Sunday, October 25, 2015

Misteri MH370 : Apa sebenarnya terjadi ? (siri 3)

artikel ini merupakan siri ke 3 ikuti tulisan sebelum ini di http://chegubard.blogspot.my/2015/10/misteri-mh370-apa-sebenarnya-terjadi_22.html

PESAWAT YANG DITEMBAK DI UKRAINE PADA 17 JULAI 2014 SEBENARNYA BUKAN MH17

Kapalterbang yang ditembak di Ukraine pada 17 Julai 2014 bukannya MH17 seperti yang diputarbelitkan oleh Media.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sepatutnya berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 pada pukul 12.30 tengahari.

Para penumpang yang dikatakan telah menaiki MH17 di Schiphol Airport Amsterdam itu sebenarnya telah diculik oleh Mossad ketika masih menunggu di Schiphol Airport.




Penerbangan MH17 yang sebenarnya telah dibatalkan penerbangannya pada hari tersebut. Lihatlah buktinya dibawah.
Gambar dbawah diambil oleh salah seorang penumpang "MH17" pada pukul 11.03 pagi pada 17 July 2014 dan diposkan ke Facebook dan menulis mesej :"In case my plane goes missing like mh370 here's a photo of it so you can find it".

Cuba lihat perkataan "RC" di bahagian roda depan pesawat MH17.




Tetapi di kawasan tapak kemalangan pula menunjukkan "RD".


Ini bermakna bahawa para penumpang MH17 yang sepatutnya menaiki pesawat "RC" pada pukul 12.30 tengahari itu telah diculik oleh Mossad dan kemudian membawa mereka ke lokasi rahsia.


Terdapat beberapa peristiwa yang membongkar kegiatan di Schiphol Airport yang dikaitkan dengan kegiatan rahsia MOSSAD. 

Antaranya peristiwa-peristiwa berikut;

1. Kapalterbang Israel mempunyai status istimewa di lapangan terbang schipol. Pada tahun 1992, Pesawat kargo ke Tel-Aviv El Al yang membawa bahan-bahan terlarang untuk perang biologi , yang di buat di US dan untuk dihantar ke Israel, terhempas di Amsterdam melanggar bangunan apartment. Pada mulanya di rahsiakan oleh pihak Belanda atas permintaan Israel tetapi didedahkan dalam satu lapuran rasmi pada Oct 1998, akhbar NRC Handlesblad melapurkan dari dokumen rasmi penyiasatan kapalterbang yang terhempas tersebut membawa 190 litre dimethyl methyl phosphonate, kimia yang digunakan untuk hasilkan gas beracun sarin.

2. Pengakuan bekas menteri pertahanan Belanda Henk Vredeling dalam temubual TV NOS mengaku Belanda menjadi proksi Israel dalam perang Yom Kippur. Mereka menggunakan Schiphol Airport untuk menghantar bekalan senjata secara rahsia ke Israel dalam perang Yom Kippur 1973. Pada 29 Januari 1999, Hakim Besar Belanda mengaku kakitangan sekuriti El Al di Schiphol Airport adalah cabang polis rahsia Israel MOSSAD.

3. Pada 25 Desember 2009, terdapat cubaan untuk meletupkan pesawat Northwest Airlines Flight 253. Seorang lelaki Nigeria Umar Farouk Abdulmutallab cuba meletupkan letupan disembunyikan dalam seluar dalamnya tetapi gagal. Ia didakwa sebagai rancangan al-Qaeda untuk meletupkan kapalterbang tersebut. Terdapat lapuran lelaki tersebut diberi kebenaran memasuki pesawat walaupun tidak mempunyai passport.



JADI KENAPA MEDIA MENGATAKAN MH17 YANG DITEMBAK?

Jawapannya ialah:

Isreal ingin memulakan peperangan darat di Gaza (7 Julai hingga 26 Ogos 2014) dan untuk itu mereka memerlukan suatu insiden atau peristiwa yang besar berlaku supaya pandangan dunia dapat dialihkan. 


Jadi mereka telah merancang untuk menggunakan kapalterbang awam yang telah mereka rampas dulu (Bukan MH370 atau MH17)  dan mereka ingin menghempaskannya di Ukraine dan kemudian mereka akan menyalahkan Rusia.

