Tuesday, October 11, 2016

SAMM lancar booklet on line #skandalAzmin68054

Kenyatan Umum

11 Oktober 2016

Booklet on line dilancar dan umum SAMM bergabung dengan Orang Asal dalam isu #skandalAzmin68054

1. Sehingga kini Azmin Ali dan kuncu kuncunya gagal menjawab mengenai #skandalAzmin68054 yang mana terbukti Azmin secara sedar mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri mengubah status tanah Lot 68054, Mukim Tanjung 12, Kuala Langat yang mana jelas terdapat kepentingan langsungnya iaitu Ketua AMK Gombak bertindak selaku proksinya dalam syarikat pemaju. Ketua AMK Gombak secara jelas dibuktikan turut terlibat melobi (atau lebih tepat mengarahkan) banyak pihak dalam menjayakan pertukaran status tanah tersebut. Persoalanya berapa juta wang 'komisyen' dari kegiatan ini ?

2. Pertukaran status tanah ini juga mengakibatkan 'lengkungan semula' atau 're zone' berlaku dimana turut mengorbankan bukan sahaja kawasan Paya Indah malah Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Kebenaran membangunkan kawasan ini juga turut memberikan kesan negatif kepada penduduk orang orang asal sekitar antaranya 7 kampung orang asal yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara iaitu Pulau Kempas, Bukit Cheeding, Bukit Kecil, Bukit Perah, Busut Baru, Tanjung Rabok dan Bukit Kamandol.

3. Satu pertemuan bersama sudah dilakukan dan penduduk orang asal sememangnya membantah dan kini berdepan dengan ugutan dan kekerasan dari pihak pemaju yang mula memasuki kawasan bukan sahaja untuk kerja 'pembinaan' tetapi turut untuk kerja pengeluaran pasir, tanah merah dan batuan. Anak seorang pemimpin orang asal dikawasan tersebut baru sahaja membuat laporan polis kerana diugut bunuh oleh syarikat terlibat.

4. Minggu hadapan akan diadakan satu 'Taklimat Khas Media' bersama penduduk orang asal berkenaan isu ini. Nampaknya mereka bukan sahaja berdepan penipuan janji kerajaan negeri membela mereka tetapi kini berdepan dengan syarikat 'gangster'.

5. SAMM sehingga kini kesal dengan kelembapan SPRM dalam respon kepada laporan SPRM yang dibuat, semua bukti dan kerjasama sudah diberikan namun SPRM dilihat sangat lembab. Ramai tertanya jika Azmin dan kartelnya bersalah mengapa SPRM tidak bertindak. Saya balas pertanyaan ini dengan pertanyaan Jika SPRM tidak bertindak dijadikan kayu ukur adakah kita akui Najib Razak juga tidak bersalah kerana SPRM juga kelihatan tidak bertindak. SPRM begitu laju bertindak dengan Ketua Menteri P.Pinang walaupun status tanah tidak bertukar tetapi mengapa lembab dengan kes ini ? Adakah rundingan benar berlaku dan jangan salahkan rakyat melihat SPRM masih sama hanya memilih kes berdasarkan kepentingan ?

6. Kepada Azmin dan kartel kami menyatakan tuduhan ini tanpa selindung, jika kami menfitnah maka mereka dicabar failkan fitnah ini di mahkamah. 5,000 naskah booklet #skandalAzmin68054 sudah diedarkan ke seluruh negara dengan memberikan fokus Selangor. Kami memohon bantuan pihak yang prihatin untuk membantu kami mencetak lagi booklet yang mengandungi maklumat dan bukti ini. Berminat membantu sila hantar email ke chegubard@gmail.com

7. Terbaru booklet #skandalAzmin689054 kini boleh dicapai secara atas talian sila klik https://pkmsamm.wordpress.com/2016/10/09/68054/ Mohon semua membantu menyebarkan link ini.

8. Yang sedang diadili kini juga PKR dan gabungan parti yang bersama dalam kerajaan Selangor, nampaknya semua membisu. Malah PKR lebih teruk memecat anggota hanya kerana bercakap soal korupsi.

Sekian dan terima kasih.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

klik http://chegubard.blogspot.my/2016/09/jom-fahami-apa-dia-skandalazmin68054.html bagi menonton video penerangan #skandalAzmin68054

No comments:

Post a Comment