Tuesday, October 11, 2016

Dr. Fauziah Ikon tetapi Malaysia terus bantu ekonomi Israel ?

Kenyataan Umum
8 October 2016

Tahniah Dr Fauziah ! Anda Hebat Wajar Dijadikan Ikon Rakyat Malaysia

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berasa kagum dan bangga dengan penyertaan Dr Fauziah Hassan yang bersama 12 lagi aktivis wanita dalam misi Women's Boat To Gaza (WBG) bagi menyampaikan bantuan kemanusian terhadap rakyat Gaza yang ditindas oleh Kerajaan Rejim Israel. Syukur semua 13 aktivis ini telah dibebaskan oleh Tentera Israel dengan keadaan baik dan mereka telah pun dihantar pulang ke negara masing-masing. Kini Dr Fauziah telah selamat menjejaki kembali Tanah Air dengan kejayaaanya yang tersendiri.

2. SAMM merakamkan setinggi-tinggi perghormatan terhadap Dr Fauziah di atas keberaniannya yang sanggup mengambil risiko yang tinggi dalam menjayakan misi WBG ini. Maka kini Dr Fauziah sudah boleh dijadikan sebagai ikon oleh rakyat Malaysia di atas penyertaanya dalam misi WBG. Rakyat Malaysia boleh mengiktiraf Dr Fauziah umpama seorang wirawati negara yang baru sahaja menangi pingat emas olimpik pertama Malaysia. Dr Fauziah boleh dianggap sebagai hero dalam hal ini dan namanya perlu ditulis dalam sejarah untuk tatapan generasi akan datang.

3. Tahniah Dr Fauziah, Semoga insiden yang berlaku terhadap 13 Aktivis WBG ini akan membuka mata dunia untuk terus berusaha mendesak bebaskan rakyat Gaza daripada kepungan tentera rejim Israel.

4.  Dalam masa yang sama, SAMM yang sebelum ini pernah mendedahkan perbagai dokumen mengenai hubungan perdagangan yang berlaku di antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Israel. SAMM telah mendedahkan bagaimana Kerajaan Malaysia yang membekalkan komoditi minyak sawit dari Malaysia kepada Israel melalui pihak ketiga. SAMM menerbitkan sebuah naskah bertajuk Malaysia Munafik tulisan Chegu Bard sendiri bagi membuktikan perkara ini benar dan ia bukan sekadar fitnah terhadap Kerajaan Malaysia. Segala bukti urusan perdagangan di antara Malaysia - Israel telah di bukukan dalam naskah tersebut. Dan sehingga kini Naskah tersebut masih boleh didapati di pasaran.

5.   SAMM mengingatkan Kerajaan Malaysia jangan bersifat munafik mengenai pendirian Malaysia terhadap Israel. Kononnya simpati terhadap rakyat Gaza tapi dalam masa sama membantu guna wang rakyat Malaysia membayar agensi Israel menerusi perjanjian APCO, Menulis di pasport setiap rakyat Malaysia bahawa rakyat Malaysia boleh pergi ke seluruh dunia tapi tidak ke Israel.

6. Kerajaan Malaysia jangan ambil kesempatan di saat ini dengan mengumumkan beri penghormatan serta penghargaan terhadap Dr Fauziah diatas kejayaannya dalam misi WBG, Namun dalam masa sama secara hakikatnya Kerajaan Malaysia masih mempunyai hubungan perdagangan dengan Kerajaan Israel. SAMM tetap konsisten dengan desakan supaya Malaysia perlu hentikan segala hubungan dengan Israel serta merta.

Sekian

Faisal Zainal 
Penyelaras Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
017 5598674

No comments:

Post a Comment