Bergambar dengan sebahagian peserta Konvoi Merdeka Rasuah - Belia Benci Rasuah selepas selesai menghantar memorandum ke JPM
Tn Hj Ahmad, yang mengaku sebagai setiausaha sulit kanan Perdana Menteri Malaysia (jawatan dan nama beliau tidak dapat dipastikan kerana ketika diminta kad nama beliau mengatakan beliau tidak ada kad nama...kesian...). Masih ingat lagi Hj. Ahmad ni kata jangan risau PM akan baca memorandum ini atau apa sahaja yang dihantar kepada PM khususnya dalam bab rasuah rasuah nie sebab PM memang benci rasuah.... :)
Gambar di Perkarangan Masjid Negeri, Seremban sebelum bertolak ke Putrajaya. Tengah bagi arahan minta susun motor sebelum berlepas (hehe..memang susah nak handle berpuluh - puluh anak muda bermotorsikal ni)..Malangnya sebaik sahaja nak kibar bendera untuk lepas hujan turun lebat tiba-tiba .....tetapi berdasarkan permintaan peserta konvoi mereka nak bertolak juga maka ...ikut kan sahaja lah...
Sebahagian peserta konvoi selepas hantar memo ke Pejabat MB N.Sembilan. Ada yang dah balik sebab lama sangat tunggu...dan ada yang tak nak ambil gambar..entahlah kena atakut kut....?
di tepi Plaza Tol Seremban sebelum 'round town'
Ust. Suhaimi , Pengerusi GERAK N.Sembilan begitu ghairah nak melepaskan konvoi (walaupun belum semua sedia) mungkin kerana semangat pakai uniform baru GERAK.
Gambar dari dalam kereta, hujan lebat sangat peserta tetap nak teruskan perjalanan ...ini sebelum berhenti di R&R Seremban.
Depan Pejabat MB N.Sembilan wartawan dan SB sama berebut nak ambil gambar
Ariffin sedang 'berposing' dengan wartawan dan dua Polis Cawangan Khas. Kira - kira 10 Polis Cawangan Khas dikenal pasti berada di depan Pejabat MB untuk 'memantau' ..buang masa betul Ketua Polis Negara kata anggota tak cukup utnuk tangani jenayah tetapi ramai - ramai Polis hantar pantau program GERAK ..apa bikin ?
Din menyerahkan sendiri memo dengan diperhatikan Ust. Suhaimi, Zulkifli Omar, Pesuruhjaya PAS N.S dan timbalanya.
Azizi dan Ust. Suhaimi cuba meminta kerani wakil MB Negeri Sembilan menghubungi Ghafar S/u Sulit MB
Mesti ramai yang kesian dengan perempuan kerani ni tapi che'GuBard pun kesian tetapi dia sombong sangat masih ingat lagi bila sambil menunggu itu dia tanya GERAK ni apa kerajaan iktiraf ke ? dan paling sakit hati dia tanya mana kamu kutip bebudak motor nie..? apa dia ingat orang muda yang bermotorsikal nie sampah ke nak kutip kutip macam UMNO buat...mereka ini datang secara sukarela, ada antara mereka ialah sukarelawan GERAK berdaftar sejak awal penubuhan GERAK.
Ramai melepak tengah panas sambil menunggu layanan mesra Pejabat MB N.Sembilan
Terima kasih kepada Zulkifli Omar, Pesuruhjaya PAS NS yang turun sendiri bersama edar risalah dan 'roundtown'. Tiada dalam gambar Taufek Ketua Pemuda PAS Negeri Juga turut serta.

Ini pula gambar di Pulau Pinang dalam Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang... Sempat mengiringi Din ketika beliau hantar memo kepada ketua Menteri Pulau Pinang.
