When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Wednesday, November 02, 2016
Peguam Negara failkan rayuan kes Blackout 505
Pada 14 Oktober 2016 saya telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen 4, Petaling Jaya atas pertuduhan menganjurkan satu himpunan (Blackout 505) pada 25 Mei 2013. Hakim Mohammad Kamil Nizam membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud prima facie di akhir sesi pendakwaan maka che'GuBard dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk pendakwaan.
Kes ini juga menarik kerana wujud surat palsu kononya che'GuBard memohon kebenaran polis pada hari perhimpunan diadakan, namun akhirnya pendakwa sendiri mengenepikan 'bukti utama' yang mereka bawa tersebut.
Namun 26 Oktober 2016 telah sampai ke alamat che'GuBard surat dari Mahkamah menyatakan bahawa pada 19 Oktober 2016, Pejabat Peguam Negara (pendakwaraya) telah failkan rayuan bagi keputusan membeaskan pertuduhan dibawah seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman tersebut yang mana kes yang berlarutan sejak 2013 ini telah melalui 3 kali sebutan semula.
Pada 31 Oktober 2016, cheGuBard dan 9 orang lagi telah dijatuhkan hukuman bersalah kerana menyertai himpunan haram dan merusuh dihadapan parlimen (pada 24 Jun 2013) bagi membantah penipuan pilihanraya umum ke 13. Dijatuhkan hukuman denda RM6,000
** sila klik baca bagaimana che'GuBard dan komrad SAMM terpaksa berusaha meminjam bagi membayar denda tersebut
Semua ini hanya cubaan yang insyaAllah menguatkan lagi che'GuBard dan keluarga besar SAMM untuk terus mengasak ke arah perubahan dengan berpegang dengan prinsip dan tidak kompromi sama sekali.
catatan : che'GuBard, SAMM
Skandal Seks Husni, Skandal Seks Muhiyuddin dan skandal seks siapa lagi ?
Catatan Umum
2 November 2016
1. Apabila Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Bekas Menteri Kewangan kedua Malaysia mula menunjukkan riak melawan Najib Razak maka tanpa berlengah maka dia mula diserang dengan pendedahan Skandal Seks. Dalam satu posting tentera siber Bn tanpa selindung mencatat "Husni telah banyak kali dituduh melakukan gangguan seksual. Banyak laporan telah dibuat terhadap beliau daripada wanita yang menuduhnya meraba buah dada dan punggung mereka. Dia juga tidur dengan isteri orang. Dan kini rahsia-rahsia tersebut akan kembali menghantui beliau kerana dia berpura-pura beliau adalah seorang lelaki yang alim padahal dia sebenarnya adalah miang dan bangsat".
2. Ini ialah strategi Mahathir Mohammad menghancurkan musuh politiknya. Tentu kita tidak lupa bagaimana ketika Anwar Ibrahim ketika itu Menteri Kewangan tidak bersetuju menggunakan wang negara untuk 'baik out' anak dan kroni Mahathir, dia bukan sahaja telah dipecat, hilang pencen, ditangkap dan dipukul untuk tujuan dibunuh malah difitnah dan dimalukan dengan tuduhan skandal seks bersama lelaki dan wanita. Ia merupakan konspirasi politik paling jijik. Namun apabila melihat cara Najib Razak mendepani musuh politik maka boleh ditafsirkan Najib antara anak murid Mahathir yang baik.
Husni sendiri cuba memperdaya rakyat dengan bertanyakan soalan konon dia hero sebaliknya ketika memegang jawatan Menteri dia sudahpun menjawab soalan yang dia tanya sendiri.
3. Bukan sahaja Husni malah Muhyiddin juga diserang dengan skandal seks. Dalam kes Muhyiddin lebih dasyat iaitu wujud akuan bersumpah seorang bekas Pendakwara (Pejabat Peguam Negara) Stanley Clement Augustin yang mana dalam akuan bersumpah yang digunakan dalam kes penceraian dia dan isterinya secara jelas menyatakan wujud skandal isterinya, Gee Siew Yee punya hubungan dengan Muhyiddin sejak watak itu menjadi Menteri Besar Johor lagi.
Dokumen akuan bersumpah yang jelas mengaitkan Muhyiddin Yassin,jika ia fitnah rakyat menanti Muhyiddin
mengheret Stanley ke mahkamah untuk membersihkan namanya.
mengheret Stanley ke mahkamah untuk membersihkan namanya.
4. Tidak pelik dalam Umno cara ini dilakukan kerana bertahun lamanya diterapkan oleh Mahathir. Namun ramai masih ternanti Muhyiddin mahupun Husni membersihkan nama mereka dengan melakukan saman terhadap mereka yang dikatakan menfitnah mereka. Saya menyokong jika Muhyiddin dan Husni melakukan saman, dengan kedudukan kewangan mereka pasti ramai peguam sanggup mewakili mereka.
5. Yakinlah serangan skandal seks politik selak kain seperti ini tidak sama sekali membina negara dan mendidik rakyat. che'GuBard menyeru semua mengabaikan strategi politik jijik ini. Namun mengajak semua memberikan perhatian kepada kewujudan pendedahan elemen korupsi dan rompakan harta rakyat yang dimunculkan.
![]() |
| muka depan kertas Mesyuarat Majlis Ekonomi bincangkan projek RM2billion anak Menteri Kewangan 2 (Husni) |
6. Malah dalam kes Muhyiddin jika ketepikan skandal seks namun dalam akuan bersumpah yang dibuat suami Gee Siew Yee menyebut dengan jelas mengenai pemberian projek Kompleks Sukan Kampung Pandan (ketika Muhyiddin Menteri besia dan Sukan), 'pemberian' tanah Kerajaan Johor untuk projek perumahan (ketika Muhyiddin Menteri Besar Johor) dan pemberian RM5juta wang.
7. Bagi che'GuBard tuduhan dan pembongkaran ini yang harus diberikan perhatian. Muhyiddin mahupun Husni harus tampil memberikan penjelasan. Soalnya kini berapa ramai lagi Menteri Kabinet yang songlap dan berapa banyak wang negara yang disonglap.
9. Kepada semua, merubah negara atau 'menyelamatkan Malaysia' bukan sekadar melawan watak Najib semata tetapi yang harus kita lawan ialah sistem kapitalis yang menindas rakyat. Musuh kita ialah ahli politik korup yang diperkuda pemodal besar.
"Ayuh kita bina negara milik semua dengan kemanusiaan sebagai tiang serinya..."
