu kata tidak ada siapa di pejabat.... Kami desak dia hubungi hand phone Ghafar yang dah dimaklumkan sebelum itu (Azizi sendiri dapat bercakap dengan Ghafar sehari sebelum itu..dan Ghafar kata MB sibuk dan dia akan terima...)
Perempuan itu cuba telefon tetapi dia kata handphone Ghafar tutup.... Tiba tiba lalu seorang pegawai pejabat MB, yang dikenali sebagai Pegawai Khas Pejabat MB, ZulKifli Awang, (kenal setelah ditunjukkan oleh seorang SB yang bisik di telinga).... saya minta SB itu panggil dan bercakap dengan dia dan minta dia terima memo tersebut.
Setelah dipanggil dan dijelaskan oleh SB tersebut Zulkifli, Pegawai Khas MB itupun datang dekat kami dan menerima memo tersebut. Din minta agar mendapat salinan pengesahan terima dan bertanya 'takkan terima memo dengan pagar je..tak ajak masuk ke ...?
Zulkifli pun benarkan dua orang sahaja masuk..maka Din dengan di iringi Ust. Suhaimi masuk...tetapi sungguh jenaka sekali masuk itu maksudnya hanya 80 meter dari pagar dan ketika nak naik tangga Zulkifli minta Din ok dah sampai sini je dibenar masuk...biar saya naik ambil cop getah. Maka din pun duduk terus kat situ...bukan sahaja kami gelak...SB dan wartawan hadir semua gelak. Seorang SB sendiri cakap...mengapalah takut sangat ajak lah masuk layan elok orang pun tak marah... ini nampak sangat panik....
Terpaksa menunggu lebih sejam depan Pejabat MB..akhirnya Din dapat hantar memo dan dapat salinan yang disah terima dan menurut Din layanan di Pejabat MB Ngeri Sembilan paling pelik...
Amir Ketua Angkatan Muda Teluk Kemang kelihatan seperti Ustaz.....Din menyerahkan sendiri memo dengan diperhatikan Ust. Suhaimi, Zulkifli Omar, Pesuruhjaya PAS N.S dan timbalanya.Azizi dan Ust. Suhaimi cuba meminta kerani wakil MB Negeri Sembilan menghubungi Ghafar S/u Sulit MB
Mesti ramai yang kesian dengan perempuan kerani ni tapi che'GuBard pun kesian tetapi dia sombong sangat masih ingat lagi bila sambil menunggu itu dia tanya GERAK ni apa kerajaan iktiraf ke ? dan paling sakit hati dia tanya mana kamu kutip bebudak motor nie..? apa dia ingat orang muda yang bermotorsikal nie sampah ke nak kutip kutip macam UMNO buat...mereka ini datang secara sukarela, ada antara mereka ialah sukarelawan GERAK berdaftar sejak awal penubuhan GERAK.
Ramai melepak tengah panas sambil menunggu layanan mesra Pejabat MB N.Sembilan
Terima kasih kepada Zulkifli Omar, Pesuruhjaya PAS NS yang turun sendiri bersama edar risalah dan 'roundtown'. Tiada dalam gambar Taufek Ketua Pemuda PAS Negeri Juga turut serta.


Ini pula gambar di Pulau Pinang dalam Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang... Sempat mengiringi Din ketika beliau hantar memo kepada ketua Menteri Pulau Pinang.
Gambar dari jendela tingkap pejabat mewah Ketua Menteri Pulau Pinang....teringat antara dua darjat itulah yang boleh diumpamakan dengan pembangunan Pulau Pinang maju disebah sini tetapi disebalik bukit itu (balik Pulau) kawasan melayu mundur......



gambar ini diambil dari dalam Kereta Pok Jak (Bekas Ketua keADILan K.Trengganu) dari Kuala Terengganu tumpang Pok Jak ke Pulau Pinang. Dalam perjalanan terserempak dengan ratusan anak muda yang siap hendak menyambut Presiden Pas yang membuat lawatan ke Baling.

papan tanda kawasan kawalan bawah ISA di tepi tasik Banding, yang diambil di kawasan Rehat Lebuhraya Timur Barat

Persiapan Majlis penyerahan Kad Takaful oleh Kerajaan Kelantan di Pusat Islam Londang
Sebulan ini dua kali turun ke Pulau Pinang, sekali turun jumpa jentera dan edar risalah serta ziarah. Sempat bersama jentera Balik Pulau...edar risalah dan kemudian ziarah Pak Mail...bekas pejuang yang pernah ditahan ISA...Pak Mail yang masih membujang kini uzur dan duduk bersama adiknya di Balik Pulau. Sempat kira kira sejam berkongsi pengalaman pahit manis perjuangan Pak mail. Kemudian pertemuan tertutup, sambil sembang sembang minum kopi bincang permasalahan gerakan di Balik Pulau. Kemudian melawat bilik gerakan keADILan Bayan Baru (bawah Datuk Zahrain) yang boleh diberikan pujian kerana hampir bersedia hadapi Pilihanraya....dan kemudian pula makan tengahari bersama Din Binjai (Timbalan Ketua Penerangan keADILan P.Pinang) dan kawan - kawan. kali kedua turun ke Pulau Pinang ialah selepas program di Terengganu untuk sesi ceramah Umum bersama Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Ingat balik nak gunting rambut sebab di Seoul ini gunting rambut mahal makanya ingat nak jimat dan gunting di Malaysia. Malangnya sampai balik semula ke Seoul rambut tak sempat gunting kerana tiada masa.... percaya tak ?


Sesi makan durian bersama kawan - kawan keADILan di Sg. Petani. Kelihatan di gambar ialah irZamri (Ketua Perhubungan keADILan Kedah) dan Din Binjai. Banyak yang dibincangkan dalam kesempatan itu. Isteri kesayangan Era yang tak pernah pernah makan durian turut makan durian petang itu....mungkin mengidam kut....Malamnya ceramah umum... mungkin kerana tempat yang agak baru maka kehadiran hanya 100 lebih...tetapi respon penduduk yang datang bertemu selepas ceramah amat menggalakkan...ada yang kali pertama mendengar informasi selain dari media arus perdana.

Kesempatan ini nak ucap terima kasih kepada semua teman - teman yang bagi sokongan dalam program sebulan che'GuBard di Malaysia. Harap semua agar fokuskan kepada perjuangan sebenar membela dan mengembeling tenaga memperkasa rakyat. Ketepikan titik bengek masalah kecil. Bagi yang memegang jawatan (amanah) jangan khianat laksanakan amanah tersebut dengan niat untuk melihat kemenangan bukan semata - mata untuk tunjuk dekat bos, yang tidak punya jawatan juga ada tanggungjawab masih masing.....

