http://www.jkr.gov.my/tender/index.php
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Thursday, October 18, 2012
Tender bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan
http://www.jkr.gov.my/tender/index.php
Monday, July 09, 2012
Janji di tepati ? Rembau macam mana ?
1. janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika Rembau terus memilih BN
2. akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan
3. akan membina Kampus UITM Rembau, semua ini dengan syarat orang Rembau mengundi BN.
4. menjanjikan akan membina Lapangan terbang di Batu Hampar, Rembau
5. turut akan dibina juga ialah pusat latihan penerbangan bagi Kelab Penerbangan Awam.
6. Janji untuk membina Hospital batu asas dah buat, bayang tak nampak lagi.
Untung orang Rembau... semua janji dah tertunai...
klik
- Rembau bakal di tipu lagi ? (bukti janji Bn)
- Janji PRU Rembau (video)
- Janji kitar semula (keratan media)
- tender hospital menjelang PRU ?
Tuesday, April 03, 2012
Kos tanah Hospital Rembau RM 42.64 juta?

KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan kapasiti 76 katil.
Ketua Cabang Rembau
Friday, March 30, 2012
Jawapan Menteri dalam isu hospital mengundang banyak lagi persoalan.
Wednesday, March 28, 2012
Kenyataan Media : PKR Rembau 28 Mac ; Rembau bakal ditipu lagi ?
Kenyataan Media
28 Mac 2012
REMBAU BAKAL DITIPU LAGI ?
1. Berdasarkan beberapa perkembang ramai menyakini pilihanraya umum akan datang tidak lama lagi. Pasti Bn akan datang sekali lagi dengan janji – janji manis bagi menagih undi rakyat Rembau. Sehubungan dengan itu PKR Rembau ingin mengingatkan janji –janji (penipuan) kosong dalam PRU yang lepas.
2. Semua di ingatkan dengan laporan akhbar terbitan Utusan yang bertarikh 31 Januari 2008 yang menyatakan janji Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan dan Rembau. Dalam laporan media tersebut menyatakan janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika orang Rembau terus memilih Bn. Dia mengatakan akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan. Beliau juga dengan bangga mengumumkan akan membina Kampus UITM Rembau. Semua ini dengan jelas bagi menarik undi pengundi Rembau ketika PRU 2008 terlalu hampir.
3. Dalam Akhbar Utusan Malaysia 21 Febuari 2008 pula Menteri besar yang sama menjanjikan akan membina Lapangan terbang di Batu Hampar, Rembau. Bukan sahaja lapangan terbang tetapi turut akan dibina ialah pusat latihan penerbangan bagi Kelab Penerbangan Awam.
4. Janji untuk membina Hospital pula bukan sekadar kenyataan atau ucapan sebaliknya telah diadakan upacara meletakkan batu asas dalam tempoh kempen PRU 2008 bagi mengelirukan atau menipu rakyat pada 7 Mac 2008.
5. Isu hospital Rembau pula tiba tiba kawasan yang yang 'berhutan' tempat konon nak bina Hospital itu tiba - tiba berpagar dan naik papan tanda tertulis "Cadangan Tapak Projek Membina Hospital Rembau". Persoalanya siapa di Rembau yang tidak tahu di situ tapak projek yang dijanjikan ? Kenapa perlu dinaikkan pagar, dibersihkan kawasan hutan dan membina pagar serta papan tanda di kawasan tersebut ? Persoalanya ialah berapa perbelanjaan yang dibelanjakan hanya untuk memperdayakan rakyat Rembau sekali lagi dengan janji lama ini ? Siapa menanggung perbelanjaan tersebut ? Jika benar tender nak dikeluarkan seharusnya syarikat yang mendapat tender projek tersebutlah yang perlu membina pagar keselamatan termasuk membuat kerja pembersihan tersebut, mengapa wang rakyat terus terbazie sedemikian rupa.