10. Sampai bila kita nak diperbodohkan dengan perebutan sesama 'bangsawan elit politik' Malaysia, mereka menyamun bergaduh mereka seret rakyat kononya merekalah pejuang. Pulangkan harta rakyat yang dirompak mari duduk sama rendah kalau berani lawan bersama. Pembaharuan bukan setakat tukar seorang individu atau nama parti penguasa tetapi sistem yang menindas dan menyeret semua perompak kecil dan besar ke pengadilan. Angin perubahan itu sangat kuat cuma kena lebih berhati hati dan bijaksana, jangan nanti lari dari mulut harimau masuk mulut buaya.
catatan ; che'GuBard, SAMM
nota kaki : SAMM telah menggariskan JALUR TUNTUTAN NEGARA PERUBAHAN yang boleh diakses secara online klik sini
Thursday, October 27, 2016
Fitnah kini menjadi budaya dalam PKR
Catatan Umum
27 Oktober 2016
TAHNIAH, FITNAH DAN SERANGAN PERIBADI SUDAH MENJADI BUDAYA PKR
1. Dalam reformasi saya dididik untuk menyerang atau menggunakan apa juga isu bagi mendidik rakyat maka isu yang diketengahkan ialah isu polisi, korupsi, pembaziran dan kelemahan pentadbiran. Sejak awal 1999 isu selak kain sama sekali tidak pernah dipakai walaupun ada maklumat yang masuk dengan bukti kerana isu sebegini tidak mendidik rakyat. Dalam mendepani banyak pihak termasuk Rosmah saya tidak pernah menyerang isu dalam kain sebaliknya isu pembaziran rasuah dan seumpamanya sahaja, begitulah adab didikan reformasi.
2. Namun isu fitnah dan manipulasi peribadi ialah mainan Umno Bn yang sangat kotor, ia menjadi mainan cybertrooper Umno dan keadaan makin parah dengan cybertrooper baru yang berbayar mereka.

3. Semalam saya diberitahu teman - teman mengenai status facebook seorang cybertrooper Umno yang mengekori pasukan Mahathir yang putus bekalan 'dedak' selepas kantoi tidak membuat bayaran sehingga menyebabkan terdedahnya sindiket membeli data peribadi bagi memalsukan sokongan terhadap Deklarasi rakyat. Satu akuan bersumpah (yang terikat dengan undang - undang) telah dibuat mengenainya dan tidak ada tindakan dalam bentuk perundangan seperti saman atau laporan polis bagi menafikan perkara ini. Bekas cybertrooper Umno yang menggunakan nama binatang sebagai samaran itu memang terkenal menggunakan perkatan lucah dan caci maki beserta fitnah. Watak ini semalam secara terang menfitnah saya mencederakan isteri saya. Dia bergaduh selak kain dengan kawan - kawan Umnonya tak ada kena mengena dengan saya dan saya tak pernah repost dan sebagainya kerana ia bukan 'standard' saya.
4. Sangat kesal dengan perkara ini dan ia akan menjadi budaya dalam PKR selepas ini. Untuk pengetahuan semua isteri saya memang ada meminta bantuan dengan Wan Azizah untuk menghubungkan dia dengan doktor di Hospital UM kerana masalah hidung yang teruk yang mana dari resdung teruk dan mungkin ada risiko barah. Di Hospital Besar Seremban sudah hampir setahun gagal mendapatkan temujanji dengan pakar sepatutnya. Untuk ke Hospital Swasta kami tidak mampu yang mana semenangnya perbelanjaan keluarga memang tinggi setiap bulan khususnya untuk kos pendidikan dan perubatan tinggi anak saya yang mengalami Autism dan HDD.
5. Cerita isteri saya meminta bantuan Wan Azizah inilah yang mungkin Wan Azizah bercerita dikalangan rapatnya akhirnya dimanipulasi oleh cybertrooper yang bakal mengetuai perang siber PKR ini dan dengan tanpa selindung menabur fitnah.
nota kaki : hargai kenyataan Nurul Izzah sila klik bawah :

| isteri saya terpaksa menjawab, ya dia anak buah Anwar tetapi kami tak pernah dapat apa kelebihan malah ketika Anwar salah kami juga tegur secara terbuka |
6. Ya, kami sekeluarga hidup seadanya. Ada sebuah kereta dengan guna nama kawan kerana Bank tidak benarkan membuat pinjaman, hutang kreditkan berpuluh ribu hasil perjuangan bertahun tahun, kami hanya duduk rumah sewa RM300 sebulan. Boleh sama fikirkan rumah RM300 sebulan di Seremban, bagaimana keadaan rumah sewa tersebut. Namun anak - anak kami usahakan dapatkan yang terbaik dari aspek pendidikan dan perubatan. Ya, isteri saya memerlukan sangat ruang perubatan hidungnya tetapi saya baru sahaja hubungi dia dari Gua Musang, dimana saya sedang bersama NGO - NGO lain sedang membuat kerja kebajikan. Saya maklumkan kepada isteri saya biarlah kita susah, kami putuskan 10 November ini sepatutnya dia menjalani pembedahan pertama di Hospital UM, kita batalkan kerana ia menjadi buah mulut fitnah dan penghinaan. Ya, saya dan keluarga tak semewah budak - budak Azmin yang 'menyebat' keliling dan hidup mewah tetapi saya ada maruah yang tidak boleh dijual beli. T.kasih Wan Azizah kerana membantu tetapi akhirnya menjadi buah fitnah.
Ya, isteri saya anak buah Anwar Ibrahim tetapi saya dan dia tidak pernah dapat atau ambil apa kesempatan malah rekod saya banyak kali menegur Anwar secara terbuka. Ketika saya dipecat saya tidak pernah minta dia atau sesiapa rakan rapat lain turut bertindak balas keluar parti dan sebagainya. Namun isteri saya dan beberapa ahli keluarga besar kaitan Anwar akan umum keluar parti kerana PKR sudah teruk dan makin parah bila agen - agen Mahathir mengotori.
7. Kepada Wan Azizah dan Nurul Izzah juga beberapa nama lagi yang masih ikhlas berjuang saya ingatkan macai Mahathir sedang masuk dan merosakkan PKR, mereka dibayar oleh kartel Azmin untuk pelahan - lahan menghalau kamu - kamu dari rumah perjuangan itu.
Simpati saya pada pejuang PKR yang bekorban lama tak dipedulikan, namun yang mewah membelasah terputus dedak kini diraikan. Itu urusan kamu dalam parti itu tetapi saya ingatkan yang saya pernah duduk dalam 'kelambu' itu dan jangan seret bermain secara kasar.
catatan oleh che'GuBard, SAMM
Friday, October 21, 2016
SELCAT hanya tukang cuci kekotoran #skandalAzmin68054, Batin Malan Gerchang buktikan Azmin tindas orang asal
Catatan Umum
21 Oktober 2016
1. 19 Oktober 2016, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, dan Ketelusan (Selcat) - DUN Selangor telah mengumumkan kes berkaitan Lot 68054, Tanjung Dua Belas, Kuala Langat tidak memerlukan pendengaran awam kerana ia bukan terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland. Pengumuman ini membuktikan SELCAT lebih parah dari Jawatankuasa Kira - kira Wang Negara (PAC) peringkat Parlimen, ini kerana sekurang kurangnya PAC memanggil perbagai pihak bagi mendengar aduan termasuk pihak yang dikenali sebagai 'penentang' namun SELCAT membuat keputusan menolak kes tanpa memanggil pengadu pun. Bagaimana kes dibicarakan tanpa pengadu dipanggil ? Ini satu pembohongan dan tindakan 'korup' !