Mereka memasukkan mayat-mayat yang telah mereka awetkan (Bukan penumpang dari MH17) itu kedalam kapalterbang tersebut. Kemudian mereka melancarkannya sebagai MH17 (bukan MH17 yang sebenarnya). Mereka menggunakan sistem kawalan jauh untuk mengawal pesawat tersebut dan selepas sampai di Ukraine, mereka menembaknya melalui pesawat tempur.



Selepas pesawat itu terhempas di Ukraine, mereka mula membawa serpihan kapalterbang MH370 yang telah mereka hancurkan sebelum ini (di lokasi rahsia) dan mereka mula menyusun serpihan itu bersama-sama dengan bangkai pesawat yang terhempas itu untuk menunjukkan kononnnya MH17 yang terhempas.

Meraka sangka MH17 adalah sama bentuknya seperti MH370.



Enjin pesawat yang terhempas itu sebenarnya bukan milik Boeing 777 tetapi kelihatan lebih kecil lagi saiznya.

Media-media diseluruh dunia telah diarahkan oleh Mossad untuk menghebahkan bahawa MH17 telah ditembak. Dalam sekelip mata, Amerika menuduh Rusia yang bertanggungjawab meletupkan pesawat itu.

Kalau kita kaji sejarah kes-kes pesawat terhempas, kita akan dapati kes itu mengambil masa bertahun-tahun untuk mengetahui punca sebenar kemalangan. TETAPI dalam kes MH17 ini hanya mengambil masa beberapa minit untuk mereka menuduh Rusia yang kononnya menembak pesawat MH17 sehingga terhempas.



Berikut adalah bukti-bukti yang penting untuk kita renungkan:

1) Mayat-mayat yang dijumpai disitu telahpun reput dan tidak ada sebarang kesan darah. 
2) Terdapat kesan-kesan penyeksaan pada badan mayat-mayat.

3) Mereka juga menyusun patung-patung silikon yang rupanya hampir sama dengan manusia di tapak kejadian (lihat gambar dibawah).





4) Passport –passport yang dijumpai disitu menunjukkan tidak ada sebarang kesan terbakar dan masih baru.


5) Bangkai kapalterbang yang dijumpai itu jelas menampakkan tanda-tanda MH370. Mereka sengaja meletakkan serpihan kapal terbang MH370 kerana mereka menyangka bahawa tidak ada perbezaan diantara MH17 dan MH370. Tetapi mereka tersilap. Bendera Malaysia yang terdapat diatas tingkap penumpang berhampiran pintu masuk adalah berlainan lokasi untuk MH370 dan MH17.



PENEMUAN BANGKAI PESAWAT KONONNYA DARI MH370 DI PULAU REUNION.

Pada 6 Ogos 2015, Serpihan bangkai pesawat yang kononnya adalah dari MH370 telah ditemui di Pulau Reunion, berhampiran Madagascar di lautan Hindi.

Selepas 515 hari pesawat MH370 dilaporkan "hilang", akhirnya ada segolongan manusia yang cuba menipu penduduk dunia dengan meletakkan serpihan kapal terbang di Pulau Reunion dan mengaku yang kononya itu adalah milik MH370.

Adakah "mereka" fikir bahawa manusia di seluruh dunia adalah bodoh dan akan menerima sahaja setiap apa yang "mereka" katakan?

Jika kita lihat gambar serpihan pesawat tersebut, jelas menunjukkan ada kesan "Barnacles" iaitu sejenis siput laut yang sentiasa melekat pada perut perahu atau tiang yang terendam dalam air. Kenapa siput laut itu masih melekat pada serpihan tersebut?


Ini menunjukkan bahawa serpihan tersebut sebenarnya disimpan didalam kolam yang dikawal oleh orang tertentu selama 515 hari kemudian mereka membawa serpihan tersebut dan meletakkannya ditepi pantai untuk menipu manusia.

Pembuat Kapal Terbang Boeing telah membuat pendedahan bahawa serpihan yang dijumpai di pulau Reunion itu bukannya dari pesawat Boeing.



Lihatlah komen di bawah yang dipetik dari website www.jimstone.is.