6. Berapa banyak buget atau nilai wang yang terpaksa ditambah rakyat dengan kelewatan pembinaan hospital ini ? (itupun jika dibina) Jika Hospital ini dibina pada tahun 2008 kosnya hanya sekitar RM100juta sahaja memandangkan peningkatan kos bahan binaan kemungkinan kerana kelewatan ini kosnya akan meningkat sekitar 100%. Ini semua kerana kelemahan pentadbiran kerajaan.
7. Dari segi nilai tanah tapak projek hospital tersebut juga amat meragukan. harus diingatkan untuk projek landasan berkembar tanah orang kampung yang berdekatan dengan tapak hospital diambil dengan pampasan hanya sekitar RM1.20 - RM 2.80 sekaki manakala tanah tapak projek Hospital tersebut diambil dengan nilai RM22.00 sekaki. Kenapa wujud begitu jauh perbezaan ? Adakah berlaku penipuan dalam isu penilaian tanah orang kampung yang diambil dalam projek landasan berkembar atau berlaku kegiatan 'mark up' melampau dalam menentukan nilai harga tanah Hospital tersebut yang membawa kepada perbezaan sekitar RM900,000 seekar. Itu belum lagi dibesakan dengan nilai pengambil alihan tanah untuk projek bekalan air yang mengambil tanah orang kampung (secara paksarela) dalam kawasan Rembau (Batu Hampar dan sekitarnya) yang jauh lagi rendah.
8. Namun setiap kali program Bn di Rembau khususnya asyik menuduh konon orang di negeri bawah Pakatan rakyat terniaya dan ditipu dengan janji tak di tunai.... adakah Bn Rembau itu sendiri di mana Ketua Umno Rembau ialah Menteri Besar dan Ketua Pemudanya Ketua Pemuda Umno Malaysia sudah tertunai janji PRU mereka ?
9. Orang Rembau harus sedar dan pengundi di seluruh negara harus tahu apa yang jadi Rembau khususnya mengenai janji PRU yang tak tertunai di Rembau ini. Khabar yang terakhir ialah bagaimana projek UITM akan dibina tetapi bukan di Rembau sebaliknya di kawasan yang dimenangi PR di NS. Maknanya pengundi Umno akan terus dianak tiri kerana mereka menganggap pengundi Umno bodoh dan akan berjaya terus diperbodoh dengan janji yang akan diguna semula pada PRU akan datang. Projek ditumpukan dikawasan PR di N.S ialah untuk memujuk pengundi memilih Bn semula. Akhirnya pengundi perlu cerdik pilih Umno hanya dapat janji, undi PR akan dapat projek pembangunan dan seumpamanya.
10. PKR Rembau juga mengecam tindakan terbaru dimana pimpinan utama Umno Rembau sendiri memperbodohkan pengundi Rembau dengan mengatakan kononya lapangan terbang yang dijanjikan Cuma lapangan terbang mainan.
11. Itu belum menyebut janji – janji kecil seperti menyediakan tuisyen percuma kepada semua anak pengundi Rembau (Pusat tuisyen Emas).
Sekian
BADRUL HISHAM SHAHARIN (che’GuBard)
Ketua Cabang PKR Rembau
* kenyataan ini dibacakan dalam sidang media pada 28 Mac , 11.30 pagi di Rahang, Seremban. Sidang media dihadiri oleh che'GuBard (Ketua Cabang Rembau),Ust Norazman Ahmad (Ketua Penerangan PAS NS), Sani Md Shah (Ketua AMK Rembau), Sharul (AJK PKR Rembau), Zubir (Pengarah P.raya PKR Rembau) dengan menunjukkan semua keratan akhbar yang disebut dalam kenyataan media tersebut.
Thursday, March 22, 2012
Adakah Bn akan datang dengan janji pilihanraya yang dikitar semula



Monday, February 20, 2012
Tender Hospital Rembau Terpaksa dibuka menjelang Pilihanraya


Parti Keadilan Rakyat Rembau
PKR Rembau
Tuesday, January 03, 2012
Kerana politik sempit dalaman parti beri ruang PDRM bertindak dibawah telunjuk Umno
- mesyuarat berjam - jam tetapi perlaksanaan 'zero' contoh hampir 4 jam mesyuarat konon persiap jentera PRK Penanti. Perancangan terperinci namun bila pelaksanaan semua gagal malah delegasi NS 'lari balik' hanya kerana tidak mendapat duit untuk makan. sebaliknya Seremban dan Rembau terus berada di Penanti untuk membuat kerja semampu mungkin.