Tidak perlu hebat berpidato, tidak perlu belanja yang besar untuk ziarah teman dibawah..... che'GuBard hanya guna bas Ekspress untuk bergerak dari satu negeri ke satu negeri...cuma mohon maaf kepada Nibong Tebal kerana sepatutnya dari Terengganu terus ke sana untuk ceramah perdana tetapi gagal kerana bas habis (cuti sekolah) nak naik kapal terbang buget tak ada hehehehehee..... tapi berseronoklah dengan getir perjuangan....saya bahagia.............................

Contohnya Pok Jak K.Terengganu, Bekas Ketua keADILan K.Terengganu yang kini tidak ada jawatan masih terus menyumbang...beliaulah yang menguruskan semua program ketika turun di Kuala Terengganu. Membawa ahli baru di Pulau Duyong berbincang perbagai masalah.....

Respon rakyat dibawah sebenarnya amat baik...mereka tidak memikirkan masalah- masalah kecil ...mereka dahagakan pembelaan melawan penindasan yang besar yang amat menyakitkan..........

Terima Kasih teman rakan seperjuangan..... teruskan melawan penindasan..........hanya satu kata terhadap penindasan "LAWAN!" /.............perjuangan adalah pelaksanaan kata - kata.....

Saturday, September 08, 2007

penjelasan mengenai kes Saman berikutan kemalangan 16 Mac 2006

Sehingga hari ini masih tidak berhenti menerima email bertanya mengenai laporan KL Pos mengenai saman berikutan kemalangan jalanraya. Malah ada beberapa masej yan agak kurang enak seolah saya cuai di jalanraya sehingga mengakibatkan seorang remaja hampir maut dan kemudian tidak mempeulikan kebajikan remaja tersebut.
KL Pos telah pun menyiarkan penjelasan saya kemudianya setelah saya menghubugi mereka. Namun untuk menjelakan perkara sebenar saya kepilkan jawapan bertulis saya kepada Pguam saya, dan selebihnya saya menyerahkan kepada mahkamah, syarikat insurans dan peguam yang dilantik. Saya tidak mahu kes mudah seperti ini dipolitikkan. Saya amat kesal dengan kenyataan beberapa penulis cyber yang saya kira dari yang tidak senang dengan aliran politik saya yang menuduh saya tidak bertanggungjawab dan sempamanya.....

-----------------------------------------------------
RESPON KEPADA SOALAN BERKAITAN KES MAHKAMAH SYESEN K.L NO SAMAN : 5-53-317-2007
Merujuk kepada surat tuan bil MA/TN/325/2007 berikut ialah maklumat yang difikirkan perlu.....pada 16 mac 2006 saya sedang memandu dari sebuah syarikat percetakan berhampiran Bandar Tun Razak ke pejabat GERAK di Kelana Square, Kelana Jaya.

Ketika memasuki Lebuhraya KESAS menuju ke Shah Alam sebuah motosikal polis trafik telah membunyikan siren dan mengarahkan saya memberhentikan kenderaan.
Saya memberhentikan kenderaan di atas bahu jalan dan memasang double signal, polis itu menghentikan motor dan tongkat motor betul-betul di depan kereta saya dalam jarak 4 kaki lebih kurang.
Saya turun kereta dapatkan anggota polis, saya dimaklumkan dia tahan saya kerana cermin depan saya tiada road tax.... saya tunjukkan padanya roadtax saya yang saya letak atas dash board kerana cermin depan saya retak dan saya nak tukar cermin petang tersebut di bengkel.
Ketika itu tiba tiba satu dentuman kuat di belakang kereta saya.... kereta saya bergerak sedikit ke depan saya terjatuh dilanggar kereta saya yang bergerak kira kira satu kaki ke depan. Ketika itu kelihatan sebuah motosikal dan seorang lelaki melambung ke tengah jalan.

Saya terus bangun seluar saya koyak sedikit dan tidak cedera selain luka kecil di siku. Saya terus mendapatkan penunggang motosikal tersebut. Dia berdarah teruk, darah keluar dari hidung dan telinga. Ramai datang membantu, termasuk anggota polis yang menahan saya. Polis itu menghubungi ambulans.

Kenderaan mula sesak, anggota polis itu melarang mengalihkan mangsa kerana alasan mungkin akan memparahkan kecederaan. Saya bangun ambil baju dalam kereta untuk aas kepala mangsa. Semasa mengambil baju saya lihat belakang kenderaan saya remuk, tayar pecah mungkin dilanggar motosikal mangsa.

Polis peronda yang kebetulan lalu dikawasan itu turut membantu dalam melancarkan aliran trafik. Kira - kira 25 minit ambulans datang dan membawa mangsa ke HUKM.

Saya kembali ke kereta, angota polis yang menahan saya tadi termenung melihat kereta saya.

Saya tanya "kena saman juga ke?"

Polis itu kata "Maaf terpaksa dia baru bertugas terpaksa nak habiskan kuota saman...tak sangka perkara ini boleh berlaku.."

Beliau menerangkan bahawa sebagai anggota trafik beliau setiap kali keluar terpaksa menghabiskan kuota saman yang ditetapkan. Saya sendiri tak tahu nak cakap apa marah dan kesian... saya cuma kata "takpa lah encik rezeki masing - masing....samanlah...saya sign...".

Jelas anggota polis pun tertekan kerana polisi PDRM yang seolah menjadikan saman ini sumber pendapatan. Mereka kini umpama agen jualan langsung yang mempunyai kuota jualan untuk dihabiskan.

Selepas saman dia menerangkan bahawa kemalangan itu bkan salah saya, dia minta saya buat laporan di Balai Trafik Jalan Bandar dan kepilkan surat saman ini dan jika ada apa perkara berbangkit , dia akan jadi saksi...

Kereta saya ditarik ke sebuah bengkel di Ampang...saya dibawa oleh wakil bengkel itu untuk membuat laporan polis di Balai Trafik Jalan Bandar.

Di Balai Polis Jalan Bandar, setelah membuat laporan saya diminta untuk bertemu dengan Sarjan Adnan (pegawai penyiasat). Bersama beliau saya dibawa ke tempat kejadian untuk di ukur dan di ambil gambar. Kemudian saya bersama anggota Polis terus ke HUKM untuk melihat mangsa.

Ramai juga teman - teman saya yang tahu mengenai kemalangan tersebut turut berada di HUKM untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku. Mangsa tidak sedarkan diri, doktor yang bertgas menerangkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, kaki dan tangan. Kecedeaan dalaman belum diketahui. Saya meninggalkan kad nama saya untuk diletakkan bersama kad pesakit dan jika apa - apa berlaku saya minta dihubungi, dan jika dapat bertemu keluarga mangsa juga saya minta dihubungi.