2. Merujuk kepada minit mesyuarat Keputusan MMKN Bil 11/2014 berhubung kertas EXCO MTES no. : 4/6/2014 ternyata dengan jelas permohonan pembangunan di Lot 68054 telah ditolak kerana alasan kawasan tersebut terletak didalam kawasan Paya Indah Wetland. Cuma ketika itu Menteri Besarnya ialah Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi Exco terbabit juga merupakan pada potfolio yang sama. Adakah SELCAT buta dengan fakta ini atau cuba berbohong kerana menjaga kepentingan masing masing ?
3. Ramai pelik kerana sebaik sahaja Azmin Ali naik menjadi Menteri Besar semua proses pada tanah tersebut dipercepatkantermasuk perlengkungan semula dan pindaan kepada Rancangan Tempatan kawasan tersebut. Ini boleh diperjelaskan dengan wujud proksi Azmin Ali dalam syarikat pemaju yang tanpa berselindung menggunakan kedudukan politik melobi perubahan status tanah tersebut. Soalnya berapa juta bertukar tangan kerana lobi ini berjaya ? Adakah SELCAT menghalalkan kegiatan ini ?
4. Perubahan status lot 68054 turut memberikan kesan kepada Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang mana turut dizonkan sebagai kawasan perumahan. Ini satu pengkhianatan kepada janji menjaga alam sekitar.
Petikan dokumen dari fail pejabat Exco Kerajaan Negeri Selangor sendiri membuktikan bahawa Kerajaan Negeri meluluskan pemusnahan hutan simpan. Kenyataan kononya ia melalui proses pendengaran awam dan tiada bantahan ialah tipu. Ternyatan Jabatan Alam Sekitar (sebelum dilobi) membantah.
5. Dalam isu ini SELCAT ternyata hanya melepaskan batuk ditangga demi menghalalkan kemusnahan alam & korupsi (komisyen yang bertukar tangan) demi kepentingan tertentu. Jika SELCAT membuat 'kerja rumah' yang betul tentu mereka menjumpai kes di mana orang asal menuntut hak tanah mereka. Tuntutan tanah ini termasuk dalam kawasan lot 68054 yang dimaksudkan. Soalnya bagaimana kerajaan negeri meluluskan pembangunan dalam kawasan yang masih kesnya tergantung di Mahkamah ? Di mana ketelusan kerajaan negeri ?
21 Oktober 2016
1. 19 Oktober 2016, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, dan Ketelusan (Selcat) - DUN Selangor telah mengumumkan kes berkaitan Lot 68054, Tanjung Dua Belas, Kuala Langat tidak memerlukan pendengaran awam kerana ia bukan terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland. Pengumuman ini membuktikan SELCAT lebih parah dari Jawatankuasa Kira - kira Wang Negara (PAC) peringkat Parlimen, ini kerana sekurang kurangnya PAC memanggil perbagai pihak bagi mendengar aduan termasuk pihak yang dikenali sebagai 'penentang' namun SELCAT membuat keputusan menolak kes tanpa memanggil pengadu pun. Bagaimana kes dibicarakan tanpa pengadu dipanggil ? Ini satu pembohongan dan tindakan 'korup' !
2. Merujuk kepada minit mesyuarat Keputusan MMKN Bil 11/2014 berhubung kertas EXCO MTES no. : 4/6/2014 ternyata dengan jelas permohonan pembangunan di Lot 68054 telah ditolak kerana alasan kawasan tersebut terletak didalam kawasan Paya Indah Wetland. Cuma ketika itu Menteri Besarnya ialah Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi Exco terbabit juga merupakan pada potfolio yang sama. Adakah SELCAT buta dengan fakta ini atau cuba berbohong kerana menjaga kepentingan masing masing ?
3. Ramai pelik kerana sebaik sahaja Azmin Ali naik menjadi Menteri Besar semua proses pada tanah tersebut dipercepatkantermasuk perlengkungan semula dan pindaan kepada Rancangan Tempatan kawasan tersebut. Ini boleh diperjelaskan dengan wujud proksi Azmin Ali dalam syarikat pemaju yang tanpa berselindung menggunakan kedudukan politik melobi perubahan status tanah tersebut. Soalnya berapa juta bertukar tangan kerana lobi ini berjaya ? Adakah SELCAT menghalalkan kegiatan ini ?
![]() |
| berapa juta komisyen bertukar tangan ? |
5. Dalam isu ini SELCAT ternyata hanya melepaskan batuk ditangga demi menghalalkan kemusnahan alam & korupsi (komisyen yang bertukar tangan) demi kepentingan tertentu. Jika SELCAT membuat 'kerja rumah' yang betul tentu mereka menjumpai kes di mana orang asal menuntut hak tanah mereka. Tuntutan tanah ini termasuk dalam kawasan lot 68054 yang dimaksudkan. Soalnya bagaimana kerajaan negeri meluluskan pembangunan dalam kawasan yang masih kesnya tergantung di Mahkamah ? Di mana ketelusan kerajaan negeri ?
6. Dalam janji Buku Jingga yang dibuat oleh gabungan parti yang mentadbir Selangor kini sebelum PRU lepas ternyata janji mereka ialah menjamin hak tanah adat orang asal tidak dicabuli mana - mana pihak. Adakah ia janji palsu hanya untuk meraih undi kerana realitinya berbeza, apabila orang asal menuntut hak di mahkamah mereka ditentang oleh Kerajaan Negeri Selangor sendiri. Malah lebih teruk sebelum kes mahkamah selesai, orang asal sekitar 4000 orang (Temuan) di 7 kampung sekitar lot 68054 dikianati dengan tanah yang dipertikaikan diberi kebenaran pembangunan. Kalau pun mereka menang dimahkamah , tanah tersebut telah musnah.
7. Pada 19 Oktober lepas juga SAMM dan sekutu telah mengadakan sesi taklimat media yang dihadiri wakil orang asal 7 kampung terbabit yang hadir diketuai sendiri oleh Batin Malam anak Gerchang, iaitu cucu kepada Panglima Tok Pelangi seorang tokoh Sakai yang seangkatan Sultan Abdul Samad. Dalam taklimat media hampir dua jam itu telah dibentangkan panjang lebar mengenai bagaimana kerajaan menabur janji manis tetapi akhirnya mengkhianati masyarakat orang asal dengan memusnahkan tanah - tanah mereka dengan menyerahkan kepada 'kapitalis besar'. Bukannya pendengaran awam malah suara bantahan mereka sehingga ke mahkamah dilawan oleh kerajaan negeri.
