Tuesday, October 02, 2012

Pendedahan Azmin seharusnya mengingatkan NS dengan isu jalan RM 14 juta ; Najib hanya tiru strategi syarikat telefon untuk beli undi orang muda

Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) N.Sembilan

2 oktober 2012

Mejuruk kenyataan pendedahan YB Azmin Ali ahli parlimen Gombak semalam berkenaan dengan pembinaan jalanraya menuju ke Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah yang sepanjang 0.9 km yang menelan belanja RM 14.9 juta. Angka ini amat memeranjatkan bagaimana ia dibina sehingga menelan belanja sebanyak itu. Jalanraya di Sabah amat teruk kualitinya sedangkan jalan ke pejabat ahli politik Sabah menelan belanja begitu tinggi. Perlu pendedahan segera siapa dibelakang pembaziran wang rakyat ini.

Dengan pendedahan Azmin ini kita di Negeri Sembilan seharusnya sedar dan ingat kes serupa juga pernah berlaku pada kita walaupun ia tidak segila nilai di Sabah namun nilainya tetap tinggi.

Projek menaik taraf (jalan asal sudah ada) jalanraya di Chennah, Jelebu sejauh 5km yang menelan belanja RM 41 juta. Ini semua seharusnya menjadi bukti yang mengingatkan rakyat bahawa nilai billion yang diumum kononya untuk kemudahan rakyat dalam belanjawan negara tidak akan bermakna apa-apa kerana masalah ketirisan dan rasuah terus tidak dibendung.

Setiap kali belanjawan buaya lapar kroni mereka akan terus kenyang tetapi rakyat cuma dapat halwa telinga. Menyentuh mengenai rebet telefo 3G sebanyak RM200 yang diumum oleh Najib selaku Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri untuk membeli undi anak muda ditegaskan ia hanya gimik semata. Kita selama ini sememangnya sudah diberikan rebet / potongan tertentu dari syarikat telekomunikasi contohnya saya baru miliki telefon pintar 3G dari DIGI dengan rebet RM600 lebih tetapi Najib baru mahu beri RM200. Strategi pemberian rebet sememangnya sudah menjadi strategi pemasaran syarikat telekomunikasi sejak lama dulu, kini Najib baru sedar dan mahu meniru dengan harapan membeli undi anak muda. Bagi kami semua anak muda yang mana patut ambil , ambil sahaja tetapi undi harus diberikan kepada 'agenda perubahan'.

Sekian.













Hamizan
Penyelaras Persama SAMM NS


No comments:

Post a Comment