Tuesday, April 29, 2014

Siapa punca kekecohan pemilihan ?

1. Pertama sekali ditegaskan semua tindakan saya dalam mengikuti Pemilihan PKR 2014 ini ialah saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan mana - mana organisasi lain yang saya sertai. Dengan ini tajuk berita dalam Berita Harian pada 28 April 2014 'SAMM Desak Batal Pencalonan Azmin' adalah tidak tepat kerana desakan itu dibuat oleh saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan SAMM.

2. Pemilihan kali ini mengimbau kembali Pemilihan PKR 2010 yang penuh dengan perbagai kontroversi manipulasi dan penipuan.

antara yang setakat ini berjaya dirakam ialah 
  • Lihat saja pola kehadiran pengundian Sarawak Sibu 58,Konawit 54, Santubong 23, H.Rejang 42, Mukah 10, K.Samarahan 29, Lawas (tiba-tiba mengundi awal sehari) 195 dan Saratok 516 Sangat pelik.. tetapi bila terbongkar di Batang Sadong bagaimana pengawas tanda kertas sendiri baru tahu bagaimana pengundi datang tak seramai mana tetapi kertas undi bertanda banyak ... Ini mengingatkan bagaimana tahun lepas lebih seribu kertas undi muncul sejauh pendalaman Batu Sapi
  • Pengawas tanpa segan silu berkempen termasuk membawa kertas 'chai' pro Azmin sehingga ke dalam tempat mengundi dan mengambil dari tangan pengundi kertas chai lain lalu ditukar ke kertas chai pro Azmin. Malah di Tangkak ketika taklimat Pengawas sukarelawan dari Cabang di Tangkak, Pegawai JPP dari Selangor yang dikenali sebagai Sdr. Lau tanpa segan silu menfitnah calon lawan Azmin Ali dan memuji Azmin Ali. Malah menegaskan semua harus berusaha memenangkan Azmin Ali. Malah punya bukti bukan pengawas biasa tetapi Koordinator (Ketua Pengawas) di peringkat Negeri turut terlibat secara agresif berkempen untuk Azmin Ali.
  • Kes kekecohan sehingga mengakibatkan insiden pukul berlaku di Petrajaya juga melibatkan penyokong pro Azmin Ali. (belum ada laporan penuh)
  • Penyalah gunaan pengawas JPP bukan sahaja di hari pengundian sahaja. Ia berlaku seawal pencalonan. Perbagai aduan diketepikan begitu sahaja. Antaranya ialah Pencalonan Wanita Cabang Jasin. Sah sehingga borang pencalonan ditutup dan pengumuman rasmi dibuat tidak ada nama dihantar untuk pencalonan Cabang Jasin tetapi tiba - tiba beberap hari selepas itu makluman bertulis menyatakan Cabang Jasin ada calon Ketua Wanita.  (berlaku di banyak tempat lain)
  • Tempat pengundian juga tidak sesuai tetapi bila bantahan dibuat semua tidak dipeduli. Contohnya di Cabang Miri, bayangkan pengundian dibuat di ruang atas yang sempit di Klinik milik salah seorang calon Ketua Cabang Pro Azmin Ali. (berlaku di banyak tempat lain)
  • Ada pengawas yang tidak mahu bersengkongkol dengan penipuan. Dia bersikap tegas ...namun dia dihubungi oleh seorang calon jawatan utama parti peringkat pusat dan dimarahi. Tidak cukup dengan itu dia turut dimarahi oleh salah seorang jawatankuasa JPP 
  • Notis pengundian seluruh negara bermula pada Sabudan Ahad lepas tetapi secara tiba - tiba saatakhir JPP kononya memutuskan Lawas mengundi sehari sebelum (Jumaat) dan Azmin dapat jumlah undi besar ... apa muslihatnya ?
  • selain dinyatakan ada puluhan lagi contoh penipuan berlaku.
3. Menjawab fitnah tindakan saya dan ramai anggota parti dalam mendedahkan penipuan memalukan parti ia adalah tuduhan dangkal yang sahih memalukan parti ialah penipu yang menipu , bukan setakat memalukan tetapi membunuh demokrasi dalam parti dan menghancurkan parti.

4. Persoalanya sekarang ini ialah adakah semua aduan yang mula dihantar sejak hari pertama pengundian akan membawa kesan apa bila semua rayuan atau aduan akan diproses oleh Jawatankuasa yang di Pengerusikan oleh Kamarul Bahrain, Pengerusi MPN Negeri Sembilan yang meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum (menurut beliau sendiri). Watak ini jugalah yang keluar media elektronik melanjutkan 'nada' Azmin Ali mendesak Menteri Besar Selangor meletakkan jawatan. ???

5. Taktik penipuan amat licik sekali. Kita marah dengan SPR tetapi dalam parti sendiri perkara sebegini berlaku. JPP pula mula mencari alasan iaitu memperakui kononya berlaku 'blackout' menyebabkan peti undi dilarikan dan dibuka dalam bilik yang tertutup dan hanya dibuka selepas 10 minit bilik diketuk. Kertas undi didapati bertambah dan kebanyakan yang ditambah ialah undi Azmin Ali.

6. Menurut sumber JPP mungkin hanya akan memutuskan Azrai seorang petugas pengawas JPP akan diambil tindakan. Persoalanya Azrai bertindak atas arahan siapa dan siapa memperolehi keuntungan dengan penipuan itu ? Mengambil tindakan terhadap Azrai semata, samalah dengan menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana membunuh Altantuya tetapi mengenepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya itu ?

7. Saya selaku anggota biasa PKR dengan ini mendesak satu tindakan serius segera sebelum proses pengundian diteruskan Sabtu dan Ahad ini. Jika tidak tangguhkan saja dan rombak JPP segera. Satu demonstrasi aman mendesak pembersihan dalam proses pemilihan akan dibuat atas inisiatif anggota parti yang sayangkan demokrasi dalam parti ini pada 30 April 2014, 3 petang di depan Ibu Pejabat PKR. Semua anggota parti dijemput hadir.

8. Dalam keadaan regim sedang menzalimi rakyat. Dalam keadaan regim sedang dalam usaha akhir memenjarakan Ketua Umum ....kesal ada pihak yang sudahlah tak henti - henti sengaja membiarkan penyokongnya untuk cuba menonjolkan imej dia lebih layak menjadi Presiden, memfitnah Ketua Umum dan Keluarga dan kini sanggup meneruskan kegiatan jahat penipuan dalam Pemilihan PKR 2014. Adakah ini dendam kesumat dia kerana mengikutnya Ketua Umum tidak tunai janji untuk dia jadi Menteri Besar Selangor ?

Sekian 

che'GuBard
Anggota Biasa PKR


No comments:

Post a Comment