Monday, June 15, 2009

Unit Ehsan cemerlang membantu kelancaran Kongres Nasional Khas

Pada 14 Jun 2009 lebih 1000 orang perwakilan Parti Keadilan Rakyat berada di Kolej Universiti Islam Selangor, Bangi untuk berkongres bagi meminda perlembagaan parti.
Alhamdunillah setelah dibentangkan dan didebatkan sepanjang hari, menjelang 4.30 petang telah di undi mengenai pindaan perlembagaan tersebut. Antara pindaan nya ialah
  • umur Angkatan Muda (sayap yang menempatkan wanita dan lelaki muda) dipinda dari umur 40 tahun ke bawah kepada 35 tahun ke bawah
  • meminda istilah ahli, bahagian dan cawangan kepada anggota, cabang dan ranting
  • had tempoh pemegang jawatan presiden dihadkan kepada 3 penggal sahaja
  • setiap ahli diberi kuasa untuk mengundi buakn lagi kepada perwakilan
untuk menjadi 'medan' tapisan pemimpin keADILan maka tempoh tidak boleh memegang jawatan selama setahun (kecuali dengan pindaan MPT) diperkenalkan kepada semua ahli baru.
sila klik sini untuk melihat komen che'GuBard dalam TvAntara mengenai pindaan perlembagaan.
Mungkin ramai yang tak perasan, kewujudan tenaga baru disebalik kelancaran kongres kali ini. Unit Ehsan sebuah organisasi 'anak muda' yang menumpukan kerja sukarela dan kebajikan telah menghadirkan kira - kira 50 anak muda sebagai sukarelawan bagi membantu pendaftaran, pengawal lalulintas dan keselamatan.
Unit Ehsan yang sudah wujud secara rasmi di Pulau Pinang, akan diwujudkan di seluruh negara dalam masa terdekat ini. Semasa kongres jelas kelihatan petugas berbaju hitam yang tertera Unit Ehsan Pulau Pinang, Unit Ehsan Negeri Sembilan, Unit Ehsan Johor dan Unit Ehsan Malaysia.

Umno yang menjahanamkan tanah Melayu


Seramai 47 pemilik tanah adat yang terbabit dengan pembinaan landasan kereta api berkembar menyatakan pendirian tidak akan berpindah sekiranya tuntutan mereka mendapat ganti rugi setimpal serta tanah gantian, tidak dipenuhi.

Kesemua mereka membabitkan tiga kampung di sini sepakat supaya kerajaan mengambil kira tuntutan mereka terlebih dahulu sebelum pengambilan tanah itu boleh dilakukan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Tiga kampung terbabit , Kampung Chembong Halt, Waris Tebat dan dan Chuai Hilir, di sini.

Mereka menuntut nilai ganti rugi haruslah setimpal dengan harga semasa tanah dan rumah ataupun setidak-tidaknya memindahkan mereka ke satu kawasan tanah yang lebih baik sebagai perpindahan baru.

Wakil penduduk, Che Tak Amat berkata, pendirian yang diambil adalah untuk menuntut hak mereka sebagai tuan tanah yang selama ini merasakan diri diperkotak-katikkan pihak tertentu.

Menurutnya, nilai ganti rugi yang akan dibayar ternyata tidak setimpal sehingga menyebabkan mereka tidak berpuas hati dan menganggap pihak terbabit mempergunakan mereka untuk mendapatkan keuntungan.

“Nilai yang ditafsirkan terlalu rendah berbanding nilai pihak swasta yang dilantik. Kami penduduk kampung tidak akan berganjak sekiranya ganti rugi yang dibayar ini tidak setimpal,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa pertemuan dengan penduduk kampung Waris Tebat, di sini semalam.

Pada pertemuan itu, lebih 12 wakil penduduk kampung hadir bersama Ketua Keadilan Bahagian Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Menurut Che Tak, sekiranya mereka menerima tawaran yang diberikan pihak KTMB itu, ia bukan saja merupakan kerugian besar buat pemilik tanah terbabit, tetapi mereka mungkin menghadapi masalah untuk membeli tanah atau rumah lain kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.

“Seandainya penduduk bersetuju dengan ganti rugi yang mereka mahu berikan itu, ia sememangnya tidak mencukupi untuk mereka membeli tanah dan membina rumah kembali memandangkan harga yang diberikan terlalu rendah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, bantahan penduduk itu bukan bererti mereka mahu menolak pembangunan, tetapi mereka juga perlu memikirkan diri mereka sendiri supaya pembangunan itu nanti tidak menindas serta mengetepikan hak mereka.

Sementara itu, beliau berkata, status pengambilan tanah itu juga menjadi tanda tanya berikutan belum ada sebarang notis perpindahan dan pembayaran yang bakal mereka terima.

“Apa yang saya harapkan pihak kerajaan campur tangan dengan memberikan kerjasama dan bantuan kepada penduduk dalam menuntut keadilan agar kami tidak teraniaya,” katanya.

