Monday, October 05, 2015

Azmin menipu bila nafi wujud tuntutan mesyuarat MPP tergempar

Catatan Umum

5 Oktober 2015

1. Tulisan ini perlu dibaca dengan tulisan 'coup de tat' dalam PKR ? 
http://chegubard.blogspot.my/2015/10/coup-de-tat-dalam-pkr.html

2.dua orang Anggota jawatankuasa pusat PKR dalam FMT menafikan dengan cara tidak ada istilah rampasan kuasa dalam perlembagaan. Saya perjelaskan istilah 'coup de tat' itu saya gunakan bagi menggambarkan keadaan ke arah undi tidak percaya.

3. Azmin pula dalam beberapa media menafikan wujud apa yang saya tulis sebelum ini dan mengatakan saya bankrap. Saya nak bagi tahu Azmin, ya saya tak sekaya kamu yang banyak duit dalam politik ini, ya saya kain pagi makan pagi namun saya belum bankrap. 

Adakah kerana saya bekas MPP, bekas ketua Cabang maka saya tak boleh beri pandangan. Bapa angkat merangkap god father Azmin juga bekas pemimpin Umno elok je dia komen hari-hari.

4. Ini semua penafian dangkal malah Azmin jelas menipu. Saya tulis dengan jelas dan saya tampilkan bukti salinan petisyen tersebut. Tetapi biasalah Azmin memang biasa, seperti sebelum ini umum taat setia bersama satu - satunya calon MB dari Pakatan Rakyat tetapi dia melobi diri sendiri termasuk menggunakan jaringan bapa angkatnya dan akhirnya memalukan presiden PKR sendiri maka kali ini jika dia menipu lagi maka tidak pelik.

5. Petisyen memang wujud. Soalnya sekarang, Wan Azizah telah mulakan inisiatif memanggil meja bulat bincang soal kewujudan pakatan baru. Wan Azizah jugalah yang mengetuai sidang media mengumumkan Pakatan Harapan. Maka tiba - tiba ada sekumpulan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diselaraskan oleh Kartel Azmin telah membuat petisyen mendesak diadakan mesyuarat pusat tergempar atau MPP khas bukan membincangkan tetapi jelas mempertikaikan tindakan Presiden PKR mengumumkan penubuhan pakatan baru. Tajuk petisyen itu pun menggunakan perkataan tuntutan bukan permohonan menggambarkan ke arah mana mesyuarat tersebut hendak di bawa.

6. Keluar petisyen tuntutan yang jelas mempertikaikan tindakan presiden sudah memalukan presiden parti. Jika mesyuarat tersebut mengambil sikap menolak penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan maka apa nasib dan di mana maruah Wan Azizah selaku orang politik dan Presiden PKR ? Ini adalah proses undi tidak percaya kepada Wan Azizah itu sendiri.

7. Saya tegaskan dalam tulisan saya sebelum ini dengan memahami perbagai sentimen sehingga membawa kepada petisyen tuntutan tersebut namun bukan keputusan mesyuarat itu saja tetapi pestisyen tersebut sendiri sudah memalukan presiden PKR dan nampaknya kartel Azmin cekap mengambil kesempatan.

8. Maka buat Azmin tahniah, kamu cekap dan sangat licik sebagai ahli politik yang mementingkan diri. Tak perlu malu dengan kenyataan kamu dengan penafian yang menipu dan menuduh cheGuBard pula bangkrap.

9. Kepada MPP dan semua harus berfikir panjang, kita sudah malu secara amnya kerana dalam keadaan kita menanti undi tak percaya ke atas Najib dalam Umno dan dalam Parlimen, tiba - tiba Kak Wan terpaksa berdepan rampasan kuasa. Tentu Kem Najib sedang tersenyum.

10. Mesyuarat MPP setiap bulan, mesyuarat Biro Politik setiap minggu maka apa salahnya kalau sekadar nak bincang, bincang saja tunggu mesyuarat biasa biro politik mingguan atau MPP bulanan tidak perlu malukan Presiden dan parti dengan panggil mesyuarat tergembar dengan petisyen begitu.

Muncul juga persoalan, adakah peranan Mahathir, ada dalam usaha undi tidak percaya kepada isteri Anwar Ibrahim kali ini ? 

11. Saya sebut dengan jelas di sini Azmin dan beberapa ahli parlimen dalam kartelnya tidak menandatangani komitmen bagi undi tidak percaya ke atas Najib di Parlimen. Hampir semua MP PKR dan DAP serta AMANAH tandatangan untuk nyata komitmen bersama kecuali 4 orang dari Azmin dan kartelnya. Ini menunjukkan cekap politik Azmin, berapa banyak kolam dia main pun tak pasti mungkin baginya asal dia untuk dan mendapat tempat.

Sekian ;

che'GuBard

kenyataan ini perlu dibaca dengan kenyataan sebelum ini sila klik http://chegubard.blogspot.my/2015/10/coup-de-tat-dalam-pkr.html






No comments:

Post a Comment