8. Untuk pengetahuan semua mesin - mesin besar sudah memasuki tanah lot 68054 yang dimaksudkan. Namun terdapat kegiatan yang agak pelik di mana tanah merah dan pasir diangkat berlori - lori keluar dari lot tersebut ke luar. Malah menurut orang asal dikawasan tersebut ia turut melibatkan kawasan hutan simpan bersebelahan. Tanpa sebarang papan tanda makluman kebenaran kerja atau kebenaran melombong ia kelihatan seperti kegiatan haram. Orang asal telah membantah dengan cuba menahan lori - lori yang laju melalui kawasan mereka malah ada yang mengancam keselamatan anak - anak mereka. Sebagai tindak balas pemaju telah menggunakan 'gangster' dan orang asal diugut bunuh jika mengganggu kerja mereka. Satu laporan polis telah dibuat oleh orang asal, namun kami yakin tidak akan ada tindakan berlaku seperti biasa kerana semua sistem dalam negara melindungi kepentingan pemodal.
![]() |
| laporan polis yang menyatakan nama dan no. telefon yang membuat ugutan, sehingga kini apa tindakan PDRM ? |
9. Orang asal yang miskin ini cuma menuntut hak tanah nenek moyang mereka yang juga menjadi tempat sumber pencarian hidup mereka. Mereka kini juga sedang mencari dana bagi melawan kerajaan negeri di mahkamah. Mereka memerlukan RM3,000 untuk failkan kes mereka di mahkamah sebelum 26 Oktober. Nampaknya Kerajaan Negeri bawah Khalid Ibrahim pernah membanggakan kita dalam perkara ini melalui kes Sagong Tasi dimana kerana negeri terbukti membela orang asal namun Kerajaan negeri dibawah Azmin Ali bertindak lebih zalim dari Bn menindas orang asal. Melalui tindakan Azmin ini maka tidak salah kalau orang mula mempertikaikan adakah janji PRU kita benar ikhlas hendak dilaksanakan ?
9. Kami dengan ini sekali lagi menegaskan menolak keputusan SELCAT dan ia hanya cubaan menyucikan #skandalAzmin68054. Dengan penampilan Batin Malam Gerchang dan wakil- wakil kelompok orang asal maka lengkap 3 isu yang dibangkitkan mengenai #skandalAzmin68054 iaitu isu alam sekitar, isu korupsi dan isu penindasan dan kezaliman terhadap penduduk setempat (orang asal).
Kami bertanggungjawab terhadap semua pendedahan sikap mengelak dan mengalihkan isu malah menggunakan saluran kerajaan bagi membersihkan kosupsi hanya menunjukkan Azmin Ali sama sahaja malah lebih teruk dari kebanyakan pemimpin Bn yang ada hari ini. Booklet #skandalAzmin68054 boleh dicapai melalui online (klik sini) dan Azmin dicabar jika berani nafikan tuduhan tersebut dengan saman mahkamah.
Kami sering ingatkan diri kami korupsi tidak kira siapa melakukan ia tetap salah, tidak ada istilah korupsi besar atau korupsi kecil ...
cacatan oleh che'GuBard, SAMM (chegubard@gmail.com)
Chegubard freed of illegal assembly charge
The Sessions Court in Petaling Jaya today acquitted Youth Solidarity Malaysia movement promoter, Badrul Hisham Shaharin of a charge of organising an illegal appreciation assembly for Selangor voters three years ago.
Judge Mohamad Kamil Nizam ruled that the prosecution had failed to establish a prima facie case against him.
Deputy public prosecutor Suhaimi Ibrahim conducted the prosecution while Badrul Hisham, 38, known also as Chegubard, was represented by counsel Haijan Omar.
He was accused as organiser of the programme, of failing to submit a 10-day notice prior to the event, to the Petaling Jaya District Police chief.
On Dec 8, 2015, Chegubard, who is the former PKR head of Cabang Rembau, pleaded not guilty to committing the offence at Dataran Petaling Jaya, Padang Timur, Jalan Timur at 5pm, on May 25, 2013.
The charge under Section 9(1) of the Peaceful Assembly Act 2012, punishable under Section 9(5) of the same Act, carries a fine of not more than RM10,000, on conviction.
On June 5, 2013, Badrul Hisham was charged with the same offence at the Sessions Court.
However, on Aug 4, 2014, the Sessions Court here granted him a discharge not amounting to an acquittal after allowing the defence's application.
Read more: https://www.malaysiakini.com/news/359082#ixzz4Ngf1gfCE
Tuesday, October 11, 2016
Respon mengenai Gerakan Merah dan Mahathir hadir BERSIH 5
Dalam sidang media (10 Oktober 2016) saya ditanya orang teman wartawan mengenai pertembungan Merah dan Kuning. Respon saya ialah
Kemudian saya ditanya pada pendapat saya Mahathir akan turun ke Jalanraya atau tidak untuk bersama BERSIH 5. Respon saya ialah
- bergaduh, tunjuk kekuatan fizikal dengan memukul orang tanpa alasan seperti mempertahan diri dan harta bukan sahaja jenayah tetapi ia perbuatan 'babarian'
- saya 'sindir' Datuk Jamal makin porpular sebab dia 'pandai' buat kerja
- SAMM pertahankan hak sama ada merah atau kuning untuk berhimpun tetapi bergaduh secara 'babarian' adalah tidak bertamadun dan tidak membantu negara.
- SAMM cabar untuk wakil Merah dan Kuning berada sepentas perdebat idea dan hujah masing, ini lebih mendidik rakyat dan menghasilkan idea terbaik buat negara. Semua tamadun hebat berlukan dengan pertembungan pendapat. Jika tidak ada yang berani anjur SAMM sedia tampil dengan syarat pemimpin Merah dan Kuning sedia.
Kemudian saya ditanya pada pendapat saya Mahathir akan turun ke Jalanraya atau tidak untuk bersama BERSIH 5. Respon saya ialah
- Mahathir ini bekas diktator yang sarat dengan jenayah pentadbiran, rompakan dan kemusnahan sistem ketika pemerintahanya. Dia tampil menyerang penggantinya dari parti regim hanya apabila kepentingannya atau kehendaknya tidak diperolehi. Maka bagi saya Mahathir turun atau tidak ke jalanraya itu tidak bawa makna apa - apa, namun kita semua harus hormati hak Mahathir selaku warga negara Malaysia nak berhimpun atau menyatakan pandangan walaupun ketika zamanya dia sangat zalim terhadap rakyat yang melawan dia, berkumpul menyatakan pandangan yang bertentangan. Mahathir ketika memerintah penipuan pilihanraya juga sangat teruk, ingat lagi pemalsuan Kad pengenalan (Pilihanraya Likas)dan Projek Dr.M di Sabah ?