Beliau turut menyatakan kekesalan kerana nasib mereka itu didakwa tidak mendapat perhatian pemimpin setempat menyebabkan mereka berasa seolah-olah dianiaya.

Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata, pihaknya akan membantu penduduk di situ menuntut hak mereka menerusi memorandum akan dihantar ke Parlimen dan Istana menggesa kerajaan mengambil tindakan menyelesaikan masalah pemilik tanah itu segera.

sila klik sini untuk siaran TvAntara mengenai isu pengambil alihan tanah ini.

Video pendedahan 'Siapa Rosmah ?'



Ini merupakan siri kedua pendedahan video "Siapa Rosmah?" dikatakan menurut sumber video pendedahan siri 3,4 dan seterusnya akan di upload berperingkat - peringkat.

Selamat Ulang tahun che'Guevara

Sudah 4 hari tidak melayari internet. Maka seperti terlambat untuk membuat posting ini.

Semalam 14 Jun ialah tarikh kelahiran seorang tokoh revolusiner. 14 Jun 1928 telah lahir seorang manusia Ernesto Che Guevara di Argintina. 81 tahun yang lalu pada tarikh hari ini lahir seorang tokoh yang menggemparkan dunia dengan idealismenya anti penjajahannya.

Walaupun adalah warga Argentina, Che lebih disayangi dan diingati di Cuba kerana beliau telah membantu Revolusi rakyat yang dipimpin oleh Fidel Castro untuk melawan diktator Batista.

Selepas menang Revolusi Cuba, oleh kerana Che adalah seorang yang berpegang kepada ideologi “internasionalisme” telah pergi ke Bolivia untuk membantu perjuangan rakyat disana bagi membebaskan dari cengkaman Imperialisme Amerika Syarikat.

Che di bunuh setelah ditangkap oleh pakatan tentera Bolivia dan CIA Amerika Syarikat ketika sedang bersama-sama rakyat Bolivia yang berjuang melawan kerajaan boneka Amerika Syarikat.

Hari ini setelah begitu lama Che Guevara meninggalkan dunia nama beliau masih harum dan terus disebut. Beliau masih lagi menjadi “ikon” kepada gerakan-gerakan anti imperialisme dan penjajahan.

Walaupun singkat kehidupanya hanya 39 tahun sudah cukup menggegar dunia.

Hiduplah terus kamu che'Guevara seperti mana kapitalis tidak mahu kamu hidup.

DESAK AMBIL TINDAKAN TERHADAP SUMBANGAN WANG DARI MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN KEPADA SPRM

Kenyataan Media
12 Jun 2009

Kami punya maklumat Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan telah menghantar sepucuk surat untuk memohon sumbangan menampung perbelanjaan kewangan dan seumpamanya bagi menghantar kakitanganya untuk menyertai pertandingan sukan yang diadakan pada 11 – 16 Jun 2009.

Menteri Besar Negeri Sembilan telah memberikan RM 20,000 berbentuk cek (selain itu tidak dapat dipastikan) dan telah dimasukkan ke akaun Kelab Sukan SPRM NS di Bank Islam, Seremban dan kini cek tersebut telah ditunaikan.

Ini jelas melanggari etika. Memohon, menyumbang dan menerima sumbangan ini telah menjadi kesalahan dari segi etika. Menteri Besar Negeri Sembilan dan SPRM mempunyai pertembungan kepentingan (conflict of interest).

Contohnya, andaikan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan sebuah negeri memohon bantuan kewangan dari sebuah syarikat pengangkutan untuk aktiviti kakitanganya, dan sumbangan diberikan dalam jumlah yang besar, bukankah selepas itu anggota JPJ setempat mengalami masalah 'serba salah' dalam menjalankan tanggungjawab.

Begitulah contohnya. Menurut maklumat yang diterima ini bukanlah kali pertama berlaku. Jika ini berlaku dalam organisasi lain sudah pasti sibuk pegawai tinggi SPRM mengerahkan kakitangan mereka menyiasat itu dan ini. Membuat kenyataan terbuka dan sebagainya menunjukkan mereka kononya telus dan bersungguh membuat kerja.

Namun apa yang berlaku ini merupakan amalan dan contoh yang sungguh salah dan tidak sepatutnya berlaku.

Maka bukanlah persepsi yang salah mengatakan hampir semua kes yang dibangkitkan dalam laporan rasuah terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan berkesudahan dengan kes ditutup.

Terlalu banyak laporan 'rasuah dan salah guna kuasa' telah dibuat ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan. Dari laporan campur tangan adik beradiknya dalam pentadbiran kerajaan, salah guna kuasa, politik wang beliau dan kawan – kawanya langsung seolah tidak mendapat perhatian dan disenyapkan. Laporan bukan sahaja diajukan oleh individu atau kumpulan yang dikenali sebagai pembangkang tetapi mereka yang juga dari kumpulan 'kerajaan' juga tidak dilayan.