Selepas kejadian itu kenderaan saya yang kononya berdasarkan janji wakil bengkel akan siap seminggu ternyata janji palsu. Kenderaan saya hanya siap hampir 3 minggu, NCB saya hilang kerana terpaksa claim insurans saya kerana menurut bengkel jika mahu tunggu insurans motor amat susah dan lagi lama. Saya juga terpaksa membayar wang ekses sebelum dibenarkan mengambil kenderaan saya. Hasil pembikan juga tidak memuaskan sehingga kini kereta saya mengalamai perbagai masalah ekoran kemalangan itu.

------------------------------------------------
itu petikan respon saya kepada peguam saya. Semoga penjelasan ini dapat menjelaskan apa yang berlaku........

Berbelanja sambil membantu sahabat dan perjuangan....

Salam pada semua ...awal semester ini kerja belum banyak lagi, makanya sedang nak ubah lay out blog ini. Sesuai dengan perubahan yang bakal berlaku, akan diadakan ruangan iklan barangan dan perkhidmatan.

Tema ruangan iklan tersebut ialah "berbelanja sambil membantu sahabat dan perjuangan...". Idea ini muncul apabila tengok banyak sahabat-sahabat berniaga macam - macam tapi susah cari pelanggan. Contohnya ada sahabat nak pakai perkhidmatan rakam video dan edit ambil dari orang di luar perjuangan yang caj mahal pula, tetapi dalam pada msa itu ada sahabat kita yang boleh rakam dan edit video dengan lebih baik dan murah pula. Masalahnya tidak siapa tahu .... iklan takda.....

Makanya ruangan iklan ini membolehkan sesiapa sahabat yang punya perniagaan boleh iklan percuma. Bagi yang nak berbelanja pula boleh rujuk ke ruangan ini sebelum berbelanja. Tidak payah nak buat perjanjian berapa % akan diperuntukkan kepada perjuangan kerana yang akan diiklankan ialah pejuang yang selama ini terbukti jika mereka senang mereka akan berikan pada perjuangan...

Siapa nak iklan atau ada cadangan emailkan kepada chegubard@gmail.com

Permulaan ini iklan ringkas buat promo awal


  • beli kereta proton hubungi Manja (Bendahari Gerak NS) 0123535698
  • Katering
    • Hassan Katering (Penang) 016 469 5343
    • Rosli Kuala Pilah
  • Insurans hayat dan am
    • Razak 0196500425
    • Faisal Mustaffa 0193382786
  • Video / Rakaman dan Editting
    • Din Binjai (Ketua Penerangan keADILan P.Pinang) 016 469 5343
    • Along
  • Apa sahaja berkenaan komputer
    • Azib (Ketua AMK Sepang) 0166858558
    • Azrizal (AMK P.Pinang) 012 4984556
    • saad 013 706 4245 ( AMK SRI GADING )
  • Bunting Injek / poster / handbill / risalah
    • Jasmin 0122345615
    • Azizi 0123696474
  • Claim Insurans atau apa masalah berkenaan perundangan
    • Chai Tong Chai (Timb. Peng.keADILan NS) 0166313232
  • p/s : sesiapa ada maklumat tolong email contact no. mereka di atas dan siapa nak iklan juga sila email

Thursday, September 06, 2007

GERAK khuatir kredibeliti dan integriti Institusi Kehakiman

Gerakan demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) dengan ini menyatakan kegusaran dengan kebebasan dan integriti Institusi Kehakiman Negara ekoran senarai lantikan hakim yang diumum baru - baru ini.
dalam senarai lantikan terbaru itu, melibatkan Peguam terkemuka, Tan Sri Zaki Azmi menjadi orang pertama yang dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, dan tidak mengikuti urutan kebiasaannya di mana seseorang itu terlebih dahulu dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Perlantikan beliau diragui kerana sejauh mana beliau mampu menjamin kebebasan bertindak dalam melaksanakan hukum. Ini kerana, Zaki menduduki jawatan tersebut tanpa dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, satu proses biasa dalam kenaikan pangkat hakim di negara ini.

Beliau mempunyai rekod 'yang masih segar' terlibat dengan perbagai syarikat korporat, firma guaman, parti politik malah juga masih segar dalam melakukan kesalahan secara sedar melanggar undang undang dalam perkahwinan beliau.

Peguam berusia 62 tahun itu, yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno - pernah menjadi penasihat undang-undang parti itu - menerima watikah perlantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pagi ini.

Zaki, anak kepada Tun Azmi Mohamed yang menjadi Ketua Hakim Negara dari 1966 hingga 1974, merupakan perunding kepada sebuah firma perundangan terkenal sejak September lalu.

Beliau juga pernah dilantik menganggotai Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis pada 2004. Zaki juga merupakan Penasihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Majlis Sukan Negara.

Zaki juga pernah menjadi pengerusi jawatankuasa disiplin Umno, setiausaha jawatankuasa pemilihan Umno dan timbalan pengerusi lembaga rayuan disiplin Umno.

Kontroversi perceraian

Bagaimanapun, beliau melepaskan jawatan tersebut pada 2005 ekoran tercetusnya kontroversi berhubung perceraiannya dengan isterinya keduanya yang berusia 30-an.

Zaki mengahwini Nor Hayati Yahaya, 32, pada bulan Mei 2005 dan mereka berpisah selepas tiga bulan mendirikan rumahtangga.

Pasangan tersebut dikahwinkan oleh seorang kadi dari Thailand di Perlis dan kedua-duanya bersetuju untuk membakar sijil asal perkahwinan mereka bagi menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan isteri pertamanya.

Mereka juga mencapai persetujuan sebelum perkahwinan itu bahawa jika hubungan mereka bermasalah, mereka bersetuju untuk berpisah.

Sejak itu, Zaki mendakwa beliau menerima pelbagai ugutan dari Nor Hayati, who, termasuk dakwaan meminta RM10 juta daripadanya.

Nor Hayati juga didakwa mendesaknya supaya mendaftarkan perkahwinan mereka, jika tidak, dia didakwa mengugut untuk mencemarkan reputasi Zaki.

berikut ialah profail beliau khususnya penglibatan dengan korporat dan UMNO.

Hampir kesemua penglibatan beliau tersebut 'masih segar' dan boleh menimbulkan keraguan dalam menjamin pelaksanaan keadilan. Maka sudah tentu rakyat punya alasan kukuh untuk khuatir mengenai kredibeliti dan intrigriti badan kehakiman negara.

Beranikah Khairy tanding Di Negeri Sembilan ?