- SAMM mendokong tuntutan BERSIH 5 dan untuk pengetahuan semua SAMM bersama gerakan menuntut pilihanraya bebas dan adil ini semenjak BERSIH diwujudkan oleh Hj. Syed Shahir Syed Mohamud lagi. SAMM menjadi antara tulang belakang pendiri pada ketika itu dan pelan kerangka awal strategi demo 'tawan bandar' yang diadaptasi dari strategi demo Korea Selatan itu yang kali pertama digunakan BERSIH 1 adalah dirangka oleh SAMM sendiri.
- Maka jika ada seorang dua macai parti Mahathir yang baru nak belajar bersama gerakan rakyat seperti BERSIH tidak perlu angkuh dan sombong sehingga mempertikaikan peranan dan kejujuran SAMM.
- Malah che'GuBard hilang hak demokrasi bertanding pilihanraya kerana didenda RM6,000 oleh mahkamah kerana melawan isu penipuan pilihanraya. Mahathir hanya diktator koruptor zalim ketika pemerintahanya maka dia turun atau tidak tidak penting dan BERSIH 5 bukan urusan Mahafiraun.
SAMM lancar booklet on line #skandalAzmin68054
Kenyatan Umum
11 Oktober 2016
Booklet on line dilancar dan umum SAMM bergabung dengan Orang Asal dalam isu #skandalAzmin68054
1. Sehingga kini Azmin Ali dan kuncu kuncunya gagal menjawab mengenai #skandalAzmin68054 yang mana terbukti Azmin secara sedar mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri mengubah status tanah Lot 68054, Mukim Tanjung 12, Kuala Langat yang mana jelas terdapat kepentingan langsungnya iaitu Ketua AMK Gombak bertindak selaku proksinya dalam syarikat pemaju. Ketua AMK Gombak secara jelas dibuktikan turut terlibat melobi (atau lebih tepat mengarahkan) banyak pihak dalam menjayakan pertukaran status tanah tersebut. Persoalanya berapa juta wang 'komisyen' dari kegiatan ini ?
2. Pertukaran status tanah ini juga mengakibatkan 'lengkungan semula' atau 're zone' berlaku dimana turut mengorbankan bukan sahaja kawasan Paya Indah malah Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Kebenaran membangunkan kawasan ini juga turut memberikan kesan negatif kepada penduduk orang orang asal sekitar antaranya 7 kampung orang asal yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara iaitu Pulau Kempas, Bukit Cheeding, Bukit Kecil, Bukit Perah, Busut Baru, Tanjung Rabok dan Bukit Kamandol.
3. Satu pertemuan bersama sudah dilakukan dan penduduk orang asal sememangnya membantah dan kini berdepan dengan ugutan dan kekerasan dari pihak pemaju yang mula memasuki kawasan bukan sahaja untuk kerja 'pembinaan' tetapi turut untuk kerja pengeluaran pasir, tanah merah dan batuan. Anak seorang pemimpin orang asal dikawasan tersebut baru sahaja membuat laporan polis kerana diugut bunuh oleh syarikat terlibat.
4. Minggu hadapan akan diadakan satu 'Taklimat Khas Media' bersama penduduk orang asal berkenaan isu ini. Nampaknya mereka bukan sahaja berdepan penipuan janji kerajaan negeri membela mereka tetapi kini berdepan dengan syarikat 'gangster'.
5. SAMM sehingga kini kesal dengan kelembapan SPRM dalam respon kepada laporan SPRM yang dibuat, semua bukti dan kerjasama sudah diberikan namun SPRM dilihat sangat lembab. Ramai tertanya jika Azmin dan kartelnya bersalah mengapa SPRM tidak bertindak. Saya balas pertanyaan ini dengan pertanyaan Jika SPRM tidak bertindak dijadikan kayu ukur adakah kita akui Najib Razak juga tidak bersalah kerana SPRM juga kelihatan tidak bertindak. SPRM begitu laju bertindak dengan Ketua Menteri P.Pinang walaupun status tanah tidak bertukar tetapi mengapa lembab dengan kes ini ? Adakah rundingan benar berlaku dan jangan salahkan rakyat melihat SPRM masih sama hanya memilih kes berdasarkan kepentingan ?
6. Kepada Azmin dan kartel kami menyatakan tuduhan ini tanpa selindung, jika kami menfitnah maka mereka dicabar failkan fitnah ini di mahkamah. 5,000 naskah booklet #skandalAzmin68054 sudah diedarkan ke seluruh negara dengan memberikan fokus Selangor. Kami memohon bantuan pihak yang prihatin untuk membantu kami mencetak lagi booklet yang mengandungi maklumat dan bukti ini. Berminat membantu sila hantar email ke chegubard@gmail.com
7. Terbaru booklet #skandalAzmin689054 kini boleh dicapai secara atas talian sila klik https://pkmsamm.wordpress.com/2016/10/09/68054/ Mohon semua membantu menyebarkan link ini.
8. Yang sedang diadili kini juga PKR dan gabungan parti yang bersama dalam kerajaan Selangor, nampaknya semua membisu. Malah PKR lebih teruk memecat anggota hanya kerana bercakap soal korupsi.
Sekian dan terima kasih.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
klik http://chegubard.blogspot.my/2016/09/jom-fahami-apa-dia-skandalazmin68054.html bagi menonton video penerangan #skandalAzmin68054

IOI & Tabung Haji terkait pembakaran, pemusnahan hutan serta manipulasi buruh kanak - kanak di Indonesia
IOI Tidak Mahu Bertanggungjawab Atas Pembakaran Hutan Di Indonesia..
10 Okt 2016, Deligasi SAMM hadir untuk berbincang berkenaan laporan Greenpeace Indonesia yang mengaitkan IOI dengan pemusnahan pembakaran hutan secara terbuka juga buruh kanak kanak. Kami disambut dengan kehadiran Polis yang agak ramai jam 11.30 pagi itu.
Kami juga nyatakan kesal dgn cara kasar(Dr. Surina) Ketua Jabatan Kelestarian IOI sehingga bertengkar. Hanya selepas kami meninggikan suara semula dan diterjah soalan - soalan yang dia sendiri gagal menjawab baru hendak ajak masuk ke pejabatnya untuk perbincangan lanjut. Sebelum itu semua wartawan dihalau keluar dari pintu lobi. Malah salah seorang delogasi SAMM hanya memegang telefon bimbit dia dengan kasar minta simpan dalam poket.
Nampaknya ego dan sombong kapitalis besar seperti IOI amat menjengkelkan. Kami tinggalkan memorandum kami dan berlalu pergi.
27 September lepas di Rotterdam, Belanda minyak sawit IOI telah di halang kerana laporan mengenai pemusnahan/pembakaran hutan terbuka dan buruh kanak kanak tersebut. Selain IOI, TH plantation juga dilaporkan terlibat. Kaitan Tabung Haji ini lebih menyakitkan hati.