Tindakan segera harus diambil !

(sila klik sini untuk menonton liputan TvAntara mengenai perkara tersebut)

Thursday, June 11, 2009

Pengarah SPRM NS salah terima "sumbangan" RM dari MB NS

nantikan pendedahan !!!!!!!!

semua di jemput ke

Sidang Media :
Mendedahkan Pengarah SPRM Negeri Sembilan menerima
'sumbangan' RM dari Menteri Besar Negeri Sembilan


12 Jun 2009 (Jumaat)
10.00 pagi
Pejabat Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan,
Jalan Rahang, Seremban
pertanyaan : 06-767 7278 /79

PDRM harus bertindak jika masih punya maruah...


Sila baca kenyataan bersumpah beberapa orang pegawai Polis di bawah ini ;
Kenyataan ini perlu dipandang serius dan cheGuBard amat - amat kecewa dan cemas dengan apa yang didedahkan. Kenyataan ini yang mendedahkan terdapat 'perlindungan istimewa' terhadap sesetengah kumpulan kongsi gelap yang mempunyai hubungan dengan Pegawai Tertinggi PDRM. Kewujudan kenyataan bersumpah ini cukup untuk menggoyah keyakinan rakyat terhadap institusi yang seharusnya menjadi penguatkuasa undang - undang.

Ini bukan sekadar isu tuduhan rasuah atau salah guna kuasa biasa. Ianya melibatkan ancaman serius terhadap keselamatan negara.

Ketua Polis Negara dan pegawai Polis yang dinyatakan dalam laporan akuan bersumpah tersebut perlu digantung tugas serta merta dan satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan.

Isu 'along' , kongsi gelap dan jenayah yang berleluasa perlu ditangani segera. Semua ini bukan sekadar perang di media untuk mewujudkan persepsi rakyat tetapi ia perlu dilakukan dengan kesungguhan termasuk pembersihan organisasi PDRM itu sendiri.

che'GuBard
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia.
10 Jun 2009

Wednesday, June 10, 2009

Umno terlibat dalam pemalsuan pengenalan ?

Gempar penemuan di sebuah tempat pembuangan sampah di Johor telah menemukan dengan 14 keping Kad Pengenalan warga negara Malaysia.

Leboh menarik penemuan di tempat sampah ini ialah sampah - sampah dari seolah bilik gerakan atau pejabat Umno, kerana turut dijumpaai beberapa dokumen dan barangan berlogo Bn dan Umno yang sudah menjadi sampah.

Polis (kalau bukan kayu) seharusnya menyiasat perkara ini ? bagaimana mungkin 14 kad pengenalan terbuang sebegini rupa.... mungkin ini boleh mengaitkan dengan modus operasi pengundi hantu dan lain perbuatan jenayah.

Sila klik sini untuk membaca lanjut.

Video pendedahan 'Siapa Rosmah ?'

Baru mendapat email lewat semalam yang meletakan link http://selamatkanumno.blogspot.com

Email tersebut mengandungi video di bawah



menurut penghantar email video yang dinaikkan dalam youtube itu cuma 'sedutan ringkas' dari satu video panjang yang akan diterbitkan dalam masa terdekat.'

Syabas (puncak niaga) penaja Perhimpunan Agong PAS ? 2

Tidak terkejut apabila menonton video ucapan YB ir Khalid Samad (perwakilan Shah Alam) yang memberikan komen mengenai kehadiran Syabas (Puncak Niaga) sebagai antara penaja utama Perhimpunan Agong PAS baru - baru ini.

Ini sememangnya kerja licik kapitalis seperti mereka ini.

Syabas yang secara majoritinya dimiliki oleh Puncak Niaga milik Tan Sri Rozali.Tan Sri Rozali ini ialah agen kapitalis Bn, yang mengaut keuntungan dari dasar penswastaan yang menzalimi rakyat. Dia merupakan kawan rapat malah ada yang mengakatan dia ialah proksi Senator Muhammad Muhd Taib (satu ketika dahulu). Berdasarkan penduduk Sungai Buaya dia juga ialah antara penipu besar yang telah memperdayakan peneroka Sungai Buaya yang sehingga kini kes tanah penduduk Sungai Buaya terbiar tanpa penyelesaian ?

Kini dia melalui Puncak Niaga yang mengawal Syabas telah mengaut keuntungan yang menjadikanya mega jutawan kerana diberi hak untuk 'mengawal dan memiliki' air Selangor dan Wilayah Persekutuan. Mengikut rekod hanya sebagai C.E.O Syabas Rozali meraih RM 5.1 juta setahun. Itu belum masuk salah guna kuasa di mana Rozali meraih keuntungan melampau dengan mengawal kontrak pembekalan berkaitan pembaikan dan penaiktrafan pembekalan air di Selangor yang diagih sesama syarikat mempunyai kepentingan dia sendiri.

Dia juga antara yang sering menaja perbelanjaan Bn/umno ketika pilihanraya dan program - program lain.

Rozali jugalah yang sedang dalam usaha menggagalkan dengan serius perlaksanaan negeri berkebajikan Selangor.Ketika Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sedang berperang hebat dengan Puncak Niaga untuk merebut hak air untuk dikembalikan kepada rakyat, tiba - tiba selaku parti sekutu PAS menerima tajaan dari Tan Sri Rozali. Kesombongan Tan Sri Rozali menolak dasar kebajikan telah enggan bekerja sama untuk meberikan air percuma kepada rakyat. Kerajaan negeri terpaksa membayar hampir RM12 juta sebulan tanpa mengelak sedikitpun kepadanya untuk membolehkan rakyat menikmati air percuma. Mujur ada syarikat anak kerajaan negeri seperti KDEB di bawah teraju Datuk Karim Munisar yang prihatin untuk menyerap pembayaran tersebut menjadi sebahagian dari perancangan jangka masa panjang sebahagian dari proses mengembalikan air kepada rakyat yang dimana regim terdahulu telah menggadaikan hak asas rakyat ini.

Kini Rozali sedang bertukar wajah. Dia rapat dengan sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat dengan bertukar warna ala sesumpah. Mungkinkah dia bertukar sebentar ke warna hijau untuk menghancurkan perpaduan rakyat demi kelansungan keuntungan peribadi dan dalam jangka masa panjang mengembalikan Umno pro kapitalis sebagai pemerintah negeri.

Ingatlah tidak kira kepada siapa ....musuh 'sial' seperti ini sedang menyelinap antara kita. Ucapan YB ir Khalid mengenai sejarah perang harus dijadikan iktibar.

Janganlah kita bangga sangat dengan 'hullamakk' tetapi ingatkah kita 'Nakasonny' yang mampu bertukar kulit menjadi totok Umno walaupun masih ada rumah di markas Taman Melewar.

Ingatan ini ditulis selaku anak muda aktivis jalanan biasa.

Adakah cukup 'hullamak' kita apabila ketika rakyat memenangkan kita kerana menolak dan benci dengan Bn sebaliknya bila ada sedikit kuasa kita mula lupa kita ingat kita cerdik dan mahu bincang dengan Bn untuk punya kuasa yang lebih. Sila rujuk video rakaman ucapan Ust. Ahmad Awang.

Ingat Rasul junjungan besar Muhammad s.a.w pernah ditolak oleh 'satu' kaum kerana baginda bukan datang dari kaum tersebut. Sirah Rasullullah seharusnya mengajar kita erti menolak sentimen perkauman. Sebaliknya kegemilangan Islam ialah ketika Islam berjaya menyatukan semua kaum dan agama bersatu dibawah panji KEADILAN.

Sudah hentikan idea 'perpaduan'... mendekati dakwah dan mengajak masuk lain dari kita bersama mereka....

SEKALI LAGI MENGINGATKAN DIRI....YANG KITA ADA SEDIKIT HARI INI IALAH BUKAN KERANA KEKUATAN MANA - MANA PARTI TETAPI (DENGAN IZIN ALLAH) IA KERANA RAKYAT YANG MENOLAK Umno DAN Bn DAN MELIHAT ADA SINAR DENGAN PAKATAN RAKYAT.

keADILan ada kelemahanya, sudah pasti DAP tidak sempurna, PAS juga ada kurangnya.... selaku bersaudara bukankah lengkap melengkapi itu elemen penting.... yang penting kepentingan RAKYAT !!!

juga boleh turut di baca sila klik sini

Tuesday, June 09, 2009

Ada pimpinan tertinggi PAS yang nak buat kerajaan Bn - PAS di Perak ?

sila rujuk dan dengar bermula dari rakaman minit ke 3.55

Syabas (puncak niaga) penaja Perhimpunan Agong PAS ?



Sokong Guan Eng - i Awards

Memberikan ganjaran kepada pemberi maklumat bukan satu benda yang baru. Kastam DiRaja Malaysia telah pun lama mengamalkan 'ganjaran' kepada pemberi maklumat, ini berasaskan jumlah nilai rampasan hasil dari maklumat tersebut.

Terbaru ialah Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengumumkan i Awards atau Anugerah Integriti. (sila klik sini berita lanjut mengenainya).

Banyak wang rakyat telah diselewengkan di bawah Regim Bn di Pulau Pinang dahulu dan banyak juga yang kalau diusahakan betul - betul dapat dikembalikan semula kepada kerajaan negeri. Contohnya dalam isu premium tanah, royalti pasir dan batuan serta banyak lagi cukai yang telah disengaja silap kirakan. Ia membawa jumlah berbilion sebenarnya.
Maka apa salahnya jika pemberi maklumat yang merisikokan diri dengan perbagai cara diberi sikit habuan.

che'GuBard cadangkan penerima pertamanya ialah Amizuddin Ahmat, bekas Ahli Majlis MPSP yang telah mendedahkan mengenai kepincangan pengiraan royalti kuari di Pulau Pinang. Hasil dari serangan dan pendedahanya maka telah mengembalikan sekurang kurangnya RM6.1 juta wang yang hilang kepada kerajaan Pulau Pinang.

Risiko yang dihadapinya tidak lah sampai nak kena tembak mati dengan 'tonto' tetapi ketegasan beliau menyerang penyelindung rasuah telah disalah ertikan beliau menyerang parti dan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, sehingga beliau telah hilang kerusi Ahli Majlis dan dipandang serong. Namun bagi beliau yang sememangnya dari asal bersama menggerakkan keADILan di Pulau Pinang, pernah menjadi Ketua Pemuda Keadilan Negeri Pulau Pinang dan kemudian menjadi Exco Angkatan Muda Pusat semua itu hanya recam perjuangan.

Merujuk tulisan dalam kolum che'GuBard di perakekspress.com (sila klik sini untuk baca) yang juga menyinggung mengenai isu di Pulau Pinang, telah mengundang banyak email komentar hari ini. Menang tajuknya agak bersifat 'provokasi' (Kerajaan Pulau pinang Goyah?) tetapi kepada semua sila terus membaca penuh tulisan santai tersebut. Isunya ialah 'segerakan usaha memperkasakan kuasa rakyat', kemelut ahli majlis berlaku kerana kita meneruskan sistem yang diwariskan oleh regim Bn dahulu.

Pilihanraya kerajaan tempatan yang memberi ruang rakyat mengundi siapa yang mereka mahu untuk layak duduk di kerusi ahli majlis kerajaan tempatan telah diharamkan oleh Regim Bn kerana pihaknya kalah terlalu banyak kerusi. Maka kuasa rakyat untuk memilih kerajaan tempatan telah diragut.

Monday, June 08, 2009

Semua dijemput menjadi pemerhati Kongres Nasional Khas KEADILAN 2009

peta ke KUIS


Kongres Nasional Khas 2009
Parti Keadilan Rakyat
13 Jun 2009
Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Bangi

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan kongres khas Sabtu ini bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu, antara lain membolehkan setiap ahli memilih barisan kepimpinan pusat.

Ia merupakan antara pindaan fundamental dan istilah yang akan diperhalusi oleh kongres tersebut, kata Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

"Ini kali pertama kami akan membincangkan pindaan paling drastik, sejak PKR ditubuhkan (satu dekad lalu)... pindaan yang diperlukan mengikut perubahan semasa dan tuntutan keperluan masa kini," kata beliau ketika dihubungi.

Selain membenarkan kira-kira 30,000 ahlinya memilih pemimpin peringkat pusat secara langsung, ia juga akan menambah jumlah Naib Presiden daripada lima kepada tujuh.

Jelas beliau, buat masa sekarang pemimpin-pemimpin pusat dipilih oleh perwakilan yang datang dari peringkat bahagian.

"Dengan pindaan ini, ahli-ahli akar umbi akan memilih pemimpin pusat," katanya.

Pindaan lain yang akan turut dibincangkan ialah aspek mengehadkan tempoh memegang jawatan melibatkan semua peringkat.

"Berdasarkan taklimat yang diberikan, pindaan kali ini melibatkan aspek fundamental dan juga istilah.

"Misalnya, selepas ini cawangan-cawangan (PKr) akan dikenali sebagai ranting manakala ahli pula akan dikenali sebagai anggota... ini antara perkara yang akan dibincangkan kali ini," kata beliau yang juga anggota Biro Politik.

Difahamkan sejajar dengan usaha meminda perlembagaan, PKR juga merancang untuk mengadakan pemilihan parti tahun ini berbanding jadual asal tahun depan.

Kongres khas itu yang sepatutnya diadakan Februari lalu telah ditangguhkan ekoran pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan kemudian sekali lagi disebabkan pilihan raya kecil Penanti.

MAINS jual saham menyebab orang Islam NS rugi ?

Masih ingat mengenai 'surat layang' ADUN ditangkap khalwat yang pernah diterima oleh che'GuBard. Sila klik sini untuk membaca mengenainya.

Semasa 'menyiasat' mengenai surat tersebut, bertemu beberapa 'individu' yang rapat dengan pihak penyelaras Agama Islam di Negeri Sembilan yang turut melahirkan beberapa kegusaran mereka dengan perbagai kepincangan dalam isu pentadbiran badan agama di Negeri Sembilan.

