di sini dipetik dua email respon dan puluhan yang diperolehi untuk tatapan semua.
Rakyat BiasaWassalamAristokrat tetap aristokrat, mereka tidak bisa membiarkan rakyat biasa mencabar ketuanan mereka.Selaku rakyat biasa yang pernah berkhidmat di bahagian pelaburan strategik negara, berikut adalah rumusan saya mengenai Najib Razak.5. Inilah hakikat kehidupan di Malaysia yang terlalu banyak 'misteri' dan 'propaganda' yang tidak sudah-sudah. Malah, dalam ertikata lain, adakah ini hanyalah satu helah untuk meningkatkan lagi bajet 2015 untuk pertahanan. Saya tidak menolah kemungkinan pasca MH370, malah bajet 2015-2017, suatu peningkatan yang amat besar akan kelihatan di dalam bajet negara untuk pertahanan negara.4. Terjawablah sudah bagaimana saya sendiri mengalaminya. Suatu ketika, ada tentera ditugaskan menjaga kawasan 'ground station' di Gunung Jerai. Tetapi pada suatu ketika yang lain, apabila saya melawat sekali lagi tempat yang sama, pos kawalan sudah hilang kena tanah runtuh, pagar sudah tiada, sedangkan adalah wajar ditingkatkan keselamatan tetapi tentera ke mana, pagar ke mana.3. Terjawablah sudah bagaimana pertahanan negara yang senang dibolosi dalam semua aspek baik darat,lautan mahupun udara. Oleh itu, apa lagi yang tinggal bagi saya selaku rakyat biasa? Adakah hanya mampu berdoa minta tak turun bala yakni peperangan apabila yang diharapkan menjaga pertahanan negara baik dalam aspek keselamatan dalam negeri mahupun luar negeri sudah jadi 'sarkas'.2. Terjawablah sudah misteri bagaimana saban hari kes mercun ketika hariraya boleh diseludup masuk dan segala macam 'kejahatan' diseludup masuk baik dari Thailand mahupun Singapura kerana 'orang misteri' 'kargo misteri' pun boleh terlepas di dalam MH3701. Terjawablah sudah bagaimana rekod Altantuya "dipadamkan" atau "tidak diambil" oleh Imegresen Malaysia.Salam Santai AhadBeginilah saudara Cikgu Bard. Berikut adalah kesimpulan saya selaku rakyat biasa mengenai MH370.
1. "Najib Razak selaku 'the longest serving defense minister' di Malaysia sedang menggunakan 'sektor pertahanan' sebagai aktiviti teras untuk memacu ekonomi negara dalam masa penggal ke-2 sebagai Perdana Menteri. Dengan berakhirnya keputusan Petronas dengan projek RAPID, maka berakhirlah sudah "PROJEK BERSKALA BESAR di MALAYSIA di DALAM INDUSTRI MINYAK dan GAS'. Malah, kita boleh lihat dengan jelas dengan tindakan Murphy Oil dari negara Amerika Syarikat yang telah mencairkan pelaburan mereka baru-baru ini dengan bertindak mahu menjual pelaburan mereka di Malaysia.
2. Sektor pertahanan boleh dilihat sebagai berpotensi besar buat Najib Razak dan keluarga dan kroni. Dengan cara ini, ia bakal mengekalkan beliau lagi untuk penggal ke-3 . Beliau boleh 'bersubahat' dengan 'kuasa asing' untuk terus kekal di persada pemerintahan dengan terus menggunakan 'agenda pertahanan' sebagai MODAL UTAMA". Sudah '2 kali' peristiwa 'besar' berlaku membabitkan 'agenda pertahanan' satu di Lahad Datu dan kini MH370.
Akhir kalam, rakyat yang boleh berfikir secara kritis yang bukannya 'spoon feed all the time' boleh dan telah nampak strategi pengukuhan kuasa beliau di Malaysia sambil dibantu oleh kuasa-kuasa asing terutamanya dari Arab Saudi dan Amerika Syarikat. Dengan tiada siapa di dalam UMNO yang berani mencabar beliau dan Anwar dan Karpal sudah 'direhatkan', saya tidak teragak-agak untuk menukilkan bahawa Najib Razak dan keluarga telah 'selesa' malah sedang merencanakan untuk 'memposisikan' Hishamuddin Hussein selaku pengganti.
dan di sini perturunkan satu lagi
Semenjak dua-tiga menjak ini, kita telah belajar beberapa perkara baru dari Si Yahanu itu dan sepupunya;1. Kita boleh kemana-mana dalam dunia ini guna passport palsu.2. Sesetengah kapalselam tak boleh dan memang tak boleh dan takot menyelam.3. Bukan UFO sahaja yg boleh mengelak dari radar.4. Kebanyakkan satelit satu haram tak guna.5. Perkataan "berakhir" itu banyak maknanya. (Ikut suka kau punya tafsiran lah)dan terakhir sekali, paling penting. Ingat sampai bila2!!!6. Diego Garcia bukan pemain bola Sepanyol. Kah kah kah kah!Alright. Good night.
No comments:
Post a Comment