- Pengerusi hanya ego dan menggunakan veto. Contoh menjelang PRK Bagan Pinang dipanggil satu mesyuarat. Namun lansung tidak dibincang hanya ada terus veto pengerusi dengan keputusan, PKR tidak buka bilik gerakan, tidak ada bendera atau banner cuma bantu kempen apa yang PAS dah ada. Ini keputusan seolah sabotaj ..... atau mungkin ada yang tidak mahu pimpinan pusat dengar sendiri rungutan pengundi Teluk kemang yang kecewa dengan prestasi ahli parlimen mereka ?
- Wujud agen dari Umno dan Polis. Pada PRU 2004 saya terpaksa bertanding di DUN Rantau kerana dua watak dikenalpasti cuba menjual kerusi Rantau iaitu Nordin dan Ibrahim Yusof. Saya dibiarkan bertanding hampir tanpa bantuan. Namun saya tetap hadapi demi menjaga maruah parti. Memang benar selepas itu tetap ada disusun menggunakan orang parti untuk dipertemukan saya dengan seorang berpangkat Dato' untuk saya menjual kerusi Rantau namun saya tolak dan kes ini dilaporkan kepada BPR serta polis. PRU 2008 pula watak sama Ibrahim Yusof datang bertemu saya memujuk untuk saya menjual kerusi Rembau, malah beliau turut bertemu ramai lagi calon PKR termasuk Aminuddin (ADUN Sikamat) untuk memujuk menjual kerusi. Malah selepas pilihanraya masih terdapat beberapa bukti beliau terus berhubung dengan pihak Umno. Orang seperti inilah yang diberi tempat istimewa dalam parti beberapa kali terlibat banyak kes termasuk kes melibatkan kewangan masih dilantik menjadi Ketua Penerangan Negeri. Dia jugalah punca berbincang kerusi diluar mesyuarat sehingga menyebabkan masalah dalam PAS Negeri Sembilan. Itu belum lagi seorang yang mendapat tempat istimewa hingga mendapat kedudukan dalam jawatankuasa pilihanraya pusat. Masih che'GuBard ingat watak ini yang ketika timbul kes Saiful bagaimana dia sendiri secara terbuka menyatakan percaya terhadap kes tersebut benar berlaku, kini menyelinap sehingga ke ibu pejabat. Ini saya telah tegaskan termasuk depan ketua umum.
Tuesday, October 04, 2011
ADUN Johol meninggal ; PKR Rembau ucap takziah.
Saturday, May 07, 2011
Saya cuma insan kerdil dalam perjuangan yang besar
2. che'GuBard masih Ketua Cabang PKR Rembau, ahli seumur hidup PKR.
3. Semalam (6 Mei, 2011) saya meninggalkan rumah di Seremban sekitar jam 4.00 pagi untuk berada di Utara bagi paginya untuk beberapa pertemuan untuk urusan perniagaan. 2.30 petang saya ke KOMTAR untuk membincangkan beberapa perkara termasuk penyusunan program Ramadhan bagi mendekati Anak Muda melalui SAMM. Semua kena bersiap kerana mungkin ini Ramadhan yang terakhir sebelum berdepan PRU ke 13. Melihatkan perkembangan sebelum ini Ramadhanlah bulan dimana Umno memanipulasi sentimen untuk menyerang Pakatan Rakyat. Kemudian terus bekejar ke Taman Angsana, Kulim untuk dialog sempena program jamuan petang. Sebaik sahaja selesai terus bekejar untuk program pertemuan selepas Maghrib sebelum ke Ceramah Umum di Kampung Siam, Lunas yang dihadiri lebih 1000 orang. Dalam pada masa jadual yang padat dan penuh dapat pula panggilan telefon 'mama' dikejarkan ke Hospital KPJ, Seremban dan dimasukkan wad. 7 Mei jadual juga padat di Utara yang sepatutnya diakhirkan dengan ceramah umum di Dewan Cina, Jln Pandak Ahmad di Batu Gajah. Mujur apabila bercakap melalui telefon 'mama' kata dia 'ok' cuma gastrik teruk dan letih sangat. Dia sendiri nasihat tak perlu balik teruskan program dah selesai baru balik, jangan hampakan aktivis parti yang dah susah payah susun program.