Antaranya ialah mengenai penjualan saham MAINS Holding. Mungkin isu ini boleh difahami dengan membaca petikan email yang diterima oleh che'GuBard seperti dibawah ;

Agak mengejutkan aku apabila berita ini sampai ke telinga aku pada mulanya. Sedih pun ada juga, mungkin keputusan menjual saham MAINS di Seremban Specialist Hospital (SSH) adala hak mereka, tetapi aku terkilan kerana beberapa tahun lepas MAINS juga telah menjual ladang kelapa sawit seluas beberapa ribu ekar bbp bulan sebelum harga minyak sawit naik dari paras RM1000 ke RM4000. Adakah keputusan penjualan saham SSH ini juga dibuat secara terburu2 atau salah perkiraan/membuat keputusan?

Sekiranya berita ini benar, saham MAINS sebanyak 40/45peratus itu telahpun dijual. Menurut kata salah seorang 'orang besar' KPJ/SSH, beliau amat berdukacita kerana pada waktu ini SSH telahpun menunukkan prestasi yg amat baik. Apa tidaknya, SSH (Seremban) adalah hospital terbaik di bawah KPJ pd tahun 2008 mengalahkan berbelas hospital KPJ yg lain!

Jika dilihat sejarah, SSH telah mula beroperasi pd tahun 2004 dimana MAINS memiliki saham sebanyak itu dgn menyediakan tapak sahaja di Kemayan Square. Ianya amat berbaloi memandangkan MAINS tidak mempunyai kepakaran di bidang perubatan.

Usaha untuk membina hospital milikan bumiputera dan orang Islam ini telah dimulakan sebelas tahun sebelum itu lg. Perjumpaan demi perjumpaan dengan Tan Sri Mohd Ali selaku Pengerusi Jcorp diadakan bg merealisasikan impian sebuah hospital milikan sebuah Majlis Agama Islam, yg pertama di Malaysia! Bermula dengan penubuhan klinik Wakaf yg menyediakan khidmat perubatan dgn bayaran minimum, serendah RM5 sahaja... satu subangan dan perkhidmatan bukan hanya kepada orang Islam malahan bukan Islam, semata2 membuat kebajikan kepada masyarakat.

Kini, MAINS dibawah 'pimpinan' Menteri Besar dilihat lebih bersifat korporat, tidak sebagaimana dahulu.

Jangan salah anggap teguran serta komen ini sebagai 'menghentam' MAINS, tetapi sebagai seorang Islam saya mempunyai pandangan berbeza dgn keputusan yg diambil oleh MAINS sejak akhir2 ini. TAnggungjawab saya adalah utk ingat-mengingati sekiranya saya rasa tindakan itu tidak wajar...Akhir sekali, keputusan tetap di tangan ahli2 Majlis
Dengar khabar pertukaran Mufti juga ada mainan politik dibelakangnya nasib baik DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar campur tangan maka mufti pilihan Umno digagalkan dari memegang jawatan.

Bincang - Bincang : PKFZ 'skandal kewangan terbesar negara'


Era 80an kita telah disajikan dengan Skandal BMF, kemudian era 90an kita disajikan pula dengan skandal Pewaja. Duia skandal ini masih banyak misterinya dan yang pasti telah mengorbankan bukan sedikit wang rakyat. Namun kini sekali lagi era awal 2000 ini kita pula telah disajikan dengan skandal yang jauh lebih besar nilai kehilangan wang rakyatnya iaitu Zon Bebas Cukai Pelabuhan Kelang atau PKFZ.

Minggu lepas dalam sesi bincang - bincang terbitan TvSelangor telah membincangkan berkenaan isu ini. Perbincangan kali ini telah menghadirkan YB Charles Santiago (Ahli Parlimen Kelang) dan Ybhg. Sdr. Mustafa Kamil Ayub (naib Presiden keADILan).

Program ini boleh diikuti dengan klik link di bawah

Bincang - Bincang : PKFZ 1

Bincang - Bincang : PKFZ 2

bagi yang mahu meng'akses' laporan penuh mengenai PKFZ yang disediakan oleh PWC sila klik di sini.

Sunday, June 07, 2009

Adakah tanah Adat / Rizab Melayu akan tergadai lagi kerana 'kepekakan' Umno

projek landasan berkembar yang sudah dimulakan.
Anak muda kampung dan AMK Rembau keluar untuk menampal poster membantah projek dan mendesak "selamatkan tanah adat'
antara Banner mendesak usaha serius menyelamatkan Tanah Adat

Kita sering dimomokan dengan kononya betapa Melayu perlu bersatu dalam parti perkauman Melayu demi mempertahankan hak Melayu. Kononya Cina dan India sering berusaha nak ambil hak Melayu....... antaranya ialah mengenai tanah.

'Tanah Rizab Melayu' telah diperkenalkan konsepnya oleh British ketika menjajah negara ini dengan kononya menjadikan orang Melayu (yang dikenali sebagai pribumi) selesa dengan jaminan hak berpanjangan. Pemimpin Melayu pada ketika itu menerima baik dengan harapan apapun kemajuan yang berlaku Melayu tidak akan hilang hak penting iaitu tanah.