Sumber rujukan:
http://82.221.129.208/aa6index.html
http://www.parhlo.com/8-signs-prove-mh17-mh370-planes-conspiracy-alert/
http://humansarefree.com/2014/07/busted-mh-17-was-in-fact-lost-flight-mh.html
http://www.veteranstoday.com/2015/07/18/french-claim-mh17-was-mh370/
http://www.smh.com.au/nsw/the-couple-who-lost-loved-ones-on-mh370-and-mh17-20150702-gi3fvz.html
http://conspiracyoz.com/2014/03/31/this-man-says-he-knows-what-happened-to-flight-mh370/
http://www.historycommons.org/timeline.jsp?timeline=torture,_rendition,_and_other_abuses_against_captives_in_iraq,_afghanistan,_and_elsewhere&hr_us_bases_and_interrogation_centers=hr_diegoGarcia
http://humansarefree.com/2014/03/malaysia-flight-370-hijacked-by-us-air.html
http://nodisinfo.com/malaysian-airlines-mh17-fake-crash-mossad-plot/
https://www.metabunk.org/solved-mh-17-was-9m-mrd-so-why-are-there-photos-of-9m-mrc-d-partially-obscured.t4006/
http://www.dcclothesline.com/2014/07/27/mh17-hoax-crash-scene-evidence-reveals-boeing-777-engine/
http://www.independent.co.uk/news/world/asia/malaysia-airlines-mh370-copilots-phone-was-on-and-made-contact-with-network-tower-30-minutes-after-plane-turned-around-9262025.html
http://www.dailymail.co.uk/news/article-3025270/I-make-plane-s-doors-Inhabitants-tiny-remote-Island-Indian-Ocean-saw-low-flying-jet-morning-MH370-went-missing-plead-investigators-visit-share-story.html
http://www.abovetopsecret.com/forum/thread1002237/pg1
http://jeffwise.net/2015/08/21/french-report-investigators-cant-link-reunion-flaperon-to-mh370/
http://humansarefree.com/2014/03/with-disappearance-of-malaysian.html
http://www.islamicinvitationturkey.com/2014/05/10/jacob-rothschild-behind-malaysian-missing-flight-mh370/
http://www.google.com/patents/US8671381
http://english.astroawani.com/malaysia-news/20-freescale-semiconductor-employees-confirmed-passengers-mh370-31532
http://beforeitsnews.com/politics/2014/03/rothschild-takes-down-malaysian-airliner-mh370-to-gain-rights-to-a-semiconductor-patent-getting-rid-of-those-who-stood-in-his-way-2607888.html
http://csglobe.com/the-history-of-the-house-of-rothschild-1743-2006/
http://www.blackstone.com/the-firm/overview/our-people/jacob-rothschild
http://nodisinfo.com/dapper-cadaver/
http://nodisinfo.com/synthetic-gore-real-dead-bodies-mh17-hoax/
http://news.asiaone.com/news/malaysia/mh17-crash-passengers-onboard-flight-were-already-dead-claims-rebel-leader
http://fas.org/man/dod-101/sys/ac/e-3.htm
http://nodisinfo.com/absolute-proof-moulage-application-fake-mh17-corpses/
http://nodisinfo.com/updated-passport-staging-proves-mh17-crash-hoax/
https://irenecaesar.wordpress.com/2014/07/25/malaysia-airlines-mh17-zio-nazi-cia-mi6-mossad-mivd-terrorist-act-in-ukraine/
http://acloserlookonsyria.shoutwiki.com/wiki/Talk:Crash_of_Malaysia_Airlines_flight_MH17/Forensics
http://metro.co.uk/2014/07/17/flight-mh17-passenger-who-joked-about-disappearing-on-malaysia-airlines-flight-on-facebook-now-feared-dead-4802101/


tulisan asal di sadur dari blogger bumi tercinta (t.kasih)

diterbitkan semula dalam blog ini dalam 3 siri tulisan

siri 1 (klik sini)

siri 2 (klik sini)

siri 3 (klik sini) 

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM


sebelum menamatkan pembacaan siri2 ini dijemput juga membaca siri tulisan awal pendirian SAMM berkenaan MH370 ini

1 comment: