Tuesday, January 05, 2016

Jemputan sidang media jawab cabaran dan tuduhan (penghinaan) terbaru Azmin Ali

5 Januari 2016
4.00 ptg

Nota ringkas ini sebagai respon kepada cabaran dan tuduhan Azmin terbaru kepada saya.

1. Selepas menggunakan perkataan "pencacai" kini Azmin menghina saya guna perkataan "menyalak".. namun saya faham ini kerana Azmin mungkin panik sebab tak sangka kertas MMKN (mesy.exco) boleh bocor dan terbukti dia berbohong bila menyebut syarikat yg dapat kawasan balak spt saya dedahkan melalui tender terbuka.

Saya menegur isu agihan zakat, DEIG, gerbang Selangor, balak dan lain lain adalah demi kebaikan namun malangnya bukan sahaja tidak diperjelaskan malangnya saya dihambur dengan ugutan dipecat dari parti dan dihambur gelar hina oleh Azmin.

2. Azmin selaku ahli politik kanan seharusnya lebih bijak memberi komen ttp marah dan panik telah menyerlahkan sikap sebenar beliau. Tp jika dirujuk bapa angkatnya pernah memanggil saya kucing kurap maka ia tidak pelik.

3. Saya mengajak semua termasuk Azmin merujuk kenyataan media penuh saya dgn klik http://chegubard.blogspot.my/2016/01/gerbang-kenyataan-adun-undang-lebih.html?m=1
dan memahami sebelum memberi respon.

4. Teguran dan kritikan dalam mengurus tadbir kerajaan adalah proses demokrasi yang kita sama perjuangkan. Adakah azmin sudah meninggalkan asas itu ?

5. Kaedah reformasi dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri di bawah Keadilan/Pakatan Harapan sepertimana yg digagaskan oleh DSAI menegaskan ttg prinsip2 dasar ke arah ketelusan, pertanggungjawaban dan keberkesanan (effisien) dalam memenuhi tuntutan amanah rakyat yg inginkan perubahan. Jangan khianat prinsip ini, walaupun Anwar terpaksa merengkok di penjara bagi mempertahankan prinsip2 reformasi.

6. Berkenaan tuduhan (penghinaan) dan cabaran Azmin saya akan jawab dalam satu sidang media seperti di bawah ;

6 Januari 2016 (Rabu)
12.15 tengahari
Pusat Gerakan Rakyat (PaGeR) SAMM,
No.344 (Ting 1 & 2), Jln Haruan 5/8, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban,N.Sembilan DK
Pertanyaan +60183557923

Sekian.

cheGuBard
anggota seumur hidup PKR
merangkap bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Ketua Cabang Rembau

(Sebar)

1 comment:

  1. Anonymous10:15 AM

    Assalamualaikum sdra chegu bard.
    Ambil jalan tengah..minta maaf walau tak buat salah dan tumpu usaha sdra pada amanah rakyat.
    Jika ada bukti penyelewengan..serah pada pihak berkuasa. Biarlah pihak berkuasa yg jalankan tugas mereka. Itu lebih afdal.
    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete