Di bawah ini ialah rakaman ucapan che'Gubard di Pekan Pahang dihadapan hampir 1000 orang.
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Monday, December 10, 2012
Ucapan "apa pertikaian dalam pembelian scorpene" di Pekan, Pahang
SAMM berjaya mengadakan program jelajah yang dikenali sebagai "Le Tour De Scorpene Scandal" fasa satu. Bermula dari Pulau Pinang - Johor - Pekan Pahang dan Melaka, sambutan hangat di setiap lokasi.
Di bawah ini ialah rakaman ucapan che'Gubard di Pekan Pahang dihadapan hampir 1000 orang.
x
klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
Di bawah ini ialah rakaman ucapan che'Gubard di Pekan Pahang dihadapan hampir 1000 orang.
Isu Palestin : keutamaan guna segala cara desak regim Bn hentikan hubungan dagang dengan Israel
Ramai yang tertanya - tanya kenapa SAMM yang sering ke depan dalam banyak isu kelihatan agak terkebelakang sedikit dalam isu Palestin ? SAMM tidak menganjurkan kutipan derma malah ketika pintu Gaza terbuka kenapa SAMM tidak menghantar sukarelawan ke sana ?
Jawapanya mudah, isu Palestin ini ialah isu kekuatan Israel. Bila Israel kuat maka yakinlah Palestin akan terus ditindas. Menghormati semua pihak yang berusaha membantu Palestin termasuk artis yang sanggup terbang ke Gaza. Namun mungkin ramai yang sudah tahu tetapi buat tak tahu, Malaysia negara kita ini ialah antara negara utama menjadi rakan dagang Israel. Bn menjadikan Malaysia sebagai antara penyumbang utama memastikan kekukuhan ekonomi Israel ketika negara yang bukan majoriti penduduk Islam bersungguh - sungguh memboikot Israel.
Keutamaan SAMM kini ialah menghentikan sebarang bentuk perdagangan secara langsung mahupun tidak langsung Malaysia dengan Israel sebenarnya itu lebih membantu Palestin. (sebarkan video di bawah)
Namun walau bagaimana pun SAMM peringkat negeri banyak yang terlibat aktif dalam usaha kesedaran pembebasan bumi Palestin ini.

Bila Gerakan terang-terang anti Islam Umno diam ?
Kenyataan Terbuka
7 Disember 2012
Pertikai Peruntukkan Islam P.Pinang Meningkat 300%: Umno Perguna Parti Gerakan?
Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM) Pulau Pinang mengutuk pandangan serong pemimpin
Gerakan yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang
Yeow yang mempertikai langkah kerajaan PR menaikkan peruntukkan Hal
Ehwal Islam P.Pinang sebanyak 300%. SAMM juga melihat ada muslihat di
sebalik kenyataan Teng Chang.
Sekiranya kerajaan
campuran BN yang diketuai Gerakan suatu ketika dulu tidak mengendahkan
peruntukkan hal ehwal Islam kerana tidak mendapat nasihat dari Umno,
maka tiada sebab untuk Teng Chang cemburu dan iri hati terhadap
kepedulian kerajaan PR pilihan rakyat hari ini yang banyak mengambil
berat terhadap pembangunan dan perkembangan Islam di Pulau Pinang.
SAMM P.Pinang berpendapat bahawa Umno sememangnya tidak boleh
diharap untuk menjaga perihal Islam tidak kira di Pulau Pinang atau di
mana jua. Umno bukan sahaja gagal memimpin dan mendidik parti komponan
bersama dalam Barisan Nasional tentang Islam malah Umno tidak berbunyi
sepatah haram untuk pertahan Islam apabila hukum menutup aurat
dipersenda oleh Tan Keng Liang, juga dari Gerakan tidak lama dulu. Hari
ini pula, sekali lagi Umno diam membisu apabila Gerakan pertikai
peruntukkan untuk hal ehwal Islam di P.Pinang yang meningkat jauh lebih
besar dari negeri yang dipimpin Umno. Apakah Umno tidak lagi peduli
tentang Islam? Apakah ada komplot antara Umno dan Gerakan?
Ternyata parti
Gerakan yang retak menanti belah ini seolah-olah telah dipergunakan oleh
Umno bagi mencetus suasana tegang antara kaum dan agama. Taktik
serampang dua mata ini mungkin digunakan Umno dengan harapan parti
Gerakan kembali disokong oleh kaum bukan melayu dan dalam masa yang
sama, Umno menadah tangan menanti sokongan sekiranya pergaduhan antara
kaum atau agama benar-benar berlaku. Itu adalah kelebihan parti
berasaskan kaum atau parti perkauman seperti Umno.
Justeru itu, SAMM
P.Pinang memberi amaran kepada Umno supaya tidak cuba untuk bermain api
dengan menjadikan parti Gerakan sebagai pemetiknya. Sentimen perkauman
dan ketegangan agama harus dihindar khususnya di Pulau Pinang. Rakyat
negeri P.Pinang juga harus sedar perencanaan jahat yang disusun ini
setelah Umno dan Gerakan menemui jalan buntu untuk merampas semula
P.Pinang secara demokrasi.