Negara malu mereka kutip untung...mereka kaya jerebu jadi acara tahunan rakyat biasa...
berikut dibawah ialah kenyataan rasmi SAMM mengenai penyerahan memorandum.
Kenyataan Media
10 Oktober 2016Memorandum Bantahan Kepada IOI Group dan TH Plantation
Sebagai respon dan tanda sokongan terhadap usaha Greenpeace International, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menghantar memorandum bantahan kepada IOI Group di ibu pejabat IOI Group.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil berat pendedahan laporan A Deadly Trade-Off oleh Greenpeace International yang mendakwa IOI terlibat dalam pemusnahan hutan besar-besaran dan penindasan hak pekerja termasuk penggunaan buruh kanak-kanak di Indonesia.
Pendedahan laporan ini dan aksi aktivis Greenpeace International di Amsterdam, Belanda telah mendapat perhatian media antarabangsa. IOI bukan sahaja telah mencabul alam sekitar dan hak pekerja di Indonesia malahan tindakan IOI ini turut mencemarkan nama baik Malaysia.
Sepanjang dua dekad kebelakangan ini, sektor peladangan telah memusnahkan hutan dan tanah gambut di Indonesia. Berjuta-juta hektar telah dimusnahkan untuk konsesi buah dan minyak kelapa sawit yang telah memberikan impak negatif kepada hidupan liar, iklim dan juga orang ramai.
Malaysia sebagai negara yang berjiran dengan Indonesia tidak terkecuali dalam menerima kesan akibat jerebu hampir setiap tahun. Malaysia pernah mengumumkan darurat bencana jerebu sebanyak tiga kali, yang pertama pada 19 September 1997 di Sarawak apabila bacaan IPU mencecah 600, 11 Ogos 2005 di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang apabila bacaan IPU melebihi 500. Yang terkini adalah pada 23 Jun 2013 di Muar dan Ledang, Johor apabila bacaan IPU melebihi 500.
Justeru itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan pendirian kami dan sekutu-sekutu kami daripada kumpulan-kumpulan anak muda di seluruh negara bahawa :1. SAMM dan sekutu menyokong usaha Greenpeace International untuk melawan syarikat-syarikat pemodal besar yang telah memusnahkan alam sekitar dan menindas pekerja.
2.IOI perlu memulakan usaha untuk memastikan keseluruhan rantaian bekalannya tidak terlibat dalam apa jua aktiviti yang boleh memusnahkan hutan, memusnahkan tanah gambut, eksploitasi pekerja dan pencabulan hak asasi manusia.
3.IOI perlu memastikan syarikatnya, anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat sekutunya mematuhi amalan Polisi Minyak Sawit Yang Mampan.
4.TH Plantation yang disebut dalam laporan A Deadly Trade-Off sebagai tidak mempunyai polisi alam sekitar yang formal perlu merangka polisi pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, dan polisi perladangan yang mampan dengan segera sebelum meneruskan aktiviti perladangan. Lebih memalukan, bahagian alam sekitar dalam Laporan Tahunan 2015 TH Plantation langsung tidak menyebut mengenai pemuliharaan hutan.
5.TH Plantation sebagai anak syarikat Lembaga Tabung Haji, sebuah lembaga yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk menguruskan dana simpanan rakyat bagi mengerjakan Rukun Islam yang kelima, sepatutnya memahami adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap umat manusia untuk memelihara alam sekitar.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang membawa maksud :
"Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan." (Hadis riwayat Muslim).
6. Tindakan tidak bertanggungjawab TH Plantation ini telah menjejaskan reputasi Lembaga Tabung Haji, Malaysia dan Islam itu sendiri. SAMM menuntut penjelasan Lembaga Tabung Haji berhubung perkara ini.
Adalah diharapkan agar kesemua pihak-pihak yang berkepentingan dalam sektor perladangan kelapa sawit ini agar tidak sekadar memikirkan keuntungan sendiri semata-mata. Sebaliknya, lihat juga kepada kerosakan yang timbul terhadap alam sekitar, hidupan liar dan kesihatan berjuta-juta orang di rantau ini.
IOI, TH Plantation, Wilmar, GAR, Musim Mas dan lain-lain syarikat perlu bersama-sama memikul tanggungjawab, bekerja bersama-sama, menggunapakai standard dan peralatan yang sama, untuk mengenal pasti dan menyingkirkan penyangak alam sekitar seperti yang telah dikenalpasti dalam laporan Greenpeace International tersebut.
Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia
Mencari ajen Jus tenaga untuk lelaki – Fire Up #KoopSAMMBerhad
mencari agen berminat, keuntungan tinggi dan bimbingan keusahawanan disediakan. Sila email nama, alamat, no telefon ke fire.up.your.nite@gmail.com Hanya untuk 100 yang pertama sahaja.
Jus tenaga untuk
lelaki – Fire Up
Butiran produk :
Fire Up ialah
formulasi yang dihasilkan dengan 100 % estrak herba yang dikeluarkan dalam
bentuk jus bagi membantu khususnya lelaki dalam mengekalkan tenaga,
meningkatkan metabolism dan meningkatkan kualiti kehidupan
Dipasarkan dalam
kotak mengandungi 15 sachet (10ml) dan sedia untuk terus diminum dari sachet
secara terus. Penggunaan untuk 2 minggu pertama satu sachet sehari, sebulan
pertama – 2 sachet sehari dan seterusnya diambil 3 – 4 hari sekali.
Bahan :
Blackcurrent
astract detox,
vitamin C tinggi – kesan baik pada mata / kulit, membaiki tisu
Dextrose Monohydrate gula ‘glukos’ baik meningkat
metabolism & meransang pengeluaran insulin
Olligosaccharides
meransang kesan
probiotik iaitu bakteria baik pada usus
Apple fibre meransang
pembuangan lemak selain kesan kecantikan
Citric Asid
(dari estrak Epal dan anggur hitam) meransang metabolism
Psyllium husk
(rempah) menurunkan kolesterol,
mengelakkan radang usus,cegah diebetis
Macca dan tribulus
herba dari China / Jepun meningkatkan
kadar testosterone, membaiki kualiti tidur, mengatasi kemurungan
Tea polyphenols
(teh hijau) meningkatkan
sistem imuniti selain dari menjadi agen detox
Butea superba
herba dari kawasan tanah tinggi utara Thailand memperbaiki sistem lelaki
dan peredaran darah dan penggunaan jangka masa panjang dan tetap boleh
mengakibatkan perubahan saiz dan kekuatan otot sulit lelaki
Guarana (biji kopi) dari Amazon, alternatif
kepada kaffein mempunyai kesan meransang penghasilan tenaga oleh tubuh
Epimidium (herba kambing) meransang pengeluaran
testosterone, meransang keinginan seksual, meningkat kandungan sperma,
menguatkan buah pinggang
Catu aba herba dari afrika yang menjadi rahsia lelaki afrika
sekian lama bukan sahaja menegangkan tetapi membesarkan
- Meningkatkan testosterone (hormon lelaki)
- Meningkatkan kekuatan & saiz otot
- Mempercepatkan pemulihan kecederaan
- Mengurangkan stress , meningkatkan kualiti tidur
- Membantu penurunan berat badan
Dikilangkan di sebuah syarikat kukuh yang yang
berusia lebih 10 tahun yang mendapat pengiktirafan pengilangan baik dari
kementerian kesihatan Malaysia dan telah memenangi perbagai anugerah dari
inovasi penciptaan herba kesihatanya.