Perkembangan sokongan yang meningkat terhadap keADILan di Pulau Pinang, Sabah dan beberapa negeri amat menyebabkan BN tertekan, khususnya merujuk kepada beberapa respon Naib Ketua Pemuda UMNO (merangkap menantu Presiden UMNO) Khairy Jamaluddin.

Khairy dalam beberapa kenyataanya cuba menyakinkan orang ramai bahawa parti keADILan akan mati, kenyataan beliau disambut oleh Pemuda Pulau Pinang yang menyatakan keyakinan untuk merampas Permatang Pauh.
Baru - baru ini Amir Mohd Ghazali, Ketua AMK Permatang Pauh menyatakan cabaran jika benar Khairy yakin BN mampu memenangi Permatang Pauh, beliau mencabar Khairy sendiri turun bertanding di Permatang Pauh.
Kenyataan ini telah dibuat dalam satu Majlis Sambutan Ambang Merdeka bersama anak muda setempat yang turut dihadiri oleh Fariz Musa, Timbalan Ketua AMK Pusat.
Komen ini yang disiarkan dalam Malaysiatoday dan beberapa media alternatif khususnya internet amat menarik jika di teliti. Khairy seorang pemimpin pemuda yang cepat naik menggunakan 'surat nikah' (menantu Presiden UMNO) kebelakangan ini cukup gemar bercakap. Memang tidak dinafikan beliau sedikit rajin jika dibandingkan dengan pemimpin pemuda lain khususnya Hishamuddin Tun Hussien.

Namun satu hakikat yang Khairy tidak sedar ialah musuhnya juga banyak dalam UMNO itu terutama yang meluat dengan gelagatnya dan tindak tanduknya mempergunakan bapa mertuanya yang lemah untuk mengaut kuasa dan kekayaan.
Cuma satu che'GuBard nak tambah tidak perlu minta Khairy untuk bertanding di Permatang Pauh untuk menamatkan karier politiknya cukup mencabarnya untuk turun bertanding mana - mana kerusi di Negeri Sembilan.
Bukan sombong tetapi UMNO di Negeri Sembilan khususnya di bahagian dia sendiri, Rembau sudah banyak suara - suara protes.

Apa kata che'GuBard cabar Khairy untuk tanding di Negeri Sembilan, khususnya di kerusi 'campuran'. Selaku 'bakal' Perdana Menteri Malaysia dia seharusnya berani bertanding di kerusi campuran yang menggambarkan masyarakat Malaysia. Di kerusi campuran di Negeri Sembilan Khairy akan belajar betapa jentera UMNO 'senyap-senyap' akan meninggalkan beliau dan protes dari bukan melayu amat tinggi terhadap kelancangan mulut beliau.
Beberapa perkembangan politik mutaakhir ini amat menarik di Negeri Sembilan. Pengerusi Perhubungan UMNO merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan (sekutu kuat Khairy) kian panik dengan usaha yang berkemungkinan berjaya mendesak pengampunan Tan Sri Isa Samad dalam UMNO. Pembelian saham Allson dengan menyerahkan saham Menteri Besar Incroprated (MBI) dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan isu ini.
Pembelian saham Allson dari ahli korporat oleh Kerajaan Negeri dengan menyerahkan sejumlah saham MBI dikatakan untuk memujuk ahli korporat tersebut dari terus menyokong Isa Samad. Ahli Korporat yang bergelar Datuk itu merupakan antara 'funder' besar Isa Samad. Dalam proses ini media tempatan memuji kebijaksanaan Datuk Seri Utama Mohamad Hassan yang dikatakan berjaya memiliki saham Allson tanpa menggunakan 'cash money' tetapi fakta yang seolah dilupakan ialah bagaimana seorang ahli korporat yang menjual sebahagian milikan dalam Allson tersebut kini memiliki saham dalam MBI yang lebih menguntungkan kerana memiliki kepentingan dalam semua anak syarikat kerajaan negeri.
Tetapi ramai khususnya pemimpin UMNO sendiri membantah tindakan ini yang dilihat menggadaikan kepentingan kerajaan demi kepentingan politik peribadi. Tindakan keterlaluan penyokong utama Khairy seperti mengambil kuasa menguruskan wang Baitulmal dari badan agama Islam Negeri juga merupakan isu panas sekarang ini. Surat arahan kerajaan dalam hal ini pernah disiarkan Buliten Rakyat.

Teguran terbuka yang dibuat Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail mengenai gangguan Abang Menteri Besar dalam banyak urusan kerajaan tidak dipedulikan dan berterusan sampai sekarang.

Ini semua menjadi api dalam sekam buat Khairy kerana Mohamad Hassan (dan keluarga) antara pembela nombor wahid beliau....
Balik kepada Khairy .....Apa kata kita bertemu di kerusi seperti Chuah atau Parlimen Teluk Kemang tidak pun parlimen Seremban ?
................................................................................................
N29 Chuah ialah ialah DUn di bawah Parlimen Teluk Kemang dan che'GuBard adalah Naib Ketua Bahagian keADILan Teluk Kemang.

Tahniah : Khalifah Imam Besar Silat Seni Gayung

Awal 4 Ogos yang lalu Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim telah menerima watikah lantikan sebagai Khalifah Imam Besar Silat Seni Gayong. Majlis telah disempurnakan oleh Cikgu Majid Isa dan disaksikan waris Arwahyarham Dato' Meor sendiri iaitu Puan Siti Fadhilah Dato’ Meor Abd Rahman Kompleks Yayasan Nahdhoh, Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Amanah itu kosong sejak peninggalan allahyarham Dato Harun Idris.

Tahniah kepada waris gayung kerana berani melaksanakan wasiat walaupun ditekan hebat. Perlantikan tersebut adalah di atas wasiat allahyarham Dato’ Meor, restu waris dan muafakat semua ketua adat.

Tahniah kepada Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim di atas lantikan tersebut dan semoga amanah ini dapat dipikul ke arah penyatuan anak gayong.

Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas;
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.
Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh;
Pecah Gayong perpecahan Sayang,
Di satu masa kembali berteguh.

Penyatuan Anak Gayung Teras Kekuatan Nasional !

kepada yang berminat untuk mendapatkan video hari majlis penerimaan watikah sila hubungi Din Binjai /Ijat 014-2416074 / 019-7108009

p/s : besar harapan che'GuBard ingin melihat anak Gayong bersatu....mungkin Anwar boleh memulakan usaha tersebut.

Missing Child - Nurin Jazlin Jazimin Hilang - Kuala Lumpur

Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun, pelajar Tahun Dua SK Desa Setapak, dilihat kali terakhir pada 20 Ogos 2007, kira-kira 8.30 malam, di Pasar Malam Wangsa Maju, Seksyen 1. Nurin adalah penghidap penyakit buah pinggang dan darah tinggi, dan perlu mengambil ubat setiap hari.Sesiapa yang melihat, Nurin Jazlin, yang berambut panjang paras pinggang dengan ketinggian hampir empat kaki supaya menghubungi bapanya, Jazimin di 019-3667067 atau menghubungi isterinya, Norazian Bistaman di 013-2486651.

Nurin Jazlin Jazimin, 8 year old, Year Two pupil of SK Desa Setapak, was last seen at Wangsa Maju Section 1 Night Market, 20th August 2007, 8.30pm.If anybody have any information about this missing child, please contact Jazimin, 019-3667067 or her mother, Norazian Bistaman, 013-2486651. Thank you.Nurin has very serious medical problem and need to take her daily medicine.

che'GuBard dengan ini menyatakan simpati terhadap kehilangan anak ini dan menggesa kerjasama orang ramai untuk sama membantu. Rakyat di Malaysia diminta berdoa atas keselamatan anak ini dan agar ia pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya.
Bagi ibu dan bapa diharap dapat mempertingkatkan perhatian kepada anak anak mereka kerana banyak perkara yang berlaku tanpa dijangka kebelakangan ini, kadar jenayah yang meningkat amat membimbangkan.

pautan berita :

PKFZ contoh terbaik perkongsian bijak BN

Korupsi terbaru dan antara terbesar...!! Apa yang berlaku ?
Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM4.6 bilion telah mendedahkan kisah sebenar dibelakang konsep perkongsian kuasa BN.

Watak utama kontroversi ini ialah Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang membelitanah tersebut daripada Koperasi Kemajuan Pulau Lumut pada harga RM95 juta pada tahun 1999 dan kemudian menjualnya ke Lembaga Pelabuhan Klang pada RM1.1 bilion pada tahun 2003, meskipun wujud tentangan di dalam kerajaan terhadap pembelian pada harga tersebut. Kerajaan boleh mengambilalih tanah tersebut di bawah Kanun Tanah Negara pada harga RM10 sekaki persegi, tetapi memilih untuk membelinya pada RM23 sekaki persegi. Kuala Dimensi kemudian dilantik kontraktor untuk projek tersebut, dan telah melaporkan pertambahan kos sehingga RM3.3 bilion.Projek ini yang kononnya hendak meniru kejayaan Jebel Ali Free Zone Authority (Jafza) di Dubai, telah mendedahkan kisah sebenar dibelakang konsep perkongsian kuasa BN memandangkan pimpinan pusat dan tempatan UMNO, seorang ahli Parlimen SPDP dan bekas Setiausaha Parlimen MCA terlibat di dalam salah satu peringkat projek ini. Maka kerajaan tak sepatutnya terkejut dengan keputusan Jafza, yang mengurus PKFZ sebelum ini, untuk menarik diri pada Julai 2007 di atas sebab campurtangan politik dan birokrasi.Sekali lagi, Perdana Menteri telah gagal menunjukkan ketegasan politik apabila beliau bersetuju dengan permintaan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy untuk pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion untuk projek tersebut. Ini merupakan satu 'bailout'. Tambahan lagi, usul Pembangkang untuk membahaskan perkara tersebut di Parlimen ditolak. Kedua-dua insiden ini menggambarkan bagaimana niat kerajaan yang kononnya hendak melakukan yang terbaik untuk negara tidak dapat mengatasi risiko yang mereka hadapi untuk menyelesaikan perkara ini.Adakah insiden ini akan memberi keyakinan kepada pelabur asing yang kerajaan mahu tarik ke koridor-koridor pertumbuhan yang baru dilancarkan? Lebih dasyat lagi, Kuala Dimensi mengaut keuntungan yang berlipatkali ganda dari penjualan tanah sedangkan Koperasi Kemajuan Pulau Lumut. Dalam erti kata lain, pihak-pihak berkepentingan telah mendapat untung tetapi nelayan-nelayan Melayu yang menganggotai Koperasi tersebut terus terpinggir.Kenyataan dari bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr. Ling Liong Sik bahawa projek ini merupakan "idea yang baik" tidak sekali-kali boleh digunakan untuk menutup korupsi, kronisme dan rompakan yang timbul di dalam projek ini. Daripada membuang masanya cuba mempertahankan projek ini, Liong Sik sepatutnya disoal di atas peranan asal dan kelemahan pengurusan yang mencetuskan peristiwa mengaibkan ini.Sekali lagi saya menuntut kerajaan untuk memenuhi tuntutan awal kami untuk sebuah suruhanjaya bebas menyiasat dan mendedahkan siapa yang bertanggungjawab untuk skandal besar ini.
(saduran kenyataan DSAI)

Pertandingan Cipta Klip Video Lagu Patriotik Alternatif

Matlamat Pertandingan:

Menggalakkan lebih ramai kaum muda warga Malaysia yang berkreatif menceburkan diri dalam politik reformasi dan mengetengahkan semangat patriotisme, serta berani mempersembahkan kebolehan kesenian tempatan.

Demi meneruskan gelombang cetusan klip video lagu gubahan Wong Meng Chee ‘Negarakuku’ di youtube yang seumpama kesan terbukanya kotak Pandora yang menggegarkan seluruh masyarakat kita, Parti Keadilan Rakyat kini menganjurkan Pertandingan Cipta Klip Video Lagu Patriotik Alternatif.

Demi keterangan lanjut, sila hubungi 019-3523864 atau kunjung http://cn.keadilanrakyat.org/content/view/1212/38/

Peraturan-Peraturan

  1. Sebarang ciptaan klip video lagu penyertaan harus menggalakkan perubahan politik dan bertemakan patriotisme atau cintakan negara.
  2. Tujuan pertandingan ini adalah untuk menggalakkan lebih banyak kaum muda warga Malaysia agar berani menggubah klip video lagu dengan kreatif.
  3. Gubahan lagu penyertaan mesti diuploadkan ke dalam laman web video contohnya youtube, googlevideo dan sebagainya, untuk tontonan orang awam dan menulis satu email kepada
    adilcn@gmail.com untuk memberitahu pihak penganjur pertandingan tentang gubahan penyertaan yang bertanding.
  4. Kepanjangan klip video penyertaan tidak boleh melebihi 10 minit.
  5. Pengagihan jumlah pemberian markah 100 adalah seperti berikut:
    1. Konsep: 40 markah
    2. Kreativiti: 30 markah
    3. Pengambilan (video shooting): 20 markah
    4. Penyuntingan (editing): 10 markah
  6. Gubahan lagu penyertaan boleh menggunakan sebarang bahasa, asalkan ciptaan penyertaan mesti dilampirkan dengan lirik lagu bersama dengan penjelmahan Bahasa Melayu dan email kepada
    adilcn@gmail.com
  7. Genre lagu penyertaan boleh dalam rap, pop, jazz, rock atau apa-apa genre.
  8. Tiga lagu yang paling kreatif, paling menarik perhatian dan dianggap paling memaparkan semangat cintakan negara akan dipilih sebagai jaguh. Hadiah jaguh ialah RM300 seorang. Setiap peserta pertandingan akan menerima satu hadiah daripada Suara KeADILan.
  9. Tarikh tutup: 16 September 2007

Sila sebarkan untuk penyertaan ramai kaum muda.

video di atas ialah petikan video klip 'amatur' nyanyian Black...dapatkan album sulungnya

Monday, August 27, 2007

KL POS lapor che'GuBard di saman ?

Saya menerima ratusan email dan panggilan telefon, bertanyakan mengenai satu berita di KLPOS Pemimpin muda PKR disaman sebabkan kecederaan kekal remaja .
Saya mengakui saya di saman tetapi fakta kes yang dilaporkan dalam berita tersebut adalah salah. Saya telah menghubungi KLPOS dan memberikan penjelasan. Mereka berjanji akan menyiarkan penjelasan saya esok !

Saya akan menulis panjang menjelaskan apa yang terjadi selepas penjelasan disiarkan dalam KLPOS

Sahabat memerlukan sokongan kita...........

Satu Majlis makan Malam amal untuk mengutip dana bagi membantu Jayadass yang memerlukan pembedahan buah pinggang yang membelanjakan RM100,000 di Tamilnadu, India.

Beliau yang cikup dikenali sebagai aktivis reformasi yang gigih dan berani satu ketika dulu kini sedang terlantar teruk di rumahnya di Melaka. Beliau yang juga bekas Exco Angkatan Muda keADILan Malaysia kini amat memerlukan bantuan kita semua untuk meneruskan hidupnya.

Majlis Makan Malam akan diadakan pada 29 Ogos 2007, 8.00 malam di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Jalan Dato Maharajalela, Kuala Lumpur..

Dirayu sumbangan semua hadir dan dapatkan tiket RM50 seorang dan tiket boleh didapati di Ibupejabat keADILan atau hubungi Zahara 03 22323220

Majlis makan malam itu nanti turut dihadiri Presiden keADILan.

hadiah merdeka

Thursday, August 23, 2007

Ceramah bersama Md Sabu di Gelugor

Rupanya balik bercuti lebih sibuk dari duduk di Seoul. Cukup meletihkan hampir seluruh semenanjung sudah dijelajah bertemu jentera, berkongsi pengalaman dan idea serta bertanya khabar sahabat semua. Kali ini pusing satu semenanjung hanya guna kenderaan awam (Bas Ekspress).

Ada macam macam cerita nak dikongsi di sini cuma masa tak cukup untuk menulis. Hari ini rehat sebentar, pegi beli barang bayi, siapkan surat jawapan bertulis untuk mahkamah (kerana disaman pada 27 Ogos ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur).

Isnin lepas berada di Tasek Glugor, Pulau Pinang, berceramah bersama Abang Mad Sabu. Dengar dalam berita macam macam TV lapor beliau hadapi kemalangan hampir maut tetapi selepas jumpa dia alhamdunillah rupanya semua ok. Dia belum sihat betul tapi kerana semangat terus turun berceramah. Bawah ini dokongsi gambar di Tasek Gelugor.
Petang esoknya sempat mengiringi 'Din' yang dalam XPDC solo menyerahkan Memo Belia Benci Rasuah atas nama GERAK kepada semua Menteri Besar untuk berkunjung ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Memo telah diterima oleh Mark Oii, Setiausaha Politik Kanan, Ketua Menteri. Beliau memberikan jaminan Kerajaan Pulau Pinang sedang berusaha untuk memerangi rasuah dan beliau ucapkan tahniah kepada GERAK dan Din sendiri kerana usaha tersebut

Tuesday, August 14, 2007

Takziah Buat Keluarga Mangsa Nahas Kemalangan Di Bukit Gantang, Perak



che'GuBard ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa nahas yang berlaku di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang, Perak awal pagi semalam.

Kebetulan memang dalam perjalanan pulang selepas program sehari Di Pulau Pinang, melalui lebuhraya.

Kemalangan jiwa yang membabitkan kematian 22 nyawa itu amatlah dikesali, dan diharapkan agar ahli keluarga yang berkenaan dapat menerima keadaan dengan cekal dan redha, dan sentiasa percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah Tuhan dan bertujuan untuk menguji kesabaran kita sebagai umat manusia.

Rakyat perlu melihat dengan serius pendedahan oleh Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Raja Musa Raja Razak bahawa syarikat bas berkenaan sebelum ini telah dikenakan 19 saman manakala pemandunya sahaja mempunyai 2 waran tangkap dan 13 saman.

Fikirkan jika sekiranya pemeriksaan rapi dibuat oleh Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Institut Keselamatan Jalan Raya (Myros), banyak lagi syarikat bas yang menggunakan bas-bas usang untuk operasi mereka. Tidak terkecuali, pemandu-pemandu bas yang cuai dan ingkar pada undang-undang masih berkhidmat.

Friday, August 03, 2007

Program DSAI di N.S

Kini berada di Incheon International Airport, menunggu penerbangan ke Bangkok jam 9 malam. Di Bangkok, Pegawai ANFREL sedia menunggu. Jam 0005 dijangka sampai dan sepanjang malam ini akan dimanafaatkan untuk bertemu dan berbincang dengan beberapa teman aktivis anak muda dari beberapa negara Asia Tenggara yang kebetulan berada di Bangkok. Ichal yang mengaturkan semuanya. Kerana kami dalam kerangka serius untuk membina jaringan solidariti anak muda S.E.A.
Sementara itu maklumat yang baru diterima program DSAI di Negeri Sembilan telah siap disusun. Dibawah ini diperturunkan jadual program. Sabtu, 4 Ogos jam 12.30 akan tiba di KLIA....InsyaAllah jika tiada aral melintang akan terus ke Konvensyen keADILan di Gombak.