Akhir sekali SAMM
P.Pinang percaya kenyataan Teng Chang Yeow tidak akan berlegar di dada
akhbar dan media perdana kerana ia pasti akan menyebabkan Barisan
Nasional kehilangan lebih banyak sokongan dari masyarakat Islam seluruh
negara. Namun begitu, SAMM P.Pinang lebih percaya kenyataan Teng Chang
tetap akan menjadi pedoman kepada orang ramai melalui media alternatif
dan kerja jahat berbentuk hasutan ini tetap akan mendapat penilaian
umum.
Sekian,
Aidil Ibrahim
Penyelaras SAMM P.Pinang
Saturday, December 08, 2012
[Gambar Wajib Lihat] Umno Terus Perbodohkan Rakyat
Ini adalah pencerahan dari akaun FB
seorang anak muda Fais Al-Hajari, yang saya kenal sebagai pelajar
terbaik Sekolah Sains Muzaffar Shah Melaka;
“orang ramai pegang nadir bumi bukti lynas selamat” – utusan. Nak kata bengong, marah – tp mmg bengong pun. Korg pegang nadir bumi dalam bentuk fizikal mcm tu mmg la selamat bongok. Yg jd x selamatnya ialah ketika logam atau galian itu diproses, iaitu ketika ia berada dalam keadaan x stabil. Apa jua logam atau galian adalah berbahaya ketika berada dalam keadaan x stabil. Memandangkan nadir bumi i
ni beradioaktif tinggi, lagi la bahaya. Faham? Suh belajo kimia, xnak. Mcm ko pegang bom la. Mati x pegang bom? Mana mati. Sebab bom tu x berbahaya ketika stabil. Cuma ko tarik pin dia tgk. Masa tu cepat2 la taubat. Sebab bila ko tarik pin bom, ianya akan menjadikan bom itu tidak lagi stabil.
Cuba la cerdik rakyat malaysia. Jgn la dok diperbodohkan org.
SAMM: Umno terus perbodohkan rakyat, inilah dosa paling besar Umno
Thursday, December 06, 2012
Akhirnya polis itu lepas ; SAMM sanggah keputusan Mahkamah
Kenyataan Umum
5 Disember 2012
Keadilan Buat Aminulrasyid: SAMM Sanggah Keputusan Mahkamah!
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang sentiasa komited mempertahankan nasib Aminulrasyid Amzah yang ditembak bertubi-tubi dan dituduh penjenayah setelah kematiannya, hari ini menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam apabila rayuan Koperal Jenain Subi diterima.
Sehubungan itu, Jenain dibebaskan daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati Aminulrasyid. Seperti dijangka keputusan mahkamah peringkat awal hanya bertujuan untuk sejukkan keadaan semata-mata.
Ini satu keputusan yang menghina rakyat negara ini, apakah dengan keputusan ini membolehkan polis guna senjata api sewenang-wenangnya?
Dengan keputusan ini juga, rakyat berdepan dengan risiko ditembak bukan hanya dari perompak bank tetapi dari kelalaian polis yang bertugas.
Bagi SAMM, jangan sesekali kita lupa bahawa Jenain telah melepaskan 21 das tembakkan untuk memberhentikan sebuah kereta biasa, bukan kereta kebal. Ini melangkaui keraguan munahsabah.
Sudahlah Aminulrashid mati dibunuh, dituduh pula sebagai penjenayah apabila kononnya dijumpai sebilah pedang atau parang dalam kenderaan milik kakak arwah yang dipandunya. Walaupun didesak berkali-kali, pihak polis tidak menarik balik tuduhan penjenayah dan tetap tidak akui bahawa parang tersebut adalah 'planted evidence' sedangkan Aminulrasyid dikenali sebagai seorang remaja yang baik oleh warga setempat.
Sungguhpun undang-undang membenarkan polis menggunakan segala langkah yang perlu untuk melakukan tangkapan, termasuk tembak mati, tetapi ia terikat dengan syarat - hanya kepada jenayah yang dilakukan itu ialah jenayah yang boleh dihukum mati selain mempertahankan diri. Jelas kedua-dua kriteria tersebut tidak tepat untuk membolehkan Aminulrasyid dibunuh.
Dengan pelbagai tohmahan palsu, tanpa sebarang permaafan dari pihak polis dan menteri KDN, dan terbaru keputusan mahkamah yang 'tidak logik', di manakah keadilan buat arwah adik Aminulrasyid?
SAMM tidak bermusuh dengan pihak polis malah SAMM bersama dengan anggota polis yang berintegriti sepertimana dalam isu bekas IGP dedah siasatan polis diganggu ahli politik. SAMM juga bingkas ke depan mendedahkan bantuan kebajikan bekas polis yang di'rompak' 40% secara halal oleh pihak ketiga.
Justeru itu SAMM menganggap dalam isu Aminulrasyid, pesalah tetap pesalah. Kelalaian pihak polis wajar diakui dan si penembak harus dihukum setimpal agar tiada lagi polis yang lain menembak di lapangan awam tanpa pertimbangan yang sepatutnya.
Jenain dibiarkan bebas ketika keluarga arwah Aminulrasyid meratapi pemergian 'budak penjenayah' ciptaan polis, tanpa keadilan.

Saturday, December 01, 2012
Penghormatan Buat SAMM Pahang Yang Menyertai Perarakan Hijau 300km Anti-Lynas
SAMM Kebangsaan mengucapkan tahniah kepada SAMM Pahang dan
mengucapkan syabas kepada adik Zamri Zanal juga dari SAMM Pahang
mewakili SAMM secara keseluruhannya di dalam kumpulan berjalan kaki dari
Kuantan ke Dataran Merdeka baru-baru ini. Beliau merupakan
satu-satunya anak muda Melayu yang berjaya menghabiskan perjalanan
sejauh 300 KM itu.
Sewaktu berada di Dataran Merdeka, beliau telah diberi penghormatan
untuk membacakan deklarasi kumpulan Anti Lynas ini. Syabas dari SAMM
Pahang.
Setinggi penghargaan juga diucapkan buat Penyelaras SAMM Pahang
saudara Bung Hatta yang telah menyertai perarakan Anti-Lynas dari awal
hingga ke akhir (walaupun tidak seluruhnya), membuktikan saudara Hatta
lebih muda dari umurnya. Semoga negeri pahang berjaya menghasilkan lebih
ramai anak muda berkaliber dan tahan lasak sepertimana yang dibuktikan.
Sekian
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
SAMM berdiri pertahan PDRM berintegriti,desak Hisham 'dicutikan',siasatan terbuka harus dijalankan.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pandang serius kenyataan Musa yg dedah Hishamuddin dan bbrp pimpinan Bn campur tangan dlm urusan/siasatan Polis termasuk arahan bebaskan penjenayah yg jelas langgar seky.4(1) akta polis(67). Ini letak M'sia dlm krisis keyakinan dlm & luar negara
SAMM desak :
1.Hishamuddin (jika ada maruah) harus bercuti sendiri sehingga siasatan terbuka selesai. Kabinet wajib arahkan dia brcuti atau digantung tugas.
2.Siasatan terbuka harus segera dilakukan dan bukan setakat Hishamuddin ttp semua pimpinan Bn yg terlibat ganggu tugas polis harus dihadapkan ke pengadilan.
3.Musa harus jgn bersuruk dan harus tampil dgn membuat pendedahan penuh. Jika dia tidak bersalah dan dgn niat baik perlu mendedahkan tanpa ragu2, yakinlah rakyat akan mempertahankannya.
4.Gangguan spt ini bukan kes terpencil sudah menjadi rahsia terbuka selama ini.SAMM dgn ini juga mendesak Ketua Polis Negara sekarang utk berani tampil utk brdiri bersama rakyat pertahankan integriti polis malaysia dgn menolak semua campur tangan serta tekanan politik oleh pemimpin Bn.
5.Kes pembunuhan Altantuya harus dijadikan contoh b/mana 2org polis kini merengkok penjara tunggu hukuman gantung.sedangkn bos politik yg mengarahkn mereka terus bebas rakus nikmati kekuasaan.
6.PDRM harus bertindak menjaga rakyat ikut undang2 bukan jaga parti politik regim ikut arahan semata2. IPMC harus ditubuhkan segera.
SAMM bersama dgn pihak polis yg berintegriti.
Sekian
che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
Selepas buat laporan polis di IPD K.Trg 30Nov No.report Gong Badak/004806/12 jam 12tghari
Laporan polis di buat oleh Rafzi Ramli,Penyelaras SAMM Trg
Thursday, November 29, 2012
Demo desak Hishamuddin letak jawatan dan Laporan Polis
Kenyataan Media
29 November 2012
SAMM desak Hishamuddin Hussien letak jawatan atau digantung tugas dan harus ada siasatan terbuka ke atasnya.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pendedahan yang dibuat oleh Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan. Dalam satu sidang media semalam di Kuala Lumpur menyatakan dengan jelas tuduhan bahawa menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.
Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.
Tindakan Hishamuddin itu menurut Musa bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.
Ini satu yang serius, rakyat dan warga asing yang mahu berurusan dalam negara ini sudah tentu tergugat kepercayaannya terhadap institusi polis negara ini. Sesuatu harus dilakukan segera.
SAMM akan melakukan himpunan ringkas, sidang media serta akan menfailkan satu laporan polis berkenaan perkara ini. Semua pihak dijemput bersama :
Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat)
Masa : 11.50 pagi
Tempat : IPD Kuala Terengganu, Terengganu
Pertanyaan : 0179645763 / 0199809974 (Rafzi, Penyelaras SAMM Terengganu)
Laporan polis dan himpunan akan diketuai oleh cheGuBard, Penyelaras SAMM Kebangsaan sendiri.
Ayuh ramai ramai !
Sekian
Norazizi A.Aziz
Pengarah Seketeriat
SAMM Kebangsaan
0123696474

Ketua Wanita kebas RM lembu, Pengerusi Tetap Wanita kebas duit jalanraya
Kenyataan Terbuka
29 November 2012
Pengerusi Tetap Wanita 'sebat' RM 300 juta buat jalan tidak siap-siap
Projek jalan Pasir Panjang ke Linggi
penuh kontroversi dan tanda tanya. Carian internet projek ini telah
beberapa kali terbengkalai. Ianya sepatutnya siap pada tahun 2007.
