Saturday, October 10, 2015

SAMM dijemput membentangkan hasil bengkel di depan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP)

Kenyataan Umum

11 Oktober 2015


1. 7 - 9 Ogos lepas SAMM telah mengadakan Rapat  03/2015 , seperti biasa rapat ini akan mengeluarkan satu resolusi yang akan menjadi pedoman kepada gerakan SAMM bagi 4 - 5 bulan ke depan. Antara yang diputuskan dalam Rapat tersebut ialah untuk SAMM memfokuskan perubahan sistem dan menolak mood politik porpulis yang hanya menukar individu tertentu semata - mata. SAMM perlu fokus penerangan atau menvisualkan apa dia perubahan sistem sistem yang dicitakan.
sila klik sini bagi membaca resolusi penuh.

Sehubungan dengan itu maka melalui dua sekolah politik yang diadakan secara bengkel telah melahirkan satu blue print negara perubahan yang dikenali sebagai Jalur tuntutan negara perubahan 1 yang menjelaskan mengenai Reformasi parlimen, Pilihanraya Kerajaan Tempatan , Perlantikan dan pembentukan suruhanjaya, Reformasi Pilihanraya, Kebebasan Media, pengurusan dana politik dan Had kuasa eksekutif.

Buku siri satu ini lengkap sehingga dimasukkan draf pindaan undang - undang yang perlu dilakukan. Blue Print ini juga akan jadi asas kepada tuntutan kerajaan baru yang terbentuk. Ia akan diserahkan kepada semua ahli parlimen sebelum sidang parlimen akan datang. Kesempatan krisis dalam negara hari ini perlu di ambil kesempatan bagi mengenengahkan idea kukuh negara pembaharuan.

2. Draf awal nya telah dihantar ke perbagai pihak dan minggu lepas kami telah dihubungi oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk kami membentangkan sebahagian Buku Jalur Tuntutan Negara Perubahan 1 iaitu berkenaan draf cadangan pengurusan dana politik dihadapan jawatankuasa.

3. SAMM mengucapkan terima kasih atas pengiktirafan tersebut dan ini menunjukkan keterbukaan Jawatankuasa tersebut dalam menerima pandangan dan pendapat perbagai pihak khususnya kelompok muda dalam negara ini. Kami menganggap ia usaha serius ke arah peneguhan integriti dalam negara dan perubahan sistem yang sama kita cita - citakan.

4. Sesi pembentangan tersebut dijadualkan 30 Oktober 2015 di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur. Untuk itu SAMM masih membuka pandangan perbagai pihak berkenaan tajuk pengurusan dana politik untuk melengkapkan lagi pembentangan yang akan dilakukan.

Semua cadangan dan pandangan boleh dihantar terus ke email samm4anakmuda@gmail.com

Sekian dan terima kasih.

cheGuBard
Pengasas SAMM

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete