24 Oktober 2012
Hentikan Cubaan Menjadi Hero Dengan Cara Menghina dan Persenda Agama Lain
Awal
minggu lalu, puluhan laporan polis telah dibuat oleh Solidariti Anak
Muda Malaysia (SAMM) dan rakan sekutu ke atas seorang pemuda Barisan
Nasional dari Kedah yang mempersenda agama Islam melalui laman
twitternya. Tan Keng Liang prejudis terhadap hukum menutup aurat dalam
islam apabila mengatakan semua atlit sukan akan dipaksa mengenakan
seluar panjang dan baju berlengan sekiranya Pakatan Rakyat memasuki
Putrajaya, sedangkan Pemuda Gerakan Kedah itu belum tentu faham mengenai
Islam.
Dalam
minggu yang sama juga, ada dua lagi pemimpin Barisan Nasional yang juga
bertindak menghina kesucian agama Islam dalam konteks yang berbeza.
Heng Seai Kie mendakwa terdapat galakkan orang Islam merogol wanita
bukan Islam kerana mendedahkan aurat, manakala Presiden MCA iaitu Chua
Soi Lek pula membuat kenyataan mendakwa 1.2 juta pekerjaan akan hilang
apabila hukum hudud dilaksanakan.
Mengapa dalam masa yang singkat ini hampir semua parti komponan utama Barisan Nasional berebut untuk menghina agama Islam?
Dalam
masa yang sama, Umno yang mengetuai BN hanya duduk diam membisu. Apakah
diam itu bermakna Umno menyokong kenyataan yang menghina agama sendiri?
SAMM melihat perkara ini berkembang sebagai satu trend dan
ia wajib dihentikan segera. Taktik menghidupkan kebencian antara agama
cuba dijalankan oleh Barisan Nasional demi mendapatkan sokongan bukan
melayu yang terkeliru.
Taktiknya
mudah - hinalah agama Islam dengan harapan akan bangkit seramai mungkin
individu atau NGO Islam untuk menunjuk ekspresi kemarahan terhadapnya
lantas aksi tersebut akan diekploitasi sebagai amaran kepada semua
bangsa yang bukan muslim. Si penghina cuba diangkat sebagai hero yang
kononnya cuba menyelamatkan perlembagaan dari di'islam'kan.
Inilah
yang berlaku, MCA dan Gerakan dalam BN cuba menjadi hero dalam isu yang
berkaitan Islam sambil menguji kesabaran umat Islam seluruh negara.
Umno yang mengepalai Barisan Nasional bukan sahaja gagal memahamkan
rakan parti komponen malah dilihat menjadi 'perancang' kerana tidak
respon secara konklusif bagi meredakan keadaan. Umno seolah-olah mahu ia
terus berlaku.
Akhirnya
akan ada tunjuk perasaan terhadap MCA dan akan ada gambar pemimpin
Gerakan yang dibakar oleh segelintir yang menunjukkan ekspresi marah.
Inilah yang mereka mahu, kalau boleh biar sehingga rumah dibaling cat
atau cuba dibakar. Boleh jadi juga tiba-tiba Chua Soi Lek mendapat
ugutan bunuh apabila memperolehi surat yang turut diisi peluru hidup,
ini semua sudah dibaca dan bertujuan untuk mencipta hero baru kononnya
membela nasib orang bukan muslim.
SAMM
tidak menghalang siapa-siapa yang ingin menjadi hero kepada mana-mana
komuniti, namun SAMM melihat cubaan menjadi hero dengan menghina agama
lain itu adalah keterlaluan.
Bayangkan
sekiranya hinaan dan persendaan ini datangnya bukan dari BN, semua tahu
apa jawabnya. Namun jika hinaan dan persendaan ini dari Barisan
Nasional, walau seribu laporan polis dibuat, walau sepuluh ribu turun
berdemo, pasti tidak akan memberi apa-apa kesan, kerana memang ini yang
mereka mahukan.
Ternyata
dalam kerakusan parti komponan BN berebut menjadi hero bagi
mengembalikan sokongan, Umno tidak pula ghairah untuk menjadi hero bagi
melindungi kesucian Islam dari dihina dan dipersenda. Lebih malang
apabila mengetahui penghinaan tersebut turut diraikan oleh presiden Umno
dalam majlis yang sama.
Bagi
SAMM, apabila negara sengaja membiarkan ketegangan antara agama berlaku
tanpa tindakkan yang tegas walaupun laporan polis telah dibuat seluruh
negara, ini bermakna negara sedang mengalami satu kegilaan, dan kegilaan
ini hanya boleh ditamatkan dengan menolak Umno dan Barisan Nasional
dalam pilihanraya akan datang. Negara akan lebih selamat tanpa BN.
Sekian,
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM Kebangsaan
Pengarah Propaganda SAMM Kebangsaan
Bn panik mainkan politik perkauman kerana sokongan bukan Melayu khususnya cina beralih secara besar - besaran. Lihat sahaja gambar dari Mesyuarat Nasional Parti Gerakan yang kosong |
lihat antara kejelasan yang dimunculkan oleh DAP dan kekeliruan yang diwujudkan oleh MCA dalam isu agama ini |
Najib sendiri terpaksa bermain politik bercakap berdasarkan khalayak |
No comments:
Post a Comment