Amat memeranjatkan walaupun projek ini telah terbengkalai, dan
kontraktor sepatutnya disenarai hitam, laman web CIDB menunjukkan
kontraktor yang sama telah dilantik untuk memulihkan projek ini. Kos
projek pada asalnya cuma RM118 juta kini telah menjadi hampir RM300
juta, dan masih belum siap-siap. Jika projek lembu NFC Gemas dengan
nilai RM250 juta melibatkan Menteri Wanita Umno, projek RM300 juta
Jalan Pasir Panjang ke Linggi ini juga melibatkan bekas Menteri
Wanita Umno dari N.Sembilan iaitu Dato Napsiah Omar.
*************
Maklumat Syarikat: : HARTAJAYA-BENTENG
TIMUR-AMR JELI JV SDN. BHD.
CIDB : No Pendafataran :
0120051003-WP106638
ROC : 597928T
Ahli Lembaga Pengarah:
1. DATO NAPSIAH BINTI OMAR
2. DATO SRI RAM A/L M.S SARMA
3. NORIZAN BIN MOHD AMIN
Maklumat Projek:
10-11-2011
RM 47,500,000.00
Seksyen 1 - Prjk Menyiapkan Kerja
Tertinggal Bg Membina Jln Baru Dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson
Ke FR5 Laluan 5 Di Pasir Panjang & Menaik Taraf FR5 Dari Pasir
Panjang Ke Linggi
20-06-2008
RM 118,610,418.92
Cdangan Jln Baru Dari Lebuhraya
Seremban PD- FR5 Dari Pjang Dan Menaiktaraf FR5 Dari Pasir Panjang Ke
Langgi.
06-01-2005
RM 118,610,418.92
Membina Jalan Baru Dari Lebuhraya
Seremban-PD-FR5 Di Pasir Panjang & Menaiktaraf FR5 Dari Pasir
Panjang Ke Linggi (Seksyen 1)
TAMPIN 18 Okt. 2009 - Isu projek menaik
taraf Jalan Pasir Panjang-Linggi yang terbengkalai sejak 2005 akan
selesai apabila ia siap dalam tempoh enam bulan akan datang. Menteri
Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sebelum ini, projek
berkenaan yang menelan belanja RM118 juta terbengkalai
JAWAPAN JAWAB LISAN, ISU LEBUH RAYA
SEREMBAN PORT DICKSON
21 October 2010
Merujuk kepada jawap pada soalan yang
dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya berhubung dengan isu
pembinaan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson ke FR5 Pasir
Panjang-Linggi yang telah tergendala menunjukkan terdapat pertambahan
harga yang tidak kurang dari RM200juta serta pembinaan tersebut apa
selesai pada pertengahan 2012.
Peningkatan harga dan juga kelewatan
untuk menyiapkan projek tersebut adalah kerana kementerian terbabit
gagal menjalankan penelitian dalam setiap pemilihan kontraktor yang
ingin menjalan kerja-kerja tersebut.
1) Seksyen 1 : sepanjang 22.5
kilometer, ditawarkan kepada syarikat Hartajaya-Benteng Timur-AMR
Jeli JV Sdn Bhd. dengan harga kontrak sebanyak RM118 juta. Projek
bagi segmen ini telah dimulakan pada bulan Februari 2005 dan
sepatutnya disiapkan pada 1 Disember 2009
BAKAR GERAN RUMAH PROTES PROJEK
LEBARKAN JALAN
TELUK KEMANG 10 April 2010 - Geram dan
kecewa dengan masalah yang timbul berikutan kelewatan projek
pelebaran Jalan Pasir Panjang-Linggi dekat sini, menyebabkan beberapa
penduduk bertindak membakar geran asal rumah mereka, hari ini.
Tindakan itu merupakan tanda protes
penduduk yang sudah bosan dengan kemelut yang dihadapi termasuklah
terpaksa berhadapan banjir lumpur, debu dan risiko kemalangan jalan
raya.
PORT DICKSON MENJADI MANGSA PROJEK
RUNDING TERUS
November 26, 2009
Contohnya projek membina jalan baru
dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Jalan Persekutuan 5 di Pasir
Panjang dan menaik taraf Jalan Persekutuan 5 dari Pasir Panjang ke
Linggi telah dimulakan sejak 14 Febuari 2005 dan sepatutnya siap
mengikut kontrak pada 12 Ogos 2007.
Projek ini telah dilaksanakan secara
RUNDING TERUS, REKA DAN BINA dan dianugerahkan kepada Kontraktornya,
Hartajaya-Genting Timur-AMR Jeli JV Sdn. Bhd. Setelah gagal
menyiapkan projek pada 12 Ogos 2007 seperti syarat kontrak, kerajaan
telah menganugerahkan syarikat tersebut dengan menunda tarikh siap
projek (tanpa denda) ke Disember 2009.
Maklumat Syarikat: HARTAJAYA (M) SDN.
BHD.
CIDB : i) No Pendafataran :
1960906-SL005270
PKK : i) No Pendafataran : 1006 A 2005
0120
ii) Kelas : A
ROC : 155443X
Maklumat Ahli Lembaga Pengarah:
1. MAZWIN BINTI BAHARUDDIN
2. SRI RAM A/L MS SARMA
3. SUHUT BIN MD SALIH
Company Name: AMR Jeli Sdn. Bhd.
(321666H)
Address: 38-2, Lorong Haruan 5/2
Oakland Commerce Square, 70300, Seremban
HARTAJAYA (M) SDN. BHD.
