Kenapa Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha susah sangat mahu mengulas mengenai pertandingan Miss Tourism Antarabangsa 2015 di Melaka yang keputusannya akan diketahui hari ini?
Komen sekadar "yang itu biarlah" sama sekali tidak mencerminkan nilai yang baik dari segi hukum agama. Kalau haram, katalah haram dan kalau halal pula, katalah halal.
Kalau dalam isu vape begitu pantas pemimpin agama mengatakannya haram, kenapa jadi berat mulut berkenaan ratu cantik?
Apakah dengan mengatakan "yang itu biarlah" bermakna pertandingan ratu cantik bukan saja boleh diadakan di Melaka, bahkan juga sudah bebas di mana-mana di negara kita selepas ini?
Adakah sekarang antara halal dan haram sudah ada komprominya?
Betullah lebih baik bubar saja JAKIM yang mentedarah duit rakyat berjuta ni.
No comments:
Post a Comment