Tuesday, October 02, 2012

Bekas Menantu dedah sebahagian kekayaan Taib di Mahkamah, SPRM, LHDN, Polis, Peguam Negara takkan diam saja

Malaysiakini.com melaporkan
Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara.

NONEShahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini.
Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.

Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.

Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.

Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.

Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.
Sah sahih kenyataan ini dalam mahkamah maka ia kenyataan bersumpah. Sekarang Mana LHDN, SPRM, Polis, Peguam negara .... oh semua akan diam kerana Najib selaku Perdana Menteri dan orang paling berkuasa yang boleh melantik semua ketua - ketua penguat kuasaan ini telah menolak laporan kekayaan Taib maka semua harus bisu.....

6 comments:

  1. Anonymous9:37 PM

    dah bercerai semua nak didedahkan..

    ReplyDelete
  2. Dari mana datangnya duit sebanyak itu ?... takkan dari bisnes jual gambir sarawak.....

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:08 PM

    Bagaimana dengan isu Talam yang bail out dari Kerajaan Negeri Selangor, isu lori sampah kompaktor yang tidak telus , rumah ketua pembangkang berharga 2 juta dan paling tidak, perbelanjaan kesana kemari oleh tuan punya blog ?

    Telunjuk lurus kelingking berkait

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:05 PM

    Alhamdulillah.... Kayakanlah aku seperti mana dia.

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:22 PM

    ni yg bodoh...org dedah seleweng KM Sarawak ko lak yg cakap hal selangor la..pape..heh..lau jgn jd bodoh leh x? tu billion2 la bengap..bukan juta2...apesal ko bodoh ek..

    ReplyDelete
  6. Anonymous2:02 PM

    Org sarawak tau kekayaan tu dari mana. CMS, Naim, Triniken and etc.. semua tu dia punya. Abis semua dia sapu. CMS sapu kontrak membaiki jalan yg rosak... semua xde kualiti and x ikut specs. Kalau dah memerintah 30 thn mane x kaya... haha...

    ReplyDelete