Thursday, October 22, 2015

Menteri elak jawab isu IPP antara punca pertembungan Mahathir dan Najib.

Kenyataan Umum

22 Okt. 2015

Soalan YB Sivakumar (Bt.Gajah) berjaya buktikan pertembungan Mahathir dan Najib tidak bawa erti pada rakyat, dua-dua sama.

1. Pertamanya Pertama, Seketariat Kempen Sudahlah Mahathir mengucapkan tahniah dan terima kasib kpd YB Sivakumar (DAP-Bt.Gajah) kerana berjaya memasukkan soalan yang menyentuh Power Purchasing Agreement (PPA) yang merupakan jenayah zaman Mahathir yang mesengsarakan rakyat hingga kini.


soalan no 6. yang meminta penjelasan Menteri mengenai usaha kerajaan merunding
semula perjanjian PPA dan menjadikan ia dokumen umum.
2. Dalam jawapan menteri dengan jelas menyatakan kerajaan mengakui terdapat kepincangan dalam perjanjian gelap (sulit) yang ditandatangani di bawah Mahathir dan ia sudah dirunding semula tetapi dengan beberapa kekangan kerana banyak perkara sudah termaktub dalam perjanjian awal. Namun dengan jelas menyatakan tidak ada usaha perundangan atau meminda undang - undang bagi mendedahkan perjanjian tersebut.

3. YB Sivakumar (DAP - Batu Gajah) kemudian bangun dengan penegasan jelas menyatakan PPA ini yang merupakan satu malapetaka kepada rakyat dan negara, Batu Gajah dengan jelas meminta respon menteri mengenai pertembungan Najib dan Mahathir berkaitan isu IPP ini harus diambil kesempatan untuk mendedahkan perjanjian berast sebelah dan menghentikan amalan perjanjian gelap.

4. Perjanjian konsesi antara kerajaan dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) menyebabkan negara mengalami kerugian apabila sejumlah RM19 bilion (2010) diperuntukkan setahun untuk membayar subsidi kepada pihak terbabit.

IPP telah dilindungi oleh Power Purchase Agreement (PPA) dimana IPP menjual tenaga yang mahal kepada TNB dan TNB wajib membelinya. Manakala Petronas (kerajaan) wajib terus memberikan subsidi kepada IPP. Idea gila ini yang dicetuskan  mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menguntungkan kira - kira 26 syarikat IPP (yang diperkatakan umum sebagai kroninya). Antaranya YTL Power Generation Sdn Bhd, Genting Sanyen Power Sdn Bhd, Segari Energy Ventures Sdn Bhd, Powertek Bhd Port Dickson Power Sdn Bhd dan Malakoff. 

Ia menjerut rakyat dimana kenaikan tarif elektrik adalah berkait rapat kerana TNB terpaksa menanggung IPP ini umpama biawak hidup. Dalam keadaan kerajaan menarik perbagai subsidi kepada rakyat tetapi kerana perjanjian gelap berat sebelah ini kerajaan terpaksa terus wajib memberikan subsidi kepada IPP dibawah PPA

Ini malapetaka yang dibuat dizaman Mahathir dan sehingga kini tidak ada pendedahan tentang intipati perjanjian membekal tenaga kepada TNB. 

YB Sivakumar menyebut dengan jelas dalam soalan tambahanya bahawa umum mungkin tidak melihat tetapi hakikatnya pertembungan Mahathir (bekas PM) dan Najib (PM sekarang) ialah antara puncanya apabila 1MDB memasuki bidang IPP yang menjadi lubuk kemewahan yang selama ini dikuasai oleh kroni Mahathir semata - mata.  Maka YB Sivakumar mencadangkan agar kerajaan yang ada sekarang ini dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Razak menunjukkan kelainan untuk mendedahkan perjanjian PPA dan menghentikan amalan perjanjian gelap yang jelas akhirnya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat dan negara.

5. Hujahan panjang YB Sivakumar hanya dijawab pleh menteri dengan penafian dangkal. Namun menarik dalam responnya, Menteri mengakui dalam tempoh terdekat ini 2 kali tarif kenaikan elektirik berjaya dielakkan dengan kos kenaikan itu diserap atau ditanggung oleh kerajaan. 

6. Maknanya jelas PPA yang ditandatangani ketika zaman Mahathir berat sebelah dan merupakan lubuk kemewahan dia dan kuncu - kuncunya. Namun amat kecewa perkara ini diteruskan di zaman dua Perdana Menteri selepasnya dan tidak ada langsung usaha menghentikan amalan perjanjian sulit berat sebelah dan mendedahkannya. Maka ini seharusnya membuka mata rakyat dan khususnya pemimpin pembangkang bahawa pertembungan bekas PM dan PM sama sekali tidak menguntungkan rakyat.

7. Ini juga menunjukkan sikap Menteri yang lupa bahawa wang negara atau kerajaan ini juga wang rakyat. Kos kenaikan tarif yang dielakkan terus lebih menguntungkan kroni kerana ia disalurkan terus wang rakyat dalam jumlah besar tanpa perlu mengutip sikit-sikit dari bil - bil runcit. Rakyat terus rugi , menteri terus sembunyi dan kroni terus menikmati.

8. Siapa boleh menjawab berapa ratus billion sudah disedut pemain IPP utama yang merupakan kroni Mahathir semenjak ia diwujudkan ? dan berapa jumlah kerugian rakyat dan kerajaan sehingga kini ? Bila menyebut soal Mahathir ia bukan hanya soal 'lalu' tetapi malapetakanya hingga kini.

untuk membaca lagi persoalan IPP ini dijemput membaca semula artikel sebelum ini dengan klik http://chegubard.blogspot.my/2015/07/ipp-antara-sumbangan-mahathir-hingga.html

#sudahlahMahathir

sekian.

cheGuBard
Seketeriat Kempen #sudahlahMahathir

 jemput juga baca : apa dia kempen #sudahlahMahathir ? sila klik

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

No comments:

Post a Comment