Pusaka Tok Ayah, sebuah syarikat
100% bumiputera merupakan pengeluar dan pemilik produk
Dr. Fauziah Ikon tetapi Malaysia terus bantu ekonomi Israel ?
Kenyataan Umum
8 October 2016
Tahniah Dr Fauziah ! Anda Hebat Wajar Dijadikan Ikon Rakyat Malaysia
1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berasa kagum dan bangga dengan penyertaan Dr Fauziah Hassan yang bersama 12 lagi aktivis wanita dalam misi Women's Boat To Gaza (WBG) bagi menyampaikan bantuan kemanusian terhadap rakyat Gaza yang ditindas oleh Kerajaan Rejim Israel. Syukur semua 13 aktivis ini telah dibebaskan oleh Tentera Israel dengan keadaan baik dan mereka telah pun dihantar pulang ke negara masing-masing. Kini Dr Fauziah telah selamat menjejaki kembali Tanah Air dengan kejayaaanya yang tersendiri.
2. SAMM merakamkan setinggi-tinggi perghormatan terhadap Dr Fauziah di atas keberaniannya yang sanggup mengambil risiko yang tinggi dalam menjayakan misi WBG ini. Maka kini Dr Fauziah sudah boleh dijadikan sebagai ikon oleh rakyat Malaysia di atas penyertaanya dalam misi WBG. Rakyat Malaysia boleh mengiktiraf Dr Fauziah umpama seorang wirawati negara yang baru sahaja menangi pingat emas olimpik pertama Malaysia. Dr Fauziah boleh dianggap sebagai hero dalam hal ini dan namanya perlu ditulis dalam sejarah untuk tatapan generasi akan datang.
3. Tahniah Dr Fauziah, Semoga insiden yang berlaku terhadap 13 Aktivis WBG ini akan membuka mata dunia untuk terus berusaha mendesak bebaskan rakyat Gaza daripada kepungan tentera rejim Israel.
4. Dalam masa yang sama, SAMM yang sebelum ini pernah mendedahkan perbagai dokumen mengenai hubungan perdagangan yang berlaku di antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Israel. SAMM telah mendedahkan bagaimana Kerajaan Malaysia yang membekalkan komoditi minyak sawit dari Malaysia kepada Israel melalui pihak ketiga. SAMM menerbitkan sebuah naskah bertajuk Malaysia Munafik tulisan Chegu Bard sendiri bagi membuktikan perkara ini benar dan ia bukan sekadar fitnah terhadap Kerajaan Malaysia. Segala bukti urusan perdagangan di antara Malaysia - Israel telah di bukukan dalam naskah tersebut. Dan sehingga kini Naskah tersebut masih boleh didapati di pasaran.
5. SAMM mengingatkan Kerajaan Malaysia jangan bersifat munafik mengenai pendirian Malaysia terhadap Israel. Kononnya simpati terhadap rakyat Gaza tapi dalam masa sama membantu guna wang rakyat Malaysia membayar agensi Israel menerusi perjanjian APCO, Menulis di pasport setiap rakyat Malaysia bahawa rakyat Malaysia boleh pergi ke seluruh dunia tapi tidak ke Israel.
6. Kerajaan Malaysia jangan ambil kesempatan di saat ini dengan mengumumkan beri penghormatan serta penghargaan terhadap Dr Fauziah diatas kejayaannya dalam misi WBG, Namun dalam masa sama secara hakikatnya Kerajaan Malaysia masih mempunyai hubungan perdagangan dengan Kerajaan Israel. SAMM tetap konsisten dengan desakan supaya Malaysia perlu hentikan segala hubungan dengan Israel serta merta.
Sekian
Faisal Zainal
Penyelaras Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
017 5598674
Penyelaras Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
017 5598674
Tuesday, October 04, 2016
2015 Rapat SAMM dah cadang had jawatan PM
SAMM tidak bermain politik sebaliknya ia adalah pemerhatian jujur anak-anak muda terhadap iklim politik Malaysia.
SAMM dalam Rapat 3/2015 pada 10 Ogos 2015 telah menegaskan tuntutan mewujudkan had tempoh perkhidmatan Perdana Menteri & Menteri Besar/Ketua Menteri.
http://anakmudamalaysia.com/2015/08/resolusi-samm-032015/
Setahun selepas itu barulah Mukhriz bercakap mengenai ini dan hari ini Salahuddin pula menyokong perkara ini.
http://m.malaysiakini.com/news/357796
LAPORAN POLIS JENAYAH PEMALSUAN TANDATANGAN S/U AGUNG PKR
KENYATAAN MEDIA
4 Oktober 2016
Pada 26 Ogos 2016 (sekitar 10.30 pagi) saya telah mendapat panggilan
telefon yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan ibu pejabat PKR memaklumkan
satu email telah dihantar kepada saya yang mengandungi lampiran surat pemecatan
saya dan salinannya telah dihantar melalui pos laju juga.
Namun setelah diselidik surat tersebut telah mengandungi
tandatangan palsu YB Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR yang mana dia melalui bukti
salinan cetakan whats apps dan kenyataan dia kepada beberapa orang jelas
menyatakan dia tidak menandatangani surat tersebut, tidak mengetahui
tandatangannya digunakan malah dia tidak berada di Kuala Lumpur pun ketika
surat tersebut dikeluarkan.
Ini satu jenayah serius. Kesalahan meniru tandatangan ini
boleh disabit kesalahan Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dengan
Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun dan denda.
Jugaada beberapa undang – undang berkaitan jenayah serius ini.
Sebagai bukti kukuh surat 26 Ogos 2016 mengandungi
tandatangan palsu ialah telah dikeluarkan surat pemecatan ke dua bertarikh 6
September 2016. Pengeluaran surat kedua ini merupakan bukti kukuh jenayah
pemalsuan tandatangan telah dilakukan pada surat 26 Ogos 2016.
Jenayah ini merupakan jenayah serius dan polis didesak
melakukan siasatan dan mendakwa penjenayah. Sangat memalukan sebuah parti yang
bercakap soal integriti sanggup berkompromi dengan jenayah seperti ini.
