Saturday, December 01, 2012

Penghormatan Buat SAMM Pahang Yang Menyertai Perarakan Hijau 300km Anti-Lynas

SAMM Kebangsaan mengucapkan tahniah kepada SAMM Pahang dan mengucapkan syabas kepada adik Zamri Zanal juga dari SAMM Pahang mewakili SAMM secara keseluruhannya di dalam kumpulan berjalan kaki dari Kuantan ke Dataran Merdeka baru-baru ini.  Beliau merupakan satu-satunya anak muda Melayu yang berjaya menghabiskan perjalanan sejauh 300 KM itu.
Sewaktu berada di Dataran Merdeka, beliau telah diberi penghormatan untuk membacakan deklarasi kumpulan Anti Lynas ini.  Syabas dari SAMM Pahang.

Setinggi penghargaan juga diucapkan buat Penyelaras SAMM Pahang saudara Bung Hatta yang telah menyertai perarakan Anti-Lynas dari awal hingga ke akhir (walaupun tidak seluruhnya), membuktikan saudara Hatta lebih muda dari umurnya. Semoga negeri pahang berjaya menghasilkan lebih ramai anak muda berkaliber dan tahan lasak sepertimana yang dibuktikan.

Sekian
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

No comments:

Post a Comment

Post a Comment