Tanah Rizab Melayu seharus kekal milik Melayu jika diambil untuk dimajukan ia perlu diganti. Jumlah seharusnya sama, semangatnya yang diambil perlu diganti....

Itu dulu idea penjajah untuk mewujudkan rasa selesa dan mengurangkan penentangan.

Namun kini mana tanah rizab itu. Berapa jumlah rizab Melayu 50 tahun dulu dan berapa nilainya kini ? Tidakkah ketika ekstrimes perkauman Melayu itu bercakap mempertahankan Umno seperti terlupa betapa Umno sendiri yang menggadaikan hak tanah ini.

Di Negeri Sembilan Tanah Rizab ini juga ada dikenali sebagai Tanah Adat (berdasarkan konsepnya) juga tidak terasing terhakis dan hilang jumlahnya.

Di Rembau contohnya, kes terbaru. Sejumlah tanah adat akan hilang untuk merialisasikan landasan berkembar keretapi.

Orang Kampung dan waris terlibat tidak pernah membantah malah amat suka dengan pembangunan. Ingat tak satu ketika dulu sememangnya regim pemerintahlah yang menggalakan orang ramai membuat rumah berhampiran sepanjang jalan keretapi kerana untuk menggelakan jalan keretapi ini 'sunyi' dan berisiko tinggi disabotaj oleh pasukan bersenjata yang menentang regim. Maka regimlah punca ramai setinggan berumah di tepi jalan keretapi dan mereka ini juga berkorban demi regim dan kini merekalah yang sering ditindas begitu sahaja.

Tetapi kes tanah adat di Rembau ini sedikit ada nilai tambah, majoriti dari mereka telah membuka tanah tersebut sebelum pun tiba jalan keretapi.

Kini mereka bakal menjadi mangsa. Tanah mereka hendak diambil. Tanpa perbincangan yang lansung menghormati hak mereka.

Mereka telah pergi ke banyak pihak semua tidak melayan termasuk ADUN dan Menteri Besar juga. Kononya semua tidak boleh berbuat apa - apa kerana undang - undang membenarkan kerajaan persekutuan mengambil alih tanah secara paksa. Bukankah 'puak-puak' Umno ini pernah menghunus keris mengancam cina mahupun DAP.... DAP tidak pernah mengambil seinci tanah Melayu... tetapi kini Umno yang pekak akan menyebabkan siri Melayu hilang tanah akan terus berlaku.

Sila klik sini untuk membaca surat terbuka kepada terbuka cheGuBard kepada Menteri Besar Negeri Sembilan.

Friday, June 05, 2009

(Ditangguhkan) Kejohanan Snooker keADILan Rembau sempena Keputeraan DYMM SPB Yg Di Pertuan Agong


Atas sebab teknikal yang tak dapat dielakkan che'GuBard bagi pihak Angkatan Muda Keadilan Rembau memohon maaf pada semua kerana terpaksa menangguhkan Kejohanan Snooker keADILan Rembau sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM SPB Yg Di Pertuan Agong.

Kejohanan yang sepatutnya berlansung esok dan lusa ditangguhkan ke 13 dan 14 Jun. Segala kesulitan amat dikesali. Oleh kerana penangguhan maka pihak penganjur akan menambah bilangan hadiah dan akan diadakan cabutan bertuah untuk peserta dan penonton juga.

Masih ada beberapa tempat lagi kepada yang masih mahu menyertai dan kepada yang sudi menyumbang juga amat dihargai. Sila hubungi Azizi 0123696474 untuk maklumat lanjut.

Sila klik sini untuk maklumat lanjut kejohanan.

Ingatan buat Dr. M ; kalau tak nak perjuangan Umno diperlekeh maka Umno jangan perlekeh perjuangan orang lain.

Dalam blog peribadinya Dr. Mahathir telah menulis 'amaran' agar jangan ada sesiapa yang memperlekeh perjuangan Umno.

Tulisan beliau berikutan kononya ada usaha memperlekehkan perjuangan kemerdekaan Umno.

Di sini cheGuBard ingin merakamkan 'ingatan' buat Dr. Mahathir. Janganlah kita terlalu 'jumud' atau 'taksub' dengan pertubuhan atau sejarah ciptaan kita sendiri.

Pertama seharusnya Dr. M harus ingat ialah Umno yang ada kini ialah Umno (Baru) ciptaannya sendiri setelah Umno asal telah diharamkan oleh mahkamah.

Kedua jika Umno tidak mahu diperlekehkan lebih penting ialah Umno juga seharusnya belajar jangan memperlekehkan perjuangan orang lain.

Dalam bab kemerdekaan Umno bukan pertubuhan 'tunggal' yang memperjuangkan kemerdekaan.

Banyak lagi pertubuhan lain seperti Kesatuan Melayu Muda dan seumpamanya. Namun bukan kerana pertubuhan atau pergerakan lain tidak mendapat sambutan lebih tepat pertubuhan lain telah diharamkan oleh penjajah British cuma Umno telah mendapat restu penjajah.

KMM diharamkan oleh British pada 18 Jun 1948, selepas diharamkan pemimpin gerakan anak Melayu Muda ini telah ada yang ditahan malah ada yang diculik dan hilang , dipercayai dibunuh oleh anasir penjajah pada ketika itu. Manakala Umno diberikan keselesaan bergerak. Maka ada ahli gerakan KMM yang membuat keputusan dari menunggu berisiko mati lebih baik masuk ke dalam hutan memikul senjata demi prinsip perjuangan demi membebaskan negara dari penjajah.

Kenapa dan bagaimana hanya Umno mendapat restu penjajah maka itu yang harus difikirkan....?

Jika Umno terus memperlekehkan perjuangan gerakan lain maka sudah pasti dengan sejarah juga Umno boleh diperlekehkan dengan memungkinkan Umno dipilih oleh penjajah pada masa itu kerana hanya Umno yang sesuai untuk meneruskan 'agenda' penjajah selepas terpaksa memberikan kemerdekaan selepas tekanan yang hebat dari gerakan rakyat yang lain.....?

Cukuplah memanipulasi dan mewarisi taktik pecah perintah yang diwarisi penjajah. Umno dan kini Barisan Nasional sentiasa menggunakan taktik membakar sentimen perkauman untuk menguatkan cengkaman politik mereka. Setiap kali parti komponen Bn yang berpaksikan kaum lemah maka pasti isu perkauman dibangkitkan dengan harapan rakyat yang dipecah perintahkan berdasarkan kaum akan rasa tidak selamat dan kembali 'berlindung' dibawah parti perkauman.

Contoh terdekat oleh kerana sokongan terhadap Umno dan parti perkauman lain jelas melemah maka dibangkitkan 'hikayat 16 Mei' dan ketuanan Melayu tetapi rakyat seolah sudah tidak melayan maka dibangkitkan pula cerita komunis dan Chin Peng.

Kemudian jelas mungkin Dr. Mahathir sudah terlalu tua (nyayok) untuk mengulas persoalan semasa. Mana mungkin menyamakan komunisme dengan Singapura... Komunisme ialah ideologi yang sama sekali menentang pasaran bebas dan Singapura ialah negara yang mengamalkan pasaran bebas.

Maka dengan itu sampai bila pun bangsa ini tidak akan menjadi kuat.

Sejarah harus dikupas dengan jujur dan berani. Bukan dijadikan momokan buat anak muda untuk sentasa takut dan kecut.

Sudah - sudah lah tu Dr. Mahathir oiiii

Thursday, June 04, 2009

Najib diekori Altantuya di China


Najib Tun Razak panik tiba - tiba apabila tanpa disangka diasak oleh wartawan asing berkenaan degan kaitan beliau dan pembunuhan Altantuya.

Menurut sebuah agensi berita asing (AP) Najib tertawa (tertawa tawar sementara mencari idea dan melindungi rasa panik terkejut) sebelum menjawab soalan.

Najib mendakwa dia tak punya apa hubungan dengan model, Altantuya. Altantuya didakwa punya hubungan 'rapat' dengan Penasihat Politik Najib, Razak Baginda.

"Tidak ada bukti. Mereka tidak mengemukakan apa-apa bukti pun...Saya telah bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak kena mengena dengan dia dan saya tidak boleh komen lebih daripada itu," kata Najib.

Najib juga bergurau mengenai hotel Altantuya dilaporkan menginap sebelum dibunuh. Kata Najib "kalaulah dia teman wanita saya tentu dia (Altantuya) akan rasa terhina kerana ditempatkan di hotel sebegitu sahaja."

Razak Baginda telah mengaku menjalin hubungan intim dengan Altantuya dan dibebaskan Oktober lalu berhubung tuduhan bersubahat dengan pembunuhan wanita itu.

Dua anggota polis dihukum mati walaupun motof pembunuhan gagal dibuktikan. Kedua mereka kini dalam telah membuat rayuan.

Solidariti Anak Muda Malaysia akan terus berjanji selagi 'misteri' kes ini tidak terungkai Najib akan terus dihantui dengan Altantuya.

Dalam masa terdekat akan diterbitkan sebuah buku "Siapa Bunuh Altantuya?" yang akan merakamkan semula semua detik yang menjelaskan kepada orang ramai betapa peristiwa kematian Altantuya ini bukan sekadar cerita disebalik selimut tetapi merupakan kejadian melindungi 'rompakan' berlesen wang rakyat.

untuk membaca persoalan penting dalam kes Altantuya ini sila klik sini dan baca serta fahamkan kenyataan media SAMM ketika menghantar ke PM baru baru in i.