Gambar dari jendela tingkap pejabat mewah Ketua Menteri Pulau Pinang....teringat antara dua darjat itulah yang boleh diumpamakan dengan pembangunan Pulau Pinang maju disebah sini tetapi disebalik bukit itu (balik Pulau) kawasan melayu mundur......
gambar ini diambil dari dalam Kereta Pok Jak (Bekas Ketua keADILan K.Trengganu) dari Kuala Terengganu tumpang Pok Jak ke Pulau Pinang. Dalam perjalanan terserempak dengan ratusan anak muda yang siap hendak menyambut Presiden Pas yang membuat lawatan ke Baling.
papan tanda kawasan kawalan bawah ISA di tepi tasik Banding, yang diambil di kawasan Rehat Lebuhraya Timur Barat
Persiapan Majlis penyerahan Kad Takaful oleh Kerajaan Kelantan di Pusat Islam Londang
Sebulan ini dua kali turun ke Pulau Pinang, sekali turun jumpa jentera dan edar risalah serta ziarah. Sempat bersama jentera Balik Pulau...edar risalah dan kemudian ziarah Pak Mail...bekas pejuang yang pernah ditahan ISA...Pak Mail yang masih membujang kini uzur dan duduk bersama adiknya di Balik Pulau. Sempat kira kira sejam berkongsi pengalaman pahit manis perjuangan Pak mail. Kemudian pertemuan tertutup, sambil sembang sembang minum kopi bincang permasalahan gerakan di Balik Pulau. Kemudian melawat bilik gerakan keADILan Bayan Baru (bawah Datuk Zahrain) yang boleh diberikan pujian kerana hampir bersedia hadapi Pilihanraya....dan kemudian pula makan tengahari bersama Din Binjai (Timbalan Ketua Penerangan keADILan P.Pinang) dan kawan - kawan. kali kedua turun ke Pulau Pinang ialah selepas program di Terengganu untuk sesi ceramah Umum bersama Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.Sesi makan durian bersama kawan - kawan keADILan di Sg. Petani. Kelihatan di gambar ialah irZamri (Ketua Perhubungan keADILan Kedah) dan Din Binjai. Banyak yang dibincangkan dalam kesempatan itu. Isteri kesayangan Era yang tak pernah pernah makan durian turut makan durian petang itu....mungkin mengidam kut....Malamnya ceramah umum... mungkin kerana tempat yang agak baru maka kehadiran hanya 100 lebih...tetapi respon penduduk yang datang bertemu selepas ceramah amat menggalakkan...ada yang kali pertama mendengar informasi selain dari media arus perdana.
Kesempatan ini nak ucap terima kasih kepada semua teman - teman yang bagi sokongan dalam program sebulan che'GuBard di Malaysia. Harap semua agar fokuskan kepada perjuangan sebenar membela dan mengembeling tenaga memperkasa rakyat. Ketepikan titik bengek masalah kecil. Bagi yang memegang jawatan (amanah) jangan khianat laksanakan amanah tersebut dengan niat untuk melihat kemenangan bukan semata - mata untuk tunjuk dekat bos, yang tidak punya jawatan juga ada tanggungjawab masih masing.....
Tidak perlu hebat berpidato, tidak perlu belanja yang besar untuk ziarah teman dibawah..... che'GuBard hanya guna bas Ekspress untuk bergerak dari satu negeri ke satu negeri...cuma mohon maaf kepada Nibong Tebal kerana sepatutnya dari Terengganu terus ke sana untuk ceramah perdana tetapi gagal kerana bas habis (cuti sekolah) nak naik kapal terbang buget tak ada hehehehehee..... tapi berseronoklah dengan getir perjuangan....saya bahagia.............................
Contohnya Pok Jak K.Terengganu, Bekas Ketua keADILan K.Terengganu yang kini tidak ada jawatan masih terus menyumbang...beliaulah yang menguruskan semua program ketika turun di Kuala Terengganu. Membawa ahli baru di Pulau Duyong berbincang perbagai masalah.....
Respon rakyat dibawah sebenarnya amat baik...mereka tidak memikirkan masalah- masalah kecil ...mereka dahagakan pembelaan melawan penindasan yang besar yang amat menyakitkan..........
Terima Kasih teman rakan seperjuangan..... teruskan melawan penindasan..........hanya satu kata terhadap penindasan "LAWAN!" /.............perjuangan adalah pelaksanaan kata - kata.....



ok che'gu. tahniah. balik nanti terus kojo sbg pejuang. belajar rajin rajin.
ReplyDeletesteadylah bro...kitorang recpest la same lu.....
ReplyDelete