Untuk makluman pemecatan saya adalah tidak mengikut
perlembagaan parti, tidak ada mesyuarat hanya perbincangan melalui whats app
sahaja. Namun semua ini dilakukan hanya kerana saya mendedahkan korupsi libat
AzminAli. Untuk melindungi Azmin maka saya dipecat dengan sanggup mencabul
lunas keadilan ? Apa beza PKR dengan Umno dalam perkara ini ? Untuk ini juga
saya akan mengajukan laporan kepada Pendaftar Pertubuhan.
20 September (melalui surat saya kepada Presiden PKR) dan 27
September (melalui kenyataan saya yang turut dihantar kepada Presiden PKR dan
beberapa pemimpin PKR lain) saya telah meminta penjelasan namun tidak mendapat
jawapan. Saya percaya mereka tidak menjawab kerana tiada jawapan kerana
kesalahan jenayah telah dilakukan. Namun saya masih ada keyakinan dengan integriti
Rafizi untuk bercakap benar bahawa sememangnya jenayah pemalsuan tandatangan
sudah berlaku.
Jenayah , korupsi harus ditentang tidak kira siapa
pelakunya. Tidak ada istilah lawan korupsi musuh politik dan tutup korupsi ,
jenayah orang dalam parti. Laporan polis dan akan membuat laporan pendaftar
pertubuhan demi mendapatkan keadilan yang dinafikan.
![]() |
| petikan cetakan dari whats app kumpulan MajlisPimpinan Pusat yang membuktikan pemecatan che'GuBard tanpa melalui mesyuarat MPP |
![]() |
| antara petikan whats app dari SUA PKR |
![]() |
| surat pemecatan pertama yang dibuat tergesa gesa yang dimana tandatangan Rafizi diimbas dan dicetak semula dengan komputer |
Understanding Kashmir Imbroglio 2016
Ram Puniyani
In the din of hysteria created around the military action on LOC, which was in response to the killing of 18 Indian army jawans in Uri, the issue of anguish of people of Kashmir has been undermined. As such India-Pakistan skirmishes (September 2016) are mostly centered on the issue of Kashmir. On one side India’s claim is that Kashmir is the inseparable part of India and no power on the Earth can separate it from India. Pakistan on the other hand raises doubts about the Kashmir’s accession to India, and says that as it is a Muslim majority area and it should be part of Pakistan. The attack on Uri by terrorists killing 18 Indian soldiers has rekindled the issue once again. The whole episode actually begins with the killing of Burhan Wani, a Hijbul Mujahideen commandant who was killed in an encounter by Indian military. After his killing there were two types of reactions yet again.
Indian media presented it as a big achievement in cracking down the militancy. A section of Kashmiri people was shocked and they started coming on streets to protest. The manner of their protests has been that of stone throwing on the police-military forces. In the the painful incidents which followed nearly 80 people have been killed, over 9000 people got injured and many of those injured suffered the pellet injuries leading to the loss of their eyes and penetration of pellets into different parts of their body. Some army-police personnel have also received injuries. The resulting situation led to the imposition of curfew in the state and this curfew had been the longest curfew which was imposed in the state.
In an attempt to restore peace various efforts have been made by the state. Home minister Rajnath Sigh visited the Valley to hold discussions with the state leaders. His and the stand of Government of India has been that they will not hold talks with the separatist leaders. When all party delegation visited the Valley some of the members of the delegation like Sitaram Yechury and D. Raja tried to meet separatist leader S A R Gilani, who refused to meet them.
Curfew was lifted after nearly two months, but the situation remains tense. With the attack by the terrorists in Uri; the whole focus has shifted to the issue of terrorism. As such as for as the disturbance in Kashmir is concerned the Government is alleging that the protestors are mere5% of the population and they are being instigated by Pakistan. Surely Pakistan has some role in keeping the Kashmir issue alive to bake its own political bread. But the discontent of the section of Kashmir people has been simmering and has reached a peak in last few years. The youth in particular are disgruntled due to the feeling of alienation. The people of Kashmir are double victims. The acts of terror are a regular nuisance to the peace in the valley. No less is the violation of the civic rights of the people from armed forces. The Armed Forces SpecialPowers act, which is operational in the area, gives impunity to the armed personnel leading the regular harassment of the innocent civilians in the area.
Amnesty reports emanating from Kashmir tell us the extent of such violations. Amnesty International’s report released in Bangalore begins with defining the scale of human rights violations in Kashmir that have been perpetrated by security forces personnel with glaring impunity. The report states that from 1990 to 2011, the Jammu and Kashmir state government reportedly recorded a total of over 43,000 people killed. Of those killed, 21,323 were said to be ‘militants’ 13,226 ‘civilians’ (those not directly involved in the hostilities) killed by armed groups, 5,369 security force personnel killed by armed groups, and 3,642 “civilians” killed by security forces.
The AFSPA, which gives army sweeping powers, leads to extrajudicial executions and other human rights violations. Section seven of the AFSPA makes it mandatory to seek the prior sanction of Central and State authorities in order to prosecute any security force personnel in civilian courts. Under the pretext of protecting national security, the excesses of the security forces go unchallenged. 96% of all complaints brought against the army in Jammu & Kashmir have been dismissed as “false and baseless” or “with other ulterior motives of maligning the image of Armed Forces”.
It is in under these circumstances that every incident in Kashmir acts as a flaring point and the youth in particular come to streets to protest in large number. Their deeper dissatisfaction with the state of prevailing affairs is very painful. In the civilian areas there is a practical army rule, nearly six lakh of army personnel have been deployed there for years. The people of Kashmir do not have the feel of democracy from years and this leads to a deeper dissatisfaction, it is not just a Pakistan inspired problem, while the role of Pakistan in instigating the protests is very much there.
What is the way out? The UPA II had set up the three member interlocutors committee, which in their report wanted the clauses of autonomy of Kashmir Assembly restored, they emphasized on dialogue with the dissident militants and with Pakistan. There has been a constant demand to repeal AFSPA from the region and to reduce the number of armed personnel in the area. The present coalition of PDP and BJP which is ruling the state is very ruthless as far as dealing with dissidence is concerned; their stand of not talking with dissidents has prolonged the restlessness in the area. With Pakistan’s role; the attack on Uri and before that in Pathankot has vitiated the atmosphere further. One remembers that during election campaign the BJP used to assert that with Modi in the seat of power, terrorists dare not attack! That hollow boast stands exposed. The need for peace in the area, the need to give the Kashmiri people as era of calm is needed in the urgent manner. Pakistan needs to be engaged on the matters related to Kashmir. The treaty of accession of 1948 giving autonomy to Kashmir needs to be respected. The report of interlocutors was a major and balanced approach on the issue. It needs to be brought forth and considered seriously for bringing in peace in the region.
-
Subscribe to:
Posts (Atom)