Thursday, January 14, 2016

Kerana Azmin parti berpecah


Catatan terbuka
14 Januari 2015
Setelah hampir dua minggu pimpinan AMK pusat menjadikan PKR bahan ketawa umum , akhirnya Ketua AMK muncul mengesahkan sesuatu yang serius sedang berlaku dalam  PKR.
7 Januari lepas exco AMK pusat Halimah Nasoha membuat kenyataan terbuka menggesa Pimpinan kanan parti campur tangan pertembungan Azmin dan cheGuBard. Dia mengakui pertembungan ini menjejaskan parti dan turut mencabar jika Azmin benar tidak menipu apabila mengatakan ada tender terbuka dalam kes balak yg dibangkitkan sila seret cheGuBard ke mahkamah krn menfitnah.
Beberapa pimpinan AMK didedahkan melalui imej screen shoot aplikasi whats app komunikasi AMK menyerang Halimah dengan lucah,seksis dan menghina wanita. Malah turut memuat naik gambar peribadi dia bersama beberapa wanita lain yg dipercayai diambil.dari kelas zumba.
Ini sangat mengaibkan, ia turut melibatkan keluarga wanita lain yg turut diaibkan dan sudah tenti imej AMK selaku pimpinan muda PKR mula dipandang rendah.
Beberapa jam selepas terdedah imej itu, Halimah telah mengetahui dia dipecat melalui kenyataan media Timbalan Ketua AMK yg cukup dikenali sebagai pembodek Azmin.
Selaku exco yang menang bertanding jelas Timbalan Ketua AMK memecat Halimah dengan cara salah.
Panik diserang di media, Timbalan Ketua AMK Selangor cuba memutar belit dgn mempergunakan agama kononya mereka tak hina wanita tp minta halimah tutup dada (aurat) dulu. Tanpa mereka sedari ini lebih menyebabkan AMK dilihat sinis.
Namun mereka tak terhenti begitu pimpinan AMK masih memberikan komen fb yg lucah dari antaranya dari naib ketua amk kelang.
Ramai juga tertanya kenapa jadi begini ? Penjelasan yg ada mudah, pertama apabila Azmin hanya menjadi pemimpin menjaga kelompok tertentu saja maka parti berpecah. Ini yg jadi pada AMK apabila wujud kelompok pembodek Azmin yg tak hormat organisasi dan sentiasa menguatkan lelompok sendiri sahaja bukan organisasi.
Kedua maka kelompok pembodek dalam AMK panik Azmin diserang dan jelas kantoi menipu maka semua pelik terjadi termasuk melucah dan menghina wanita.
Saya simpati dan sedih dgn apa berlaku. Parti harus bertindak tegas. Namun tidak mahu apa berlaku mengalihkan usaha mengasak kerajaan selangor utk terus berada pada garis dan lunas reformasi.
Kepada semua saya pertegaskan ini bukan persoalan politik atau perbezaan pendapat dalamn parti tapi ini soal reformasi dalam kaedah tataurus atau pengurusan kerajaan negeri.
Persoalan tuntutan reformasi bukan sekadar merubanh kerajaan tetapi kaedah pengurusan yang lebih telus, efisien dan bertanggungjawab kepada rakyat yang telah memberikan amanah dan pengharapan kepada KeADILan dalam melaksanakan agenda reformasi secara menyeluruh.
Kaedah reformasi dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri di bawah Keadilan/Pakatan Harapan sepertimana yang digagaskan oleh DSAI menegaskan tentang prinsip2 dasar ke arah ketelusan, pertanggungjawaban dan keberkesanan (effisien) dalam memenuhi tuntutan amanah rakyat yang inginkan perubahan. Jangan khianat prinsip ini, walaupun Anwar terpaksa merengkok di penjara bagi mempertahankan prinsip-prinsip reformasi.
11 Jan lepas saya telah hadir sesi pendengaran terhadap aduan yg saya buat ke atas Azmin Ali. Sejak kali pertama 2010 sudah berpuluh aduan disiplin saya buat namun dibawah pengerusi Jawatankuasa Disiplin yg baru ini, barulah kali pertama aduan saya diproses dan didengari. Saya telah menyerahkan beberapa dokumen bukti termasuk dokumen berlabel rahsia yg membuktikan Azmin menipu bila menyatakan balak tersebut diberi secara tender terbuka.
Sekian.
che'GuBard
Anggota seumur hidup PKR

7 comments:

  1. telah berjaya lah umeno bn utk pecahbelahkan PKR dan MB selangor melalui AMK cegu Bad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous9:23 AM

      Macai/pencacai azmin detected...

      Delete
  2. Anonymous1:38 PM

    Kalau dah leluhurnya umno..mmg x boleh ubah perangai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous10:07 PM

      Layan jelah posting orang tak sekolah ni

      Delete
  3. Gila reformasi tk habis2 mcm ni la kalau seseorg tu membina nama dgn reformasi aku rasa chegubadut ni tk join pun masa org buat reformasi dulu saja je nk menggunakan perkataan reformasi kut2 ada la seorg dua ahli party yg terkenangkan zaman dulu

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:50 PM

    Chegu bard ni antara pewalak dap

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:43 PM

    punca mudah budak2 masuk politik nak kaya dan pangkat... jumpa Azmin yg korup maka jahanam

    ReplyDelete