7 Ogos (Selasa)

1) Perasmian pejabat negeri di Rahang oleh YB Presiden dan Sidang Akhbar
Tempat: 433 Jalan Rahang, Seremban.
Masa: 5.00 petang
Untuk dihubungi: Dato' Kamarul 012-290-8366

2) Jamuan Makan Malam dgn masyarakat Cina PD/Lukut
Tempat: Seaview Restaurant, Port Dickson
Masa: 7.45 malam
Penceramah: DSAI dan pimpinan KeADILan
Untuk dihubungi: Norazizi 012 3696474 (Setiausaha keADILan Teluk Kemang)

3) Ceramah Perdana di Parlimen Seremban
Tempat: Dataran Muhibah, Kg. Haji Ismail, Ampangan, Seremban
Masa: 10 malam
Penceramah: DSAI dan pimpinan KeADILan

kerana beberapa limitasi selalunya program banyak yang tidak diketahui, maka semua yang baca pengumuman ini harap dapat panjangkan maklumat ini melalui sms, email dan seumpamanya kepada teman-teman khususnya yang berada di Negeri Sembilan

Thursday, August 02, 2007

Kecewa dengan keputusan tidak konsisten ABDULLAH

Baru semalam saya mengulas dan menyatakan sokongan terhadap arahan Perdana Menteri melarang Menteri dari memegang jawatan dalam badan sukan (berdasarkan Bernama). Ia mungkin satu revolusi kecil dalam dunia sukan tanahair, tetapi hari ini saya amat kecewa apabila selepas mesyuarat Kabinet Abdullah gagal mempertahan keputusanya.
Petikan Utusan Malaysia hari ini ;

PM larang menteri, timbalan menteri teraju persatuan sukan

Oleh Mohd. Taufek Razak

PUTRAJAYA 1 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengeluarkan arahan melarang menteri, timbalan menteri dan setiausaha Parlimen memegang sebarang jawatan dalam persatuan sukan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, larangan itu yang tidak melibatkan Menteri Besar serta Ketua Menteri dibuat oleh Perdana Menteri pada mesyuarat Kabinet hari ini dan ia berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, arahan itu dibuat Abdullah kerana mahu barisan Kabinet memberikan sepenuh perhatian kepada tugas di kementerian masing-masing.

‘‘Keputusan ini dibuat Perdana Menteri selepas berbincang dengan menteri Kabinet. Bagaimanapun menteri, timbalan menteri dan setiausaha Parlimen masih dibenarkan memegang jawatan bukan eksekutif seperti penasihat atau penaung kepada persatuan sukan yang mereka sertai,” katanya.

Azalina berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet kementeriannya di sini, hari ini.

Antara menteri yang menjawat jawatan dalam persatuan sukan ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy sebagai Presiden Persatuan Pingpong Malaysia dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (Presiden Persekutuan Amatur Bina Badan Malaysia) manakala Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Anifah Aman ialah Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia.

Menurut Azalina lagi, ketiadaan menteri, timbalan menteri atau setiausaha Parlimen dalam persatuan sukan tidak semestinya akan menjejaskan kemantapan persatuan sukan seperti yang telah dibuktikan dalam skuasy, badminton dan tenpin boling.
------------------------------------------------------
Perkembangan ini membawa amat mengecewakan dan anti klimaks. Ia tidak membawa erti apa-apa. Badan sukan akan terus menjadi bahan politik. Keduanya ialah perkembangan ini membuktikan betapa tidak konsistenya PM dalam membuat keputusan dan gagal mempertahankan keputusannya.

Wednesday, August 01, 2007

terbaru...........


Album aku Hentikan Perang Sekarang telahpun berada di pasaran. Lagu-lagu dalam album ini ialah:
1) Gadis Rumah Merah
2) Hentikan Perang Sekarang
3) Burhanuddin Al Helmy
4) Siren Bomba
5) Menunggu Bayang-bayangmu
Kepada sesiapa yang berminat, sila email ke amin.iskandar@gmail.com.
Harga: RM 15 (Semenanjung Malaysia) dan RM 18 (Sabah dan Sarawak).

Jadikan dokumen siasatan Zul dan Musa sebagai dokumen awam


Kenyataan Media Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK)
1 Ogos 2007

Jadikan Dokumen Siasatan Tan Sri Musa Hasan dan Datuk Seri Zulkifli Mat Noor sebagai dokumen awam

GERAK terkejut tetapi amat kesal dengan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang ‘membersihkan’ Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Zulkifli Mat Noor dari tuduhan korupsi (rasuah, salah laku dan salah guna kuasa).

Peguam Negara mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menutup siasatan mengenai dua individu ini termasuk tuduhan serius yang besertakan fakta yang dinyatakan oleh Bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Manan yang telah didedahkan oleh Pengerusi GERAK, Ezam Mohamad Nor.

Persoalan timbul adakah siasatan yang diarahkan ditutup oleh Peguam Negara itu benar benar membersihkan kedua individu tersebut dan dijalankan dengan tulus. Ini pernah dibuktikan apabila kertas siasatan yang pernah diarah tutup oleh peguam negara tetapi mempunyai bukti rasuah yang jelas oleh dua menteri kanan. Kertas Siasatan BPR terhadap Rafidah Aziz dan Abdul Rahim Thamby Chik membuktikan Peguam Negara pernah menututp kertas siasatan yang membuktikan kesalahan dan memerlukan pendakwaan.

Berdasarkan fakta yang diketengahkan oleh Mohamad Ramli Manan dan disokong beberapa sumber lain, GERAK yakin terdapat campur tangan ‘ghaib’ terhadap siasatan tersebut.

GERAK amat serius dalam perkara ini, oleh itu GERAK sekali lagi menyuarakan cabaran Pengerusi GERAK, Ezam Mohamad Nor untuk mendakwa GERAK ke Mahkamah kerana membuat laporan palsu dan GERAK bersedia mendedahkan semua bukti yang ada di mahkamah.

GERAK mengajak rakyat meneruskan desakan menjadikan BPR badan bebas dan mempunyai kuasa pendakwaan yang kini BPR duduk di bawah kuasa Pejabat Perdana Menteri. Selagi negara tidak mempunyai badan pencegah rasuah yang bebas selagi itulah rasuah akan menjadi pekung yang payah diubati bagi Malaysia.

Badrul Hisham Shaharin
Eksekutif Ko ordinator Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK)

Menteri tidak boleh pegang jawatan sukan ; tahniah Abdullah

Menurut laporan bernama hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan arahan supaya Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen tidak lagi boleh memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan sukan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said di Kuala Lumpur hari ini.
Tindakan Abdullah ini disokong kerana memandangkan mutu sukan negara dan keadaan negara yang tidak menentu memerlukan tumpuan lebih Menteri kepada kerja utama menguruskan negara.
Di Malaysia hampir semua ruang dipolitikkan termasuk badan sukan. Kehadiran ahli politik khususnya Menteri di dalam badan sukan dihujahkan kononya mampu memudahkan badan sukan itu bergerak khususnya mendapat bantuan kewangan. Ini satu bukti bahawa secara tidak langsung badan sukan tersebut juga menjadi bahan politik. Pembahagian buget dari Kerajaan dan korporat seharusnya berdasarkan pencapaian badan sukan bukan kehadiran ahli politik dalam badan sukan tertentu.
Kehadiran ahli politik dalam badan sukan juga kadang kala mengheret badan sukan tersebut dalam kancah politik. Bayangkan jika ahli politik tersebut kalah atau disingkirkan dari jawatan politiknya sudah tentu badan sukan yang diterajuinya dipiggirkan atau mengundang kemelut perebutan jawatan dalaman kerana beliau sudah tidak laku lagi.
Sudah tiba masanya semua badan sukan negara dibebaskan dari pengaruh 'politik', serahkan pengurusan badan sukan kepada mereka yang benar layak, iaitu dari kelompok orang sukan sendiri. Kementerian yang bertanggungjawab pula seharusnya memperkasakan mereka ini dengan kemahiran pengurusan dan seumpamanya. Lulusan Sains Sukan dari institusi dalam dan luar negara yang makin bertambah bilanganya harus diberikan perhatian juga.
Keadaan negara yang tidak menentu juga (seperti keadaan ekonomi yang makin menekan) menuntut Menteri menumpukan lebih masa dalam 'amanah' utama mereka. Cuma dari segi ini (menumpukan kerja) Abdullah seharusnya mampu memberikan contoh yang lebih baik dan kurangkan melancong ke luar negara.
Satu lagi persoalan yang timbul hampir semua pertubuhan sukan diterjui oleh orang politik dan kini siapa yang 'boleh' menghormati Abdullah dengan mengosongkan kerusi mereka dalam badan sukan tersebut ?

Tahniah buat Dr. Noeleen....

Ucapan tahniah buat WANITA Melayu Singapura , Dr Noeleen yang baru dilantik sebagai setiausaha eksekutif bagi Pesuruhjaya Sosial dan Ekonomi bagi Asia dan Pasifik (Escap) satu badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam berkata pelantikan Dr Heyzer diumumkan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon, kelmarin.
Dr Heyzer menjadi wanita Melayu pertama menyandang jawatan berpangkat setiausaha agung rendah di PBB.

Lantikan Dr. Noeleen boleh dianggap pengiktirafan kepada seluruh wanita rantau (Asia Tenggara) ini. Semoga dengan terlantiknya Dr. Noeleen mampu menyuntik semangat kepada wanita dirantau ini untuk terus memajukan diri.

Lantikan yang diumumkan oleh Setiausaha Agung PBB ini mendapat liputan luas dari media seluruh dunia termasuk di Korea Selatan. Dalam laporan media tersebut juga melaporkan betapa Singapura menyokong lantikan tersebut. Menteri Ehwal Luar, George Yeo, yang kini berada di Manila bagi Mesyuarat Menteri Luar Asean ke-40, dipetik sebagai berkata 'Singapura memberi sokongan padu ke atas pencalonan beliau (bagi menjawat jawatan itu) dan kami begitu yakin terhadap kepimpinan beliau.'

Dalam laporan media juga menyatakan reaksi, Dr Heyzer, yang sebelum ini bertugas sebagai pengarah eksekutif bagi Dana Pembangunan PBB Untuk Wanita (Unifem), berkata: 'Ini satu penghormatan dan peluang amat menarik. Saya berterima kasih kepada kerajaan Singapura kerana menyokong saya.'

Dr Heyzer juga diiktiraf kerana kejayaannya meningkatkan prestasi Unifem dan peranannya dalam memperjuang hak wanita.
Ini berbeza dengan Malaysia yang mempunyai ramai kepakaran yang diiktiraf diperingkat dunia contohnya Jomo Kwame Sundaram yang dilantik sebagai Board of the United Nations Research Institute For Social Development (UNRISD), Geneva selepas dia 'terbuang dari Universiti Malaya. Beliau yang juga Assistant Secretary General for Economic Development in the United Nations' Department of Economic and Social Affairs (DESA) sejak Januari 2005 sepatutnya menjadi kebanggaan negara tetapi sebaliknya kehadiran beliau diarena antarabangsa disenyapkan kerana beberapa pandangan beliau yang mengkritik polisi dan pemimpin negara.
Negara seharusnya malu dan rakyat harus memandang serius perkembangan ini. Dalam keadaan negara yang tidak menentu sekarang ini kita tidak mampu lagi hilang 'cerdik pandai' anak Malaysia.

Kes Altantuya : Protes Pendakwaraya 'senior'

Kes pembunuhan warga Monggolia yang melibatkan orang kuat Najib Tun Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia) dan pengawal peribadinya telah mengundang seribu satu perosalan yang amat menarik perhatian.

Terbaru telah singgah email ke cheguBard@gmail.com yang menyatakan berdasarkan maklumat dalaman Jabatan Peguam Negara, wujud protes dan rasa tidak puas hati terhadap cara Peguam Negara mengendalikan kes pembunuhan tersebut.

Berdasarkan maklumat tersebut seramai lebih 4 orang pegawai Pendakwa Raya Kanan yang ’senior’ akan meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap cara Peguam Negara menangani kes pembunuhan Altantuya.

Sumber itu menamakan salah seorang daripada mereka ialah Ketua Jabatan Pendakwa Raya, Dato’ Mohd Yusof bin Hj Zainal Abiden.
Perkembangan terbaru Malaysiakini pula melaporkan penafian Jabatan Peguam Negara mengenai perletakan jawatan tersebut tetapi berita tersebut tidak menafikan kewujudan protes dan rasa kurang senang yang dilaporkan.
Kes ini telah mengundang komen banyak pihak, kes ini perlu dilihat bukan kes pembunuhan biasa. Kes ini merupakan kes pembunuhan yang berkemungkinan untuk menutup jenayah yang lebih besar seperti skandal pembelian senjata dan sebagainya. Namun media arus perdana dipergunakan sepenuhnya untuk mengalih perhatian rakyat untuk melihat kes ini sebagai kes pembunuhan 'skandal xxx'.

Contohnya bapa Altantuya sudah terang menafikan anaknya merupakan model dan tidak memeluk Islam. Nama atau gelaran Amina itu ialah nama timangan yang biasa di kalangan keluarga Monggolia yang diberikan terhadap anak kesayangan mereka, tetapi media terus berusaha menyakinkan rakyat bahawa ini hanya kes kahwin 'sembunyi' (skandal seks) dan ugutan wang untuk tutup mulut.

The Star contohnya antara yang menyiarkan berita gambar Altantuya kononya sebagai model.