Contact Persons SRI RAM SARMA DATO'
http://www.maicci.org.my/directory/view.php?id=337&keepThis=true&TB_iframe=true&height=450&width=575
Sekian
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Janji dicapati ; tidak naik kos haji
![]() |
| Klik di sini untuk melihat keseluruhan manifesto BN 2008 |
Sewaktu Persidangan Dewan
Undangan Negeri Selangor, Ketua Pembangkang Selangor mengecam kerajaan
negeri kerana tidak menunaikan banyak janji pilihanraya 2008 yang lepas.
Rupanya2 parti Ketua Pembangkang Selangor sendiri pun suka menyebar janji2 palsu.
Pada tahun 2008, kos haji
adalah RM8,973 (bagi Semenanjung). Namun, setahun selepas janji BN ini
dibuat, kos Haji telah dinaikkan sebanyak RM1,007 menjadikannya RM9,980
seorang.
Ini baru SATU janji yang Tulang Besi jumpa. Belum lagi janji Barisan Nasional/UMNO untuk memastikan harga barang tidak naik.
Kepada Ketua Pembangkang UMNO di DUN Selangor dan keseluruhan UMNO, cerminlah diri sendiri sebelum menuduh orang lain.
Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mampu menunaikan hanya beberapa janji kerana:
a. Sumber kerajaan negeri
terhad. Maka, sebelum boleh melaksanakan satu-satu janji, Kerajaan
Negeri terpaksa mencari sumber dahulu.
b. Juga,
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak diizinkan membuat pinjaman dari
Kerajaan Pusat mahupun dari sumber2 lain seperti menjual bon dsbnya.
Maka, itu menjadikan sumber kewangan kerajaan negeri lebih terhad.
c. Itupun Kerajaan Negeri mampu melaksanakan MAJORITI dari janji2 tersebut.
Akhir kata, Tulang Besi teringat pepatah orang tua2 :
"Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia yang Lebih"
klik juga untuk baca
Buka semula kes Altantuya dengan pengakuan terbaru Deepak
Kenyataan Umum
28 November 2012
Pengakuan Deepak: Akuan Sumpah Kedua PI Bala Tidak Sah!
Ketika Penyiasat persendirian Balasubramanian membuat akuan bersumpah dia telah menampilkan fakta baru mengenai kes pembunuhan Altantuya. Maka ramai berpendapat kes tersebut wajar dibuka semula, namun pendapat itu padam seiring dengan munculnya akuan bersumpah kedua yang menafikan aduan bersumpahnya yang pertama. Namun terbaru dengan muncul pula Deepak kawan baik isteri Perdana Menteri Malaysia yang mengakui beliau terlibat dalam mempengaruhi akuan bersumpah kedua PI Bala maka sewajarnya kes Altantuya dibuka semula.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Merujuk
kepada laporan Harakah mengenai pengakuan Deepak Jaikishan yang
membantu keluarga DS Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P.
Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti
bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Sharibuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak.
Berikutan tindakan PI Bala mengubah pengakuan bersumpah, Deepak sendiri mengaku ia dilakukan demi menolong keluarga Najib Razak, ini bukti yang cukup untuk memanggil Najib ke kandang saksi. Pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama yang menyebut keterlibatan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya wajib dirujuk.
SAMM melihat kes pembunuhan Altantuya menerbitkan sudut persoalan yang pelbagai, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal Scorpene yang disifatkan sebagai ‘bapak’ kepada semua kes jenayah di Malaysia. Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu.
Demi memastikan rakyat celik dalam isu ini, pelbagai usaha dilakukan oleh SAMM termasuklah jelajah sesi taklimat penerangan di setiap negeri, ceramah pencerahan dan SAMM juga akan melancarkan buku bertajuk ‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ pada bulan hadapan.
Akhir sekali, SAMM seru supaya rakyat menolak kepimpinan Najib Razak yang tercalit skandal Altantuya dan Scorpene, dan hanya selepas Bn ditumbangkan barulah kebenaran akan terungkai kerana ketika itu tiada lagi imuniti undang-undang terhadap VIP dan VVIP negara.

SAMM Melaka : Program Jejak Fakir anjuran Samm Melaka menyantuni masyarakat India
Malam tadi (28
November) SAMM Melaka meneruskan aktiviti kemasyarakatan "Jejak Fakir
edisi Sempena perayaan Deepavali" yang telah diadakan di Rembia Paya
Rumput Melaka. Sebelum ini iaitu pada 13 November yang lalu Samm Melaka
telah pun memberikan sumbangan berupa barang dapur kepada masyarakat
India disekitar Tengkera Melaka namun aktiviti yang dijadualkan diteruskan di Rembia Tengkera Melaka terpaksa ditangguhkan kerana faktor
cuaca (hujan lebat) dan memandangkan Samm Melaka juga perlu membuat
persiapan program Rapat Rakyat ABU : Jelajah Skandal Scorpene pada
malamnya.
Dalam program Jejak Fakir malam tadi, Samm Melaka telah menemui keluarga Puan Punita dimana Puan Punita merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Hasil perkahwinannya beliau telah dianugerahkan seorang anak yang ketika ini masih bersekolah. Puan Punita merupakan seorang OKU di mana kaki kanan beliau telah dipotong 4 tahun yang lalu kerana beliau mengalami penyakit diabetis yang agak kritikal. Suami beliau bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di syarikat swasta di Kuantan Pahang dan hanya pulang sebulan sekali ke Melaka.
Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban kos kehidupan yang ditanggungi oleh beliau dan semoga beliau merasai insan seperti beliau juga sentiasa diberi perhatian dan dihargai oleh anak muda.
"Perjuangan adalah Perlaksanaan kata-kata".

Penyelaras SAMM Negeri Melaka.
Ucapan Emosi Sharizat tanpa sempat habis baca teks merupakan penipuan bertaraf JKKK
Kenyataan Terbuka29 November 2012
Ucapan emosi sharizat penuh perang saraf bertaraf JKKK umno
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Wanita Muda berasa terkejut dengan ucapan ketua wanita Umno yang merupakan bekas menteri wanita yang terlepas jawatan kerana kes skandal RM250j melibatkan keluarganya.
Wanita Muda SAMM menegaskan ucapan tersebut penuh pembohongan, propaganda jahat yang mencetus sentimen perkauman dan juga memperbodohkan pendengar. Ini mendedahkan hakikat sebenar cara pemikiran pemimpin Umno dulu, kini dan selamanya.
Antara pembohongan Sharizat ialah kononya kuasa politik melayu ibarat telur hujung tanduk selepas PRU-12 tahun 2008, kononya kuasa atau suara melayu dalam Parlimen Malaysia mengecil. Sama ada Sharizat berbohong atau dibohong oleh penulis ucapanya, nyata ia bercanggah dengan kedudukan sebenar.
Untuk pengetahuan Sharizat, tahun 2004 ketika Bn dan Umno kuat hingga meraih kemenangan terbesar dalam sejarah PRU negara, jumlah ahli parlimen melayu ialah 123 orang manakala pasca PRU 2008 ketika Umno Bn lemah menyaksikan jumlah ahli parlimen Melayu meningkat kepada 130 orang. Jumlah MP melayu ini meningkat kerana Pakatan Rakyat telah meletakkan lebih banyak calon melayu. Calon melayu PR juga diakui dan diterima baik oleh pengundi bukan melayu.
![]() |
| Pecahan Ahli Parlimen mengukut parti dan kaum melayu serta bukan melayu beza 2004 dan selepas PRU 2008, ternyata jumlah ahli Parlimen melayu meningkat. |
Satu fakta lagi yang tidak boleh dikesampingkan, kerusi MP melayu berkurangan apabila Pilihanraya kecil Hulu Selangor berlaku selepas kematian Datuk Zainal (PKR) merekodkan calon MIC Bn menang hasil bantuan Umno yang bersungguh-sungguh menewaskan calon melayu PKR.
Maka apa yang disebut Sharizat itu ternyata meleset. Tiada masalah komposisi kaum dari kalangan PR walaupun melayu dominasi, PR tetap mendapat sokongan bukan melayu dan kuasa melayu terpelihara. Apa yang lebih diutamakan ialah ketelusan dan kecekapan dalam pentadbiran, tidak rasuah, dan rakyat diutamakan dalam erti kata sebenar, bukan retorik.
Wanita Muda SAMM tidak menafikan melayu banyak tercicir dan hilang hak seperti bahasa melayu yang diminimakan dan tanah rizab melayu yang menyusut banyak. Siapakah yang menjadi dalang penyusutan kuasa melayu yang sebenar dari aspek penguasaan hartanah?
Contohnya, kehilangan besar tanah rezab melayu yang tidak berganti di Johor dan Negeri Sembilan. Tanah rezab melayu di bawah kuasa kerajaan negeri, jadi apakah kedua-dua negeri yang paling banyak kehilangan tanah rezab melayu itu dikuasai oleh Pakatan Rakyat? dikuasai DAP atau PR? Atau Umno yang gadai tanah dan bangsa melayu!
Sudahlah Sharizat, anda sememangnya pemimpin yang 'contaminated' tetapi agak malang bagi umno kerana masih mengangkat pemimpin sebegini. Ini mungkin bermakna Umno sudah teruk tahap tercemarnya.
Perhimpunan Umno saban tahun tidak lagi dianggap suara keramat, tetapi hanya menjadi bahan tertawa rakyat yang sudah jelak dengan retorika eksotik umno. Bila hampir menyedari tarikh luput makin dekat Sharizat hanya memainkan peranan selaku pemimpin parti fasis perkauman dengan membawa ugutan 13 Mei. Ia mungkin juga usaha Sharizat menempatkan semula diri sebagai calon Menteri Kabinet, begitu emosi dan bersungguh sehingga teks ucapan dasar yang memberikan maklumat salah itu sendiri tidak sempat Sharizat habis bacakan.
Young Syefura Othman
Penyelaras
Wanita Muda SAMM
Siapa keluarga Najib yang dibayar Deepak untuk urusan tanah
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa bahawa beliau membayar
keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah yang tidak didedahkan
untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu
pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.
Menurut Deepak, dia memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang pemimpin Umno Selangor di mana beliau menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.
Ini bermula, jelas Deepak, dengan satu perjanjian penswastaan pada
tahun 2005 di mana syarikat itu telah ditugaskan untuk mengendalikan satu projek Kementerian Pertahanan di Putrajaya.
Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta itu, yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Klang.
