Wednesday, November 02, 2016

Skandal Seks Husni, Skandal Seks Muhiyuddin dan skandal seks siapa lagi ?


Catatan Umum

2 November 2016

1. Apabila Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Bekas Menteri Kewangan kedua Malaysia mula menunjukkan riak melawan Najib Razak maka tanpa berlengah maka dia mula diserang dengan pendedahan Skandal Seks. Dalam satu posting tentera siber Bn tanpa selindung mencatat "Husni telah banyak kali dituduh melakukan gangguan seksual. Banyak laporan telah dibuat terhadap beliau daripada wanita yang menuduhnya meraba buah dada dan punggung mereka. Dia juga tidur dengan isteri orang. Dan kini rahsia-rahsia tersebut akan kembali menghantui beliau kerana dia berpura-pura beliau adalah seorang lelaki yang alim padahal dia sebenarnya adalah miang dan bangsat".

2. Ini ialah strategi Mahathir Mohammad menghancurkan musuh politiknya. Tentu kita tidak lupa bagaimana ketika Anwar Ibrahim ketika itu Menteri Kewangan tidak bersetuju menggunakan wang negara untuk 'baik out' anak dan kroni Mahathir, dia bukan sahaja telah dipecat, hilang pencen, ditangkap dan dipukul untuk tujuan dibunuh malah difitnah dan dimalukan dengan tuduhan skandal seks bersama lelaki dan wanita. Ia merupakan konspirasi politik paling jijik. Namun apabila melihat cara Najib Razak mendepani musuh politik maka boleh ditafsirkan Najib antara anak murid Mahathir yang baik.

video
Husni sendiri cuba memperdaya rakyat dengan bertanyakan soalan konon dia hero sebaliknya ketika memegang jawatan Menteri dia sudahpun menjawab soalan yang dia tanya sendiri.

3. Bukan sahaja Husni malah Muhyiddin juga diserang dengan skandal seks. Dalam kes Muhyiddin lebih dasyat iaitu wujud akuan bersumpah seorang bekas Pendakwara (Pejabat Peguam Negara) Stanley Clement Augustin yang mana dalam akuan bersumpah yang digunakan dalam kes penceraian dia dan isterinya secara jelas menyatakan wujud skandal isterinya, Gee Siew Yee punya hubungan dengan Muhyiddin sejak watak itu menjadi Menteri Besar Johor lagi.

Dokumen akuan bersumpah yang jelas mengaitkan Muhyiddin Yassin,jika ia fitnah rakyat menanti Muhyiddin
mengheret Stanley ke mahkamah untuk membersihkan namanya.

4. Tidak pelik dalam Umno cara ini dilakukan kerana bertahun lamanya diterapkan oleh Mahathir. Namun ramai masih ternanti Muhyiddin mahupun Husni membersihkan nama mereka dengan melakukan saman terhadap mereka yang dikatakan menfitnah mereka. Saya menyokong jika Muhyiddin dan Husni melakukan saman, dengan kedudukan kewangan mereka pasti ramai peguam sanggup mewakili mereka.

5. Yakinlah serangan skandal seks politik selak kain seperti ini tidak sama sekali membina negara dan mendidik rakyat. che'GuBard menyeru semua mengabaikan strategi politik jijik ini. Namun mengajak semua memberikan perhatian kepada kewujudan pendedahan elemen korupsi dan rompakan harta rakyat yang dimunculkan.
muka depan kertas Mesyuarat Majlis Ekonomi bincangkan
projek RM2billion anak Menteri Kewangan 2 (Husni)

6. Dimunculkan bukti dokumen mengenai anak Husni dilantik sebagai salah seorang Pengarah dalam New Pantai Expressway (NPE) Sdn Bhd. Dimana nama Khalid Ahmad Husni secara jelas terletak dalam Kertas Cadangan pembesaran lebuhraya NPE dengan nilai RM2billion yang dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Ekonomi yang mana Husni merupakan Menteri Kewangan II pada ketika itu. Ini jelas berlaku pertembungan kepentingan.

6. Malah dalam kes Muhyiddin jika ketepikan skandal seks namun dalam akuan bersumpah yang dibuat suami Gee Siew Yee menyebut dengan jelas mengenai pemberian projek Kompleks Sukan Kampung Pandan (ketika Muhyiddin Menteri besia dan Sukan), 'pemberian' tanah Kerajaan Johor untuk projek perumahan (ketika Muhyiddin Menteri Besar Johor) dan pemberian RM5juta wang.

7. Bagi che'GuBard tuduhan dan pembongkaran ini yang harus diberikan perhatian. Muhyiddin mahupun Husni harus tampil memberikan penjelasan. Soalnya kini berapa ramai lagi Menteri Kabinet yang songlap dan berapa banyak wang negara yang disonglap.

9. Kepada semua, merubah negara atau 'menyelamatkan Malaysia' bukan sekadar melawan watak Najib semata tetapi yang harus kita lawan ialah sistem kapitalis yang menindas rakyat. Musuh kita ialah ahli politik korup yang diperkuda pemodal besar.

"Ayuh kita bina negara milik semua dengan kemanusiaan sebagai tiang serinya..."



10. Sampai bila kita nak diperbodohkan dengan perebutan sesama 'bangsawan elit politik' Malaysia, mereka menyamun bergaduh mereka seret rakyat kononya merekalah pejuang. Pulangkan harta rakyat yang dirompak mari duduk sama rendah kalau berani lawan bersama. Pembaharuan bukan setakat tukar seorang individu atau nama parti penguasa tetapi sistem yang menindas dan menyeret semua perompak kecil dan besar ke pengadilan. Angin perubahan itu sangat kuat cuma kena lebih berhati hati dan bijaksana, jangan nanti lari dari mulut harimau masuk mulut buaya.

catatan ; che'GuBard, SAMM

nota kaki : SAMM telah menggariskan JALUR TUNTUTAN NEGARA PERUBAHAN yang boleh diakses secara online klik sini

1 comment:

  1. Anonymous6:58 AM

    Salam CheguBard. Pendedahan skandal seks ini bukannya dibuat oleh UMNO, tetapi dari blog RPK. CheguBard mungkin mengenali beliau yg merupakan antara penggerak bersih 2007 . Untuk mengatakan yg pendedahan2 ini adalah daripada UMNO bagi saya kurang tepat kerana mereka juga seperti translate bulat2 apa yang ditulis oleh RPK di dalam blognya yg berbahasa inggeris. Harap CheguBard lebih banyak lagi menjengah ke blog2 yang lain http://www.malaysia-today.net

    ReplyDelete