Tuesday, October 27, 2015

GEMPAR ! Bekas peguam Anwar dedah dipujuk wakil Mahathir untuk mengaku diliwat Anwar

GEMPAR !! 
KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peguam Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay (yang kini merupakan ahli parti komponen Bn)
mendakwa bekas ahli wanita Umno Langkawi Anina Saaduddin memujuknya agar membuat pengakuan diliwat oleh Anwar.
Bagaimanapun, Anina ketika dihubungi Berita Daily berkata beliau mahu orang ramai menilai sendiri pengakuan Yuktes itu.

Beliau juga enggan mengulas lanjut.

Anina didakwa menjanjikan kemewahan dan kesenangan sekiranya, Yuktes bersetuju dengan cadangan tersebut.

Yuktes dalamFACEBOOK dilaporkan menulis, apabila meninggalkan Anwar keselamatannya terancam dan kereta Hondanya dibakar.

Beliau mendakwa dibelasah hingga ada tiga jahitan di kepala.

"Dalam masa krisis itulah saya didatangi Anina Saadudin yang perkenalkan dirinya sebagai wakil mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Kata Anina, beliau nak jumpa saya sebab Tun telah mula "take notice of me" dan telah suruh Setiausaha Sulit dia untuk jumpa saya melalui Anina.

"Saya tanya dia kenapa Tun nak jumpa?

"Jawab Anina, hanya mengaku awak kena liwat oleh Anwar. Ia akan membantu BN menang pilihan raya," katanya dalamFACEBOOK itu.

Bagaimanapun, menurut Yuktes, beliau bukan Ainina, macai Mahathir.

Usaha menghubung Yuktes bagaimanapun, gagal.

3 comments:

  1. Penulisan semakin mengarut.Ingat dosa dan pahala.

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:24 PM

    Satu lagi drama tamel......woow bokopis ha!

    ReplyDelete
  3. WargaMarhaenUmno10:58 AM

    Dia mabuk air ketum kot! Nak wat citer pong bajetlah sikit...dok gitu, che'gubard?

    ReplyDelete