Bagaimanapun, Deepak berkata, ahli politik berkenaan tidak mempunyai kepercayaan kredit pada masa itu untuk mendapatkan bon tanah RM72.5 juta yang diperlukan bagi projek tersebut dan oleh itu, telah menemuinya untuk mendapatkan bantuan.
Perjanjian itu, katanya, akan memerlukan beliau mendapatkan bon tanah RM72.5 juta dan ditambah RM23 juta dalam bayaran tunai kepada syarikat tersebut.
Sebagai balasan, kata Deepak, syarikat ahli politik tersebut akan memberinya pemilikan hartanah berkenaan, yang merupakan sekeping tanah prima bersebelahan dengan bandar Alam Setia yang kini pesat berkembang.
Nama ahli politik dan syarikat terlibat dirahsiakan sementara
menunggu jawapan mereka kepada permintaan Malaysiakini bagi mendapat komen.
"Beliau gagal untuk mendapatkan kerajaan bersetuju bon tanah dikeluarkan kepada pihak ketiga kerana di bawah penswastaan, syarikat yang mendapat (projek) penswastaan, tanah mesti kekal di bawah nama mereka.
"Jadi, saya menganjurkan satu mesyuarat untuk beliau bertemu (Najib), yang pada masa itu adalah menteri pertahanan kita, untuk membenarkan tanah ini dipindahkan kepada syarikat pihak ketiga," katanya.
Deepak berkata pemindahan itu dapat dilakukan selepas beliau "menyumbang banyak" kepada keluarga Najib.
Menurut Deepak, dia memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang pemimpin Umno Selangor di mana beliau menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.
Ini bermula, jelas Deepak, dengan satu perjanjian penswastaan pada tahun 2005 di mana syarikat itu telah ditugaskan untuk mengendalikan satu projek Kementerian Pertahanan di Putrajaya.
Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta itu, yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Klang.
Bagaimanapun, Deepak berkata, ahli politik berkenaan tidak mempunyai kepercayaan kredit pada masa itu untuk mendapatkan bon tanah RM72.5 juta yang diperlukan bagi projek tersebut dan oleh itu, telah menemuinya untuk mendapatkan bantuan.
Perjanjian itu, katanya, akan memerlukan beliau mendapatkan bon tanah RM72.5 juta dan ditambah RM23 juta dalam bayaran tunai kepada syarikat tersebut.
Sebagai balasan, kata Deepak, syarikat ahli politik tersebut akan memberinya pemilikan hartanah berkenaan, yang merupakan sekeping tanah prima bersebelahan dengan bandar Alam Setia yang kini pesat berkembang.
Nama ahli politik dan syarikat terlibat dirahsiakan sementara menunggu jawapan mereka kepada permintaan Malaysiakini bagi mendapat komen.
"Beliau gagal untuk mendapatkan kerajaan bersetuju bon tanah dikeluarkan kepada pihak ketiga kerana di bawah penswastaan, syarikat yang mendapat (projek) penswastaan, tanah mesti kekal di bawah nama mereka.
"Jadi, saya menganjurkan satu mesyuarat untuk beliau bertemu (Najib), yang pada masa itu adalah menteri pertahanan kita, untuk membenarkan tanah ini dipindahkan kepada syarikat pihak ketiga," katanya.
Deepak berkata pemindahan itu dapat dilakukan selepas beliau "menyumbang banyak" kepada keluarga Najib.
Husam: Najib tak boleh diam lagi isu Deepak
Naib
presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Datuk Seri Najib Razak tidak
boleh lagi berdiam diri dengan dakwaan terbaru Deepak Jaikishan
memandangkan usahawan itu mengaitkan keluarga perdana menteri dengan isu
pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Katanya, Deepak "secara langsung dan tidak langsung" mengaitkan perdana menteri dalam isu pembunuhan berkenaan – dalam dakwaan yang dibuat sejurus sebelum perhimpunan agung Umno.
"Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan sepenuhnyna. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan," kata Husam yang turut memberi peringatan bahawa pilihan raya juga semakin hampir.
Husam seterusnya mencadangkan supaya Umno "melepaskan Najib" demi kelangsungan parti itu dalam pilihan raya umum nanti.
Katanya, beliau melihat Najib kini berada dalam kedudukan "begitu lemah" apabila timbul dakwaan baru daripada Deepak itu – seperti disiarkan dalam tiga portal berita termasuk Malaysiakini.
Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak.
"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak.
"Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.
"Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan.
"Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya.
Husam berkata demikian dengan memetik kenyataan Deepak dalam wawancara bersama Harakahdaily, di mana peniaga permaidani itu antara lainnya menyebut mengenai nasib yang dialaminya ekoran penglibatan dalam pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Dalam wawancara itu, Deepak turut menyebut:
"Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah dengan orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.
"Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala.
"Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya.
"Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan Bala," kata Deepak.
Balasubramaniam pada 3 Julai 2008 membuat pengakuan bersumpah mendakwa hubungan awal Najib dengan Altantuya Najib.
Dalam dokumen bertarikh 1 Julai itu, Balasubramaniam turut mendakwa turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.
Beliau kemudiannya menarik balik pengakuan berkenaan melalui pengakuan bersumpah kedua, dengan alasan pengakuan pertama itu dibuat dalam keadaan tertekan.
Balasubramaniam yang menghilangkan diri daripada negara itu bagaimanapun muncul semula pada November 2009 – dengan dakwaan bahawa beliau menarik balik pengakuan bersumpah pertama selepas ditawarkan RM5 juta oleh Deepak.
Deepak sendiri dalam wawancaranya dengan Malaysiakini beberapa hari lalu berkata beliau mengesali penglibatannya dalam usaha membuatkan Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama.

Memahami masyarakat terpinggir Malaysia
Menontotn video terbitan Malaysiakini begitumenyayat hati. Mengajak semua rakyat turut dengan minda terbuka menonton cerita kisah dari sisi lain negara Malaysia.
Musa Hassan dedah Umno campur tangan bebaskan penjenayah
Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.
Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.
Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.
“Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.
“Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekaran... siapa yang kawal sekarang?” soal Musa.
Musa kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan tersebut.
“Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO (Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang?
“Arah dan kawal... ke atas pasukan polis haruslah dibawah KPN. Tiada orang lain boleh beri arahan.”
Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut enggan mendedahkan nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik, juga daripada pembangkang.
“Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas.
“Saya masih ingat... seorang MP pembangkang selalu datang ke pejabat saya. Dia bawa kepada saya banyak saman (untuk selesaikan). Saya kata Tan Sri... awak (antara salah seorang) yang meluluskan di Parlimen.
Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.
“Kamu baca akhbar. Kadangkala, kamu dengan (ahli politik berkata) “Saya arahkan polis buat itu... buat iini,” jawab Musa apabila ditanya bentuk arahan yang diberikan kepada KPN ketika ini.
“(Ismail) orang yang baik, tetapi menjadi seorang yang baik dan menjadi popular bukan adalah perwatakan menjadi seorang KPN. Kamu perlu jadi lebih tegas.
“Kadangkala, kamu perlu jadi seorang yang lantang (kepada) pihak atas. Apabila tidak betul... jangan hanya kata ya.
“Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan jadi KPN terbaik di dunia. Jika dia lantang, dia akan jadi KPN yang jahat dan tidak akan ada banyak tuduhan ke atas dirinya,” gurau beliau.
Beliau menggambarkan hubungannya dengan Hishamuddin sebagai biasa, tetapi Menteri Dalam Negeri tersebut secara langsung mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis.
“Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.
“Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.
“Saya beritahu dia secara baik tapi dia tidak suka. Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung,” dakwa Musa.
Musa bertugas sebagai KPN selama tiga sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah yang ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.
Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan “mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM”.
NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah “sebenar” daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah “dimanipulasi” sebelum dikeluarkan kepada orang awam.
MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.
Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.
~ The Malaysian Insider
Wednesday, November 28, 2012
SAMM Dakwa Malaysia Hantar Getah Pada Israel, Bukti Umno-BN Hipokrit
SHAH ALAM 23 NOV : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa mempunyai bukti terbaru bahawa Kerajaan Pusat Umno-BN mempunyai hubungan dengan Israel apabila membantu kuasa Zionis itu dari segi ekonomi.
Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, pihaknya memperolehi maklumat bahawa Malaysia memang membekalkan getah ke Israel pada 19 November lalu.
“Tempoh hari kita dedahkan penghantaran minyak sawit ke Israel. Kerajaan Umno-BN kononnya mengatakan sawit tersebut untuk Palestin. Kamu boleh terus berbohong.
“Hari ini kita dapat transaksi terakhir iaitu kerajaan menghantar getah di atas nama Perusahaan Getah Asas Sdn Bhd juga ke Israel.
“Adakah kamu nak kata bekalan itu juga dihantar ke Palestin. Mana ada kilang getah di Palestin?” kata Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard.
Beliau juga mendakwa Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir bertanggungjawab dalam merealisasikan perkara berkenaan.
“Kita cabar Datuk Mukhriz Mahathir menafikan Malaysia menghantar getah ke Israel.
“Jika kamu berani menafikan, kita bersedia keluar dengan bukti dengan satu syarat Mukhriz harus meletak jawatan sebagai orang yang bertanggungjawab,” katanya kepada TVSelangor.
Beliau ditemui selepas menyampaikan ceramah dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) di sini malam tadi yang dihadiri lebih 5,000 orang.
Beliau berkata, Kerajaan Umno-BN hipokrit apabila mengkritik Israel
dalam politik domestik tetapi di peringkat antarabangsa merekamembantu.Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam ceramahnya berkata Umno-BN kini menukar haluan dengan mengiktiraf Ikhwanul Muslimin walaupun sebelum ini melabelkan kumpulan tersebut sebagai pengganas.
“Hubungan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pimpinan ini seperti Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi; Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan dan Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal mengusarkan Umno-BN yang sebelum ini mengatakan Anwar sebagai agen Israel dan agen Amerika.
“Hasilnya Umno-BN mengubah strategi dengan sudah mula dekat dengan pemimpin Hamas dan Ikhwanul Muslimin Mesir sehingga pada 4 Disember ini ketika negara menjadi tuan rumah Forum Ekonomi Islam Dunia, Kuala Lumpur telah menjemput Dr Muhammad Mursi hadir ke forum itu,” katanya.
Beliau turut mendakwa Khaled Meshaal difahamkan akan dijemput hadir dalam Perhimpunan Agung Umno hujung November ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)