Thursday, April 03, 2014

SAYA MEMILIH TIDAK BERTANDING DAN TERUS MENYUMBANG KEPADA PKR

Kenyataan Umum

4 April 2014

TIDAK BERTANDING DAN TERUS MENYUMBANG KEPADA PKR
  1. Mendapat banyak pertanyaan berkenaan pemilihan PKR 2014. Ada yang tanya saya bertanding apa ? Ada yang bertanya kenapa tidak bertanding ? Ada yang bertanya siapa harus disokong.
  2. Saya terlibat dalam PKR semenjak 1999 (Parti Keadilan Nasional) seiring dengan penglibatan dalam menggerakkan gerakan reformasi. Tahun 2001 saya telah menawarkan diri dan menang (kelompok 10 teratas) jawatan Exco Pemuda keADILan. Pernah dipertanggungjawabkan mengendalikan potfolio penerangan melalui lantikan Ezam Md Noor yang ketika itu dalam tahanan ISA. Semasa pemilihan parti 2007 telah memenangi jawatan ahli MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang mana ketika itu tidak hadir pun ke kongres kerana berada di Korea Selatan untuk kuliah peringkat Sarjana.
  3. Tahun 2014, pemilihan PKR. Saya seperti diketahui tidak bertanding apa - apa jawatan dalam pemilihan kali ini. Namun bagaimana pun ia seharusnya tidak menghadkan atau mencacatkan untuk saya terus menyumbang tenaga dan pemikiran kepada perjuangan PKR itu sendiri secara langsung mahupun tidak langsung. Seperti mana sebelum ini saya cuma anggota biasa PKR dimana saya telah pun meletakkan jawatan selaku Ketua Cabang Rembau sebelum PRU yang lepas.
  4. Tahun ke 15, PKR seharusnya menjadi parti yang matang. Jika keputusan pilihanraya 2008 dan 2013 dijadikan penanda aras maka PKR seharusnya menjadikan kesempatan pemilihan kali ini untuk benar-benar mendapatkan set pimpinan yang terbaik bagi kelansungan parti ini.
  5. Pemilihan ini ialah proses demokrasi dalam parti yang harus dirayakan. Kita mahukan kematangan pengundi diluar sana ketika pilihanraya umum, seharusnya anggota parti juga seharusnya menunjukkan kematangan dan kecelikan politik yang lebih dahulu. Pemilihan kali ini anggota harus memilih bukan berdasarkan kawan atau sentimen semata - mata. 
  6. Persoalan pengurusan dalaman parti sebelum ini seharusnya diketengahkan dan calon yang berwibawa dari segi untuk menangani permasalahan seperti sebelum ini. Tanpa berselindung masalah sebelum ini seperti pemilihan calon pilihanraya yang bukan dari cabang, lantikan pengerusi atau jawatan pengurusan tanpa berbincang harus diketengahkan dan inilah masa memilih calon pimpinan yang mampu mendengar keluhan dan punya idea bagi terus memacu parti.
  7. Walaupun saya tidak bertanding namun saya telah memikirkan untuk beberapa peranan dalam pemilihan kali ini seperti mengumpulkan suara dan permintaan anggota bawah dan membuat tuntutan bagi penambah baikan parti ini. Kita mahu lihat siapa pimpinan yang mampu 'endorse' tuntutan yang ditimbulkan nanti. Bagi saya peranan yang harus dimainkan dalam pemilihan kali ini ialah pendidikan politik dan kecelikan hak kepada anggota parti lebih penting.
  8. PKR ini mungkin parti kecil dari segi keanggotaan tetapi punya tapak sokongan besar dari luar parti. Maka pimpinan yang dipilih juga sewajarnya mampu untuk mengendalikan tapak sokongan yang besar dan perlu dilihat mesra dan terus mampu mengolah sokongan. 
  9. PKR juga sewajarnya berhenti bercakap soal kuota, contohnya dari jawatan Naib di peringkat pusat mahupun sayap, jangan ada lagi bicara kuota berdasarkan kaum, negeri / tempat atau seumpamanya. Kita harus memperkenalkan bukan sahaja pimpinan India sahaja mampu membela orang India begitulah sebaliknya tetapi parti ini seharusnya perlu melahirkan pemimpin rakyat Malaysia yang mampu membantu semua yang perlu dibantu. 
  10. Dari aspek pengurusan demokrasi ketika pemilihan dimana ia menjadi beban utama saya dalam pemilihan lepas, saya rasakan ia sudah sedikit sebanyak diatasi dengan sistem baru. Saya amat yakin dengan penambah baikan yang dibuat oleh Datuk Hj Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agong dalam menangani semua perkara berbangkit sejak pemilihan lepas.
  11. Kepada semua yang bertanding, selamat bertanding. Tampilah dengan idea, pemikiran dan persembahkanlah rekod perkhidmatan anda semua sebelum ini. Jangan layari pemilihan ini sebagai medan politik sempit. Rakyat sedang melihat dengan harapan PKR selaku parti masa depan Malaysia.
  12. Lebih penting lagi parti ini bukan sahaja memikul tanggung jawab besar selaku penyatu dalam usaha menumbangkan regim tetapi parti ini juga bakal menghadapi cabaran besar dengan usaha regim menggunakan mahkamah sekali lagi untuk menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai pimpinan yang punya kes mahkamah.
Sekian.

2 comments:

  1. Anonymous4:57 PM

    sbnrnya chegu bard nak bertanding tahun ni sekali lg sebagai ketua AMK..

    malangnya depa dh turunkan had maksimum amk kpd 35 tahun..

    maka sekali lg chegu bard kena main dgn anwar n azmin hahaha..

    jd macai je laa cikgu oii

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Tahniah kerana mempunyai prinsip sebegitu... "menyumbang tanpa berjawatan...."

    Pada pendapat saya, parti apapun yang dibuat baru atau "penjenamaan semula", selagi masih lagi ada membawa atau mengamalkan sikap yang tidak baik (yang diwarisi dari parti lama), selagi itu perubahan yang diimpikan rakyat tak tercapai.

    Rakyat mengharapkan "seseorang" atau "sekelompok orang" yang membawa perkara baru yang baik untuk menjadi pemimpin negara tetapi malangnya ada yang diharapkan itu mengkhianati kepercayaan rakyat. Mereka ini kononnya berjuang dalam parti untuk membawa perubahan tetapi sebenarnya cuba untuk mendapatkan sesuatu yang menjadi kepentingan peribadi semata-mata...

    Saya sangatlah mengharapkan PKR adalah parti yang semakin bersih dari unsur yang negatif ini kerana perkara seperti inilah yang menjahamkan sesebuah organisasi, yang menjadi barah dan parasit dalam mana-mana pertubuhan....

    Selamat Berjuang........!

    ReplyDelete