4. Sememang jadual padat turun menggerakkan penerangan dan penyusunan anak muda merupakan rutin biasa, dua minggu sehari baru ada rehat sehari untuk bersama keluarga. Malangnya dalam kesibukan begini tiba - tiba dihujani ratusan panggilan, sms, email dan seumpamanya bertanya pasal keluar parti. Ada yang dilayan tetapi banyak yang tak dilayan.
5. Di kesan antara puncanya ialah berita di The Malaysian Insider (TMI) yang menyiarkan mengenai persoalan che'GuBard mungkin meninggalkan parti. Link berita seperti dibawah :
- http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/chegubard-to-leave-pkr-for-pakatan-party/
- http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/chegubard-keluar-pkr-sertai-komponen-pakatan/
7. Cuma kekeliruan ini menyerlahkan sebenar sikap teman dan lawan. Pro Bn sudah tentu kecewa dan saya terus diserang kerana mulanya mereka mungkin seronok dengan berita che'GuBard keluar parti, namun ternyata mereka makan hati apabila mendengar kononya keluar PKR tetapi masih bersama PR.
8. Saya tidak nafi memang saya tidak disenangi oleh beberapa 'pemuka' dalam parti. Saya dituduh pengkhianat dan menyerang parti. Persoalanya apa pengkhianatan saya ? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan ? atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat kianat ?
9. Saya tidak nafi memang saya berdepan dengan perbagai masalah pasca pemilihan, saya mendesak keadilan dan ketelusan tetapi saya pula dianggap musuh. Saya pertikaian laporan 'diselesaikan' dengan lansung saya tak dipanggil mengadap mana-mana jawatankuasa.
10. Namun saya tetap bersabar kerana agenda besar menumbang Bn dan mendesak perubahan dalam negara. Saya tidak ke media arus perdana walaupun banyak kali berpeluang berbuat demikian. Saya juga dihubungi agensi regim yang mahukan laporan salinan laporan saya yang punya fakta jelas agar parti boleh disabit terganggu daftarnya...namun semua saya elakkan.
11. Pergerakan saya sentiasa mengundang cuak puak yang dengki. Program SAMM berbentuk karnival yang kami buat pada Febuari lepas mahu dibatal oleh pemuka PKR dengan menemui pihak Majlis Kerajaan Tempatan untuk tujuan kami tak dibantu atau dibatal lesen. Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung. Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan PRK sebagai NGO mendekati anak muda, Ketika sibuk di Tenang ada pula pemuka jahat yang cuba melagakan gandingan baik SAMM dan sebuah pertubuhan yang dinamakan ANAK (klik). Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Namun semua tak dilayan saya terus bergerak, syukur masih ramai teman dalam PKR atau PR secara umumnya tidak mempedulikan perkara ini dan terus fokus. Tindakan 'busuk' mereka ini yang sebenar memalukan parti.
12. Rujuk semula berita TMI yang salah petik yang dinyatakan diatas. Ternyata berita tersebut menyebut sumber 'rakan di NS' (yang dipercayai seseorang dalam Perhubungan PKR NS yang tak senang dengan agresif cara saya bergerak) dan sumber dalaman ibu pejabat... dalam keadaan saya tidak melayan karenah media ada pemuka ini yang melayan media dengan perbagai tohmah.
13. Mereka ini sanggup menggunakan akhbar musuh untuk memuaskan nafsu politik mereka. Mereka sanggup bercakap dengan kertas tandas (meminjam cara Azmin Ali merujuk Utusan Malaysia). Klik sini saya cabar mereka ini keluar dan jangan berselindung disebalik kertas tandas dan menyamar dengan nama 'sumber'.
14. Kelemahan saya selaku ahli politik ialah saya tidak mampu bermuka dan bermanis kata sahaja. Bagi saya ini medan juang dan anak muda harus jadi kumpulan pendesak.
15. Kepada yang cuba menghubungi, menghantar sms atau email menyatakan sokongan saya amat hargai. Kepada yang menghantar masej caci dan maki juga dirai tetapi saya cuma menyatakan saya kerdil dalam dunia perjuangan yang besar. Sejak hari pertama saya melangkah saya telah tahu ia satu medan yang payah, namun demi cita - cita besar perubahan negara saya kayuh juga. Saya juga berharap agar kalau nak serang serang sahaja saya jangan sampai babitkan keluarga, anak serta isteri saya.... mereka banyak berkorban dengan hidup seadanya demi sama berjuang.
Sesiapa pun dijemput ikut rutin saya turun ke bawah jadual saya sila klik sini.
16. Jika saya mahukan jawatan banyak cara saya pasti memperolehinya, malah saya pernah menolak tawaran pun. Selaku anak muda saya yakin tidak salah mengimpikan sebuah gerakan yang sempurna dan untuk itu saya terus dan akan terus mendesak dan mengasak untuk perubahan itu.
Maaf kalau bercakap benar itu salah dan harap posting ini boleh menjelaskan. Kepada anak muda ayuh susun gerakan, perubahan perlu didesak bukan untuk ditunggu.
Thursday, April 28, 2011
Kerajaan Umum bina Hospital baru di Nilai, Janji Hospital Rembau mana ?

Cadangan ini telah mendapat respon positif dari ADUN kawasan berkenaan YB Yap Yau Weng (DAP - Nilai) yang mengucapkan terima kasih.
"“Jika adanya hospital besar di situ, orang ramai khasnya pesakit di Nilai tidak perlu bersusah payah berulang-alik ke Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban untuk mendapatkan rawatan,” Yau Weng dilaporkan berkata demikian semasa membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri ke-12, di sini, semalam.
Perkembangan ini mengesahkan teori bahawa Kerajaan Barisan Nasional menggunakan peruntukan dan tawaran pembangunan sebagai alat politik meraih undi. Kawasan Nilai dimenangi oleh Pakatan rakyat termasuk kawasan Parlimennya maka kawasan tersebutlah mendapat tawaran pembangunan. Malangnya di kawasan yang Umno dan Barisan Nasional kuat bukan sahaja seolah tercicir malah janji yang ditabur juga tidak ditunaikan kerana Barisan Nasional yakin mereka akan terus menang dikawasan tersebut.
Contohnya Hospital Besar Rembau telah dijanjikan beberapa kali dan yang terbaru ia diulang dalam pilihanraya umum yang lalu. Siap dengan upacara meletakkan batu asas yang mendapat liputan media dan dipaksa pula dihadiri oleh penjawat awam. Namun sehingga ini Hospital tersebut masih gagal dibina. Tapak pembinaan hospital tinggal sunyi.
klik sini untuk membaca lanjut perihal tawaran Hospital Besar Rembau.
Maka jika banyak permintaan atau janji tak tertunai, maka pengundi seharusnya bijak... tukar status kawasan yang kuat Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat nescaya kawasan anda akan menjadi tumpuan.
Monday, February 28, 2011
Siapa Yang Menjanjikan Hospital Kepada Orang Rembau ?

11 JAN 2011 – Setelah hampir 3 tahun, Chegubard, Ketua Cabang PKR Rembau melawat Batu Asas Hospital Rembau dimana projek RM 100 Juta Hospital Rembau masih belum berjalan
Kenapa ? Tak Percaya ?
Berita berkaitan :
http://solidaritianakmuda.blogspot.com/2011/01/penganiayaan-rakyat-rembau-oleh.html
http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html
http://amkns.blogspot.com/2011/01/chegubard-lancar-dana-pembinaan.html


.jpg)